RAWANG - Harga telur ayam jatuh mendadak hari ini. Telur gred A, hanya RM 9.00, manakala gred C jatuh dari RM 8.00 menjadi RM 5.90 sepapan.
Rata2, pembeli yang membeli belah di sini amat bersyukur dengan penurunan harga tersebut
Seorang wanita yang ditemui berkata "Syukurlah, di bawah kerajaan Madani ini, semua keperluan asas utk org Melayu Islam membuat persiapan menyambut raya, kini bukan sahaja banyak, malah harganya juga amat berpatutan"
Beliau menambah "Saya hairan, bagaimana masih ada lagi sebahagian rakyat yang mengatakan barang naik... sedangkan barang2 di pasaran, semakin hari semakin rendah dan mampu beli"
"Barangkali yang bising2 barang naik ini, mereka baru keluar dari gua agaknya" ujar beliau kesal.
Minggu ini merupakan minggu perncalonan untuk merebut jawatan dalam Keadilan terutamanya diperingkat cabang. Sementara mereka yang berhajat untuk merebut jawatan diperingkat pusat juga sudah mula membuat tawaran menjual diri.
Banyak di medsos kita lihat gambar-gambar atau poster calon dimuatkan untuk memaklumkan penglibatan mereka dalam pertandingan itu. Berbagai fesyen atau gaya dimuatkan untuk menarik perhatian, setengahnya ada macam stail penyanyi pop yeh yeh. Ada juga yang macam peraih garam.
Ini adalah trend baru membuat pengumuman dan berkempen dalam medsos. Tidak payah lagi bersusah payah turun ke ranting atau ke negeri untuk berkempen, khasnya yang tidak berduit, cukup dengan memaparkan rupa diri dan sebut nama jawatan dalam medsos.
Namun kalau setakat itu itu rasanya tidak cukup. Belum akurat untuk dipilih sebagai ketua, kalau setakat masukkan gambar segak dan handsome bersama pemimpin bertaraf menteri dan bagi tahu jawatan yang ditandingi. Seboleh dan eloknya setiap calon perlu sertakan sama latar belakang atau iktisad mereka untuk dikenali. Misalnya bagi sedikit pengalaman, pendidikan atau profesyen.
Yang terbaik juga bentangkan apakah rancangan dan wawasan anda untuk dipilih jadi ketua. Kemukakan agenda dan framework anda hendak laksanakan nanti. Apakah bentuk perubahan yang akan dilakukan. Jelas dan huraikan secara ringkas macam mana kaedah untuk anda perhebatkan perjuangan parti kelak.
Dari situ ahli dapat membuat penilaian apakah anda mampu atau tidak, untuk memikul sesuatu jawatan. Apa lagi butiran atau subjek ini perlu sekiranya ditempat anda itu berlaku pertandingan lebih daripada tiga penjuru. Kalau diawal awal lagi anda merasakan tidak berkeupayaan, baik surrender sajalah.
Parti Keadilan kian menapak dewasa, sudah berumur 26 tahun, dan berhadapan dengan peredaran masa cukup mencabar. Apa yang signifikannya kini, ia merupakan back bone kerajaan. Lantaran itu memerlukan pemimpin yang berkualiti dan kompeten. Yang perlu disedari juga presiden anda seorang yang menekankan kepada kepelbagaian ilmu dan perlu ada ketrampilan diri. Aspirasi ini perlu difahami dan dihayati.
Seseorang yang hendak menawarkan diri sebagai pemimpin mesti ada basis pengurusan dan pentadbiran serta luas pengetahuan. Lagi elok kalau menguasai ekonomi dan arif agama. Jangan asal borang pencalonan anda diterima untuk jadi calon kira dah ok. Jangan mangsakan demokrasi.
Apa lagi kalau anda bertanding kerana strategi untuk mengalahkan pihak lain, atau disuruh, bertujuan pecah undi itu sangat dangkal dan tidak professional. Kalau begitu caranya anda tidak lebih daripada dijadikan alat. Sebaik baik yang hendak tawarkan diri sebagai ketua ukurlah baju dibadan sendiri.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa, teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 18 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan umat Islam supaya meneruskan tadabbur iaitu menghayati, merenung dan memikirkan al-Quran dengan mata hati sempena sambutan Nuzul al-Quran, hari ini.
