JANGAN DOK MUHONG ORANG

 Desa HM


Tengok..


Kat aturcara dalam jemputan pun dah nak muhong...




Mana mungkin akan mai serentak 2 orang MB utk meraikan majlis yang kononnya mendapat restu dari pimpinan atasan PH... 


Kami tunggu jugak tarikh seperti yang diwarkan... tengok-tengok ,habuk pun tak dak. Tak dak satu MB pun.


Bagi kami... apa yang ditulis dalam jemputan ni, mungkinlah sebuah ilusi dia, atau waktu tulis jemputan ni, dia baru togggak 3 kole ayaq biaq campoq cakoroi... nampak macam pening elok...


Cukuplah...sudah- lah.. 2 penggal jd MP, 1 penggal jadi Adun... apa pun tak buat... melainkan projek tambah bini.. 


Bila dah ditolak oleh rakyat, hilang deposit waktu PRU15... tiba-tiba nak jengoi mai 'menenggek' atas nama Madani, konon untuk 'memberikan khidmat' kepada rakyat Padang Besar..


Politik zaman 2024 dah ni kot...rakyat dpt berita bukan lagi nk kena tunggu, Berita Perdana atau Buletin Utama pukul 8 malam..


Nak muhong pun, agak-agak la..


🫢🫢🫢



SEMBANG BAB AIR. KALAU PMX TAK BANTU... BERANGAN LA DOK MUHONG ORANG KELANTAN


Che Ibrahim


 Sesungguhnya Allah amat murka kepada orang yang suka membazir. 


Kalau pun kamu hebat, boleh membekalkan air kepada rakyat ikut rakyat nak, tapi jangan la sampai berlebihan, itu membazir namanya, Allah tak suka....







SEMBANG JA SANUSI OII... HANG MUHONG ORANG KEDAH JA... DEPA PUN LA NI TAU DAH HANG PJNHA MUHONG TU

 


𝘛𝘢𝘪 𝘤𝘩𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳. Bab tai chi salah ke orang lain, dia la juaranya. Kalau satu projek tu 𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹, 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻. Kalau berjaya, 𝗱𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮. Macam tu la dia.



Sanusi dakwa projek yang gagal di Kedah adalah salah 𝗽𝘂𝗵𝗮𝗸 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮. Bukan salah kerajaan negeri apatah lagi 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Dia kekal suci murni.


Betul, memang bila projek gagal tu salah syarikat yang melabur. Tapi bila MB dah umum, maknanya kerajaan negeri dah 𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝘁𝘂 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮.


Jangan kata kerajaan negeri 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗷𝗲 bila ada syarikat swasta nak melabur? Takkan tak periksa dulu 𝗹𝗮𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 tu? Takkan main umum je?


Kalau jual karipap pun, tiba-tiba ada orang nak tempah 5,000 biji, takkan kita senang-senang nak terima? Kita tanya dulu 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗵, 𝘀𝗲𝗿𝗶𝘂𝘀 𝗸𝗲? 𝗞𝗲 𝙨𝙘𝙖𝙢 je? Boleh ke dia bayar nanti? Takut kita yang rugi nanti.


Ini kerajaan negeri tau. Projek pulak bukan macam cat pagar atau betulkan siling. Ini projek yang kerajaan negeri perlu 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 dan perkara-perkara lain!


Macamana nak kata kerajaan tak kena mengena? Itu kerja kerajaan bagi memastikan projek diberi hanya kepada pihak yang berkelayakan dan 𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝙨𝙘𝙖𝙢𝙢𝙚𝙧. Takkan itu pun Sanusi tak tahu?


Sebab tu aku kata dia ni 𝘵𝘢𝘪 𝘤𝘩𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳. Tahunya cuma nak salahkan orang lain. Kalau dah tak ada orang lain nak disalahkan, 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗲𝗸𝘀 𝗽𝘂𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗵.


Sanusi ni tak ada ciri pemimpin sikit pun. 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗹𝗻𝘆𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗺𝗶𝗻𝗶𝗺𝘂𝗺. Dia kena banyak belajar kalau ada niat nak jadi pemimpin cemerlang.


Sanusi kena ingat bukannya semua orang boleh ditipu macam walaun. Dia takkan mampu nak 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗺𝗮𝘀𝗮. Buat alasan begini hanya menampakkan 𝗸𝗲𝗴𝗮𝗴𝗮𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗠𝗕, Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ZIARAH MADANI BUAT AZMAN ADNAN

 


Saudara Farhan Fauzi meneruskan rutin Ziarah MADANI bagi pihak saya dengan bertemu bekas pemain bola sepak kebangsaan, saudara Azman Adnan semalam.






Bekas penyerang sensasi Selangor kini menderita sakit tulang kaki sehingga memerlukan rawatan fisioterapi berkala selain beberapa masalah kesihatan lain yang menyukarkannya melakukan kerja-kerja berat dan terputus sumber pendapatan.


