ADILKAH KITA?



1. Kita korek video lama dia. Bagi kita, ada tindakannya yang silap dalam video itu.


2. Kita sunting. Kita viral video itu. Kita umpan orang untuk hentam dia. 


3. Kita kaitkan kesilapan dia dalam video itu dengan sekian banyak kesilapan dia yang lain.


4. Kita ungkit balik semua kesilapan dia yang lama. Kita tulis satu-persatu. Kita viral lagi.


5. Apabila dia bagi penjelasan, kita persoalkan penjelasan dia. Kita kata, dia pusing-pusing.


6. Kita hentam dia lagi. Posting kita pun banyak dapat isyarat suka. Kita pun suka.


7. Apa isunya?


8. Ini bukan soal sokong dia atau sokong kesilapan dia. Bukan, bukan.


9. Ini soal rasionaliti kita. Soal keadilan. Rasionalkah kita, atau adilkah kita dengan tindakan itu?


10. Kita buat begitu seolah-olah kita tak ada kesilapan masa lalu.


11. Seolah-olah kita tak akan buat silap pada masa akan datang. 


12. Seolah-olah kita maksum. "Saya tak boleh nampak mungkar. Saya hentam..." Amboi!


13. Letakkan diri kita di tempat yang betul dan diri dia juga di tempat yang betul.


14. Itulah adil. Dan adil itu lebih hampir kepada taqwa.


Zola,

Jumaat

11102024