PEKUDA PENYOKONG KERANA ALLAHTAALA. TAPI MANA TANGGUNGJAWAB HANGPA SEBAGAI PEMIMPIN


Gino Marvela. 

 Bukan kerajaan nak menekan Pasti, Sriti, Smiti tu...tapi dah tempohari ada rungutan dari pekerja tadika milik parti politik hanya di bayar gaji RM500, ada yg di bayar RM400 sebulan...malah ada yg dh 3 bulan tak dapat gaji sebelum menyambut Ramadan,  kami cadanglah agar buat aduan. 


Bukan soqang dua yg merungut, kwsp pun takda, gaji pun sikit...nak makan apa? Dah terdesak, minta kami bantu...




SEKOLAH DIA BUAT SENDIRI. BERDAFTAR PULAK. SEKOLAH HANGPA GAJI CIPUT KWSP PUN HANGPA TAK BUAT BAGI ADA. PHd HOLDER KA HANG NI.





 Nampak tak naratif yang d mainkan oleh ADUN depa sendiri. Mmg jahat puak² PAS ni. Fahaman khawarij amat menebal d kalangan bangsa PAS ...


******************"************"""**********


Bukan ditekan tapi guru² pasti tidak dibayar gaji mengikut gaji minimum, ini peraturan yang termaktub bawah akta di bawah:


Merujuk Seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] gaji minimum didefinisikan sebagai gaji pokok tanpa ditambah sebarang elaun, insentif atau bayaran lain. Kadar gaji pokok minimum pada 2023 telah ditetapkan pada RM1,500.


https://minimumwages.mohr.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim-4



SEBAGAI ORANG YANG RAPAT DENGAN PERDANA MENTERI, MEMANG PATUT FARHASH JADI KAYA

 

Heboh diperkatakan ramai sejak tiga empat hari kebelakangan ini tentang kejayaan Farhash Wafa Salvador muncul sebagai pemegang saham utama sebuah syarikat senaraian awam, HeiTech Padu Bhd.

Farhash adalah Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika Presiden PKR itu belum bergelar Perdana Menteri.

Meskipun Farhash tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan setelah Anwar bergelar Perdana Menteri, tetapi beliau diketahui sebagai orang yang dekat dan rapat dengan Pengerusi PH itu.

Farhash berjaya muncul sebagai pemegang saham utama syarikat penyedia perkhidnatan teknologi selepas memperoleh kepentingan tidak langsung sebanyak 15.9% (16.1 juta saham) menerusi Rosetta Partners Sdn Bhd yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Sebelum ini, sebaik Anwar bergelar Perdana Menteri, Farhash juga dilantik sebagai pengerusi dan pengarah beberapa syarikat senaraian awam, antaranya 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd dan Apex Equity Holdings Bhd.

Dalam kenyataannya semalam, Farhash mempertahankan pemilikannya dalam syarikat tersebut kerana beliau kini tidak lagi terlibat dalam politik, mahu pun pentadbiran kerajaan.

“Fokus penuh saya ketika ini adalah pada bidang perniagaan dan korporat,” katanya.

Yang menjadi perbualan tentang kemunculan Farhash menguasai HeiTech Padu itu ialah kaitannya dengan kedudukan Anwar kini selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tidak dipastikan sama ada kejayaan Farhash ini menerusi bantuan Anwar atau atas usahanya sendiri, tetapi berjayanya seseorang menguasai sesebuah syarikat dalam pasaran ekonomi bebas bukanlah sesuatu yang janggal, malah tidak pula merupakan kesalahan.

Siapa saja yang ada upaya dan kelebihan tertentu, berhak untuk berjaya dan menjadi kaya.

Dalam konteks Farhash, kemunculannya menguasai HeiTech Padu Bhd dan menerajui banyak syarikat awam, lebih-lebih lagi kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar, ia bukan sesuatu luar biasa.

Dalam kedudukan sebegitu, beliau dan sesiapa pun memang patut jadi kaya.

