MSO
Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) telah diarah oleh Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mohd Na’im Mokhtar menyediakan laporan berhubung pemujaan sehuah jemaah terhadap guru agama dalam kasidahnya yang tular dalam medsos kini.
Dr Mohd Na’im telah mengarahkan agar laporan khas berhubung kejadian itu disediakan segera dan diserahkan kepada pihak berkuasa agama Jabatan Agama Islam dan Mufti negeri Kedah.
Kesegeraan arahan Dr Mohd Na'm itu menunjukkan kerajaan serius dalam usaha membertas sebarang kegiatan atau amalan kurafat dan sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.
Klik video kasidah atau nyanyian pemujaan ke atas seorang ustaz atau guru itu dikira melampau dan mempunyai ciri ciri sama dengan kumpulan GISB yang mengagung dan memuja guru mereka Abuya yang kini sudah diambil tindakan.
Dalam pada itu Dr Mohd Na'im juga turut menggesa Pejabat Mufti Wilayah dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) mempertingkatkan usaha memberi kefahaman kepada orang ramai berkaitan asas aqidah ahli sunnah waljemaah.
Langkah diambil Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu perlu dicontohi sama oleh agensi terbabit dalam menbenteraskan
hal hal karut dan kurafat seperti Jabatan Agama Islam Negeri, pejabat Mufti dan sebagainya.
Dalam hal ini diharap pihak Jakim juga ikut menilai dan mematau sebuah lagu yag memuja dan mengagungkan seorang pemimpin sebuah parti politik yang agak melampau dan kini mulai tular medsos.
Dibimbangi lagu dan seni kata lagu berkenaan juga berunsurkan pemujaan melampau yang menyesatkan ummah khasnya pengikut dan penyokong parti politik tersebut. Trims
.