Perdana Menteri berkata, wahyu pertama diterima Rasulullah SAW iaitu Iqra’ (Bacalah), yang menjadi peristiwa penting dalam Nuzul al-Quran, menjadi titik permulaan sebuah era berasaskan ilmu.
Katanya, ia juga menjadi panduan dalam mengangkat martabat insan dengan nilai keadilan dan ihsan.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan pada diri dan seluruh umat Islam dengan pesanan taqwa, teruskan tadabbur al-Quran dengan mata hati.
“Al-Quran adalah hidayah dan petunjuk, bagi hamba yang bertaqwa, dan bagi yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan sahaja akan merasai kemanisan taqwa.
“Salam Nuzul al-Quran saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia walau di manapun kalian berada,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkongsi sejarah peristiwa penting Nuzul al-Quran ketika wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira’.
Beliau turut memetik firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah pada permulaan ayat 185:
“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah…”.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri mengingati umat Islam supaya mengejar keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.
“Semoga kita dipilih oleh Allah SWT untuk bertemu dengan lailatul qadar, malam seribu bulan,” katanya.
Kita membaca berita seorang lelaki tua didakwa telah menampar berkali kali seseorang di sebuah pasar raya kerana ia makan di khalayak. Kejadian ini berlaku di Johor.
Lelaki itu muslim konon hendak menegakkan kebenaran dengan bertindak demikian. Memanglah dilarang makan di bulan puasa, tetapi itu hanya bagi orang muslim dan tidak kepada bukan muslim.
Sebagai memghormati kepelbagai agama sesuai dengan undang undang negara, orang bukan Islam perlu mengelak daripada makan atau minum di khayalak saat orang muslim berpuasa, kerana perbuatan itu sebagai tidak baik dan menganggu nafsu makan orang berpuasa.
Namun bukan menjadi hak dan tanggungjawab diizinkan oleh Islam agar menampar mana mana bukan Islam yang tidak berpuasa. Mungkin setakat menegur dan mengarahkan dibenarkan, bukannya menampar, menyakiti dan mengaibkan.
Lelaki yang ditampar itu katanya enggan menyerahkan Kad Pengenalannya yang diminta lelaki itu untuk mengesahkan dia bukan Islam, gara gara itu ia ditampar. Memang bukan hak dia menyerahkan dokumen peribadinya kepda pihak tanpa kuasa.
Apa bila lelaki musim itu tidak memahami situasi dan peraturan terjdilah perbuatan melampaui batas itu. Niatnya untuk menjaga agamanya juga sudah tersasar. Perbuatannya itu bukan lagi mencegah atau seruan dakwah tetapi dicaj sebagai jenayah. Nawaitu baik hasilnya buruk.
Dalam kes ini, ia terjadi apabila lelaki Islam berkenaan telah menggunakan nafsu dan emosinya untuk mempertahankan agama. Al hasilnya ia memberi gambaran buruk, kejam dan melampau terhadap agamanya, ini merugikan.
Salah satu asas penting dan syarat diletakkan Islam kepada penganutnya ialah mesti berakal. Islam itu hanya terpakai kepada yang berakal, tidak kepada yang gila.
Maka kalau kita ingin membela agama, atau melaksanakan suruhan Tuhan berbuatkah dengan menggunakan akal fikiran dan bukan dengan nafsu dan emosi.
Sekarang banyak orang Islam menggunakan nafsu untuk mempertahankan agama, meninggalkan kehemahan dan budi pekerti dalam usaha menegakkan kebenaran, terutama yang menggunakan politik sebagai mekanismenya. Agama dijadikan kesen untuk mencerca pihak lain.
Lantaran kesilapan itu, menggunakan emosi untuk agama, natijahnya memberi imej buruk dan tempias kepada agama Islam yang suci itu. Berwaspada dan insaflah sebeljm berbuat sesuatu tindakan jangan sampai orang bukan Islam menganggap Islam itu kejam, tidak perikamanusiaan dan dan zalim.
Elakkan dan berhemahlah kita dalam apa keadaan dan dimana sahaja. Famahilah hang agama itu al nasihah. Trims.
Gilalah pakcik ni. 𝗚𝗮𝗻𝗴𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗻𝗮𝘂! KL tu 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴 ke? Sampai dia boleh kawal pulak tapak bazar. Kuasa dia 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗗𝗕𝗞𝗟 𝗸𝗲?
Pakcik ni meroyan bukan apa. Sebelum ni mulut cabul dia terlepas cakap 𝗽𝗲𝗿𝗹𝗲𝗸𝗲𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗕𝗞𝗟 konon tak mampu uruskan bazar.
