Kalau ada calon Perdana Menteri PN mampu buat mcm ni, kita boleh consider nak pangkah PN.



Arif Kadir











Tapi kalau bendera pun dok berebut claim sana sini, ketua pembangkang pun kejap Sam, kejap Hamzah. Malam tadi kelahi lagi, pecat sana, pecat sini. Masalah gak kita sebagai pengundi atas pagar ni nak pangkah PN. 


Nak kata ana jilat PMX Anwar Ibrahim, memang pun. Ana guna teknik hujung lidah. Walaun mana reti. Lebai PAS hat bini ramai yg ajar ana. Ni serius ni, kalau PN mampu buat mcm PMX ni utk rakyat, jumpa Putin depan² untuk stabilkan harga minyak negara, bolehlah kami pertimbangkan nak pangkah nanti. Kalau tak, nanti dibuatnya tukar PM pakat umum depan media aje sambil gelak ala Jagindas kang, yg susahnya kita rakyat biasa ni.


Menteri & MP ada gaji & elaun puluhan ribu sebulan tau. Ada pencen. Kebajikan mereka terjaga. Sebab tu zaman Covid Timbalan Menteri PN boleh tambah bini walaupun masa tu rakyat bergelut hanya untuk hidup.  Syarikat byk bungkus sebab PKP paling panjang. Mula² ingatkan kerajaan PN tak de duit nak tolong rakyat hat kena kurung & angkat bendera putih tu. Sekali bila media dedah, jawatan² dalam kerajaan habis pepuak PN dok sapu siap dengan jawatan GLC sekali. Bila kalah PRU15, keluar pulak kes sakau Jana Wibawa. Tak de duit nak tolong rakyat mcmana tu?


Jadi, PN kalau tak mampu buat mcm PMX ni, kekal laa dulu jadi pembangkang untuk sepenggal lagi. Dalam tempoh sepenggal tu, buat persediaan untuk jadi kerajaan pasca PRU17. Pastikan ada calon PM yg berwibawa, tak berkelahi sesama sendiri & ada data yg menunjukkan PN mampu mentadbir negara lebih baik.


Good morning fellas.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan PA Putin




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.