‘Senjata’ sama akan PN guna perbodohkan rakyat


 

Perikatan Nasional (PN) dijangka akan menggunakan taktik dan senjata yang sama untuk memperbodohkan rakyat bahawa kerajaan negeri Perak bakal berubah sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.


Naib Pengerusi AMANAH Johor, Dr Zuhan Zain berkata, PN sepatutnya menggunakan peluang PRK bulan depan itu untuk menunjukkan kemampuan mereka memimpin bukan hanya mengadakan dongeng mempersendakan rakyat.


Dalam pada itu, beliau berkata, AMANAH Johor turut menyokong kenyataan Naib Presiden AMANAH yang menyarankan agar PN tidak bertanding pada PRK Ayer Kuning dan memberi laluan kepada calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding di DUN tersebut.



Selain itu, AMANAH Johor, ujarnya, juga menolak kempen perkauman serta perpecahan dalam PRK Ayer Kuning kerana bertentangan dengan tuntutan keharmonian di negara ini.


“AMANAH Johor juga ingin melahirkan sokongan penuh kepada calon Kerajaan Perpaduan yang akan dipilih akan datang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Sehubungan dengan itu, Zuhan berkata, AMANAH Johor juga akan menggerakkan jentera bagi membantu gerak kerja PRK Ayer Kuning untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding di sana.


Untuk rekod, PRK DUN Ayer Kuning diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, pada 23 Februari lalu akibat serangan jantung (acute coronary syndrome).


Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ishsam memperoleh 9,088 undi sekaligus memenangi kerusi DUN Ayer Kuning dengan majoriti 2,213 undi.


Beliau menewaskan empat calon lain iaitu Mohd Nazri Hashim dari Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 6,875 undi; Muhammad Noor Farid Zainal dari PN (6,812 undi).


Sementara itu, K Bawani dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Maziah Salim dari Parti Pejuang Tanah Air (GTA) masing-masing hanya mendapat 586 dan 105 undi.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.