Sebaliknya adalah pelik, bahkan luar biasa barangkali kiranya Farhash, setelah Anwar bergelar Perdana Menteri, tetapi hidupnya tidak berubah, lebih susah dan makin miskin daripada kehidupan sebelumnya.

Berdekat dan dipercayai oleh orang yang berada di puncak kuasa, adalah merupakan laluan fanpa tol untuk menjadi kaya.

Apa lagi, Anwar ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika era BN dahulu, memang terbukti bersikap pemurah dalam menukar kehidupan penyokong atau mereka yang dekat dengannya menjadi kaya raya.

Ahmad Zahid Hamidi (kini Presiden UMNO), Kamaruddin Jaafar (bekas Ahli Parlimen PKR Bandar Tun Razak dan Kamaruddin Md Nor (sekarang ahli Bersatu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan) adalah antara mereka yang berjaya menjadi kaya atas pertolongan Anwar ketika itu dan memiliki saham di syarikat-syarikat senaraian awam.

Selebihnya, ramai juga penyokong Anwar yang lain dijadikan kaya dengan diberikan lesen bank, menguasai syarikat media serta diberi kontrak kerajaan yang lumayan.

Pendeknya, pada waktu itu ramai sekali orang Melayu yang menjadi kaya dan ramai juga yang sedia mengaku sebagai penyokong Anwar.

Sebagai orang Melayu, walaupun kita tidak kaya, kita tetap bangga melihat bangsa kita sendiri jadi kaya.

Setidak-tidaknya, apabila kaya, mereka ini akan banyak bersedekah, menderma dan suka berbelanja bagi menyuburkan lagi kitaran ekonomi, selain menunaikan kewajipan berzakat.

Sebab itu, kita patut bangga dengan kejayaan Farhash memiliki saham di beberapa syarikat awam ini, seterusnya bergelar lebih kaya daripada sebelum ini.

Dalam waktu yang sama, sementara kita tidak pasti kejayaan Farhash ini kerana ditolong-bantu oleh Anwar atau atas kemampuannya sendiri, tetapi dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tentulah sukar untuk menepis kejayaan itu mampu dicapai tanpa bantuan kuasa.

Macam mana kita cuba berhujah pun, lebih ramai yang mahu percaya kejayaan itu ada kaitan dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Cuma, Anwar dalam hal ini tidak perlu gundah dan rasa bersalah dengan tanggapan ramai itu kerana menjadikan orang yang dekat dengannya sebagai kaya bukanlah suatu dosa.

Sesiapa pun, bila seseorang itu ada duit lebih dan ingin membelanja makan yang sedap-sedap, yang diajak pastilah rakan-rakan yang dekat dengannya.

Tidak pernah berlaku ada yang teringin makan steak wagyu misalnya, tetapi memanggil orang yang tidak dikenali di tepi-tepi jalan untuk menemaninya makan.

Begitu juga, apabila ada kuasa dan kebolehan untuk membantu, kecenderungan menolong orang yang dekat dan dipercayai adalah lumrah sejak zaman Nabi Adam lagi.

Dalam kapasitinya sekarang, Anwar bukan saja patut menjadikan Farhash kaya, bahkan wajar menjadikan lebih ramai orang Melayu, terutama penyokong-penyokong setianya yang berkemampuan serta berkebolehan, untuk turut sama bergelar orang kaya.

Lebih ramai Melayu yang mampu dijadikan kaya adalah lebih baik untuk legasi Anwar diingati serta dikenang zaman berzaman.

Yang tidak baik ialah bila Anwar tidak mampu melahirkan ramai Melayu kaya di sepanjang tempohnya berkuasa ini atau jika setelah tidak lagi bergelar Perdana Menteri nanti – yang disebut hanya Farhash seorang saja satu-satunya Melayu yang berjaya direfomasikannya menjadi kaya. – ShahbudinHusin 20/03/2024.

 


Pemimpin PAS hidup senang lenang dengan pencen berlapis2 hingga 4 pencen Adun, Exco, MB, Ahli Parlimen, Menteri......

