Nami Cob Nobbler
HARI KELAPAN SELEPAS PEMBUBARAN DUN JOHOR
Balik dari PBAKL, aku ni sebenarnya demam teruk. Sebenarnya aku ni demam sejak Jumaat lagi, tapi aku bertahan sebab aku sayang peminat aku semua. Tapi balik sahaja ke Kluang, Johor—aku berselubung dengan comforter, tisu kat sebelah dan air cap badak dan 100 Plus.
Walau macam mana pun, aku gagahkan juga untuk menulis dalam siri ini, sebab benda pun dah jalan seminggu, kan?
Jadi aku dengar, dulu Anwar Ibrahim kata, dulu Dr Mahathir demam, sekali dengar Anwar nak jadi Perdana Menteri, terus Mahathir tak jadi demam. Tapi memandangkan Anwar dah pun jadi Perdana Menteri, aku pun menonton ceramah Bersama oleh Rafizi Ramli.
Antara quote Rafizi yang aku suka ialah, "Pakatan Harapan berkempen dalam PRN Johor seolah-olah Anwar Ibrahim yang menjadi 'poster boy', seorang yang berusia 80 tahun yang walaupun dah tua tapi masih berkempen sambil nak pergi ke Turkmenistan untuk sign deal minyak mewakili Petronas. Bagi Genzi, mereka langsung tak sedih sebab kalau dah umur 80 tahun tu, bersara sahajalah. Buat apa nak sibuk berkempen lagi?"
Timbalan Ketua AMK Johor, Sharwin Subramani berkata, Anwar Ibrahim jauh lebih popular daripada MB Johor, Onn Hafiz Ghazi di Johor. Pertama, itu langsung tak benar dan kedua, kalau benar pun, macamlah Anwar bertanding di DUN Johor.
Kebergantungan PH kepada sosok Anwar menyebabkan Anwar ini dilihat sebagai 'one man show'. Diktator macam mana sekalipun, tak mungkin satu orang boleh run the show semua benda. Dialah nak tengok kewangan, dialah nak tengok pertahanan, dialah nak tengok hal ehwal pendidikan, dialah nak tengok hal imigresen, hal polis, hal ehwal pembangunan.
Kecuali kalau Anwar ni macam filem Bruce Almighty, aku tak rasa ini perkara yang logik.
Penyokong-penyokong PH pernah tengok tak macam mana orang komen terhadap Fahmi Fadzil, atau Fadhlina Sidek, atau orang kritik Mohamed Sabu. Janganlah bila ada orang kritik, terus kau cop dia 'walaun'. Sebab jujurnya, setiap kritikan tu, kalaupun ada ramai cytro PN, tapi ada salah seorang atau dua datang dari golongan yang neutral.
Dan seperti burung unta yang membenamkan kepala di dalam pasir, nampaknya PH lebih menyerang BN daripada menyerang Bersama, dan pada aku itu adalah "unforced error". Sebab Bersama jauh lebih bahaya daripada BN.
BN dan PH tidak berkongsi demografi yang sama. Jadi hang kutuklah BN macam mana pun, penyokong BN takkan undi PH, dan pengundi PH takkan undi BN. Tapi dengan mengabaikan Bersama, sedangkan Rafizi sedang mendapatkan momentum menerusi Jelajah Kancil ini, PH tak nampak, dengan sedikit swing sahaja, banyak kerusi PH mungkin boleh hilang.
Dengan merasa selesa yang "Cina akan totok undi DAP", sedangkan perubahan dan reformasi yang dijanjikan tidak dapat dilaksanakan, mereka tidak teragak-agak untuk mengundi Bersama jika Rafizi tahu untuk menggerakkan undi mereka.
Ramai yang kata bahawa Parti Bersama akan melingkup macam Pejuang, atau parti yang tak memberi pengaruh dominan macam MUDA, tapi orang Cina sebenarnya mahukan alternatif. Mereka sudah bosan dengan MCA, dan mereka tak sanggup undi Gerakan yang bersekongkol dengan Perikatan Nasional. Jadi, dengan ketiadaan beban serta 'novelty' yang lebih segar, Bersama boleh dilihat sebagai alternatif kerana sosok Rafizi itu sendiri yang amat popular dalam masyarakat bukan Melayu.
Bayangkan, dia Melayu tapi boleh je bertanding di Parlimen Pandan yang 75% adalah Cina, dan dia boleh menang besar di tempat macam tu.
Bersama mungkin tak akan dapat capture semua pengundi totok DAP, tapi kalau dia dapat tarik pengundi Genzi bukan Melayu, PH dah terciduk kat situ.
Jadi aku dah cakap banyak kali, musuh sebenar PH ialah Bersama, bukan BN. Buang masa je kau attack Onn—sebab pengundi UMNO takkan undi PH. Kalau PN mungkin dia boleh swing, sebab itulah retorik Onn ialah anti-DAP.
Yang Anthony Loke pulak boleh pulak pos gambar dia duduk sebelah Zahid dan bermesra, dan itu sebenarnya buat penyokong-penyokong dia sakit hati ada lah. Sebab PRN Johor ni, Zahid tak perlu datang kempen pun. Biar Onn je jadi poster boy.
Dan kalau kena gaya, Bersama akan rampas kerusi PH dan akan menjadi pembangkang yang tulen melawan kerajaan negeri nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.