MENGIRINGI SULTAN KE GRABD PRIX F1



 Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyaksikan perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 bersama-sama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.




















Saya turut berkesempatan beramah mesra dengan tetamu diraja yang berangkat menyaksikan perlumbaan hari ini, antaranya Sultan Brunei, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, serta tetamu kehormat yang lain.


Saya menjunjung kasih atas kepimpinan dan kebijaksanaan Tuanku Agong serta hubungan akrab baginda dengan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa, yang memungkinkan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.


Pemilihan ini mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara kita sebagai rakan yang dihormati dan diyakini di persada dunia.


Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih luas yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.


Daulat Tuanku!


πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€πŸ‡§πŸ‡­


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#DiplomasiMADANI

#F1



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.