 




Pemimpin PAS hidup senang lenang dengan pencen berlapis2 hingga 4 pencen Adun, Exco, MB, Ahli Parlimen, Menteri......


GURU PASTI PATUT DIBERI SKIM PENCEN SEPERTI FATWA HAJI HADI


✍️  Ahmad Mursi 


1.  Pemimpin PAS tidak patut lepas tangan kebajikan hampir 10,000 Guru PASTI dengan suka hati jadikan mereka berstatus Sukarelawan.


2.  Begitu mudah helah untuk nafikan hak dan kebajikan asas pekerja menerima Gaji Minima, KWSP dan SOCSO.


3.  Sepatutnya guru PASTI diberi Skim Pencen seperti fatwa Hj Hadi kerana tanpanya maka 'tidak Madani' dan 'tidak ikut cara Nabi saw'.


4.  Pemimpin PAS hidup senang lenang dengan pencen berlapis2 hingga 4 pencen Adun, Exco, MB, Ahli Parlimen, Menteri.


5.  Tentulah guru2 telah di'brainwash' untuk ditanam rasa reda bergaji RM600 walaupun kena bekerja 9-10 jam sehari, tanpa slip gaji dan tanpa surat tawaran.


6.  Tetapi 4 orang Guru PASTI yang sedar tentang hak mereka telah mengadu ke Pejabat Buruh Alor Setar pada tahun 2022 dan PASTI diarah bayar baki Gaji Minimum RM20,000.


7.  Mahkamah Buruh putuskan, Guru PASTI tertakluk kepada Akta Kerja 1955 walaupun YB Alor Setar susah payah spin bahawa mereka hanya sukarelawan.


8.  Waktu kes ini berjalan, MP PAS Pendang jadi Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia. Takkan tak tau.


9.  Pemimpin PAS tak perlu hipokrit kerana bersepah iklan di internet 'Jawatan Kosong Guru PASTI' dan bukannya mencari Sukarelawan. Guru2  juga ditentukan Waktu Kerja dan bukan Waktu Sukarela.


10.  10,000 guru2 lain juga sewajarnya memulakan tuntutan yang sama kerana telah ada precedent case dan itu hak mereka.



PERIHAL PASTI



MSO


Isu pendidikan pra sekolah Pasti yang dikelolakan oleh Pas terus diperkatakan dan dibangkit. Perkara utama yang diperkatakan atau menjadi isu tentang kebajikan para pekerjanya, guru dan pembantu yang dibayar gaji rendah tidak sepadan dengan tugas dan tanggung mereka. 


Jika dibandingkan dengan elaun atau gaji di pusat pendidikan lain jauh lebih rendah. Kadar bayaran atau elaun itu tidak setara di antara Pasti sesama Pasti ia bergantung kepada kapasiti pusat didikan berkenaan. 


Jika muridnya ramai, punggutan yuran tinggi, dan yuran itulah diagihkan untuk belanja mengurus, peralatan belajar, makan minum dan gaji. Untuk menampung semua itu kadang-kadang Pasti membutuhkan derma daripada orang ramai.


Bagi Pas sebagai penanggung jawabnya, situasi itu tidak menjadi masalah buat mereka kerana ia digerakkan secara sukarela. Pasti katanya tidak didaftarkan dengan sebagai sebuah syarikat. Tidak bermakna walaupun ia bergerak secara sukarela tetapi pelaksanaannya tidak boleh disistemetikan agar jadi lebih baik.


Jadi apabula Kementerian Sumber Manusia menghantarkan notis untuk membuat semakan, ia tidak disenangi Pas dan menganggap sebagai cuba hendak menghalang Pasti, pendidikan Islam. Kenapa mudah sangat hendak mempolitikan hal ini.


Sebenarnya kalau difikir secara rasional tujuan itu baik untuk pusat pendidikan itu sendiri, kerana ia mahu soal kebajikan pekerja diambil berat. Mungkin dengan ada semakan seperti diminta itu menyebabkan Pasti setanding atau berjalan mengikut kemajuan pusat-pusat pendidikan lain. 