Sekali semuanya berjalan lancar. Mahunya tak takut dia. Maknanya apa? Tahun-tahun akan datang 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗹𝗮 𝗱𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶.
Aku dia nak meroyan yang lain tu aku tak heran sangat pun. Tapi dia ugut 𝗻𝗮𝗸 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 tu yang aku geram sangat. Dia ingat 𝗞𝗟 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮?
Tak boleh ke ambik tindakan kat orang tua ni? DBKL cuba la saman ke apa ke. Teruk sangat meracau dia ni. Takut jejaskan fungsi otak pulak nanti. Guane boh?
KUALA LUMPUR, 18 MAR - Datuk Hans Isaac mengumumkan beliau tidak lagi menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia menerusi ciapan di media sosial miliknya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan juga Timbalan Menteri KBS, YB Adam Adli yang telah memberi peluang ini kepadanya sejak dua tahun lalu.
Semenjak memegang jawatan Pengerusi, Hans berjaya memastikan PSM meraih pendapatan tertinggi sebanyak RM10.64 juta pada 2024.
Menurut Hans, sudah tiba masanya untuk beliau menerima cabaran baharu yang bakal diumumkan pada masa yang sesuai.
Konvoi Santunan KASIH Ramadan Kareem 2025 kini berada di Permatang Pasir, Pulau Pinang untuk meneruskan misi menyampaikan Bakul Rahmah Ramadan Kareem kepada ibu tunggal dan asnaf.
📅 18 Mac 2025 | 17 Ramadan 1446H (Selasa)
🕘 Masa: 9.00 pagi - 10.00 pagi
📍 Lokasi: Permatang Pasir, Pulau Pinang
Bersama:
💜 YB Datuk Hjh Aiman Athirah Sabu
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) & Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Semoga sumbangan ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada mereka yang menerima. Terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan program ini!
Aku percaya dia ni tak makan pon beras tempatan tu.
Dia tuduh cina dap kawal beras, walhal jelas² pemilik Bernas tu Tan Sri Moktar dan MP Arau Sahidan Kasim ada RM400 juta share holder saham Bernas .
Dia lupa yang isu beras tempatan takde awal² berpunca dari sekatan export beras dari India. Bila beras import berkurang maka penguna beraleh beli beras tempatan.
Bila PMX pegi India dan mohon pelepasan export beras dan dapat bekalan semula, beras import dah melambak, muncul masalah iaitu pengilang campur beras.
Ini kerana, kos pengeluaran beras tempatan tidak menguntungkan disebabkan kerajaan kawal harga dan tidak pernah naik harga.
Maka kerajaa berinisiatif memberi subsidi tambahan kepada pengilang dan pengilang mula keluarkan beras tempatan dan penguna membeli dengan harga kekal.
Pindaan akhta 522 RUU anti campur sedang dirangka bagi memastikan kilang tidak menipu ambil beras tempatan claim jadi beras import.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi komitmen penuh untuk melaksanakan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Setiausaha Akhbar Kanan PM, Tunku Nashrul Tunku Abaidah berkata, agenda tersebut tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.
Anwar mengeluarkan peringatan tersebut kepada segelintir pihak yang cuba berbuat demikian, khususnya pembangkang.
Beliau berkata, Perdana Menteri tegas berpandangan roh dan sifat jawatan itu sudah ‘terang lagikan bersuluh’, seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, langkah mengehadkan tempoh jawatan itu nyata tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas tersebut, malah ia dilihat satu langkah penting dalam menjamin kematangan demokrasi negara.
Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menggesa mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoal perkara ini supaya membaca sebelum mengkritik secara semberono.
“Baca dan hadam buku tulisan Anwar Ibrahim yakni ‘Membangun Negara Madani’.
“Sila rujuk muka surat 181, di bawah tajuk ‘Dasar Keutamaan Untuk Malaysia Yang Lebih Baik,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung hari ini.
Dua premis diserbu pasukan JIM Negeri Sabah dalam Op Gegar Sabtu lepas. Foto JIM Negeri Sabah
KOTA KINABALU, 17 Mar – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan 21 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Op Gegar yang melibatkan serbuan di dua lokasi berasingan sekitar Kota Kinabalu dan Penampang pada Sabtu.
Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pihaknya menahan tujuh individu terdiri daripada seorang lelaki dewasa warga Filipina dan enam wanita warga Vietnam dalam serbuan di lokasi pertama.
