MSO
Isu pendidikan pra sekolah Pasti yang dikelolakan oleh Pas terus diperkatakan dan dibangkit. Perkara utama yang diperkatakan atau menjadi isu tentang kebajikan para pekerjanya, guru dan pembantu yang dibayar gaji rendah tidak sepadan dengan tugas dan tanggung mereka.
Jika dibandingkan dengan elaun atau gaji di pusat pendidikan lain jauh lebih rendah. Kadar bayaran atau elaun itu tidak setara di antara Pasti sesama Pasti ia bergantung kepada kapasiti pusat didikan berkenaan.
Jika muridnya ramai, punggutan yuran tinggi, dan yuran itulah diagihkan untuk belanja mengurus, peralatan belajar, makan minum dan gaji. Untuk menampung semua itu kadang-kadang Pasti membutuhkan derma daripada orang ramai.
Bagi Pas sebagai penanggung jawabnya, situasi itu tidak menjadi masalah buat mereka kerana ia digerakkan secara sukarela. Pasti katanya tidak didaftarkan dengan sebagai sebuah syarikat. Tidak bermakna walaupun ia bergerak secara sukarela tetapi pelaksanaannya tidak boleh disistemetikan agar jadi lebih baik.
Jadi apabula Kementerian Sumber Manusia menghantarkan notis untuk membuat semakan, ia tidak disenangi Pas dan menganggap sebagai cuba hendak menghalang Pasti, pendidikan Islam. Kenapa mudah sangat hendak mempolitikan hal ini.
Sebenarnya kalau difikir secara rasional tujuan itu baik untuk pusat pendidikan itu sendiri, kerana ia mahu soal kebajikan pekerja diambil berat. Mungkin dengan ada semakan seperti diminta itu menyebabkan Pasti setanding atau berjalan mengikut kemajuan pusat-pusat pendidikan lain.
Satu hal yang tidak boleh diketepikan peranan dan sumbangan Pasti dalam pendidikan di negara ini seharusnya diperhati sama oleh kerajaasn termasuk menyalurkan peruntukan.
Mana-mana kerajaan akan mempedulikan kepada nasib rakyat negara ini tanpa mendiskirminasikan. Sepatutnya usaha dambil Kementerian Sumber Manusia itu dialu-alukan oleh Pas jangan ada persepsi buruk. Setiap pekerja perlu dijaga kebajikan mereka, baik gaji, insuran, dan lain-lain selaras dengan rakyat yang berada dalam sebuah negara merdeka.
Benar Pasti digerakkan secara sukarelawan dan para pekerjanya redha, tetapi bagi kerajaan ia tidak boleh menerima segampang itu kerana peranan dan tanggungjawab kerajaan berlaku kepada semua individu bernama rakyat dan golongan bermukim dalam negara ini. Kalau nasib pelarian atau warga asing kerajaan mempedulikan, kenapa tidak dengan Pasti?
Sebaik-baiknya pihak penanggungjawab dengan pusat pendidikan itu dan lain-lain dibawah kelolaan mereka memenuhui segala peraturan yang ditetapkan baik dari segi prasarana, keselamatan anak-anak, kebajikan para petugas dan juga selibas yang diajarkan.
Yang terpenting di sini apabila pusat pendidikan itu disemak, pihak Pas perlu memperbetulkannya dan pihak kerajaan juga kena menyalurkan peruntukan bagi membantu pusat pendidikan berkenaan dari mana-mana sumber dan kaedah yang ada.
Pendidikan adalah wadah membangun warga pembina masa depan negara. Trims.