Satu hal yang tidak boleh diketepikan peranan dan sumbangan Pasti dalam pendidikan di negara ini seharusnya diperhati sama oleh kerajaasn termasuk menyalurkan peruntukan. 


Mana-mana kerajaan akan mempedulikan kepada nasib rakyat negara ini tanpa mendiskirminasikan. Sepatutnya usaha dambil Kementerian Sumber Manusia itu dialu-alukan oleh Pas jangan ada persepsi buruk. Setiap pekerja perlu dijaga kebajikan mereka, baik gaji, insuran, dan lain-lain  selaras dengan rakyat yang berada dalam sebuah negara merdeka. 


Benar Pasti digerakkan secara sukarelawan dan para pekerjanya redha, tetapi bagi kerajaan ia tidak boleh menerima segampang itu kerana peranan dan tanggungjawab kerajaan berlaku kepada semua individu bernama rakyat dan golongan bermukim dalam negara ini. Kalau nasib pelarian atau warga asing kerajaan mempedulikan, kenapa tidak dengan Pasti?


Sebaik-baiknya pihak penanggungjawab dengan pusat pendidikan itu dan lain-lain dibawah kelolaan mereka memenuhui segala peraturan yang ditetapkan baik dari segi prasarana, keselamatan anak-anak, kebajikan para petugas dan juga selibas yang diajarkan. 


Yang terpenting di sini apabila pusat pendidikan itu disemak, pihak Pas perlu memperbetulkannya dan pihak kerajaan juga kena menyalurkan peruntukan bagi membantu pusat pendidikan berkenaan dari mana-mana sumber dan kaedah yang ada.


Pendidikan adalah wadah membangun warga pembina masa depan negara. Trims.



BERNIAGA TAK SEDAP SAH KEHILANGAN PELANGGAN.




Seminggu pertama bulan Ramadhan biasanya pembeli Bazaar Ramdhan dah jumpa gerai idaman mereka. Bila masuk minggu kedua, pembeli tidak lagi gunakan kaedah cuba-cuba sebaliknya akan fokus pada gerai kegemaran mereka.


Kalau mengikut trend tahun lepas, apabila masuk minggu kedua, akan ada gerai yang sudah ketiadaan pelanggan dan mula menutup gerai mereka dengan alasan tidak dapat menampung kos dan jualan tidak balik modal.


Kemungkinan besar gerai-gerai ini sudah tidak ada sambutan berbanding gerai lain. Antara faktor yang menyumbang kepada penutupan gerai ini makanan yang mahal dan rasa yang tidak memenuhi selera kebanyakan pembeli atau bahasa kasarnya 'tak sedap'. Kalau mahal tapi sedap masih ada yang membeli terutama yang memilih rasa. Kalau kurang sedap tapi harganya murah mungkin akan menjadi pilihan untuk yang membeli untuk kenyang bukan rasa. Tapi kalau mahal dan tak sedap, pasti akan diucapkan selamat tinggal.


Tidak mudah untuk berniaga terutama yang hanya berniaga pada bulan Ramadhan. Bak kata netizen sekarang, 'Masak tak sedap tak mengapa, tapi tolong jangan berniaga di bazaar Ramadhan'


- Gambar petikan akhbar tahun 2023


COPY PASTE : Mohd Nazim Badruddin.



Hati-hati FITNAH page walaun







Page Sepang Viral ini dikendalikan oleh walaun.


Secara sengaja buat status kononnya penyokong PMX klim kerja DSN.


Habis ramai maki PMX.


Ini salah satu modus operandi mereka. Sesungguhnya puasa tidak menghalang mereka dari fitnah.


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX




Bantu Guru PASTI untuk dapat gaji bermaruah.

 

Bantu Guru PASTI untuk dapat gaji bermaruah.





Saya agak terkilan dan malu apabila MP Alor Star dari PAS dalam sidang Parlimen, mempertikaikan usaha JTK untuk menyiasat sekolah-sekolah Pasti, Siti dan Smiti.


Kata YB Afnan, guru Pasti adalah sukarelawan.  Mereka bukan pekerja.


