PMX BERTEMU PUTIN.


Bertemu Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin di Kepulauan Russkiy, Vladivostok lewat petang tadi di mana kami menekuni hubungan serta tahap kerjasama yang sedia terjalin erat. 







Kami menyentuh mengenai pelbagai perkara yang menjadi kepentingan yang dikongsi secara bersama, selain menekankan wujudnya potensi atau peluang yang sedia besar namun tidak dimanfaatkan sepenuhnya. 


Kami lantas bersetuju untuk meningkatkan tahap kerjasama yang lebih mantap di semua lapangan selain akan secara bersama mempatri hubungan kerjasama yang lebih baik terutamanya di peringkat antara negara dan persahabatan. 


Saya turut menyatakan kepada Presiden Putin bahawa hubungan antara ASEAN dan Rusia akan diperkemas dan ditambah baik saat Malaysia mempengerusikan ASEAN kelak.


Presiden Putin turut berkesempatan mengucapkan yang terbaik buat Malaysia untuk Kepengerusian ASEAN kelak.  


#MalaysiaMADANI



PENUTUP MALAM. JANGAN IKUT AKHLAK WALAUN BODO.

 


Kecoh sebenarnya cerita seorang pemimpin PN yang ๐—ธ๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚. Di FB kurang sikit tapi di X dah jadi isu hangat. Lebih hangat bila dikatakan pemimpin itu sebenarnya ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ต.


Tapi bagi aku, kita tak payahlah mainkan isu tu. Sebab pertama, ๐—ฝ๐—ผ๐—น๐—ถ๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ผ๐˜€๐—ฎ. Kalau memang dia berkemampuan, biarkanlah. Itu pun hal peribadi dia dan orang luar tak perlu campur.


Kedua soal tangkap basah tu, ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐˜‚๐—ป. Kalau betul ada bukti, mungkin boleh ungkit soal akhlak apa lagi dia mewakili ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ. Tapi kalau tanpa bukti, boleh jadi fitnah.


Kita bukan walaun jijik. Walaun memang perlukan ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ sebab mereka ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ ๐˜๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—น๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ. Kalau tak guna isu lendir, apa yang mereka nak guna untuk burukkan kerajaan.


Tapi kita lain. Dalam PN ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐—ท๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป. Dari kes rasuah sampailah kes ๐˜๐—ฎ๐—ธ๐—ณ๐—ถ๐—ฟ, ๐—ฏ๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ, ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ dan berbagai lagi. Terlalu banyak isu untuk dimainkan jadi cerita busuk sebgini tak perlu dicuit.


Jangan kita jadi seperti PN yang kita ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ. Serangan bertubi terhadap kerajaan tak kira isu akhirnya buatkan rakyat muak dengan mereka dan mula melihat ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ.


Cara PN yang berlebihan mainkan isu ๐—•๐—น๐—ฎ๐—ฐ๐—ธ๐—ฅ๐—ผ๐—ฐ๐—ธ dan ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ท๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ buatkan PN terlihat seperti watak antagonis. Lagi mereka serang PMX, lagi hebat PMX di mata rakyat.


Kita tak perlu ๐˜๐—ถ๐—ฟ๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ก. Biarkan si luncai terjun dengan labunya. Tak perlulah kita sentuh isu-isu peribadi melainkan jika ianya melibatkan kepentingan  negara. ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Kesatria penjaga nusantara menuju ke koordinat ะ’ะปะฐะดะธะฒะพัั‚ะพะบ


Kesatria penjaga nusantara menuju ke koordinat ะ’ะปะฐะดะธะฒะพัั‚ะพะบ




+++++++++


๐Ÿ“Œ Kebangkitan islam roh madani leluhur melayu sufi centrist sedang bermula dari arah timur.


๐Ÿ“Œ Mengikut falsafah dan ilmu perang,

dunia gelar bumi "Vladivostok" sebagai "Overlord from East".


