TAK DOK HAK PANDA.

 

Abu Mishkat

CEO Eastern Pacific Industries Corporation dia beri ke Muhtar Suhaili dari Sarawak. 


Nok wat guane org Tganu takdok hok panda. 





Terengganu Coverage


YB Bakri Jamaluddin, Ahli Parlimen Tangga Batu yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Tangga Batu, Melaka. 


Mac 2024, dia dilantik Ahli Lembaga Pengarah syarikat milik Kerajaan Terengganu, TDM Berhad. 


Oktober 2024, dia yakin Terengganu bakal menjadi gergasi ekonomi baharu Malaysia. 


Harapan admin pun begitu juga. Seeeroooookkkk... 


Admin tengok Terengganu maju sangat doh lening. Ramai orang luar boleh 'cari makan' di Terengganu, sambil-sambil healing. 


Kemakmuran ekonomi Terengganu bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat Terengganu, malah orang luar Terengganu pun boleh cari rezeki. 


Semoga kekayaan yang melimpah ruah, yang berjebookkkk doh ni, mengalir juga ke negeri-negeri SG4 dan Tun Mahathir. InsyaAllah. 


Kalu dok kerana YB Hanapiah yang bangunkan Terengganu, kita semua tidak merasa.



ADILKAH KITA?



1. Kita korek video lama dia. Bagi kita, ada tindakannya yang silap dalam video itu.


2. Kita sunting. Kita viral video itu. Kita umpan orang untuk hentam dia. 


3. Kita kaitkan kesilapan dia dalam video itu dengan sekian banyak kesilapan dia yang lain.


4. Kita ungkit balik semua kesilapan dia yang lama. Kita tulis satu-persatu. Kita viral lagi.


5. Apabila dia bagi penjelasan, kita persoalkan penjelasan dia. Kita kata, dia pusing-pusing.


6. Kita hentam dia lagi. Posting kita pun banyak dapat isyarat suka. Kita pun suka.


7. Apa isunya?


8. Ini bukan soal sokong dia atau sokong kesilapan dia. Bukan, bukan.


9. Ini soal rasionaliti kita. Soal keadilan. Rasionalkah kita, atau adilkah kita dengan tindakan itu?


10. Kita buat begitu seolah-olah kita tak ada kesilapan masa lalu.


11. Seolah-olah kita tak akan buat silap pada masa akan datang. 


12. Seolah-olah kita maksum. "Saya tak boleh nampak mungkar. Saya hentam..." Amboi!


13. Letakkan diri kita di tempat yang betul dan diri dia juga di tempat yang betul.


14. Itulah adil. Dan adil itu lebih hampir kepada taqwa.


Zola,

Jumaat

11102024



PEMBELOT


 Fahmi elias


KOMANDER PENGAWAL REVOLUSI IRAN DISYAKI AGENT MOSSAD


Patut le.....



Newslink : https://www.middleeasteye.net/news/exclusive-qaani-under-guard-and-questioned-iran-probes-nasrallah-killing



UMNO PUNYA KETUA PEMUDA YANG BENGGONG


 Hahaha... 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 secara rasminya dah mengaku dia walaun. Malang bagi UMNO bila ketua sayap utama mereka dikuasai oleh 𝗮𝗴𝗲𝗻 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵.



Patutlah kaki fitnah. Patutlah 𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 pun dia fitnah. Sebab memfitnah tu 𝘢𝘵𝘵𝘳𝘪𝘣𝘶𝘵𝘦 utama walaun. Tak walaun la kalau tak pandai reka fitnah.


Macamana UMNO nak pulih kalau sengaja biak kuman dalam tubuh? Kalau UMNO nak sihat, 𝘃𝗶𝗿𝘂𝘀 macam 𝘀𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗼𝗹 ni mesti dihapuskan dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


UCAPAN BERAPI DS MAT SABU HIMPUNAN MEGA! MAT SABU GESAH ikhtiar formula ...


