SEBAB ITULAH NAJIB MELINGKUP...PINJAM TAK BAYAR TERUS LESAP...

 


𝐈𝐒𝐇𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐋: 𝐄𝐊𝐎𝐍𝐎𝐌𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 & 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐗𝐄𝐃 𝐎𝐔𝐓 𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐆








Beberapa minggu lepas ada tertengok petikan podcast yang menampilkan Isham Jalil sebagai tetamu bercakap berkenaan ekonomi negara dan hutang Kerajaan.


Baru ni ada yang kongsi balik dengan saya tanya betul ke apa yang Isham Jalil bualkan?


Sebenarnya takde apa yang baru tentang apa yang Isham Jalil sembang.


Lulusan Harvard ni pun hanya berteori rambang dan tidak bersandarkan data dan angka serta fakta yang sebenar.


Ada dua premis pernyataan yang Isham buat iaitu:


1. Ekonomi negara akan lebih teruk tahun depan.


2. Kerajaan tidak boleh menyelamatkan ekonomi yang teruk tahun depan kerana Kerajaan telah berhutang dengan terlampau banyak.


3. Ini kerana Kerajaan telah menambah RM300 bilion hutang sepanjang 3 tahun lepas tetapi tiada hasilnya.


Itu yang keluar ayat "Kerajaan dah maxed out hutang" macam maxed-out kad kredit atau BNPL.


Kita jawab la sikit supaya tak lebih ramai yang akan tersesat mendengar gebangan Isham Jalil berkenaan ekonomi dan hutang Kerajaan.


Pertama, ekonomi negara akan lebih teruk tahun depan tidak berlandaskan unjuran data mana-mana badan ekonomi atau research houses di luar sana.


Sebagai contoh IMF mengunjurkan ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada kadar 4.3% manakala World Bank membuat unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 4.4% tahun depan (2027).


Kedua-dua unjuran ini dibuat pada bulan April yang lepas, selepas perang Asia Barat meletus lebih sebulan bermakna unjuran yang dibuat kedua-dua badan antarabangsa ini telah mengambilkira kesan krisis tenaga dan bekalan yang sedang kita hadapi tahun ini.


Pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan ini adalah sedikit perlahan berbanding pertumbuhan suku pertama 2026 iaitu 5.4% tetapi masih berkembang secara positif dan tidak langsung menepati telahan Isham bahawa keadaan ekonomi akan jadi lebih teruk tahun depan.


Walaupun beberapa petunjuk ekonomi mula merosot sedikit selepas 3 bulan negara berhadapan dengan krisis bekalan seperti kadar pengangguran yang meningkat daripada 2.9% kepada 3.0% dan juga kadar inflasi yang meningkat daripada 1.4% kepada 1.9%, petunjuk-petunjuk ekonomi lain masih memberi petanda bahawa asas atau fundamental ekonomi Malaysia masih kukuh seperti indeks volum jualan borong dan runcit yang meningkat 6.2% dan indeks jualan kenderaan bermotor yang meningkat 13.6% pada bulan April 2026 dan Indeks Pengeluaran Perindustrian yang mengukur output indutsri pembuatan (kilang), perlombongan (minyak dan gas) dan elektrik juga meningkat lebih tinggi kepada 8.2% pada bulan April.


Ini bermakna pengguna terus berbelanja dan perniagaan serta industri terus meningkatkan aktiviti dan output dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis bekalan.


Jadi cakap-cakap Isham Jalil bahawa keadaan ekonomi akan lebih teruk adalah tidak berlandaskan angka dan data sebenar yang dilaporkan Jabatan Perangkaan (DOSM).


Kedua, Isham Jalil cakap ekonomi akan lebih teruk kerana Kerajaan tidak ada fleksibiliti atau ruang untuk berbelanja lebih kerana hutang Kerajaan sudah tinggi dan menghampiri had 65% daripada KDNK di mana Kerajaan tidak boleh mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kerana had hutang tersebut.


Itu yang dia sebut dah maxed-out hutang macam credit card sebab dah sampai legal limit 65% daripada KDNK. 


Siap cakap kalau Anwar Ibrahim telefon Bank Negara nak terbitkan bon baru, BNM akan cakap tak boleh sebab melanggar undang-undang 😂. 


Letih betul la dengar gebang kedai kopi tepi jalan macam ni. 


Sebenarnya nisbah hutang Kerajaan kepada KDNK setakat suku pertama 2026 adalah 61.9% bermakna Kerajaan masih ada sekitar 3% ruang untuk berbelanja sebelum mencapai had hutang Kerajaan. 