Vladivostok = Maharaja dari Timur


๐Ÿ“ Blok BRICS dan dunia anti mas0n sambut Anwar Ibrahim Super Grandmaster di bumi "Vladivostok" saat ini(4 Sep 2024).


๐Ÿ“ Vladimir Putin mewakili pengerusi blok BRICS ;

hantar Timbalan Pengerusi Pertama Majlis Mufti Russia,

Rushan Abbyasov sambut Perdana Menteri dari Malaysia.


⚔️ Malaysia tak mampu sumbangkan teknologi tentera.


⚔️ Tetapi pemikiran fighter tak takut kepada takut;

dan ilmu yang dikaruniakan Allah kepada PMX telah menggoncang dunia.

*

*

*

Di luar..


Sepi yang mencengkam

seiring suara gelegar menghilang

melarut bersama malam

semua yang berada di ruangan itu mengucapkan salam.


Di dalam..


Beberapa orang di dalam istana ternganga, 

seakan tersihir menyaksikan semua.


Suara itu seakan masih bergaung ;


"Salam Alaikum.."


"Walaikum Salam..."


__________


Di bawah(Secret Talisman)..


Beringsut bersama fikiran masing²


Pohon merunduk

Angin tak berani bertiup


Roh dan kata-kata bapa reformasi "Lawan Tetap Lawan".

Telah meruntuhkan sendi-sendi tubuh mas0n melayu.


Tak percaya??

Namun inilah realitas nyata di depan mata kepala kamu..

*

*

*

Di atas(Sky Avenue 7)


Pak Sheikh mengabarkan kepada mereka

saatnya kini sudah tiba.


Persiapan rahsia akbar

Perhelatan suara surat khabar


Membangun Nusantara Baru(New Union)


Alam sudah merujuk ke arah tanda-tanda itu... ✨


Pinjam kata ASB (Azri Sir Bapok),


"Sikit lagi guysss...." 


๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


2024 End Game


Karya Wisata Roh



Formulanya mudah

 

ISLAH


Bila pelaburan makin rancak dan diurus dengan baik, taraf hidup rakyat akan meningkat merata. Usaha kerajaan memikat pelaburan syarikat-syarikat ternama dunia ternyata berjaya memacu ekonomi negara.



Harapan semua rakyat Malaysia, agar laba ini nanti dirasai semua. Merata hingga ke seluruh pelosok negara.



RUMAH BESAR YANG DITINGGALKAN.



 Di belakang rumah saya banyak rumah yang ditinggalkan. 



Saya selalu perhatikan ketika briskwalk. 


Pernah saya bersembang dengan seorang rakan property agent kenapa banyak bungalow for sale di Shah Alam. 


Kata beliau satu dari faktor ialah pasangan bergaduh di usia tua selain dari downgrading ke rumah lebih kecil. 


It sets me thinking. 


Apa guna rumah tersergam besar tetapi penghuninya tidak bahagia? 


Membina rumah gah ketika usia muda kerana “it is my dream house” hanya memuaskan ego diri untuk sementara waktu sahaja. 


Dalam hidup ini kebahagian dan kedamaian jiwa yang dicari. 


Tidak guna banyak wang ringgit, rumah tersergam dan kereta berderet tetapi hati tidak damai dan tenteram. 


Kita kena tahu perbezaan antara rumah dan home. 


Home hanya perlu ‘modest’ sahaja kerana 'home is where the heart is'. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



JANGAN RASIS.

 

Che Ibrahim. 




Orang melayu ni lazimnya dia suka ikut dailek dengan siapa yang dia bercakap. 

Jumpa cina dia cakap dailek cina, 

Jumpa India dia cakap dailek India, 

Jumpa orang asli dia cakap dailek asli. 

Jumpa mat salleh dia guna dailek orang putih. 


Tapi demi politik, melayulah yang paling suka main isu bahasa.