Geram dengan sikap negara-negara Arab yang tidak membela nasib Palestin, presiden Amanah menyeru agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengikhtiarkan formula baru untuk menegakkan keadilan dunia. Mohammad Sabu berkata, negara-negara Arab bahkan menghulurkan kerjasama dengan Israel. “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun tidak berguna lagi, United Nation jadi tempat pertandingan syarahan, tak ada guna. “Sebab itulah saya menyeru kepada Perdana Menteri Malaysia untuk ikhtiarkan satu formula baru untuk menegakkan keadilan, tatacara keadilan di dunia ini. “Ini yang perlu diikhtiarkan kerana United Nation sudah dinodai oleh Amerika Syarikat dan Britain yang melindungi Israel,” katanya ketika berucap pada himpunan Setahun Taufan Al-Aqsa di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi, bekas Naib Presiden PKR Tian Chua, aktivis Hishamuddin Rais dan barisan pemimpin pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Peserta himpunan solidariti Palestin itu turut berarak dari bangunan Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk menghantar memorandum, namun dihalang pihak polis. Mereka meneruskan himpunan dengan ucapan-ucapan solidariti terhadap Palestin sebelum bersurai pada jam 3.15 petang. Sementara itu Mohammad berkata amat malang apabila umat Islam di negara-negara Arab tidak mempedulikan nasib rakyat Palesti yang berdepan genosid berterusan. “Umat Islan di negara Arab bukan sahaja tidak peduli, bahkan mereka menghulurkan tangan bekerjasama dengan Israel. "Inilah malang, tapi jangan bimbang akan ada sentiasa ada manusia yang bersedia mati di jalan Allah. “Kita setakat memberi sokongan moral, kita tidak terlibat dalam bantuan memberi senjata tetapi dari sudut kebajikan. Tapi dalam soal kebajikan pun kadang-kadang ada negara Islam tidak hulurkan,” katanya.






DS ANWAR & MENTERI DIHERET KEMAHKAMAH!APA CERITA SAMAN FITNAH TERESA KEP...



BERSATU SAH ADA PUAK PUAK! MUHYIDDIN TIDAK SENANG HATI!
Seorang pemimpin Bersatu mendakwa Muhyiddin Yassin "amat sedih dan kecewa" kerana beberapa ahli majlis tertinggi tidak menuruti “petua” presiden parti dan cuba menjejaskan "pelan kompromi" yang dipersetujui sebelum ini. Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mempersoalkan mengapa mereka berbuat demikian walaupun bersetuju dengan rancangan itu, menyifatkan ia tidak bertanggungjawab. “Ini tindakan tidak bertanggungjawab kerana keputusan telah dibuat secara kolektif. Bagi yang mencabar (jawatan naib presiden) tetapi tidak berada dalam pimpinan, saya rasa boleh diterima. “Tetapi, mereka (ahli MPT) yang menawarkan diri sebagai calon naib presiden yang telah pun bersetuju dari awal menyerahkan mandat ini kepada presiden, akhirnya mereka juga yang bertanding.




[GEMPAK] TMJ! “SILA PINDAH KELUAR DARI JOHOR” dan AMARAN DS ZAHID HAMIDI...



Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan mana-mana pihak yang tidak bersetuju cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad supaya berpindah ke negeri lain. "Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad. "Jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, anda dipersilakan pindah ke negeri-negeri yang masih bercuti Jumaat dan Sabtu," titah baginda dalam kenyataan malam tadi. Menurut Tunku Ismail, keputusan itu diambil dengan mempertimbangkan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak dan kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Pada 7 Okt lalu, Tunku Ismail mengumumkan cuti hujung minggu di negeri Johor ditukar daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025. Tunku Ismail memaklumkan cadangan berkenaan telah mendapat perkenan dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. ============================================================================= Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengulangi peringatan kepada ahli parlimen serta Adun parti itu supaya tidak membuat "onar" yang boleh menggugat kerajaan perpaduan, maklum Ketua Pembangkang DUN Kelantan Mohd Syahbuddin Hashim. Katanya, pada sesi "pre council" BN yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn Pusat Dagangan Dunia (WTC), Ahmad Zahid mengingatkan wakil rakyat bahawa kerjasama yang terbentuk itu sehingga pilihan raya umum ke-16. Syahbudin yang juga Adun Galas berkata Ahmad Zahid turut mengingatkan tentang akujaji yang telah dimeterai antara wakil rakyat dengan parti. "Datuk Zahid menekankan apa yang telah diputuskan iaitu kerjasama ini sehingga PRU-16, maka jangan ada usaha-usaha untuk menggagalkan ataupun merencatkan ikatan ini. "Dia tak mahu mana-mana pihak terutamanya dalam kalangan wakil rakyat, yang mana kita terikat dengan akujanji dan juga perjanjian sebagai wakil rakyat, kita akan dikenakan saman RM100 juta.




BOLEH BLAH


 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗧𝗢𝗞, 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗥𝗚𝗢𝗡, 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 & 𝗨𝗡𝗧𝗜𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗦𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗜𝗡𝗗𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗔𝗛𝗔𝗗





Hahahaha..sebelum ni saya dah kata puak KHAWARIJ dok kutuk, perli dan sindir YDPA serta DYMM SPB YDPA gara-gara Johor akan mengubah hari curi dari Jumaat ke AHAD.


𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗶𝗸 𝗸𝗮𝘂 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗚...!! 𝗧𝗠𝗝 / 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 suruh pindah keluar Johor kalau dah tak berpuashati. Puashati kita dengar titah saranan yg TEGAS dari TMJ ni, Bravo..!! 


Saya kira ini termasuklah dgn si Pasir Gudang tu sekali. Tak gitew??? 🤣


Wallahualam.


-Zus Din 

11102024



INI KES ANIAYA PEMBELI... HANG NAK. MARAH PASAL APA?

 


Siapa yang dia marah ni? Pekeliling apa yang dia kata ni?




Kalau tak salah aku, Bang Mat ada umum 𝗣𝗲𝗸𝗲𝗹𝗶𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗖𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵 𝗜𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁 baru-baru ini. Mungkin pekeliling inilah yang kawan aku ni maksudkan?


Terus dia rasa nak maki Bang Mat. Aku tengok dalam komen pun ramai tukang 𝘀𝗶𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸. Tengokkan posting ni, rasa marah pun ada, kelakar pun.


Kenapa 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵? Sebab Bang Mat cuma buat kerjanya sebagai menteri iaitu menjaga 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Beras tempatan harga rendah. Tapi dicampur dengan beras import dan dijual pada 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁, itu kan menganiaya pembeli?


Sejak bila jaga kepentingan rakyat tu jadi dosa? Jadi kesalahan? Sebab puak kita tak untung? Kalau kita nak puak kita untung, rakyat terbanyak rugi pun takpe, jadi perangai kita 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹.


Lagipun, kan kecoh di media sosial orang cari beras tempatan tapi tak jumpa. Sebagai menteri, ianya jadi tanggungjawab Bang Mat untuk 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻. Bila ada larangan campur beras ni, diharap bekalan beras tempatan 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁.


Kenapa rasa 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗿? Bila aku tengok komen walaun dalam tu aku rasa kelakar. Sebab yang selama-lama ni bising 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 tu walaun la. Padahal beras tempatan ada cuma, 𝗸𝗮𝗿𝘁𝗲𝗹 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝗶𝗺𝗽𝗼𝗿𝘁. Sebab tu susah nak jumpa.


Tapi bila Bang Mat umum je pekeliling ni, terus harga beras tempatan jatuh. Maknanya apa? Itu maknanya 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗸𝘂! Baru umum je ni. Belum jadi kenyataan pun!


Jadi walaun dok bising selama ni cari beras tempatan 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗹𝗮 𝗸𝗮𝗻? Walaun pun dok makan beras import. Sebab tu beras tempatan laju turun harga bila tak boleh lagi dicampur dengan beras import.


Terbukti selama ni 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 bising sebab nak buat isu je. Bukan sebab mereka makan beras tu pun. Jadi petani kalau nak maki, makilah walaun. Mereka tu yang 𝗴𝗮𝘁𝗮𝗹 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗶𝘀𝘂.


Bila jadi isu, menteri kena selesaikan. Bila selesaikan isu, petani tanggung akibat. Nak maki menteri kenapa? Kalau walaun tak buat isu, menteri pun tak payah nak umum pekeliling ni. Kesimpulannya., walaun bukan je bodoh, tapi menyusahkan orang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


UN... TMJ PESAN, KALAU TAK MAU CUTI SABTU AHAD.. MEQAMBUIH KLUAQ DARI JOHOR...

 Najib Bakar


Kata TMJ, kalau taknak cuti Sabtu Ahad, dipersilakan pindah keluar dari Johor.


Terus terang, straight to the point.


Aku bersekolah di Kedah berbelas tahun, dengan cuti Jumaat Sabtu. 


Kemudian masuk uni di Johor (masa tu cuti Sabtu Ahad), tinggal di Lembah Klang sampai sekarang yang cuti Sabtu Ahad.


Tak rasa pulak yang cuti Sabtu Ahad ni mengurangkan iman seseorang.


Bahkan, aku rasa lebih produktif kalau cuti Sabtu Ahad. Ni pendapat aku sendiri la, bukan orang lain.


Aku tau ramai pasangan di Johor yang seorang kakitangan awam, seorang lagi swasta ada masalah nak bersama keluarga.


Kakitangan swasta kebanyakan memang bercuti Sabtu Ahad sekarang ni, tapi kakitangan awam seperti cikgu bercuti Jumaat Sabtu. Anak-anak pun cuti Jumaat Sabtu.


Depa cuma ada satu hari saja untuk bersama. Nak weekend getaway pun payah.


Pasangan macam ni happy bila diumumkan cuti kembali kepada Sabtu Ahad.


Tak percaya? Jom tengok komen kat posting ni nanti.



