Mohd Fairul Al Qasas
Farah Adeeba isteri kepada Ketua Penerangan Parti Pejuang, Peguam Muhammad Rafique bermonolog sambil menanam jarum fitnah kepada PMX sambil mengongsikan video dari lelaki Jepun Prof Saul Takahashi.
Ia berkaitan isu Blackrock yang ingin melabur dalam MAHB.
Blackrock syarikat pelaburan trilion USD adalah pro-isr@el dan menyuntik banyak modal untuk pelaburan dalam pelbagai syarikat di seluruh dunia.
Boleh dikatakan tiada yang terselamat dari blackrock ini kerana besarnya dana yang mereka miliki. Maksudnya dalam kehidupan seharian kita, pasti ada berkaitan syarikat Blackrock ini, contohnya FB dan Google.
Pada tahun 2021, KWSP telah bekerjasama dengan Blackrock untuk menguruskan dana syariah.
Melalui pelan perniagaan baru MAHB, MAHB akan menjadi syarikat persendirian yang mana saham utama sebanyak 70% akan dikuasai oleh Khazanah dan KWSP. 30% lagi dibuka untuk syarikat antarabangsa, memandangkan MAHB juga ada menguruskan Lapangan terbang luar negara.
Maka GIP telah menawarkan untuk membeli 30% saham MAHB bagi tujuan pelaburan. GIP pada awal tahun ini telah dikuasai oleh Blackrock.
Sebenarnya dari isu perniagaan antarabangsa, ianya tiada isu sangat, walaupun ada pihak nak buat isu.
BDS ajak boikot Blackrock, tapi tidak FB dll.
PMX Anwar Ibrahim pula ada cara dalam menyokong Palestine sehingga diiktiraf oleh Mufti Australia sebagai satu-satunya pemimpin dunia Islam yang berani bercakap untuk Palestine.
Menerima pelaburan GIP bukan bermakna mengkhianati Gaza. Memang mana-mana pihak akan mengambil tindakan terpilih untuk kepentingan sendiri.
Contohnya sejahat-jahat @merika, Malaysia berusaha menjalin pelaburan dengan pihak sana sebanyaknya. Malah banyak pelaburan berjaya ditarik dan ditambah.
Telah terlalu banyak PMX buat untuk Palestine. Tapi Farah Adeeba seorang wartawan senior memilih untuk mencari satu isu yang samar untuk menghina, mencaci dan memfitnah PMX melalui monolog beliau.
Walaupun tiada nama PMX disebut, ia dapat difahami dengan jelas oleh pembaca dan terbukti melalui komen yang masuk.
Sikap tidak profesional Farah Adeeba sebagai wartawan dan pengacara tidak sepatutnya berlaku, dan bila terbukti, wajarlah media kerajaan meminggirkan beliau.
Beliau boleh bersama suaminya untuk berpolitik.
Untuk perhatian :
Fahmi Fadzil
Anwar Ibrahim