Pemimpin PAS hidup senang lenang dengan pencen berlapis2 hingga 4 pencen Adun, Exco, MB, Ahli Parlimen, Menteri......
GURU PASTI PATUT DIBERI SKIM PENCEN SEPERTI FATWA HAJI HADI
✍️ Ahmad Mursi
1. Pemimpin PAS tidak patut lepas tangan kebajikan hampir 10,000 Guru PASTI dengan suka hati jadikan mereka berstatus Sukarelawan.
2. Begitu mudah helah untuk nafikan hak dan kebajikan asas pekerja menerima Gaji Minima, KWSP dan SOCSO.
3. Sepatutnya guru PASTI diberi Skim Pencen seperti fatwa Hj Hadi kerana tanpanya maka 'tidak Madani' dan 'tidak ikut cara Nabi saw'.
4. Pemimpin PAS hidup senang lenang dengan pencen berlapis2 hingga 4 pencen Adun, Exco, MB, Ahli Parlimen, Menteri.
5. Tentulah guru2 telah di'brainwash' untuk ditanam rasa reda bergaji RM600 walaupun kena bekerja 9-10 jam sehari, tanpa slip gaji dan tanpa surat tawaran.
6. Tetapi 4 orang Guru PASTI yang sedar tentang hak mereka telah mengadu ke Pejabat Buruh Alor Setar pada tahun 2022 dan PASTI diarah bayar baki Gaji Minimum RM20,000.
7. Mahkamah Buruh putuskan, Guru PASTI tertakluk kepada Akta Kerja 1955 walaupun YB Alor Setar susah payah spin bahawa mereka hanya sukarelawan.
8. Waktu kes ini berjalan, MP PAS Pendang jadi Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia. Takkan tak tau.
9. Pemimpin PAS tak perlu hipokrit kerana bersepah iklan di internet 'Jawatan Kosong Guru PASTI' dan bukannya mencari Sukarelawan. Guru2 juga ditentukan Waktu Kerja dan bukan Waktu Sukarela.
10. 10,000 guru2 lain juga sewajarnya memulakan tuntutan yang sama kerana telah ada precedent case dan itu hak mereka.