Saudara Farhan Fauzi turut menyampaikan sumbangan bagi pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan beliau. Semoga saudara Azman cepat sembuh, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



MASA BULIH JAWATANG- MUNG DIAM.




Najib Bakar

Bercakap masa jadi pembangkang memang mudah. Tapi bila jadi Kerajaan, kenapa tak buat?


Masa hampa pegang Kerajaan, kenapa tak ada gerakan untuk tuntut bayaran royalti Kelantan? Dah hampa ada dalam Jemaah Menteri kan?


Takut Bersatu tendang keluar?


Sebab tu, bila jadi Kerajaan, kena ada tekad politik (political will) untuk buat sesuatu yang selama ini diperjuangkan, walaupun benda tu susah.


Tapi hampa, RUU355 pun tangguh. Hudud memang lenyaplah. Royalti minyak, takyah sembanglah. Hutang PTPTN nak hapus semua, terlupa habis dah.


Jadi, bila tak cukup jumlah nak jadi Kerajaan, alih-alih bercakap balik pasal royalti minyak Kelantan.


Doh tubik smula bab Kerajaae zholim zholim.


Fok demo tu maso pegey jawatae, wat natey gapo?




BACA DAN WASPADA NAMA ANNUAR MUSA

 MSO


Jika mata anda terang sila baca petikan di muka surat 110 dalam buku saya berjudul “Tradisi & Tragedi Dalam Perhimpunan Agung Umno 1993” ini. Petikan ini membezakan antara Annuar Musa dengan Anwar Ibrahim. Maka orang Pas perlu waspada. Trims.




Farah Adeebah fitnah PMX sebantal Zionis.







Mohd Fairul Al Qasas


Farah Adeeba isteri kepada Ketua Penerangan Parti Pejuang, Peguam Muhammad Rafique bermonolog sambil menanam jarum fitnah kepada PMX sambil mengongsikan video dari lelaki Jepun Prof Saul Takahashi.



Ia berkaitan isu Blackrock yang ingin melabur dalam MAHB.





Blackrock syarikat pelaburan trilion USD adalah pro-isr@el dan menyuntik banyak modal untuk pelaburan dalam pelbagai syarikat di seluruh dunia.


Boleh dikatakan tiada yang terselamat dari blackrock ini kerana besarnya dana yang mereka miliki. Maksudnya dalam kehidupan seharian kita, pasti ada berkaitan syarikat Blackrock ini, contohnya FB dan Google. 


Pada tahun 2021, KWSP telah bekerjasama dengan Blackrock untuk menguruskan dana syariah.


Melalui pelan perniagaan baru MAHB, MAHB akan menjadi syarikat persendirian yang mana saham utama sebanyak 70% akan dikuasai oleh Khazanah dan KWSP. 30% lagi dibuka untuk syarikat antarabangsa, memandangkan MAHB juga ada menguruskan Lapangan terbang luar negara.


Maka GIP telah menawarkan untuk membeli 30% saham MAHB bagi tujuan pelaburan. GIP pada awal tahun ini telah dikuasai oleh Blackrock. 


Sebenarnya dari isu perniagaan antarabangsa, ianya tiada isu sangat, walaupun ada pihak nak buat isu.


BDS ajak boikot Blackrock, tapi tidak FB dll.

PMX Anwar Ibrahim pula ada cara dalam menyokong Palestine sehingga diiktiraf oleh Mufti Australia sebagai satu-satunya pemimpin dunia Islam yang berani bercakap  untuk Palestine. 


Menerima pelaburan GIP bukan bermakna mengkhianati Gaza. Memang mana-mana pihak akan mengambil tindakan terpilih untuk kepentingan sendiri.


Contohnya sejahat-jahat @merika, Malaysia berusaha menjalin pelaburan dengan pihak sana sebanyaknya. Malah banyak pelaburan berjaya ditarik dan ditambah.




Telah terlalu banyak PMX buat untuk Palestine. Tapi Farah Adeeba seorang wartawan senior memilih untuk mencari satu isu yang samar untuk menghina, mencaci dan memfitnah PMX melalui monolog beliau.


Walaupun tiada nama PMX disebut, ia dapat difahami dengan jelas oleh pembaca dan terbukti melalui komen yang masuk.


Sikap tidak profesional Farah Adeeba sebagai wartawan dan pengacara tidak sepatutnya berlaku, dan bila terbukti,  wajarlah media kerajaan meminggirkan beliau.


Beliau boleh bersama suaminya untuk berpolitik.


