Kerjasama Dengan Syarikat Jepun Perkukuh Daya Tahan Ekonomi, Bekalan Malaysia – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

TOKYO, 9 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama dengan syarikat utama Jepun dan antarabangsa dapat membantu Malaysia memperkukuh daya tahan ekonomi serta keterjaminan bekalan ketika dunia kini berdepan dengan krisis bekalan global.

Perdana Menteri berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat utama Jepun dan antarabangsa di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

Ia memberi tumpuan kepada potensi kerjasama serta peluang pelaburan baharu dalam pelbagai sektor strategik antaranya tenaga, industri halal, kecerdasan buatan (AI), pusat data, teknologi digital dan industri masa hadapan.

“Fokus Malaysia adalah menarik lebih banyak pelaburan berkualiti bagi memperkasa ekosistem berteknologi tinggi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

“Pada masa sama, usaha itu dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pertemuan tersebut melibatkan syarikat IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

Kesemua syarikat berkenaan merupakan antara peneraju dunia dalam bidang AI, teknologi perkomputeran termaju, automotif berteknologi tinggi, tenaga, infrastruktur serta pembangunan tenaga boleh baharu.

Datuk Seri Anwar menyifatkan, keyakinan syarikat terkemuka Jepun terhadap Malaysia mencerminkan kedudukan negara yang semakin dipercayai sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun iaitu IBM, Mitsubishi Corp, ENEOS Corp, Shizen Energy Inc., DENSO Corp dan Marubeni Corp di Tokyo pada 9 Jun 2026. Foto PMO

“Keyakinan itu penting khususnya dalam sektor yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi masa depan. Kerjasama berkenaan turut memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama,” jelasnya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.