RUMAH BESAR YANG DITINGGALKAN.



 Di belakang rumah saya banyak rumah yang ditinggalkan. 



Saya selalu perhatikan ketika briskwalk. 


Pernah saya bersembang dengan seorang rakan property agent kenapa banyak bungalow for sale di Shah Alam. 


Kata beliau satu dari faktor ialah pasangan bergaduh di usia tua selain dari downgrading ke rumah lebih kecil. 


It sets me thinking. 


Apa guna rumah tersergam besar tetapi penghuninya tidak bahagia? 


Membina rumah gah ketika usia muda kerana “it is my dream house” hanya memuaskan ego diri untuk sementara waktu sahaja. 


Dalam hidup ini kebahagian dan kedamaian jiwa yang dicari. 


Tidak guna banyak wang ringgit, rumah tersergam dan kereta berderet tetapi hati tidak damai dan tenteram. 


Kita kena tahu perbezaan antara rumah dan home. 


Home hanya perlu ‘modest’ sahaja kerana 'home is where the heart is'. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar



No comments:

Post a Comment