Untuk perhatian :

Fahmi Fadzil 

Anwar Ibrahim



𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗠𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞𝗡𝗬𝗔 '𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠' 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗜𝗡𝗜

 

𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗠𝗜𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞𝗡𝗬𝗔 '𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠' 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗜𝗡𝗜


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Hampir kesemua soalan lisan berkaitan kebajikan rakyat oleh Adun Kota Lama, YB Dr Hafidzah tidak dijawab. Beliau hanya terpaksa mencelah melalui soalan tambahan.


2.  Adun Perpaduan hanya dua orang tetapi Kerajaan Negeri tidak berani menjawab soalan.


3.  Ini ke ketelusan 'Kerajaan Islam' yang PAS dakwa boleh hapuskan dosa pengundi2 mereka itu?


4.  Di Terengganu saya yakin hancur terus. Kerajaan boleh buat sesuka hati dan tiada wakil untuk 'check & balance'.


5.  Jika Exco Kelantan jawab sekalipun seperti acuh tak acuh. Tidak kurang juga Exco yang BERBOHONG.


6.  Bila ditanya oleh Adun Galas sama ada Kelantan pernah menerima geran atasi bekalan air atau tidak, Exco menjawab TIDAK PERNAH.


7.  Walhal Tuan Ibrahim semasa menjadi Menteri menjawab di Parlimen bahawa Kelantan telah menerima RM166juta.


8.  Siapa sebenarnya berbohong dalam dewan? Exco PAS Kelantan atau Menteri Tebok Atap PAS? Tak ada whatsapp group untuk selaraskan pembohongan ke?


9.  Bahkan Tuan Ibrahim pernah jangka dengan bantuan pusat, rakyat Kelantan akan dapat air bersih dalam 30 ke 40 tahun lagi!


10.  Kerajaan pusat juga telah hapus kira hutang RM678juta semasa Kelantan sertai migrasi air.


11.  Inilah hasilnya bila kerajaan yang dipilih hasil dari indoktrinasi yang salah atas nama agama. Kononnya itu 'kemenangan Islam' dengan menaikkan pemimpin yang tidak kompiten.


12.  Walhal itu bertentangan dengan kehendak Islam dan Maqasid Syar'iyyah yang meletakkan kompitensi (Qawiy) syarat Nombor Satu dalam memilih pemimpin.



KERANA SAYA ADALAH PENULIS…

 

KERANA SAYA ADALAH PENULIS…


Baru-baru ini apabila saya menulis tentang tiga perkara yang Anwar Ibrahim harus berhenti bercakap nengenainya, pelbagai reaksi pro dan kontra telah saya terima daripadanya.


Ada yang memberi reaksi melalui media sosial di mana artikel tersebut disiarkan, manakala yang lain melalui Grup Whatsapp yang telah berkongsi tulisan itu.


Tidak kurang ada yang memberi komen secara terus melalui telefon bimbit saya dengan menggunakan aplikasi Whatsapp.


Rata-rata ramai yang bersetuju dengan apa yang saya tulis itu, tetapi seperti biasa apabila saya menulis dengan agak kritikal tentang Anwar, sejumlah kecil penyokongnya agak kurang senang dengan saya.


Tidak terkecuali ada juga yang menuduh saya sebagai penulis upahan.


Bagi saya, apa yang berlaku itu adalah perkara biasa kerana dalam apa juga perkara di dunia ini, tidak mungkin semua orang setuju dengan kita.


Tetapi, dalam semua reaksi tidak setuju itu, ada beberapa pandangan itu membuatkan saya geli hati dengannya.


Misalnya ada yang mengatakan tidak wajar saya menulis tiga perkara yang Anwar harus berhenti bercakap itu secara terbuka, walaupun mereka secara umumnya bersetuju dengan apa yang saya tulis itu.


Kata mereka, tulisan saya yang secara terbuka itu terlihat tidak manis kerana ia melibatkan seorang Perdana Menteri.


Yang lain pula bertanya, kenapa saya tidak menghantar apa yang saya tulis itu secara “direct message” kepada Perdana Menteri?


Tambah mereka, jika cara itu yang dilakukan, selain lebih manis, juga menunjukkan saya lebih ikhlas terhadap Anwar.


Sebenarnya begini – saya adalah penulis dan di mana-mana juga di dunia ini, tujuan seseorang itu menulis ialah untuk tatapan pembaca membaca buah fikirannya secara bebas dan terbuka tanpa sebarang sekatan.


Kelompok pembaca itu mungkin termasuk Perdana Menteri sendiri.


Saya bukan penasihat kepada Perdana Menteri yang perlu memberikan nasihat secara tertutup kepadanya.


Kalau saya seorang penasihat, sudah tentulah nasihat itu tidak dilakukan secara terbuka.


Selagi bergelar penulis, saya kena akur dengan lumrah bahawa penulis itu menulis untuk ditatap tulisannya, tak kira oleh mereka yang suka atau benci kepadanya.