Penduduk Sarawak menguasai banyak bahasa selain BM termasuk Bahasa Inggeris &  Bahasa Melayu Sarawak & Bahasa Dayak namun PERPADUAN tetap terpelihara, dulu, sekarang dan selamanya. Fakta;  'Radicalism' dan sentimen 3R yang menebal perosak perpaduan. (Ex-cikgu).


KAU KERJA LAWYER MUNGKIN TAK DAPAT KOT.. SEBAB TU KO MEROYAN. CYTRO PN MEROYAN DI X. SANUSI KATA APA TUAN TUAN.... PALA BAPAK HANG.. TU PUJIAN.. .

 Zuwairi Md Yusof


CYTRO BERSATU Pendengki PALATAO


Kau pun pencacai najis PN ja dulu sedap melantak gaji elaun buta berbulan bulan tak payah nak membongak acah2 prihatin rakyat bawahan,kehkehkeh



LAWATAN PM ADA YANG TERTINGGAL?

MSO



 SEDIKIT MUSYKIL LA


Saya difahamkan ini delegasi lawatan Perdana Menteri ke Russia. Dalam gambar ini ada dua menteri dan seorang MB. Dua menteri yang ikut sertai ialah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan Mohamad Hassan. 


Manakala MB ialah Amiruddin Shari. 


Sudah kerap dan banyak negara serantau dan dunia yang Anwar lawati dan beberapa orang menteri yang ikut serta. Biasalah menteri dibawa sama untuk timba ilmu dan pengalaman. Kebanyakan menteri menteri dibawa pula ialah daripada proksi Keadailan. 


Dalam kekerapan itu itu saya tidak pernah ternampak seorang menteri kanan yang ikut serta dimasukan disenaraikan delegasi. Usahkan ke Eropah ke Jepun , Cina dan India juga tidak dibawa.

 

Apakah kerana menteri berkenaan darat boleh nai kapal terbang jauh apa kenapa? Tetapi masa Anwar jumpa PM Thailand baru baru ini di Golok juga tidak kelihatan menteri berkenaan. 


Kalau dekat sejengal pun tak ada, apakah menteri berkenaan dicicirkan kerana pencapaian dan sifatnya tak capai piawaian yang dikehendaki Anwar. Trims.


Jawapan kepada pandangan di atas. 


Lawatan Rasmi PM. Wajib ada ialah Menteri Luar (foreign affairs). Seterusnya lihat keperluan utama lawatan tersebut. 


Dalam isu Russia ni kita ke sana utk bincang lebih kepada ekonomi. Russia ialah Pengerusi BRICS, maka amat penting utk kita yakinkan Russia terima malaysia sebagai anggota BRICS atau kini BRICS +. 


BRICS+ ialah kesatuan baru utk berdagang secara lebih sihat, guna mata wang negara2 anggota. So ada Menteri Perdagangan bersama PM.


So lawatan ke Russia ada

1. PM (ketua executive pentadbiran negara)

2. Menteri Kewangan (PM is MOF)

3. Menteri Luar Negara 

4. Menteri Perdagangan 


So apa yg tuan merepek ni? Kena tengok jugak tuan apa motif sesebuah lawatan rasmi. Tak boleh main kaut bawak semua ikut suka suka.



PERLANTIKAN BAHARU JAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI NEGARA.


 Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan beberapa perubahan penempatan, pelantikan baharu jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam berkuat kuasa 5 September 2024.


Sumber: Facebook KSN





ORANG PENANG KATA UPSEREYNAPETEY TOYAMATMIN.


 Zuwairi Md Yusof


Memperkenalkan dalang di sebalik portal MalaysiaNow.



Yes.Adik Latheefa Koya.Macai Mahathir.Khabarnya funded / di biayai oleh Azmin Ali.Jadi apa saja berita dari portal ni masuk je laa tong sampah.


#SekaliHembus๐Ÿ˜Ž



PMX TERIMA KUNJUNGAN HORMAT TYT TATARSTAN.