Katanya, dalam serbuan di lokasi kedua, seramai 14 individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan lima wanita warga Filipina serta lima lelaki dan dua wanita warga Indonesia.
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan JIM Negeri Sabah. Foto JIM Negeri Sabah
Menurutnya, operasi yang dijalankan bermula jam 12 tengah malam itu melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Sabah.
“Operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan selama tiga minggu. Dari maklumat yang diperoleh, pasukan operasi menyerbu dua premis melibatkan premis pusat hiburan dan premis kelab malam (pub).
“Bagi melengkapkan siasatan, beberapa barangan turut dirampas sepanjang operasi ini, termasuk lesen perniagaan, wang tunai yang berjumlah RM3,957 di lokasi pertama, dokumen perjanjian sewaan premis serta dua buku catatan.
Sitti Saleha (tengah) bersama pasukan Bahagian Penguatkuasaan JIM Negeri Sabah ketika membuat pemeriksaan di salah satu lokasi serbuan Op Gegar. Foto JIM Negeri Sabah
“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut kerana dipercayai melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas yang dikeluarkan, Seksyen 6(1)(c) tiada dokumen pengenalan diri serta Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dibawah Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya dalam kenyataan di sini semalam.
Dalam pada itu beliau berkata, JIM Negeri Sabah menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pendatang tanpa izin (PTI) atau mana-mana premis yang menggaji warga asing secara tidak sah untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.
Katanya, setakat ini, seramai 8,134 orang diperiksa dan tangkapan melibatkan seramai 1,271 orang dan pemindahan PTI ke negara asal seramai 2,472 orang.
“Jabatan Imigresen Malaysia akan terus memainkan peranan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang imigresen dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia,” katanya.
Betul jugak kan? Siasatan belum selesai tapi kenapa 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝗻?
Itu kata 𝗛𝗮𝘀𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗶𝗺. Macam biasa, Hassan akan ada beribu alasan untuk 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 dengan apa saja yang MADANI buat.
Kalau yang tak ada kena mengena dengan dia pun dia hentam, apa lagi 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶 tu 𝗸𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗮 Hassan semenjak di universiti lagi.
Tak ada yang pelik pun pamerkan bahasan rampasan. Kita pun biasa tengok 𝗣𝗗𝗥𝗠 𝗽𝗮𝗺𝗲𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗺𝗴𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗮𝗺𝗽𝗮𝘀 seperti 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗼𝗺𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿.
Jadi apa bezanya? Tak ada beza pun dengan tindakan SPRM ini. Bezanya cuma Hassan 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗯𝗮𝗶𝗸 dengan Ismail. Yang lain sama je.
Lagipun lebai dan walaun juga yang bising kata wang dirampas tu lakonan. Kalau pamerkan dapat juga jaga 𝗿𝗲𝗽𝘂𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗦𝗣𝗥𝗠 yang mereka cuba rosakkan.
Ada banyak juga kejadian orang yang digelar suspek tidak ditangkap. Macam kes lempang pelajar baru ni. Suspek tu 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀.
Ismail ni pun 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺𝗮𝗻 buat DS Anwar. Kalau kata nak hapuskan ancaman, baik cipta kes untuk 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵 ataupun 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿.
Sebenarnya bukan rakyat yang hakimi Ismail tapi Hassan sendiri. Sebab rakyat tenang je tunggu Ismail dibicarakan. Tapi Hassan yang 𝗴𝗲𝗹𝘂𝗽𝘂𝗿 𝘀𝗲𝗼𝗹𝗮𝗵-𝗼𝗹𝗮𝗵 Ismail dah 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.
Harap Hassan diam-diam sajalah. Kita boleh faham perasaan dia lihat kawan sendiri bakal didakwa tapi tak perlulah tunjuk sangat gelabah tu. Guane boh?
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas KPT di Putrajaya pada 17 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 17 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata beliau meneliti isu kadar pembayaran balik PTPTN yang masih rendah dan menyedari kepentingan memastikan kelestarian dana itu, agar generasi akan datang terus mendapat manfaatnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Zuhur berjemaah selepas mempengerusikan mesyuarat khas KPT di Putrajaya pada 17 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), untuk meneliti perkembangan sektor pendidikan tinggi negara.
