PN PELIK RAKYAT MALAYSIA LAGI PELIK



 PN TERSUNGKUR DI PINTU MOU



PN takut rahsia terbongkar buat2 pelik

PN PELIK RAKYAT MALAYSIA LAGI PELIK


Sebelum ni MP Pembangkang sibuk berteriak sebab masih belum terima peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan. 


Terbaharu MOU peruntukan tersebut telah pun diterima mereka. Mereka rasa ‘pelik’ dengan syarat yang terkandung dalam MOU tu😂


Takiyuddin Hassan beritahu pihaknya telah menerima draf MOU tu tetapi belum membincangkannya lagi secara mendalam.


Katanya draf yang diterima itu mengandungi tujuh syarat yang mesti dipenuhi sebelum perjanjian hendak dipersetujui. Antara aspek yang ditekankan oleh pihak kerajaan kepada pembangkang ialah pengisytiharan harta. 


Jelas menunjukkan PN tidak begitu selesa dengan syarat syarat yang disediakan kerajaan dalam MOU tersebut. Tapi kenapa pelik? Takkanlah PM suruh isytihar harta pun pelik.


Jika sebelum ni mereka bersungguh mahu Menteri dalam kabinet isyitihar harta, takkan lah sebagai Ahli Parlimen mereka tak boleh isytihar. 


Masih ingat apa kata Hadi Awang pada tahun 2012.

“Dengan isytihar harta dapat halang ahli PAS berperangai seperti UMNO.”


PMX mahu lahirkan bukan sahaja mereka yang dalam kerajaan, malah pemimpin pembangkang yang turut sama terhindar daripada rasuah. 


Jadi isytihar harta ni salah satu dari caranya lah. Jika mereka takut bukankah itu menunjukkan mereka sedang menyorok sesuatu takut pecah tembelang?


Begitu juga dengan syarat 3R yang diletakkan dalam MOU tu. Kenapa mereka nak rasa pelik? Ini sudah tentu kerana PN yang sering memainkan isu perkauman dan bangsa dalam siri kempen2 mereka.


Kalau tengok, hampir setiap hari mereka memang sangat gemar fitnah memfitnah menggunakan agama. 


Malah, pemimpin tertinggi mereka pun turut sama mainkan isu 3R sehingga mengguris hati Raja. Jadi, tak salah lah sekiranya syarat 3R turut termasuk dalam MOU tu kan? 


Apa kepentingan untuk mainkan isu sedemikian? Jika tidak boleh memainkan isu 3R apa lagi modal kempen mereka untuk menghasut rakyat. Nak cerita pasal ekonomi tak pandai dan ekonomi Malaysia semakin baik.


Habislah modal mereka tanpa isu 3R. Saya pelik kerana kuasa sanggup mereka memainkan isu perkauman. Sedangkan untuk pulihkan negara ini kita rakyat Malaysia semuanya kena bersatu hati tanpa mengira kaum.


Persoalannya kini, apa pilihan yang PN ada? Senang ja, jika PN rasa ‘pelik’ dengan syarat syarat dalam MOU itu atau merasakan ia bakal memerangkap mereka, lebih baik mereka lupakan saja soal untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan.


Beritahu kerajaan kami tidak setuju dengan syarat syarat yang diberi itu dan menutup terus perbincangan dengan kerajaan untuk dapatkan peruntukan kewangan tu.


Lucukan begitulah PAS mereka akan dilihat hebat di depan penyokong sendiri. Contoh bila Dr Asri dan Dr Rora ajak berdebat, ‘Ulama’ PAS tiada seorang berani menyahut cabaran. Tapi di depan penyokong macam macam dikata kepada yang tidak bersama parti mereka.


Selama hari minta duit tin milo jadi takut agaknya bila penyokong tahu berapa harta yang mereka ada. Yelah berlagak zuhud. Macamana nak suruh org syahid baru bab istihar harta dah kecut perut.


Crdits#NormanRadzuan



No comments:

Post a Comment