Dengan maksud lain, Guru Pasti tidak tertakluk kepada akta kerja, tidak perlu gaji minimum dan tidak perlu caruman KWSP dan Perkeso. 


Kenyataan YB Afnan ini bukan perkara baru, sejak dahulu lagi Pasti berlindung disebalik aktiviti Dewan Pemuda Pas.


Namun, PAS tidak boleh anggap perkara ini selesai begitu sahaja. Didalam Islam pun, ia memerlukan redha kedua belah pihak.


Apabila ada pihak yang tidak redha, maka ia tidaklah boleh dianggap sebagai sukarela dan boleh dihamba abdikan. 





Pada tahun 2021 semasa Pas berada didalam kerajaan, beberapa orang guru Pasti dari Kedah telah mengadu nasib mereka di Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Ini tanda mereka tidak redha.


Jabatan ini telah mengesahkan yang guru-guru Pasti adalah pekerja, bukan sukarelawan dan tertakluk kepada akta pekerja.


Kes ini diputuskan pada tahun Mei 2022. Masih zaman PNPAS. 


Kemudian pada September 2023, mahkamah tinggi telah menolak keputusan JTK yang mendenda Pasti Ibnu Malik sebanyak RM20 ribu.


Keputusan mahkamah tinggi adalah pada denda kerana ada isu dalam menentukan hak pemilikan Pasti Ibnu Malik. 


Namun dalam hal menetapkan bahawa guru Pasti adalah pekerja, tidak diusik. Maknanya tafsiran guru Pasti sebagai pekerja dan tertakluk dibawah akta pekerja adalah sah dan diteruskan. 


Siapa Timbalan Menteri Sumber Manusia pada tahun 2022? MP Pendang dari PAS.


Kini, KSM dengan arahan kabinet telah mengeluarkan arahan supaya semua Pasti, Sriti dan Smiti disiasat dari segi gaji guru-guru,  caruman KWSP dan Perkeso. 


Arahan ini bukanlah usaha untuk mengacau dan menutup Pasti dll, tetapi ini adalah untuk membantu.


Dalam konsep Malaysia Madani adanya Hormat dan Ihsan.


Adakah Pas menghormati guru-guru Pasti dll dengan memberikan elaun yang rendah? Sedangkan pemimpin mereka memakai kenderaan mewah?


Apakah Pas meletakkan sikap Ihsan kepada guru-guru Pasti dll dengan elaun yang sangat rendah setaraf budak intern, tapi perlu bekerja dari pagi ke petang?


Oleh itu arahan KSM ialah untuk membantu dan menyelamatkan.


Pusingan kemiskinan. 

Pas telah meletakkan guru-guru Pasti hanya sebagai sukarelawan. Dengan elaun yang rendah tentunya dengan ganjaran pahala.


Guru-guru diminta setia atas dasar perjuangan, tapi dibiarkan hidup susah. Kemarahan akibat kesusahan disalurkan kepada kerajaan memerintah kononnya barang mahal dll.


Sedangkan sebenarnya mereka bergaji kecil dan tidak mampu.


Jika ada guru Pasti yang bijak sikit, berfikir dan melawan, mereka di pecat. Eh tidak pula boleh jadi sukarelawan. 


Oleh itu melalui Kerajaan Madani, KSM cuba bantu agar guru-guru Pasti dll mendapat,

1. Gaji minimum✅️

2. Caruman KWSP untuk masa depan ✅️

3. Caruman Perkeso untuk keselamatan ✅️


Saya juga suka mencadangkan agar premis Pasti juga disiasat agar mematuhi,

1. Garis panduan PBT✅️

2. Garis panduan bomba✅️


Selain itu, disebabkan Pasti menerima pelajar seawal dari 4 tahun, maka perlu patuh kepada,

1. Garis panduan JKM✅️

2. Garis panduan KKM ✅️

3. Garis panduan KPM✅️


Biarlah semua sekolah tidak kira Pasti atau apa, ada semua keperluan seperti yang disebutkan diatas.