 Seusai tiba di Vladivostok, saya langsung menerima kunjungan hormat dari sahabat yang juga Rais atau Ketua Republik Wilayah Tatarstan, Rusia saudara TYT Rustam Minnikhanov. Saudara Rustam tempoh hari telah melakukan kunjungan ke Malaysia pada bulan lalu. 





Pertemuan tersebut tentunya bagi meraikan persahabatan erat antara Malaysia dan Republik Tatarstan selain turut membincangkan pelbagai isu termasuk kerjasama dari segi ekonomi dengan pelabur-pelabur dari Tatarstan dan Mesyuarat Russia-Islamic World Strategic Vision Group.


Saya juga mengambil peluang menerangkan hala tuju malaysia dalam beberapa bidang strategik berdasarkan polisi yang digariskan di bawah Ekonomi MADANI termasuk bidang transformasi digital, peralihan tenaga, pelancongan dan keterjaminan makanan.


Semoga persahabatan akrab ini akan membawa manfaat yang terbaik buat Malaysia dan juga Tatarstan. 


#MalaysiaMADANI



MASA JADI KERAJAAN APA PUN TAK BUAT


 Masa PAS jadi kerajaan, RCI ni tidak dibuat pun..



RCI Memali hanya timbul masa sebelum Pilihanraya ke 14 untuk jadi kempen dalam ceramah pilihanraya..


Sekarang orang yang mereka kata akan halang penubuhan RCI ni telah mereka jadikan tuan penasihat SG4.


So yang mati di dalam kejadian Memali tu, mati katak (kata Tun M) atau

mati syahid (kata Hadi Awang)?



PMX SAMPAI DI RUSSIA.

 

Alhamdulillah, selamat tiba di Vladivostok, Persekutuan Rusia. 





Kunjungan ini pastinya akan membawa manfaat yang terbaik kepada Malaysia, terutamanya dalam memperkukuh kerjasama serta hubungan kedua-dua negara Malaysia dan Persekutuan Rusia. 


#MalaysiaMADANI



PMX KE RUSSIA. SETAKAT AKU TAHU.. BELUM ADA YANG DIJEMPUT KE RUSSIA UNTUK BERUCAP.



 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Vladivostok, Rusia, bagi memulakan lawatan kerja dua hari beliau ke negara ini sempena Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 yang


bermula hari ini.


Terdahulu pesawat yang membawa Perdana Menteri dan delegasi Malaysia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok kira-kira jam 6.30 pagi waktu Malaysia.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



PERKARA PELIK DI MEDSOS


Zuwairi Md Yusof


 Ada 2,3 perkara trending di TT yang agak menarik minggu lepas dan minggu ni.






1st Ada TT personal beberapa kakitangan awam Pembantu Tadbir(PT).Depa ni share pasal kerja2 depa untuk setel opsyen SSPA dan kenaikan gaji kakitangan awam.Malangnya ni mengundang serangan cybertrooper dan penyokong PN yang agak teruk gak la.Naik kesian pon ada sebab PT ni tak pernah tunjuk sokong parti mana pon.Tapi sebab ni memang kerja depa, selambe je depa jawab.Power!


2nd Merdeka Human Graphic ni dapat kecaman yang teruk dari penyokong dan cybertrooper PN.Masalahnya peserta Merdeka Human Graphic ni budak sekolah yang ada mak bapak.Depa bukan orang politik.Mak Bapak bebudak ni pulak keluar content dan lawan balik kecaman dari PN ni.Boleh nampak la berbalas balas komen lawan.Agak horror gak tengok bila penyokong dan cybertrooper PN mula serang rakyat biasa yang tak terlibat politik.Tekanan cyberbully ni bukan calang2 bang bila tengok komen kecam hang beribu2 tak pasal2 sedangkan hang share benda biasa2 tanpa niat apa2.


Harap penyokong/cybertrooper PN ni rilek2 la sikit.Dah gila ke?



PN PELIK RAKYAT MALAYSIA LAGI PELIK



 PN TERSUNGKUR DI PINTU MOU



PN takut rahsia terbongkar buat2 pelik

PN PELIK RAKYAT MALAYSIA LAGI PELIK


Sebelum ni MP Pembangkang sibuk berteriak sebab masih belum terima peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan. 