“Antara isu utama dibincangkan ialah persiapan generasi masa depan dalam menerokai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan tumpuan kepada industri semikonduktor yang kian berkembang pesat,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni warga kementerian selepas mempengerusikan mesyuarat khas KPT di Putrajaya pada 17 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Perdana Menteri turut menghadiri Program Ihya Ramadan anjuran KPT dan mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi serta warga kementerian berkenaan hari ini.
Beliau juga berkesempatan mendengar tazkirah Ramadan disampaikan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim bertajuk ‘Maqasid al-Quran dan Masyarakat MADANI’, serta solat Zohor berjemaah.
Perikatan Nasional (PN) dijangka akan menggunakan taktik dan senjata yang sama untuk memperbodohkan rakyat bahawa kerajaan negeri Perak bakal berubah sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.
Naib Pengerusi AMANAH Johor, Dr Zuhan Zain berkata, PN sepatutnya menggunakan peluang PRK bulan depan itu untuk menunjukkan kemampuan mereka memimpin bukan hanya mengadakan dongeng mempersendakan rakyat.
Dalam pada itu, beliau berkata, AMANAH Johor turut menyokong kenyataan Naib Presiden AMANAH yang menyarankan agar PN tidak bertanding pada PRK Ayer Kuning dan memberi laluan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding di DUN tersebut.
Selain itu, AMANAH Johor, ujarnya, juga menolak kempen perkauman serta perpecahan dalam PRK Ayer Kuning kerana bertentangan dengan tuntutan keharmonian di negara ini.
“AMANAH Johor juga ingin melahirkan sokongan penuh kepada calon Kerajaan Perpaduan yang akan dipilih akan datang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, Zuhan berkata, AMANAH Johor juga akan menggerakkan jentera bagi membantu gerak kerja PRK Ayer Kuning untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding di sana.
Untuk rekod, PRK DUN Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, pada 23 Februari lalu akibat serangan jantung (acute coronary syndrome).
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ishsam memperoleh 9,088 undi sekaligus memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi.
Beliau menewaskan empat calon lain iaitu Mohd Nazri Hashim dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 6,875 undi; Muhammad Noor Farid Zainal dari PN (6,812 undi).
Sementara itu, K Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (GTA) masing-masing hanya mendapat 586 dan 105 undi.
Pas anggap strategi politik untuk rampas kuasa Islam
Harapandaily
Walaupun di bulan Ramadan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini mengeluarkan pelbagai dakwaan termasuk kononnya ekonomi dikuasai bukan Islam.
Menerusi Minda Presiden Bil 19 untuk tahun ini, Abdul Hadi juga menganggap demokrasi liberal dibenarkan berkuasa melakukan penentangan terhadap Islam dan umatnya.
“Malah, dilemahkan lagi oleh kefahaman politik yang lemah dalam kalangan Melayu Islam, sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu menubuhkan sebuah kerajaan dominasi kumpulan liberal.
“Khususnya, Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang secara terbuka cuba meminggirkan Islam dan kuasa umat Islam dalam perjuangannya, dalam keadaan lemahnya kehebatan Islam.
“Keadaan ekonomi hari ini dikuasai oleh kalangan bukan Islam dan pendidikan yang melemahkan umat Islam, serta dirancang strategi politik untuk merampas kuasa Islam.
“Inilah bentuk Kerajaan Pakatan Harapan yang dapat disaksikan telah melemahkan kehebatan Islam, sehingga keluarnya kenyataan dan tindakan yang berani menghina Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata, walaupun dalam keadaan nisbah umat Islam berbangsa Melayu masih majoriti besar, hilang kedaulatan rajanya dan kehebatan politik bangsanya yang menganut Islam.
“Tiba masanya umat pelbagai kaum dan agama berhimpun untuk mengepung kamu bagi merampas hak kamu, laksana mereka yang berhimpun di sekeliling makanan yang lazat untuk dimakan dengan rakus.”
Dalam masa sama, pemimpin blok Perikatan Nasional (PN) berkenaan turut menyentuh mengenai ‘penyakit’ cintakan duniawi serta menyebut tentang tindakan terhadap individu yang menghina Islam.
“Penyakit mabuk terhadap harta dunia serta pangkat dengan nafsu yang membelakangi iman dan Islam, menjadikan umat Islam semakin lemah dihanyutkan dan dibeli oleh musuh-musuh dengan pemberian rasuah dan dibuli pemikirannya dari dalam dan luar negara.