Jika KPM dan JKM mendapati ada loophole atau ketempangan dalam undang-undang sedia ada yang menyebabkan Pasti dll terkecuali dengan garis panduan yang sepatutnya,  maka pindalah undang-undang agar kita dapat memastikan anak-anak dan generasi kita selamat dan sihat.


Demi negara ini, KPM juga perlu memantau silibus di Pasti dll. Acap kali mereka mengajar anak-anak dengan tema kemerdekaan yang berbeza dengan negara. Lagu Negaraku dengan video latar yang tidak standard dan mengenepikan kepimpinan negara. 


Pasti perlu bersaing secara adil

Ada yang mengatakan yuran Pasti dll akan meningkat jika perlu melalui pelesenan PBT, Bomba, gaji minimum dan caruman KWSP serta Perkeso. 


Ya, kos akan meningkat, tetapi keadilan akan tertegak. Prinsip Islam ialah menegakkan keadilan. Keadilan bukan sahaja pada guru-guru Pasti dll, tapi juga para pelajar.


Para pelajar di Sriti dan Smiti kebiasaannya menjadi mangsa dengan kekerapan pertukaran guru kerana guru yang berpengalaman mencari peluang pekerjaan dengan gaji lebih baik.


Keadilan juga pada pelajar dari segi keselamatan. 


Para guru Pasti, Sriti dan Smiti...usah marah. KSM sedang cuba membantu anda.


Kepada ibu bapa, jangan melatah dan jangan seronok biarkan guru Pasti dll hidup bawah garis kemiskinan. Adakah adil kita kita selesa atas penderitaan orang lain?


Kepada Kerajaan Madani, teruskan usaha anda. Lakukan yang terbaik, bukan pada Pasti sahaja, tapi pada semua sekolah yang wujud di Malaysia tanpa mengira aliran apa dan siapa pemiliknya. 


Hormati guru Pasti, henti tindas guru Pasti.


ATADAFA 


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka


Fadhlina Sidek 

Steven Sim Chee Keong 沈志强 

Nga Kor Ming 倪可敏 

Nancy Shukri 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM 

Kementerian Pendidikan Malaysia 

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)



TAK KIRA MASA MANA PUN. KENA BAYAR DAN DAFTAR..SUKARELAWAN TETAP KENA BAYAR. JOM DENGAR



Bila masuk mahkamah rupanya kena bayar gaji minima… Sukarelawan apa benda kena bayar gaji minima?





BERBUKA BERSAMA PARA AGAMAWAN DAN ANAK YATIM.










 Alhamdulillah, malam ini bersama Azizah dapat meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam di Majlis Berbuka Puasa MADANI.


Majlis ini turut meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.


Saya sempat meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.


Saya bersama jemaah lain kemudian dapat mendengar tazkirah Ramadan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut dan doa selamat oleh Sheikh Afeefuddin Al-Jailani.


Saya percaya peranan ilmuwan Islam dan pertubuhan Islam penting dalam mengukuhkan pembinaan Malaysia yang madani. Sinergi ulama dan anggota pertubuhan Islam perlu dalam pencitraan Islam yang lebih dinamik, inklusif dengan segala ciri khasnya yang unik. 


Mendoakan agar semua para agamawan, aktivis dakwah dan petugas agensi Islam terus istiqamah menjalankan peranan masing-masing serta sentiasa berada dalam barakah dan perlindungan Allah SWT.


#MalaysiaMADANI



BILA TAK KAJI DAN MEMFITNAH... BAHAYA


 Jamzuri Ardani


Betapa ramai yang menyebarkan berita palsu sehingga tidak berlaku adil kepada orang yang dituduh. Demi Islam katanya ... padahal yang terfitnah adalah agama kita.



INILAH AKIBAT DARI GENERASI MALAS BERFIKIR.. MENGKAJI DAN MEMBACA...

 

Kebenaran biasanya datang lewat, fitnah jalan dahulu… Jika kita bersabar sekejap, kita terlepas dosa yang tidak sepatutnya dibuat…




TAK PA, PALA PENUH KAKI KETAQ. POKET PENUH, TAPI TAK SEDAQ.