Terbaharu MOU peruntukan tersebut telah pun diterima mereka. Mereka rasa ‘pelik’ dengan syarat yang terkandung dalam MOU tu๐Ÿ˜‚


Takiyuddin Hassan beritahu pihaknya telah menerima draf MOU tu tetapi belum membincangkannya lagi secara mendalam.


Katanya draf yang diterima itu mengandungi tujuh syarat yang mesti dipenuhi sebelum perjanjian hendak dipersetujui. Antara aspek yang ditekankan oleh pihak kerajaan kepada pembangkang ialah pengisytiharan harta. 


Jelas menunjukkan PN tidak begitu selesa dengan syarat syarat yang disediakan kerajaan dalam MOU tersebut. Tapi kenapa pelik? Takkanlah PM suruh isytihar harta pun pelik.


Jika sebelum ni mereka bersungguh mahu Menteri dalam kabinet isyitihar harta, takkan lah sebagai Ahli Parlimen mereka tak boleh isytihar. 


Masih ingat apa kata Hadi Awang pada tahun 2012.

“Dengan isytihar harta dapat halang ahli PAS berperangai seperti UMNO.”


PMX mahu lahirkan bukan sahaja mereka yang dalam kerajaan, malah pemimpin pembangkang yang turut sama terhindar daripada rasuah. 


Jadi isytihar harta ni salah satu dari caranya lah. Jika mereka takut bukankah itu menunjukkan mereka sedang menyorok sesuatu takut pecah tembelang?


Begitu juga dengan syarat 3R yang diletakkan dalam MOU tu. Kenapa mereka nak rasa pelik? Ini sudah tentu kerana PN yang sering memainkan isu perkauman dan bangsa dalam siri kempen2 mereka.


Kalau tengok, hampir setiap hari mereka memang sangat gemar fitnah memfitnah menggunakan agama. 


Malah, pemimpin tertinggi mereka pun turut sama mainkan isu 3R sehingga mengguris hati Raja. Jadi, tak salah lah sekiranya syarat 3R turut termasuk dalam MOU tu kan? 


Apa kepentingan untuk mainkan isu sedemikian? Jika tidak boleh memainkan isu 3R apa lagi modal kempen mereka untuk menghasut rakyat. Nak cerita pasal ekonomi tak pandai dan ekonomi Malaysia semakin baik.


Habislah modal mereka tanpa isu 3R. Saya pelik kerana kuasa sanggup mereka memainkan isu perkauman. Sedangkan untuk pulihkan negara ini kita rakyat Malaysia semuanya kena bersatu hati tanpa mengira kaum.


Persoalannya kini, apa pilihan yang PN ada? Senang ja, jika PN rasa ‘pelik’ dengan syarat syarat dalam MOU itu atau merasakan ia bakal memerangkap mereka, lebih baik mereka lupakan saja soal untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan.


Beritahu kerajaan kami tidak setuju dengan syarat syarat yang diberi itu dan menutup terus perbincangan dengan kerajaan untuk dapatkan peruntukan kewangan tu.


Lucukan begitulah PAS mereka akan dilihat hebat di depan penyokong sendiri. Contoh bila Dr Asri dan Dr Rora ajak berdebat, ‘Ulama’ PAS tiada seorang berani menyahut cabaran. Tapi di depan penyokong macam macam dikata kepada yang tidak bersama parti mereka.


Selama hari minta duit tin milo jadi takut agaknya bila penyokong tahu berapa harta yang mereka ada. Yelah berlagak zuhud. Macamana nak suruh org syahid baru bab istihar harta dah kecut perut.


Crdits#NormanRadzuan



BUKAN SEKADAR CAKAP BESAR.. TAPI BIJAK MENTADIBIR.