Kalau tulisan itu kebetulan berbentuk nasihat, maka nasihat akan diberikan secara terbuka.


Begitu juga jika ia berbentuk kritikan atau pujian, seorang penulis tetap melakukannya secara terbuka.


Soal ia mahu diterima atau tidak, ia terpulang kepada penilaian masing-masing.


Saya tidak mampu memaksa orang setuju atau suka dengan apa yang saya tulis.


Kalau ia baik dan apa yang saya tulis itu ada kebaikan, lalu subjek yang saya sentuh itu mengambil iktibar, sedia berubah dan menyesuaikan diri – Alhamdulillah.


Jika mereka tidak setuju dan mahu menolak hujah-hujah yang saya tulis, itu juga tidak mengapa – sebab itu adalah hak mereka.


Keikhlasan seorang penulis ialah bila mana ia kekal menulis dengan hati nuraninya dan fikiran yang kekal terbuka, bukan kerana membenarkan otaknya dipajak oleh sesiapa. – ShahbudinHusin 06Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/06/kerana-saya-adalah-penulis.html



KEADILAN kehilangan seorang anggota yang sangat aktif dilapangan.

 


KEADILAN kehilangan seorang anggota yang sangat aktif dilapangan.


Salam takziah buat keluarga Mohamad Shahhanaz Nazarudin.


اللهم اغفرله وارحمه و عافه واعف عنه وأكرم نزوله ووسع مدخله واغسله بالماء وسجل والبرد، كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره وأهلا خيرا من اهله وزوجا خيرا من زوجه، وأدخله الجنة مع الأبرار، واعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار..  

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah  kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman  . 

ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن



Kelebihan dan kelemahan subsidi diesel RM 200.


Nazri Hamdan


Kebaikan:


- Cara paling mudah nak transfer subsidi kepada golongan sasar. Tak payah nak wujudkan sistem baru dan belanja banyak duit. 


- Bagi kebebasan dan fleksibiliti kepada pengguna kereta diesel rancang perbelanjaan mereka. 


Kekurangan:


- Ada kemungkinan wang tunai ini disalah guna dan belanja benda lain selain beli diesel.


- Bagi advantage kepada mereka yang gunakan kenderaan diesel sekali sekala memandangkan nilainya samarata RM 200. Mereka yang guna setiap hari mungkin rasa RM 200 ni tak cukup.



TAK SAPA SOH MASUK DUIT LAM POKET ANAK HANG LA MEZAH.

 Milo Suam


Ada ke kerajaan pujuk atau paksa anak kau masukkan rasuah RM100,000 dalam poket dia?


Anak dituduh di mahkamah kerana makan rasuah, orang lain pula disalahkan.





PAS BUKAN BOLEH KIRA. UNTUNG DIA JA, DIA USUNG SATU MALAYA... JAHANAM..


Desa HM


 Dulu musuh ketat, kini idola PAS..




Tak berapa hari lagi... penghina Islam ini akan diusung ke sana ke sini utk berceramah di Sg Bakap...


Puak un akan bertakbir, bila nanti mungkin Ramasamy ckp, dia insaf sebab mimpi jumpa Nabi...🙄


Un bukan boleh kira...


🤕🤕🤕



PM doa Jay Jay cekal hadapi ujian kesihatan


Farhan menyantuni Jay Jay yang dirawat di IJN, semalam. Foto X Datuk Seri Anwar Ibrahim
Farhan menyantuni Jay Jay yang dirawat di IJN, semalam. Foto X Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan penyanyi lagu Rindu Bayangan, Jay Jay, 66, yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, diberi kekuatan dan cekal berdepan ujian.

Melalui ciapan di platform X, Perdana Menteri mengucapkan kata-kata semangat kepada bekas vokalis kumpulan Carefree yang popular pada era 1970-an dan 1980-an itu.

"Saya mendoakan saudara Jay Jay lekas diberi afiyah lantas dikurniakan kekuatan dan kecekalan... Insya-Allah," katanya.

Menerusi ciapan di platform X, Anwar memberitahu Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi melawat Jay Jay yang mengalami masalah jantung di IJN di sini, semalam.

Perdana Menteri menjelaskan kunjungan itu adalah untuk mendapatkan perkembangan terkini kesihatan Jay Jay, selain menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban beliau.

"Saudara Farhan meluangkan masa mendapat makluman terkini berkaitan keadaan kesihatan beliau (Jay Jay) selain turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada pihak saya," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Jay Jay atau nama sebenar, Mohd Fauzi Darus selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di IJN selepas dua hari dimasukkan ke pusat perubatan itu.

Jay Jay yang popular dengan lagu seperti Joget Angan Tak Sudah dan Cukuplah Sekali dilapor mengalami serangan jantung ringan dan sesak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, bulan lalu.