 




Iswardy Morni


PASTI (pusat Asuhan Tunas Islam) bukan entiti perniagaan. Ia entiti Sukarelawan. Maka, ia tidak wajib bayar EPF.


Ini menurut MP Alor Setar.


Ini susulan siasatan Kementerian sumber manusia terhadap PASTI yang gagal membayar Carumah KSWP kepada pekerja mereka.


Takpela... Walauntit.. Redha...



AKIBAT MALAS MEMBACA,MENGKAJI DAN BERFIKIR DENGAN BAIK...LAHIRLAH....

 

GENERASI MUDAH TERBAKAR....



     Zunar Cartoonist Fan Club


Telah lahir satu generasi yang malas membaca dan berfikir. Mereka ini mudah dibakar dengan sentimen AGAMA dan PERKAUMAN. Apa saja isu yang dikaitkan dengan 3R, mereka akan menjadi sensitif dan beremosi tunggi. Mereka tidak berupaya untuk membahas secara rasional. Siapakah mereka?


JENIS MALAS MEMBACA. SEKOLAH DULU KAKI TUANG.

 


Walaun baca tajuk je kemain melompat. Aku tengok kat komen, tiba-tiba ramai puji 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴. Padahal baru je keji secara berjemaah sebelum ni.


Dia baca peruntukan, terus dia ingat peruntukan untuk 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. Dasar walaun yang memang tak mahu baca sebelum komen. Tu yang tersasar.


YDP Agong cakap soal 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻. Yang YDP Agong tekankan ialah agar setiap ibu negeri membangun secara saksama. Jadi tak adalah rakyat berterusan 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 dari desa ke kota.


Tuanku tak sentuh pun pasal peruntukan ahli parlimen tu. Perasan je lebih walaun ni. Derhaka dengan Sultan lepas tu nak Sultan bela MP dia. 𝗣𝗶𝗴𝗶𝗱𝗮𝗵!


Kesian walaun. Bermatian dia perjuangkan peruntukan untuk MP dia. Dia ingat kalau MP dia dapat duit tu, dia 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘁𝘂𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴 ke? Hahaha... Walaun cerita macam tak kenal lebai lagi pulak. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HADIRI MAJLIS TERIMA ANUGERAH














 Bersama Azizah hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara pagi tadi.


#MalaysiaMADANI




INGATAN BUAT PENERIMA BANTUAN. NANTI KERIAU SALAHKAN KERAJAAN





 Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli berkata, individu yang tercicir perlu menunggu pusingan seterusnya apabila Pangkalan Data Utama (PADU) dibuka kembali untuk kemas kini pada peringkat ekerapan berkala yang akan ditentukan oleh kerajaan.


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan



MUSIM MINTA MAAF



 Ok. Selesai masalah…. Musim orang minta maaf…



BUKA SEKOLAH TAK DAFTAR. BILA KERAJAAN ARAH, MEREKA MARAH. DEPA SAJA BETOI. WAKALIAMPUT...





Che Ibrahim


 Depa buka sekolah, depa tak daftar dengan kerajaan, gaji kakitangan bayar murah murah, bangunan tak ikut peraturan, tak lengkap kemudahan asas, gaji bawah paras minimum, tak carum epf, tak carum Perkeso, guru takde kelayakan/sijil yang kerajaan syaratkan.


Bila kerajaan bertindak, kerajaan yang Salah, apa saja depa buat betul belaka. Itulah antara ciri golongan yang terpaling Islam, orang lain semua tak mahu ke Islam, semua menjadi ancaman kepada Islam kecuali puak depa.



UPSEREYNAPETEY


Mukhlis Eddie


 Kerajaan nak siasat majikan bayar gaji x ikut skim gaji minima ....dan dan depa nak lawan  kjaan ...maklumlah PASTI ITIK SERATI depa bayaq gaji RM500 ja ..


Gaji kakitangan RM500.00

Gaji lebai RM16,000.00