 

MSO


MB Selangor Amiruddin Shari seorang berjiwa besar tidak pernah mengambil pot hal peribadi. Semalam dia berada disatu pentas dengan MB Kedah Sanusi Md Noor untuk shering idea tentang pengurusan dan pentadbiran negeri.



Sanusi mengakui yang pentadbiran di Selangor lebih maju berbanding Kedah. Barang kali setelah setahun lebih jadi MB Sanusi baru tahu susah senang memerintah. Ia tidak segampang memaki hamun dan sumpah kawan di pentas ceramah.


Yang merujakan Amiruddin bersedia pula untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang yang menghina dan memperkecilnya. Siapa kata Amiruddin MB tidak cukup saiz kalau bukan Nusi.


Itulah kehebatan dan kebijaksanaan seseorang bukan terletak pada saiz.  Kalau pun gemik, brolok, montok tak semestinya pandai jika otak beku dan kotor.


Gemula ayah pernah buat perumpamaan jangan jadi seperti pokok tar yang punya perdu besar tetapi akar tak kuat. Trims.



Persamaan politik Israel dan politik Melayu?

 

Perubahan masyarakat Malaysia ke ekstremis nasional dan ekstremis agama masih di tahap rendah, dan harapnya hala tuju ini dapat dibendung

 




Terengganu Pas youth members marching with what appear to be replica weapons at the Himpit gathering - FILE PHOTO: PAS YOUTH/FACEBOOK

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Oleh Rosli Omar

Bila Israel menakluki Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqadis Timur selepas peperangan 1967, dan mahu menjajah penduduk mereka sekali, Yeshayahu Leibowitz sudah tahu akan hala tuju Israel.

Beliau adalah seorang ahli falsafah di Universiti Hebrew, Israel. Baginya, adalah tidak mungkin Yahudi Israel boleh bersifat demokratik dan liberal padahal tidak memberi hak yang sama kepada rakyat Palestin – iaitu, Israel akan merupakan kuasa kolonial yang menindas rakyat Palestin.

Sifat demokratik-dan-liberal dan penindasan adalah dua sifat yang bercanggah.

Maka, sifat demokratik dan liberal, iaitu haluan kiri, akan bertukar kepada yang sepadan dengan penindasan, iaitu kepada yang haluan kanan, konservatif dan aparteid.

Maka, Leibowitz menentang penaklukan Tebing Barat, Baitulmuqadis dan lain-lain. Dia pasti masyarakat Yahudi Israel akan menjadi “Judeo-fascist”.

Betapa benar ramalannya pada 1967! Israel yang diasaskan di bawah pemerintahan Parti Buruh yang sekular dan berhaluan kiri mula bergerak ke kanan dengan agama memainkan peranan yang semakin besar.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Parti Buruh dan parti kiri lainnya mula kalah dalam pilihan raya, yang pada mulanya diganti oleh parti Likud yang konservatif. Sehinggalah sekarang, Likud bergabung dengan parti-parti ekstremis yang lebih kanan – dan juga parti-parti berasaskan agama Yahudi yang ekstremis di bawah pimpinan Itamar Ben Gvir dan Bezalel Smotrich, menteri-menteri didalam kabinet Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, ketua Parti Likud.

Di bawah pemerintahan golongan kanan, konservatif dan ekstremis agama ini, rakyat Palestin semakin ditindas.

Perkara yang sama berlaku di India. Negara ini memperolehi kemerdekaan di bawah parti Kongres, parti sekular berhaluan kiri.

Tetapi sebahagian rakyat Hindu yang merupakan 80% penduduknya perlahan-lahan termakan dengan desakan dari parti berhaluan kanan yang rasis dan berdasarkan ekstremis agama, Parti Bharatiya Janata, BJP, yang menyerang mereka yang bukan Hindu, termasuk Kristian tetapi terutamanya Muslim, yang merupakan 14% penduduk India.

