PM Anwar Luang Masa Ziarah Mursyidul Am Pas Di Hospital Pulau Pinang

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin dan seorang jururawat yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang pada 7 Mac 2026. Foto PMO

GEORGE TOWN, 7 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dalam rangka lawatan kerjanya ke kawasan utara hari ini.

Menerusi hantaran di laman sosial, Anwar menyifatkan Hashim sebagai sahabat lama dan melahirkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan Hashim yang semakin baik, selain sempat berbicara panjang dengan tokoh ulama Pas berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin dan seorang jururawat yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang pada 7 Mac 2026. Foto PMO

“Saya turut menyampaikan salam Azizah (isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kepada beliau dan keluarga, serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, di hospital sama, beliau turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan (KKM) yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin dan seorang jururawat yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang pada 7 Mac 2026. Foto PMO

Jelas Perdana Menteri, beliau menghargai pengorbanan petugas kesihatan yang begitu besar jasanya dalam menjaga dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Sebelum beredar, saya mendapatkan perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang agar usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin dan seorang jururawat yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang pada 7 Mac 2026. Foto PMO

Media sebelum ini melaporkan, Hashim dipindahkan ke HPP bagi menjalani rawatan lanjut selepas menerima rawatan akibat masalah kesihatannya di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis kira-kira dua minggu lalu.

Menurut anak perempuannya yang dikenali sebagai Husna, secara keseluruhan tahap kesihatan bapanya itu kini menunjukkan perkembangan baik terutamanya membabitkan fungsi jantung dan buah pinggang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin dan seorang jururawat yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang pada 7 Mac 2026. Foto PMO

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan salam daripada Anwar kepada Hashim pada lawatan kerja beliau ke negeri ini minggu lalu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.