CUTI JUMAAT SIA SIA KALAU DOK MAKI ORANG.


Ezleen


 Sebenarnya sia-sia juga kalau yang bercuti hari Jumaat tetapi amalan sunat yang diajarkan Nabi ini tak mampu d


ibuat.


Jangan lupa sedekah juga.


Salam Jumaat.



CAKAP TAK PANDANG ORANG

 Che Ibrahim


Bukan semua peninggalan penjajah kita kena buang semua... 

Contoh: pakaian dlm gambar di bawah juga peninggalan penjajah yg kita amat sukakannya.




YADIM AKTIF DI PERAK

 


YADIM Negeri Perak terus melebarkan sayapnya di negeri tersebut, apabila menyantuni pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Panglima di Taiping dengan mengadakan Program Khalifah Muda pada 10 Oktober.






Insiatif sempena Program Dakwah Negara 2024 ini dihadiri 110 orang pelajar pelbagai bangsa bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang nilai kepimpinan seperti Rasulullah S.A.W. 


Program ini dikendalikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Cik Anis Razani dan Puan Puteri Balqis Alias. 


Turut hadir bersama ialah Guru Besar SK Taman Panglima Taiping, Puan Azima dan Pengarah YADIM Negeri Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani

#PDN2024



MENTERI AGAMA ARAH SIAPKAN LAPORAN


MSO



Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mohd Na’im Mokhtar menyediakan laporan berhubung pemujaan sehuah jemaah terhadap guru agama dalam kasidahnya yang tular dalam medsos kini.


Dr Mohd Na’im telah mengarahkan agar  laporan khas berhubung kejadian itu disediakan segera dan diserahkan kepada pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam dan Mufti negeri Kedah.


Kesegeraan arahan Dr Mohd Na'm  itu menunjukkan kerajaan serius dalam usaha membertas sebarang kegiatan atau amalan kurafat dan sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam. 


Klik video kasidah atau nyanyian pemujaan ke atas seorang ustaz atau guru itu dikira melampau dan mempunyai ciri ciri sama dengan kumpulan GISB yang mengagung dan memuja guru mereka Abuya yang kini sudah diambil tindakan.


Dalam pada itu Dr Mohd Na'im juga turut menggesa Pejabat Mufti Wilayah dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) mempertingkatkan usaha memberi kefahaman kepada orang ramai berkaitan asas aqidah ahli sunnah waljemaah.


Langkah diambil Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu perlu dicontohi sama oleh agensi terbabit dalam menbenteraskan 

hal hal karut dan kurafat seperti Jabatan Agama Islam Negeri, pejabat Mufti dan sebagainya. 


Dalam hal ini diharap pihak Jakim juga ikut menilai dan  mematau sebuah lagu yag memuja dan mengagungkan seorang pemimpin sebuah parti politik yang agak melampau dan kini mulai tular  medsos. 


Dibimbangi lagu dan seni kata lagu berkenaan juga berunsurkan pemujaan melampau yang menyesatkan ummah khasnya pengikut dan penyokong parti politik tersebut. Trims


.

KENA CERAI 100 KALI SEHARI

 

Zainuddin Omar

Kawan saya kata dia kena cerai dengan isteri dia 100 kali sehari. Nasib baik tak valid. Ahaks.



LEBAI MALANG


MSO



Dengarlah saya belebelan Ezam Muhamad Noor tentang cerita dia masuk Pas. Biasalah orang baru menyertai Pas akan dipuja puji dan salawat tentang ketinggian darjat Pas sebagai sebuah parti politik.


Apa diratib dan ditahlil oleh orang masuk Pas seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim dan lain lain sama makrab dan makribnya.


Cuma beza sikit dengan Ezam dia bedal bekas bossnya Anwar Ibrahim yang dulu dia puja dan puji melangit. Pengagungan Ezam hari ini berpindah daripada Anwar kepada Tok Dor Hadi. Disini menampakan kurang bijak Ezam.


Tidaklah saya nak komen banyak mengenai Ezam ini sebab saya juga mengenali siapa dia Ezam ini yang mungkin banyak orang tidak mengetahui tentangnya. Saya kenal dia dengan Szmin Ali kacam saya kenal jering dengan petai.


Bagi saya sdr Ezam adalah individu yang tidak bernasib baik dan menjadi Lebai Malang persis juga Azmin Ali.


Apapun selamat bersama Pas kepada Ezam semoga sepas ini Pas jadi parti terakhir buat Ezam dan Pas akan rainya untuk mengambilnya jadi calon. Trims.



BMW BUKAN HASIL YABUDI BILA KITA PAKAI


Mukhlis Eddie. 