“Tambahan lagi, ditipu pula dengan slogan Daulat Tuanku yang telah dirampas kedaulatannya. Kini, pula berslogankan Madani dengan bahasa Arab yang menipu kalangan yang jahil tanpa dibezakan antara Islam dengan jahiliah.
“Amat memalukan, apabila kita meneruskan kerja penjajah dengan menugaskan pentadbiran berjenama jabatan agama Islam negeri untuk mengawal dan mengawasi guru-guru agama, pendakwah dan khutbah Jumaat. Bukannya hendak bertindak terhadap mereka yang telah menghina Islam,” kata Abdul Hadi lagi.
Banyak perkara yang aneh yang dilakukan oleh SPRM dalam hal proses penyiasatannya terhadap mantan perdana menteri kesembilan Ismail Sabri Yaakob. Siasatan belum selesai tetapi perdana menteri kesembilan itu telah awal-awal lagi dianggap suspek.
Antara karya seni jalanan yang dihasilkan artis tempatan yang dinikmati Andre Lai sesuai dengan budaya dan citarasa Malaysia.
PENDAPAT, 17 Mar – Saya ingin membincangkan mengenai pengindahan yang semakin aktif dilaksanakan di ibu kota. Seiring dengan visi untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar pintar, serta acara besar seperti Sidang Kemuncak ASEAN dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, banyak usaha dijalankan untuk memperindah kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Antara yang paling ketara adalah lukisan dinding pada bangunan dan lorong belakang yang semakin berkembang pesat, ibarat cendawan selepas hujan. Malah, Dato’ Seri Dr. Maimunah selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur turut mengalu-alukan penglibatan sektor korporat untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam usaha pengindahan ini.
Pada tahun lepas, DBKL juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan ThinkCity, sebuah entiti di bawah Khazanah, untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai “Daerah Kebudayaan dan Kreatif.” Segala usaha sedang giat dijalankan untuk mempercepatkan usaha pengindahan ibu kota.
Andre Lai meneliti beberapa karya seni yang dihasilkan sekitar pusat bandaraya mampu menarik minat pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Namun begitu, timbul isu mengenai lukisan dinding yang menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Saya percaya ramai masih ingat mengenai mural di bangunan Jalan Panggung, yang dihasilkan oleh seorang artis dari Rusia.
Beliau mendakwa DBKL telah merosakkan muralnya. Baru-baru ini, terdapat juga isu di mana seorang artis tempatan mengkritik DBKL kerana mengecat semula karya seni yang dihasilkan di perhentian bas.
Sepanjang saya berkhidmat di DBKL, saya faham prosedur yang perlu dipatuhi. Untuk permohonan lukisan dinding, artis (atau syarikat) perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan (JPPPB) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Sekiranya lokasi melibatkan bangunan swasta, persetujuan daripada pemilik premis perlu diperoleh. Bagi premis awam seperti perhentian bas dan jejantas, kelulusan daripada jabatan berkaitan dalam DBKL seperti Jabatan Pengangkutan Bandar perlu diperoleh. Sekiranya melibatkan kementerian atau agensi kerajaan lain, mereka merupakan pemilik premis tersebut.
Tugas JPPPB adalah untuk memeriksa visual karya seni dan memastikan ia mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Pelbagai faktor perlu diambil kira, terutamanya untuk memastikan karya tersebut tidak mengandungi unsur-unsur 3R atau mengancam keharmonian awam.
Beberapa isu berkaitan lukisan mural dan grafitti sekitar pusat bandaraya yang boleh diperbaiki dari segi naratif dan maksud di sebalik sesebuah karya.
Lukisan dinding tidak boleh digunakan untuk tujuan promosi atau pengiklanan, sama ada berkaitan jenama mahupun produk. Selain itu, ia juga tidak boleh memaparkan mesej yang mengganggu ketenteraman awam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mempunyai garis panduan yang menyeluruh untuk semua jenis permohonan. Meskipun tiada garis panduan khusus untuk artis individu, DBKL telah menyediakan sistem yang sedia ada untuk memproses permohonan daripada individu atau syarikat mengikut kes.
Oleh kerana perkembangan budaya lukisan dinding kebelakangan ini, saya difahamkan bahawa DBKL akan merangka garis panduan baru dalam masa terdekat bagi memproses permohonan lukisan dinding serta karya seni di bandar ini, termasuk mural, arca, dan lain-lain.