READ MORE:  Israel subverts all international laws and rulings in its attack on Rafah

 

BJP menubuhkan kerajaan bermula 2014 di bawah Perdana Menteri Narendra Modi. Dengan kekalahan parti Kongres di tangan BJP, ia mungkin sukar untuk Kongres dikembalikan berkuasa dengan hala tuju ke kanan ini.

Kehilangan majoriti BJP dalam pilihan raya baru-baru ini melawan arus dan mereka menyalahkan orang Muslim kerana kehilangan majoriti itu.

Seperti mana di India begitu juga di Israel. Parti Buruh dan lain-lain parti kiri telah berkubur kerana majoriti Yahudi Israel telah meninggalkan sepenuhnya nilai-nilai kiri mereka.

Di Israel, perubahan masyarakat dari yang liberal kepada yang ekstremis nasionalis dan ekstremis agama adalah paling lengkap, paling ekstrem didunia. Seperti kata pengkritik Israel, Norman Finkelstein, “Israel is a lunatic state“.

Di Myanmar pula, kebencian terhadap orang Muslim Rohingya diketuai oleh sami-sami Buddha, seperti sami yang terkenal dengan serangannya terhadap Rohingya, Ashin Wirathu.

Walaupun penduduk Myanmar adalah 90% Buddhis dan Rohingya cuma 5%, namun sami-sami ini dapat menakutkan yang majoriti bahawa yang minoriti ini adalah ancaman terhadap Myanmar.

Adakah terdapat persamaan dan pengajaran kepada Malaysia, khususnya orang Melayu? Bagi saya, ada.

Penduduk Semenanjung Malaysia terdiri dari 66% Melayu, 24% Cina, dan 9% India dari 23 juta penduduknya. Ianya ditubuhkan oleh Umno yang sekular dan pada masa itu, liberal. Lama kelamaan ia menjadi lebih kanan, konservatif dan lebih berdasarkan ras.

Tetapi kerana dianggap telah menjadi terlalu korup, ramai orang Melayu memberi sokongan kepada parti-parti lain, termasuk yang semakin berpengaruh, iaitu Pas.

Pas yang lebih liberal di bawah Nik Aziz tidak begitu berpengaruh. Tetapi di bawah pimpinan Hadi Awang, Pas lebih lagi ke kanan dan lebih konservatif dan lebih memainkan isu agama dan kaum. Nampaknya, pandangan ini disokong semakin ramai orang Melayu.

READ MORE:  Why Israel is a threat to humanity

 

Hala tuju masyarakat Melayu sama seperti apa yang berlaku di Israel, India dan Myanmar, iaitu semakin konservatif dengan gemblengan kaum dan agama. “Gelombang hijau” merupakan realiti hala tuju masyarakat Melayu.

Kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya adalah melawan arus. Soalannya, untuk berapa lama?

Percanggahan asas adalah seperti yang terdapat di Israel, India dan Myanmar – iaitu bagi majoriti Melayu, tidak mungkin sikap demokratik-dan-liberal ujud dengan diskriminasi terhadap kaum minoriti.

Maka hala tuju masyarakat Melayu adalah kepada haluan kanan yang konservatif dengan gemblengan ekstremis agama dan kaum.

Apa jadi bila masyarakat semakin konservatif, semakin ke kanan dan ekstremis? Kalau dilihat dari masyarakat di Israel, India dan Myanmar, orangnya semakin kehilangan kemanusiaan mereka, semakin kejam terhadap apa yang dianggap musuh. Pembunuhan menjadi perkara biasa.

Walaupun dengan kematian yang begitu ramai disebabkan serangan terhadap Gaza oleh Israel, dan kemusnahan yang sangat teruk, tinjauan sikap rakyat Israel mendapati 73% menyokong serangan itu, malah 34% berpendapat serangan tahap ini tidak mencukupi.

Tinjauan ini melibatkan juga penduduk Palestin di Israel yang merupakan 20% rakyatnya. Jika di ambil kira cuma penduduk Yahudi, peratusannya ialah 91% menyokong dan 43% mahukan tindakan yang lebih ganas.

