PM Anwar Hadir Program BizMatch: Hebatkan Perniagaan Malaysia Di Tokyo

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Bank Rakyat BizMatch: Hebatkan Perniagaan Malaysia berlangsung sempena Forum Nikkei Future of Asia 2026 di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto Bank Rakyat

TOKYO, 9 Jun – Bank Rakyat terus memperkukuh peranannya dalam membantu pengantarabangsaan syarikat tempatan menerusi penganjuran program Bank Rakyat BizMatch: Hebatkan Perniagaan Malaysia berlangsung sempena Forum Nikkei Future of Asia 2026 di sini yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Platform padanan perniagaan strategik itu menghimpunkan tujuh syarikat Malaysia bersama pemilik perniagaan, pelabur, peneraju industri dan rakan strategik dari Jepun serta negara-negara Asia bagi meneroka peluang kerjasama rentas sempadan, akses pasaran antarabangsa dan potensi pelaburan dalam sektor berimpak tinggi.

Selain Anwar, majlis turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, Pengerusi Bank Rakyat⁠ Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Steven Sim hadir bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Bank Rakyat BizMatch: Hebatkan Perniagaan Malaysia berlangsung sempena Forum Nikkei Future of Asia 2026 di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto Bank Rakyat

Dalam pada itu, Steven berkata, inisiatif seperti Hebatkan Perniagaan Malaysia selari dengan aspirasi kementerian untuk mengangkat perniagaan Malaysia melangkaui sempadan domestik dan meletakkannya pada kedudukan berdaya saing di peringkat global.

“Kami percaya usahawan Malaysia memiliki potensi, kreativiti dan daya tahan luar biasa. Apa yang mereka perlukan ialah platform tepat, kerjasama strategik dan akses kepada ekosistem global dan inilah yang cuba disediakan menerusi program seperti ini,” katanya dalam ucapan di Tokyo.

Beliau turut berharap syarikat-syarikat Jepun dapat melihat syarikat pemula teknologi Malaysia serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bukan sekadar sebagai vendor tempatan, tetapi rakan strategik yang mampu menjayakan inovasi bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

“Melalui inisiatif seperti BizMatch hari ini, kami secara aktif mengalu-alukan rakan-rakan dari Jepun untuk mengukuhkan lagi penglibatan mereka dalam landskap keusahawanan Malaysia.

“Ia juga merupakan usaha tepat pada masanya untuk menghubungkan usahawan Malaysia dengan bakal rakan niaga, pelabur dan pembeli dari Jepun, di samping membuka ruang kepada pertukaran ilmu serta kerjasama perniagaan jangka panjang,” katanya.

Mohd. Irwan dalam ucapannya pula berkata, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian mewakili sektor-sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi serta kepentingan strategik kepada ekonomi masa depan, termasuk keselamatan makanan, akuakultur, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, industri kelapa sawit, peruncitan dan pembuatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

Katanya, penyertaan syarikat-syarikat ini mencerminkan kekuatan serta keupayaan perniagaan Malaysia dalam sektor-sektor utama yang berpotensi memacu pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
Peristiwa Malaysia

Beliau berkata, sektor-sektor tersebut akan membentuk daya tahan ekonomi masa depan bukan sahaja bagi Malaysia, malah bagi rantau ini secara keseluruhannya, sekali gus inisiatif ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat sebagai sebuah bank ‘Untuk Semua’.

“Kami memperkasa perniagaan daripada pelbagai saiz dan peringkat pertumbuhan dengan akses yang lebih luas kepada rangkaian, peluang serta pasaran di luar sempadan negara, sambil memupuk kemajuan ekonomi inklusif dan membantu perusahaan Malaysia merealisasikan potensi penuh mereka di pentas global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

“Ketika landskap ekonomi global terus berkembang, daya tahan semata-mata tidak lagi mencukupi. Perniagaan hari ini perlu lebih adaptif. Mereka perlu lebih inovatif.

“Paling penting, mereka perlu mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. Di sinilah institusi seperti Bank Rakyat perlu tampil memainkan peranan dengan tujuan yang lebih besar,” katanya.

Selain sokongan pembiayaan, beliau berkata, Bank Rakyat komited untuk memperkukuh pendekatan berasaskan ekosistem menerusi khidmat nasihat strategik, pemudah cara akses pasaran, pendigitalan serta platform rangkaian antarabangsa yang mampu membantu usahawan berkembang melangkaui batasan geografi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

Inisiatif Bank Rakyat Bizmatch mencerminkan komitmen berterusan bank itu dalam menyokong dasar kerajaan untuk memperkukuh pembangunan keusahawanan, memperluas peluang perdagangan antarabangsa serta mempercepatkan daya saing global perniagaan tempatan, selaras dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agenda Hebatkan Perniagaan Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.