 Hasil jual DARSA FRIED CHICKEN yang tak ada sijil halal.



p/s Jual air liur cuma pekerjaan sampingan beliau, persiapkanlah anak² anda utk mengikuti jejak langkah SYEIKHUNA 😋



JADI ANJING SESUAI. ME YALAK FAK TENTU HALA. JADI PEMBANGKANG TAK BERGUNA PUN.



 Aku setuju kenyataan 𝗧𝗮𝗸𝗶𝘆𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 yang PAS 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗺𝗮𝘂. Sebab PAS ni layaknya hanya jadi 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 je. Menolong bukan main tapi bila disergah terus lari.



Atau paling tidak pun jadi 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗺𝗽𝗮𝗵. Bertukar warna ikut latar belakang. Depan penyokong konon nak 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Tapi bila jadi kerajaan, 𝗷𝘂𝗱𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻.


PAS dan Akmal sama. Kedua-duanya ancaman kepada 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Kedua-duanya jadikan 𝗸𝗮𝘂𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 sebagai 𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮, membeli sokongan.


Disebabkan mereka, pemimpin PAS dan Akmal, selalu 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿, acapkali ucapan mereka jadi 𝗺𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗰𝘂𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗮𝗽𝗶, menerbitkan amarah rakyat pada perkara yang tidak perlu.


Kedua-dua PAS dan Akmal wajib dihapuskan daripada politik Malaysia kerana 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗴𝗲𝗹𝗼𝗷𝗼𝗵 mereka ketika 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗴 𝗶𝘀𝘂 mengancam keselamatan negara.


Satu hal lagi, nampaknya PAS bela Akmal pulak ni. Tak ada selindung lagi dah. 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴-𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻. Maknanya memang ada 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮  𝘁𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 ke diorang ni?


Baguslah kalau dah terus-terang. Kalau memang ada hubungan terlarang, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮. Baik 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗷𝗮. Kalau rentak dan tempo tu dah sama, jangan tunggu lagi. Menari je bersama. Beri dia borang PAS. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KES 1BESTARINET! SPRM AKAN PANGGIL MUHYIDDIN & MAHDZIR! RESPON MAHDZIR!


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan yang dijalankan terhadap YTL Communications Sdn Bhd (YTL) membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4.07 bilion adalah bersifat telus, adil dan profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak. Untuk makluman, siasatan SPRM ini adalah berdasarkan aduan yang diterima melibatkan beberapa dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melanggar peruntukan undang-undang termasuk Akta SPRM 2009. Siasatan terhadap YTL ini juga berdasarkan maklumat menerusi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang baharu diterima pada Ogos baru-baru ini selain Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Hasil dua laporan ini mendedahkan terdapat beberapa kelemahan antaranya seperti aspek capaian liputan jalur lebar yang rendah, kelemahan teknologi infrastuktur, lokasi sekolah selain capaian jalur lebar yang tidak menyeluruh. Terdapat juga maklumat awam serta aduan daripada pihak tertentu mengenai projek ini yang gagal memberikan capaian jalur lebar dengan kelajuan sebagaimana dikehendaki dalam membantu proses pembelajaran di sekolah yang lebih efisein. Selain itu, berdasarkan maklumat diterima, tender perkhidmatan 1BestariNet ini pada asalnya dirancangkan untuk tempoh 15 tahun membabitkan jumlah RM4.07 bilion, namun dipendekkan kepada 7 tahun 6 bulan tanpa ada pengurangan dari segi nilai kontrak. Walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai matlamat, difahamkan masih ada beberapa tuntutan yang dibuat oleh syarikat berkenaan kepada pihak kementerian terbabit yang memerlukan siasatan terperinci bagi mengesahkan perkara itu. Sehingga kini, siasatan mendapati kerajaan perlu menanggung RM176 juta yang dituntut oleh syarikat berkenaan namun maklumat tuntutan tersebut belum dapat disahkan oleh kerajaan selain kerugian sewaan pencawang telekomunikasi bagi tempoh 5 tahun sejak 2019 yang dianggarkan berjumlah RM10.8 juta. Justeru itu, tidak timbul isu mengapa siasatan dibuat setelah projek 1BestariNet ditamatkan pada 2019 kerana menjadi tanggungjawab SPRM untuk menjalankan siasatan secara profesional apabila mendapat maklumat baharu, khususnya yang melibatkan peruntukkan dana kerajaaan untuk pembangunan negara. Sehubungan itu, SPRM berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini kerana isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa seharusnya tidak boleh dikompromi.



ANTU TUYA.


            Zunar Cartoonist Fan Club