Adakah sifat-sifat tersebut berlaku juga dikalangan orang Melayu? Ada unsur penduduk majoriti, iaitu orang Melayu, menekan, membuli yang minoriti. Mungkin tidak seteruk, tidak sejelas apa yang disebut di atas namun unsurnya ada. Ianya masih di tahap rendah dan harapnya hala tuju kepada ekstremisme dapat dibendung, dan semestinya kita tidak mahu ianya bertambah ekstrem.

Jika tidak, orang Melayu akan lama-kelamaan menjadi semakin tidak bertimbang rasa, kejam dan hilang nilai kemanusiaan mereka.

READ MORE:  Inside Israel's 'insane society' that systematically tortures and rapes Palestinians - Miko Peled

 

Janganlah ke sana.

Saya berterima kasih kepada wakil rakyat Hassan Karim, ahli parlimen Pasir Gudang, kerana memberi komen dan pandangan. Apa-apa kekurangan adalah tanggungjawab saya.

Rosli Omar adalah mantan pensyarah Universiti Malaya. Walaupun bidangnya adalah teknikal, dia berminat dengan isu yang menyentuh masyarakat.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme

 

PAS TOLAK AJAKAN SERTAI KERAJAAN MADANI

 


Ketika muncul khabar mengatakan PAS ada membincangkan cadangan menyertai kerajaan perpaduan, pemimpin tertinggi parti itu dipetik lidah rasminya sebagai sedang memilih langkah sebaliknya.

Menurut Mursyidul Am PAS Hashim Jasin parti itu “tidak akan memenuhi ajakan” untuk menyertai kerajaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Alasan Hashim, kerana di dalam kerajaan sekarang ada Anwar Ibrahim dan DAP iaitu pihak yang pernah menjadi rakan kerjasama PAS sebelum ini.

“PAS tidak akan memenuhi ajakan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Umno untuk bersama dan bercampur dalam kesepakatan politik yang adanya DAP,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Hashim sebagai berkata PAS sedang mengkaji kesan baik dan buruk jika mereka menyertai kerajaan sekarang, sekali gus mengakui ada usaha pihak tertentu menarik mereka menjadi kerajaan.

Malah, laporan Utusan Malaysia itu menyatakan, perkara tersebut ada dibangkitkan pada Majlis Syura UlamaPAS dan dibincangkan secara sepintas lalu, justeru belum ada sebarang keputusan muktamad.

“Kita perlu kaji dan tengok baik buruk mengenainya dan adakah dalam kerjasama di dalam kerajaan itu ada DAP dan sebagainya. 

“Perkara itu akan diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat,” kata Hashim sebelum ini. 

Dalam laporan Harakahdaily hari ini pula Hashim berkata pengalaman bekerjasama dengan DAP dulu menunjukkan parti tersebut “tak boleh dipercayai” dan membawa “agenda lain.”

Mengulas lanjut Hashim berkata suatu ketika dulu Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyebut dia mahu mentadbir Pulau Pinang seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. 

Pengakuan Lim itu, kata Hashim membuatkan PAS terbuka hati untuk berkawan.

“Puas hati apabila dia (Lim) nak memerintah seperti itu. Tapi rupa-rupanya tak boleh percaya, bohong sahaja, dia ada agenda lain,” katanya.

Hashim juga memberitahu pihaknya memutuskan untuk tidak lagi bersama DAP kerana parti berkenaan menolak Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Apabila keputusan ini kita dah buat, dah kita rasa, dah tahu dah selok-belok DAP ni, (sekarang) Umno nak ajak kita pergi bersama semula? 

“Saya rasa kalau dibawa dalam majlis syura pun, tak akan ada seorang pun yang menyokong untuk kita (PAS) bersama (DAP). 

“Sebab itu kita (PAS) tak mahu DAP, kita tak mahu Anwar. Ini keputusan kita,” katanya yang ditemui Harakahdailybaru-baru ini.

Sumber – Anwar, DAP punca PAS enggan sertai kerajaan