3% daripada KDNK negara bernilai RM2 trilion adalah sekitar RM60 bilion dan jumlah ini adalah mencukupi untuk Kerajaan melakukan pakej rangsangan jika dan bila perlu. 


Kemudian, nisbah hutang Kerajaan 65% bukanlah hard-limit yang rigid dan tidak boleh diubah. 


Menteri Kewangan pada bila-bila masa boleh meningkatkan had hutang tersebut di bawah Akta Pinjaman Tempatan 1959 dengan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983 jika Kerajaan perlu menambah hutang untuk mengumumkan pakej rangsangan ekonomi. 


Seperti mana PM5 Pak Lah meningkatkan had hutang daripada 40% kepada 45% (2008) dan, PM6 Najib menaikkan had hutang kepada 55% daripada KDNK (2009, Zafrul meningkatkan had hutang kepada 65% (2021) tidak ada masalah untuk PMX meningkatkan had hutang jika krisis ekonomi melanda negara kita bila-bila masa. 


Kerajaan terutamanya perbendaharaan bukanlah bodoh sebelum menerbitkan hutang baru untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi sudah tentu Menteri Kewangan akan membentangkan Kertas Statut untuk meningkatkan had hutang dalam parlimen sebelum operasi penerbitan bon Kerajaan dibuat oleh Bank Negara. 


Macam mana lulusan Harvard sembang macam budak sekolah tak habis SPM ni?


Ketiga, isu kemana pergi duit RM200 hingga RM300 bilion hutang yang diterbitkan sepanjang 3 tahun lepas yang kononnya tak nampak hasilnya. 


Ini masalah berbual tak berlandaskan fakta. 


Hutang yang diterbitkan Kerajaan adalah untuk membiayai defisit Kerajaan kerana perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan dalam Belanjawan setiap tahun. 


Perbelanjaan pembangunan Kerajaan yang muktamad sepanjang 3 tahun lepas adalah: 


2023: RM96.1 bilion

2024: RM84.0 bilion

2025: RM81.9 bilion 

Jumlah: RM262 bilion


Manakala tahun ini (2026) Kerajaan diunjurkan membelanjakan RM81 bilion perbelanjaan pembangunan yang juga perlu dibiayai melalui penerbitan hutang Kerajaan. 


Kesitulah hutang-hutang baru yang dibuat Kerajaan pergi iaitu perbelanjaan pembangunan yang sememangnya dibiayai melalui hutang sejak tahun 1970-an kecuali pada beberapa tahun iaitu 1995 hingga 1997 bila Kerajaan tak perlukan hutang kerana hasil yang dikutip mencukupi untuk membiayai kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 


Dalam Laporan Ketua Audit Negara merekodkan Kerajaan membiayai 8,279 projek pembangunan untuk 26 Kementerian. 


Pembinaan sekolah, jambatan, jalanraya, hospital, klinik Kerajaan semuanya dibiayai perbelanjaan pembangunan yang menggunakan hutang. 


Kalau Isham Jalil dengan kawan-kawan dia tak nampak itu masalah dia. 


Akhirnya tidak timbul isu Kerajaan dah maxed-out hutang dan tidak boleh lagi meminjam untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi jika dan bila perlu. 


Dan sebenarnya pakej rangsangan ekonomi hanya diumumkan bila ekonomi negara menguncup dan mengalami kegawatan atau pertumbuhan negatif seperti tahun 1998 (-7.4%), 2009 (-1.6%) dan 2020 (-5.5%). 


Tahun depan pertumbuhan KDNK seperti diunjurkan IMF dam World Bank masih berkembang dan bukannya menguncup. 


Krisis yang kita hadapi hari ini bukanlah krisis ekonomi tapi krisis bekalan di mana bekalan produk tenaga dan berkaitan petroleum berkurangan secara drastik kerana kesan Selat Hormu ditutup. 


Ini asas ekonomi; apabila berlalu krisis bekalan, rangsangan ekonomi melalui penambahan perbelanjaan Kerajaan tidak akan menyelesaikan apa-apa kerana pertambahan perbelanjaan Kerajaan tidak menyelesaikan isu bekalan yang terputus. 


Berbeza dengan krisis-krisis ekonomi sebelum ini yang merupakan krisis berpunca daripada pengurangan permintaan yang perlu dirangsang melalui perbelanjaan yang lebih tinggi oleh pihak Kerajaan. 


Kejutan bekalan (supply shock) tidak boleh dirangsang dengan perbelanjaan yang lebih.


Takkan Harvard tak ajar ni? Kau tidur dalam kelas ke Isham?





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.