UN... TMJ PESAN, KALAU TAK MAU CUTI SABTU AHAD.. MEQAMBUIH KLUAQ DARI JOHOR...

 Najib Bakar


Kata TMJ, kalau taknak cuti Sabtu Ahad, dipersilakan pindah keluar dari Johor.


Terus terang, straight to the point.


Aku bersekolah di Kedah berbelas tahun, dengan cuti Jumaat Sabtu. 


Kemudian masuk uni di Johor (masa tu cuti Sabtu Ahad), tinggal di Lembah Klang sampai sekarang yang cuti Sabtu Ahad.


Tak rasa pulak yang cuti Sabtu Ahad ni mengurangkan iman seseorang.


Bahkan, aku rasa lebih produktif kalau cuti Sabtu Ahad. Ni pendapat aku sendiri la, bukan orang lain.


Aku tau ramai pasangan di Johor yang seorang kakitangan awam, seorang lagi swasta ada masalah nak bersama keluarga.


Kakitangan swasta kebanyakan memang bercuti Sabtu Ahad sekarang ni, tapi kakitangan awam seperti cikgu bercuti Jumaat Sabtu. Anak-anak pun cuti Jumaat Sabtu.


Depa cuma ada satu hari saja untuk bersama. Nak weekend getaway pun payah.


Pasangan macam ni happy bila diumumkan cuti kembali kepada Sabtu Ahad.


Tak percaya? Jom tengok komen kat posting ni nanti.