Saya turut melihat pelbagai reaksi daripada orang ramai berhubung isu lukisan dinding yang semakin banyak. Ini adalah sebahagian daripada budaya ‘urban’ yang berkembang daripada latar belakang politik, budaya dan sosial yang berbeza berbanding dengan kebudayaan Nusantara.
Terdapat perbezaan antara mural dan grafiti. Mural yang diluluskan oleh DBKL mengandungi unsur kreatif yang berfokuskan perpaduan negara, seperti elemen flora, fauna, masyarakat majmuk, dan kebudayaan tempatan. Berbeza dengan grafiti yang lebih mengutamakan gaya kreatif individu, yang mungkin tidak diterima oleh majoriti masyarakat. Sebagai contoh, sebuah perhentian bas yang dilukis dengan grafiti yang memaparkan perkataan ‘BODEGA’. Walaupun kelihatan menarik, perkataan ‘BODEGA’ dalam bahasa Sepanyol bermaksud kedai arak.
Pelbagai lakaran mural dan grafitti dapat dilihat di sepanjang bangunan utama di jalan-jalan sekitar pusat bandaraya dengan paparan menarik dan memiliki nilai estatika tersendiri.
Saya menyokong tindakan DBKL yang memadamkan karya tersebut kerana ia tidak mempunyai kelulusan dan ia merupakan aset kerajaan.
Ekspresi kreatif perlu dilihat dari perspektif yang lebih menyeluruh, dengan mengambil kira perpaduan negara sebagai hala tuju utama. Budaya ‘urban’ semakin meresap dalam pembangunan bandar moden di seluruh dunia, bukan sahaja melalui lukisan dinding, malah juga dalam industri hiburan.
Namun, artis tempatan yang berpandangan jauh mampu mencari keseimbangan. Mereka boleh memelihara cita rasa tempatan tanpa mengabaikan ciri-ciri budaya yang ada. Sebagai contoh, artis rakaman Altimet (yang kini merupakan ADUN Lembah Jaya) dalam album hip hop terdahulunya banyak menggabungkan lirik dengan pantun serta adunan muzik tradisional. Lagu hip hop tidak semestinya mengandungi unsur kekerasan atau bahasa kasar seperti yang sering ditemui di negara Barat.
Pendekatan serupa juga boleh diterapkan oleh artis lukisan tempatan. Mural atau grafiti, dengan sentuhan budaya Malaysia yang pelbagai, boleh dihargai sebagai karya seni. Karya-karya ini perlu dilihat sebagai bentuk ekspresi yang bernilai, bukan sebagai vandalisme.
Saya berharap semua pihak berkepentingan dan masyarakat dapat bekerjasama untuk memastikan Kuala Lumpur kekal sebagai sebuah bandaraya yang hebat dalam era Malaysia Madani. Seperti yang diungkapkan oleh Datuk Bandar, kita perlu menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang bukan sahaja boleh didiami, tetapi juga dicintai.
Ekspresi kreatif harus dilihat dengan lebih holistik, mengambil kira perpaduan negara sebagai hala tuju utama. Budaya ‘urban’ berkembang dalam pembangunan bandar moden di seluruh dunia, tidak hanya dalam lukisan dinding tetapi juga dalam industri hiburan.
Andre Lai mengabadikan kenangan di samping beberapa karya seni yang dihasilkan sekitar pusat bandaraya mampu menarik minat pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Namun, artis tempatan yang berfikiran matang mampu mencari keseimbangan antara memelihara cita rasa tempatan tanpa menjejaskan elemen budaya. Sebagai contoh, artis rakaman Altimet (sekarang ADUN Lembah Jaya) dalam karya album hip hop terdahulu menggabungkan lirik lagunya dengan pantun dan adunan muzik tradisional. Lagu hip hop tidak semestinya perlu mengandungi unsur kekerasan atau bahasa kasar seperti yang lazimnya terdapat di negara Barat.
Pendekatan yang sama juga boleh diterapkan oleh artis lukisan tempatan. Mural atau grafiti boleh mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia. Jadikan karya seni ini sesuatu yang dihargai, bukan dilihat sebagai vandalisme. Saya berharap agar semua pihak berkepentingan dan masyarakat dapat bekerjasama untuk memastikan Kuala Lumpur menjadi sebuah bandaraya yang gemilang dalam era Malaysia Madani.
Seperti yang dinyatakan oleh Datuk Bandar, kita perlu menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang bukan sahaja boleh didiami tetapi juga dicintai.
LAI CHEN HENG Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur