MAAQUB SINTOK NI DOK BUAT QAMAI LAM FB... WOII REGA TU BIASA LA KE SABAH. SEBAB APA? SEBAB HA G TAK OANDAI RANCANG JADUAL PENERBANGAN HANG.

 




Aku 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 pergi Sabah. Tak tahu pulak biasanya berapa tambang kapal terbang ke sana. Aku pernah la naik kapal terbang tapi pergi 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝘄𝗶. Tambangnya berapa ringgit je.


Paling jauh aku pergi pun ke 𝗛𝗼𝘂𝘀𝘁𝗼𝗻, 𝗧𝗲𝘅𝗮𝘀, 𝗨𝗦𝗔. Itu tambang dia memang 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 gila. Tak salah aku dekat RM20 ribu sehala. Tapi 𝘤𝘰𝘮𝘱𝘢𝘯𝘺 yang bayar. Peduli apa aku. Aku tahu tidur je.


Untung tambang yang mamat ni 𝘩𝘪𝘨𝘩𝘭𝘪𝘨𝘩𝘵, kalau ikut pemahaman aku, ini tambang untuk 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴. 𝗗𝘂𝗮 𝗱𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 dan 𝗱𝘂𝗮 𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗸𝗮𝗻𝗮𝗸. Yang dia tulis RM5,620.76 tu pula untuk perjalanan 𝗱𝘂𝗮 𝗵𝗮𝗹𝗮.


Kalau sehala, jumlahnya adalah RM2,685.36. Tapi rasa aku jarang tambang pergi dan balik sama. Biasanya berbeza. Boleh jadi lebih murah, boleh jadi lebih mahal bergantung situasi. 


Lepas tu bila aku 𝗷𝘂𝗺𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗷 bawah tu, tak dapat pun jumlah yang tertulis. Yang dapat RM2,271.36. Jadi yang lagi RM413.60 tu aku mungkinlah caj untuk 𝙖𝙙𝙙 𝙤𝙣 𝙨𝙚𝙧𝙫𝙞𝙘𝙚𝙨 yang dia ambil.


Jadinya, tambang setiap seorang adalah RM567.94. Mahal ke? Aku tak tahu. Macam aku kata tadi, aku tak pernah ke Sabah. Tapi kalau 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 𝗿𝗮𝘆𝗮, rasanya itu dah kira berpatutan kot.


Atau kalau nak kira sekali 𝘢𝘥𝘥 𝘰𝘯 pun, RM671.34 per kepala. Musim raya. Siap 𝘢𝘥𝘥 𝘰𝘯. Rasanya dulu 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 dari tu.


Tak apalah. Aku bukan nak pertikai apa pun. Aku tulis ni sebab nampak dia bising 𝘁𝗶𝗸𝗲𝘁 𝗸𝗮𝗽𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 padahal ia untuk 4 orang. Dua hala pula tu. Memang la semahal tu. Kalau sorang lain la.


Mungkinlah akan datang bila 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠, tambang kapal terbang dari Sabah ke KL turun jadi RM50 𝗱𝘂𝗮 𝗵𝗮𝗹𝗮. Murah lagi nak ke Sabah dari nak ke KL kalau camtu. 𝘉𝘦𝘴𝘵 pe. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


LEKEH PUNYA PEMIKIRAN



Zainuddin Omar


 Saya tak faham kenapa ada setengah rakyat yang benci negara sendiri dan semua mahu diburukkan. 


Saya bangga menjadi anak Malaysia dan sentiasa naikkan nama negara di mana saya berada. 


Jalur Gemilang akan saya bawa ke mana pergi dan kalau tuan/puan tengok gambar saya di Antarctica, tiada rakyat lain yang bawa bendera mereka kecuali kami. 


Ringgit menurun sedikit kemain sorak walaun dan pengikut mereka seperti mereka berbelanja USD setiap hari. 


Berilah peluang PMX mentadbir negara sehingga PRU 4 tahun lagi kerana saya tak nampak pembangkang adalah alternatif lebih baik. Tak tahulah kenapa ada orang kita yang suka dengan geng penyakau. 


Seperti kata Carl Schurz,


“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right". 


*****************

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said menyatakan rasa kesal dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang lebih suka menyanjung tinggi negara luar berbanding negara sendiri.


Kata Azalina, lebih buruk lagi apabila rakyat dengan mudah terdorong dengan berita-berita buruk mengenai kerajaan yang dipaparkan di media-media sosial hari ini.


“Perdana menteri pusing satu dunia cari pelabur, semua puji, semuanya hebat dan orang sibuk nak cakap songkoklah tak pakai. Ini semua clickbait (umpan klik) sebab kita enjoy berita buruk.


“Perdana menteri ke sana, sini, kenapa Datin Seri tak ikut, itu berita jahatlah.


"Inilah persekitaran kita, baik dan buruk tapi (bila) Singapura buat (konsert penyanyi antarabangsa) Taylor Swift boleh pula. Kemudian nak suruh Malaysia buat juga.


"(Isu penganjuran) Sukan Komanwel pun nak bergaduh, inilah masalah kita,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual di Shah Alam, hari ini.


Mengulas lanjut, Azalina berkata jika benar Malaysia begitu buruk pada pandangan mata rakyatnya kenapa warga asing yang masuk ke dalam negara enggan pulang.


“(Warga) Indonesia masuk balik ke tak? (Warga) Bangladesh masuk balik ke tak? Rohingya masuk, balik tak? Semua tak nak balik, kenapa tak nak balik?


“Kalau busuk sangat Malaysia, jahat sangat perdana menteri kesepuluh, baliklah. Betul tak?


"Ini tidak, dia datang, dia duduk, dia makan, dia tidur sebab ini adalah negara yang aman, selamat dan negara yang berjaya,” katanya.


Bagaimanapun Azalina mengakui isu kenaikan barang memberi kesan kepada banyak pihak.


"Betul, saya duduk di Shah Alam, kuih di bazar ramadannya RM1 seketul. Betul.


"Saya tak nafi (kenaikan harga barang) tapi terpulanglah nak makan ke tak nak. Ini pilihan kita,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Azalina mengingatkan penting untuk semua pihak memberi sokongan kepada sebuah kerajaan yang stabil.


“Itu sebab kita kena beri sokongan kepada kerajaan yang stabil, kepada perdana menteri kesepuluh Anwar Ibrahim supaya kami dapat tawarkan perkhidmatan kepada rakyat sampai habis penggal.


“Kalau nak tukar, tukarlah lepas itu. (Tapi, buat masa ini) biarlah kami bekerja. Ini tidak, sikit-sikit nak tukar.


"Tak akanlah kahwin isteri cantik tiba-tiba (bila berubah jadi) tak cantik nak cerai.


"Tak akan kahwin dengan isteri kurus bila dah gemuk nak cerai juga. Mana boleh. Jangan ikut hati, biar kami tadbir negara hingga habis penggal,” katanya.


Azalina juga berkata dia hairan dengan isu kejatuhan nilai ringgit yang mendapat maklum balas ramai pihak.


“Ringgit turun semua orang mengamuk. Kita ini import, eksport ringgit ke?


"Tak tahulah kalau tuan, puan beli saham antarabangsa hingga kita sibuk pasal ringgit.


“Macam nak gila marah kerajaan, tapi orang beri tahu saya setiap hujung tahun (ramai yang) terbang melancong ke luar negara punyalah ramai.


“Inap sewa semua penuh. Saya ahli parlimen Pengerang, dekat (dengan pusat peranginan) Desaru Coast, tapi saya tak pernah masuk Desaru Coast, satu bilik harga RM20 ribu, bukan saja (bilik berharga) RM17 ribu, RM20 ribu ke RM25 ribu, tapi penuh, dalam senyap-senyap orang Malaysia masuk tak beritahu orang,” katanya.


Azalina turut membidas sesetengah pihak yang liat hendak membayar cukai.


“Ini (apabila) Kementerian Pengangkutan suruh bayar cukai sikit, semua orang marah, pergi luar negara, keluar, masuk Thailand bayar cukai boleh pula.


"(Bayar cukai kepada negara) Indonesia boleh tapi Malaysia tak boleh,” ujarnya.



10,000 rumah mampu milik Residensi MADANI, Wilayah dibina di Putrajaya



Kerajaan akan membangunkan 10,000 unit kediaman mampu milik Residensi MADANI dan Residensi Wilayah di Putrajaya bermula tahun ini.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kediaman berharga di bawah RM300,000 untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana itu dijangka siap pada 2027.



"InshaAllah, di Putrajaya, projek ini akan dibangunkan di pelbagai Presint dengan sasaran melebihi 10,000 unit yang akan mula dibina bermula tahun 2024 dan siap pada tahun 2027," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.



Terdahulu Zaliha mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri isu dan ketersediaan pemaju bagi memulakan projek perumahan Residensi MADANI dan Residensi Wilayah yang akan dibangunkan di Putrajaya.



Zaliha berkata pembangunan kedua-dua jenis residensi itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar melibatkan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki kediaman.



"Ini adalah salah satu usaha peningkatan darjat hidup rakyat di bawah kluster Program Usaha Jaya Insan (PUJI) melalui inisiatif Lindung @ PUJI," katanya.

 



 

Lawatan lima hari ke Jerman PM berjaya



Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan lawatan kerja selama 5 hari ke Jerman hari ini dengan meraih kejayaan dalam hubungan perdagangan, pertukaran teknologi dan dasar luar.



Menurut beliau, lawatan ke Jerman telah mengukuhkan persahabatan Malaysia dengan negara ekonomi kedua terkuat di Eropah selepas Rusia itu.



"Menamatkan lawatan rasmi selama lima hari ke Jerman.



"Secara keseluruhannya, lawatan sulung saya ke Jerman ini mencapai objektifnya dari aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara kedua-dua negara serta meningkatkan kerjasama perdagangan dan peluang pelaburan untuk Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.



Bagi PM, beliua berharap lawatan berkenaan juga akan lebih mempercepatkan pelaburan Jerman di Malaysia dan terutama pemindahan teknologi serta latihan pekerja berkemahiran yang mana Jerman menguasai pelbagai skil pembuatan produk berteknologi tinggi.



"Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini menjanjikan masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama kepada rakyat di kedua-dua negara," katanya.



Dalam sidang media terakhir di Jerman itu juga, PM mengucapkan terima kasih kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan berkenaan berhasil.



Untuk rekod, Malaysia telah meraih pelaburan berpotensi bernilai RM45.4 bilion dari Jerman sepanjang lawatan ini.

 

 

KONTROVERSI KEKAYAAN DUA ANAK TUN MAHATHIR – MIRZAN & MOKHZANI

 


Dua anak lelaki bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Mirzan dan Mokhzani, sedang disiasat oleh SPRM dan telah diarah mengisytiharkan harta mereka.

Kedua-duanya diketahui aktif dalam dunia perniagaan dan terkenal mempunyai kekayaan yang besar. Tetapi bagaimana mereka meraih kekayaan, dan berapa kekayaan sebenar mereka?

Dalam siri KiniGuide ini, kami menyemak semula perkara yang diketahui umum tentang kekayaan mereka dan kontroversi yang pernah dikaitkan dengan mereka.

Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah mempunyai empat anak kandung; Mirzan dan Mokhzani adalah anak kedua dan ketiga masing-masing, dengan Marina sebagai anak sulung dan Mukhriz anak bongsu daripada empat mereka.

Pasangan itu juga mempunyai tiga anak angkat: Melinda, Mazhar, dan Maizura.

Menurut Bloomberg dan laman web alumni University of Pennsylvania, Mirzan pernah bekerja untuk bank pelaburan yang berpangkalan di AS Salomon Brothers dan kini merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat pegangan pelaburan dan penasihat kewangan Malaysia Crescent Capital Sdn Bhd.

Dia memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat awam dan swasta di Asia Tenggara, termasuk penapis minyak terbesar Filipina Petron dan pengeluar elektronik tempatan Betamek. Dia juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Konsortium Logistics Berhad (KLB).

Sementara itu, Forbes pernah menyenaraikan Mokhzani sebagai antara orang terkaya Malaysia beberapa kali sejak 2007. Forbes meletakkannya sebagai kesembilan terkaya di Malaysia pada 2013, dengan kekayaan lebih RM4.22 bilion daripada industri minyak dan gas.

Dia mengasaskan fabrikasi peralatan minyak Kencana Petroleum, yang kemudiannya menjadi SapuraKencana Petroleum berikutan penggabungannya dengan SapuraCrest pada 2012 dan kini dikenali sebagai Sapura Energy.

Mokhzani dilaporkan telah melepaskan pegangannya dalam SapuraKencana pada akhir 2017.

Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta.

Pencapaian utamanya di Malaysia, selepas pulang dari AS, adalah dalam Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), pendahulu KLB.

Menurut penyata tahunan KLB 1999, Mirzan berjaya meningkatkan perolehan KLB daripada RM100 juta pada tahun 1995 kepada RM417 juta pada tahun 1996, lebih daripada empat kali ganda perolehannya dalam hanya satu tahun. Ia mencecah RM730 juta pada kemuncaknya pada tahun 1997, menarik perhatian daripada pasaran domestik dan antarabangsa.

Malangnya, pengambilalihan dan pengembangan agresif syarikat itu meletakkannya di bawah tekanan hutang yang ketara, dan ia terjejas teruk oleh permulaan Krisis Kewangan Asia 1997. Liabilitinya meningkat kepada RM400 juta.

Sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang berterusan, menteri kewangan pada masa itu, Anwar Ibrahim, mendakwa Mahathir telah cuba menyelamatkan beberapa syarikat yang mengalami masalah kewangan di tengah-tengah krisis, termasuk KPB.

Mahathir dikatakan kecewa apabila Anwar enggan dan bimbang tentang potensi memalukan jika perkara itu dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.

Jadi sebaliknya, Mahathir didakwa mengenepikan kuasa Anwar dengan mengarahkan Petronas menyelamatkan KPB memandangkan syarikat minyak itu berada di bawah bidang kuasanya sebagai perdana menteri.

Anak syarikat Petronas MISC Bhd membeli KPB dengan harga AS$220 juta.

Dalam autobiografinya ‘A Doctor in the House’, Mahathir mempertahankan langkah itu, berkata ia bukan cubaan ‘bailout’ kerana Petronas membeli KPB pada harga rendah dan menjual beberapa kapal pengangkut pada keuntungan yang lumayan apabila industri perkapalan pulih.

Mirzan kekal sebagai pengerusi eksekutif KLB sehingga Ogos 2007, manakala syarikat itu berkembang untuk dikenali sebagai Pos Logistic Bhd hari ini.

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bahawa Kenchana Petroleum milik Mokhzani memenangi lesen untuk mereka bentuk struktur luar pesisir daripada Petronas pada 2002.

Dakwaan itu dibuat pada 2020 sebagai tindak balas kepada dakwaan Mahathir bahawa anak-anak Najib mendapat manfaat daripada kontrak kerajaan semasa menjadi perdana menteri.

Sebaliknya, Mokhzani juga menafikan dakwaan Najib dengan mengatakan bahawa Sapura Kencana Petroleum hanya ditubuhkan pada 2012, selepas Mahathir berundur sebagai perdana menteri.

Namun, bukti daripada penyata tahunan Kencana 2011 mengesahkan bahawa Kencana Petroleum Bhd, sebelum penggabungan dan penamaan semulanya, sememangnya telah memperoleh kontrak Petronas pada 2002 seperti yang didakwa Najib.

Mokhzani juga pernah mengetuai pengeluar gentian optik Opcom Group yang diasaskan oleh adiknya, Mukhriz.

Dalam tuntutan mahkamah, Anwar mendakwa Mohkzani, Mirzan, Mukhriz, dan isteri Mukhriz, Norzieta Zakaria adalah pengarah syarikat itu dari 1994 hingga 2021.

Dia mendakwa dalam tempoh ini, Mahathir telah menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk mempengaruhi keputusan Telekom Malaysia (TM), yang menjalankan rundingan terus dengan Opcom untuk pembekalan kabel gentian optik.

Opcom juga menimbulkan persoalan selepas dianugerahkan kontrak RM11.16 juta daripada TM hanya beberapa hari selepas pilihan raya umum ke-14 dan Mahathir mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di bawah gabungan Pakatan Harapan.

TM kemudian menjelaskan keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya berikutan proses tender terbuka.

Kemudian apabila Pelan Gentian dan Ketersambungan Kebangsaan diumumkan pada 2019, harga saham Opcom melonjak di tengah-tengah spekulasi bahawa ia akan menjadi penerima utama projek itu.

Menteri komunikasi dan multimedia pada masa itu Gobind Singh Deo kemudiannya menjelaskan bahawa Opcom tidak boleh membida kontrak itu kerana ia tidak mempunyai lesen yang berkaitan.

Mahathir telah lama menegaskan bahawa kekayaan anak-anaknya adalah hasil kerja keras mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengannya.

“Jika mereka kaya sekarang, ia adalah atas usaha mereka sendiri.

“Mereka berhak menjadi kaya, iaitu jika mereka boleh menjadi kaya. Tetapi beberapa saudara saya miskin seperti tikus gereja,” katanya pada 2018.

Semasa temu bual dengan Asiaweek pada 1998, dia menjawab dakwaan nepotisme dan kronisme dengan berkata kerajaan mesti membantu sektor swasta, terutamanya syarikat milik bumiputera, untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi.

Dia mencabar penemramah untuk “Beritahu saya mana-mana ahli perniagaan yang tidak rapat dengan kerajaan ini”.

Dalam tuntutan mahkamah dengan Anwar, Mahathir menuduh bekas anak didiknya sebagai pembohong yang tidak pernah menunjukkan bukti atas dakwaannya menyalahgunakan kuasa.

Dia menegaskan bahawa Anwar sendiri memberitahu media pada Mac 1998 bahawa pembelian KPB oleh MISC bukanlah ‘bailout’ tetapi keputusan perniagaan.

Dia juga membantah bahawa Opcom jauh mendahului pesaingnya sebagai perintis dalam membekalkan kabel gentian optik di Malaysia, dengan pelbagai pensijilan ISO untuk menunjukkannya.

Malah, kata Mahathir, Anwar telah mengakui bahawa TM sendiri telah mengeluarkan surat kepada Kementerian Kewangan untuk mengadakan rundingan terus dengan Opcom berhubung kontrak gentian optik itu.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/699565

 


Malaysia - EU perlu hidup semula Perjanjian Perdagangan Bebas


Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) seharusnya menghidupkan semula perbincangan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta integrasi serantau.



Hal itu disampaikan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu ucaptama menghadiri acara 101st East Asia Friendship Dinner (Ostasiatisches Liebesmahl) di Hamburg City Hall, anjuran German Asia-Pacific Business Association (OAV).



"Malaysia bukan sahaja terbuka menerima perniagaan, malah bersedia untuk bekerjasama dan berinovasi dalam usaha niaga berkualiti tinggi sejajar dengan matlamat negara dan tanggungjawab global.



"Saya juga mengambil peluang bicara soal kerangka Ekonomi MADANI yang mencerminkan komitmen negara untuk memacu Malaysia menjadi ekonomi utama di Asia serta memacu pembangunan yang mampan dan inklusif.



"Kerangka ini membayangkan masyarakat yang berkongsi kemakmuran, mendukung integrasi ASEAN yang lebih kukuh dan ekonomi yang kompleks serta membangunkan Malaysia sebagai kuasa utama serantau," katanya dalam catatan di Facebook.



Anwar juga menekankan polisi berkecuali Malaysia dalam hubungan serantau yang menyaksikan saingan memuncak kuasa besar di antara blok Amerika Syarikat - Kesatuan Eropah dan Rusia - China dalam BRIC.





 

Katanya, kelebihan polisi berkecuali Malaysia di tengah tengah pasaran berkembang Asia merupakan tapak terbaik baik perniagaan negara Eropah.



"Saya tekankan pendirian berkecuali Malaysia, menjadikan negara ini di kedudukan yang baik untuk menjalankan perniagaan dan perdagangan dengan blok Timur dan Barat.



"Langkah ini sekali gus mengukuhkan lagi daya tahan Malaysia berdepan dengan cabaran geopolitik yang tidak menentu.



"Saya berkongsi isu terkait sektor tenaga, di mana Sarawak adalah negeri penting yang mengeksport tenaga ke Nusantara, ibu negara baharu Indonesia serta melalui kabel dasar laut ke Singapura dan ke Semenanjung," katanya.



Dalam ucaptama sama Anwar turut menekankan bahawa Malaysia bersedia menyokong peralihan tenaga Jerman menerusi gas asli sebagai bahan api peralihan, sekali gus mengimbangi keperluan segera keterjaminan tenaga Jerman dengan matlamat kemampanan jangka panjang.



PM percaya kerjasama antara Malaysia dan Jerman mampu memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak termasuk rakyat keseluruhannya.

 

DANA 1MDB DIGUNA BELI HARTANAH DI LONDON, NEW YORK – SAKSI

 


Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, sejumlah USD15 juta yang datangnya daripada 1MDB dimasukkan ke dalam dua akaun bank berpangkalan di Switzerland sebelum digunakan untuk membeli hartanah di London dan New York.

Ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan 1MDB Najib Razak, Loo berkata, USD9 juta dimasukkan ke dalam akaun Falcon Bank antara 2012 dan 2013.

“Wang ini dimasukkan oleh Jho Low,” katanya ketika diperiksa balas oleh peguam Shafee Abdullah.

Loo, yang meninggalkan negara pada 2018 tetapi kembali pada Julai lepas berkata, dia penandatangan yang diberi kuasa atas akaun-akaun tersebut dan mempunyai kawalan ke atasnya.

Katanya, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memulakan prosiding mahkamah dan akhirnya melucutkan hak ke atas semua wang dalam akaun tersebut serta kedua-dua hartanah dengan persetujuannya.

“Yuran guaman saya dibayar daripada akaun-akaun tersebut,” katanya.

Disoal lanjut oleh Shafee, Loo berkata, Low mendakwa wang itu bukan datangnya daripada 1MDB, tetapi siasatan DoJ mendapati sebaliknya.

Menurut Loo, hartanah di London, yang dibeli pada 2014, bernilai £1.8 juta.

“Wang itu datang daripada akaun Falcon Bank,” katanya sambil menambah, hartanah terbabit diubah suai untuk disewa.

“Bagaimanapun, ini tidak dilakukan kerana media melaporkan isu 1MDB dengan meluas pada 2015.”

Loo yang juga saksi pendakwaan ke-50 berkata, hartanah di New York itu bernilai USD4.5 juta.

Katanya, Low memberitahunya bahawa dia telah mengatur USD15 juta untuk pelaburan menerusi pelbagai entiti seperti Affinity Equity Investment dan Blackstone Real Estate Corporation.

“Saya kini dapat tahu bahawa Eric Tan (rakan kongsi Low) terlibat dalam pelaburan menerusi salah satu syarikat itu,” katanya.

Menurut DoJ, lebih USD4 bilion dicuri daripada 1MDB dan dibelanjakan untuk membeli karya seni, berlian dan hartanah.

Ditanya sama ada Low cuba mengesahkan hasil yang menyalahi undang-undang menerusi pembelian itu, Loo menjawab: “Low orang kaya. Dia juga menguruskan dana untuk orang Arab. Saya tidak tahu dia (Low) melakukan semua ini.”

Loo turut menolak cadangan Shafee bahawa dia membuat perjanjian dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandangkan dia menghadapi dua tuduhan pengubahan wang haram.

Pada 2018, Loo didakwa secara in absentia atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan sejumlah USD5.99 juta.

Loo berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada peguamnya dan tidak hadir ke mahkamah untuk kes itu.

Shafee: Adakah anda tahu status kes itu?

Loo: Saya bersedia membela diri.

Shafee: Adakah anda memberi keterangan yang tidak berpihak kepada Najib dengan harapan tuduhan (anda) digugurkan?

Loo: Saya tidak setuju (dengan cadangan itu).

Najib berdepan 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkait dana didakwa milik 1MDB yang dimasukkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/03/15/dana-1mdb-diguna-beli-hartanah-di-london-new-york-kata-loo/

 

MUHYIDDIN LUPA KETIKA DIA JADI MENTERI


Zuwairi Md Yusof









 Tahukah anda tahun 2013 dulu waktu Muhyiddin jadi Menteri Pendidikan merangkap TPM, ada sekolah yang ingkar pekeliling kantin buka bulan Ramadan.Sekolah tu suruh murid yang tak puasa makan dalam tandas yg tak di gunakan.Bukan main marah Muhyiddin masa tu.Siap sound dalam tv tindakan tegas akan di kenakan pada Sekolah & Pengusaha Kantin.


Hari ni PAS politikkan isu kantin buka.Helloooo pekeliling Kantin buka waktu Ramadan dah ada sejak tahun 90-an.Tinggal lagi saiz operasi Ramadan dengan tak Ramadan dah tentulah tak sama - pekerja di kecilkan,menu juadah di kurangkan.Letih main dengan puak confirm Syurga.MAHIADDIN sakau pendidikan ikut BESTARINET punya SCAM kalian senyap sunyi tak kecoh marah geram pun?RADZI JIDIN sakau buku JQAF pra sekolah RM 15 JUTA jadi RM 80 JUTA mana marah anda?


RADZI JIDIN,MAHIADDIN buka tutup buka tutup sekolah kamu diam meniskus?Ratusan ribu budak2 sekolah keciciran pelajaran gagal menguasai kemahiran 3M sewaktu 33 bulan PAS,BERSATU tebuk atap di mana kemarahan kamu semua hilang?Kerajaan MADANI PH BN pimpinan PMX yang terpaksa cuci najis2 tinggalkan PN di bidang pendidikan.Punyalah caca merbanya PN ni perintah mangkuk jamban macam RADZI pun jadi MENTERI KPM 3 tahun dulu.Timbalan dia ada macam tarak ja belum lagi masuk KP KPM waktu itu yg juga isteri kepada ADHAM BABA air suam,kikiki.


Bersyukurlah anda semua tiada lagi lepasan SPM yg hilang arah lepas habis sekolah kerana MADANI cukup perkasakan TVET dan lain2 untuk anak2 meneruskan kehidupan lebih baik di alam dewasa.Kamu ingat PN peduli nasib anak2 kamu itu?




SEORANG MARANG YANG CEMBURU

 



MSO

Para sarjana Islam Eropah mengharapkan Malaysia merancang dan berusha untuk membendung kesemarakan budaya dan Islamphobia. 


Mereka meletakan tugas itu kepada Anwar menggambarkan keyakinan dan kepercayaan mereka kepada kepimpinan Anwar. 


Hanya seorang orang di Marang sahaja enggan mengikhtiraf Anwar. Trims.



SAMSURI CLAIM PROJEK KERAJAAN PERSEKUTUAN.

 MB Samsuri GAGAL-3





Klim projek Kerajaan Persekutuan. 


Cuba baca dua status yang dimuat naik oleh MB Samsuri. 


Gambarannya projek ini hasil dari Kerajaan Negeri Terengganu. 


Walhal lihat pula status dimuat naik oleh Menteri KPKT Nga Kor Ming.


Ia hasil dari Kerajaan Persekutuan. Terkedu MB Samsuri. 


MB Samsuri GAGAL.



MB Samsuri walaun yang tipikal.







 MB Samsuri walaun yang tipikal.


KJ tanya dia sebagai bekas pensyarah. Berapa markah untuk Kerajaan Madani. 


Dia jawab Kerajaan Madani secara objektif dan subjektif gagal.


Sebab apa gagal? Sebab dia turun ke pasar, ke jalanan, rakyat mengeluh masalah tak selesai.


Dia turun pasar Selayang ke? Chow Kit ke?


Tak..dia mesti ke Terengganu.


Mari kita periksa...


1. Rupanya sewa pasar di Terengganu telah dinaikkan. Ini lah hadiah untuk rakyat setelah bagi kemenangan besar pada Pas.


2. Eh bayaran parkir letak kereta pun naik? Mana rakyat tak mengeluh.


3.Ya tarif air pun naik. Seperti kita tahu semua operator negeri naik tarif air. Air bawah negeri ya.


4. Cukai pintu pun nak naik? Ya kerajaan negeri nak tambah pendapatan. Silakan..tapi pasti rakyat terkesan.


Terangkan elok-elok pada rakyat, bukan pi tuduh orang lain gagal. 


Tempat awak sendiri yang naik macam-macam.


Jadi siapa yang gagal sebenarnya ni?

Bekas pensyarah yang spin fakta!


Muhammad Fairul Al Qasas 

Alor Gajah


#KPKualaKrau

#PeneranganPKRPahang 

#MalaysiaMadani 

#KerajaanPerpaduan 

#PMX



BELAJAQ TAK IKUT GURU. TU JIWA KACAU.

 


Saya dapati (sebahagian) netizen kita di medsos mengalami masalah "kemurungan hati" yang mana semua benda nak diviralkan, diluahkan dan diwar-warkan atau dikepohkan kepada umum. Mereka mahu anak-anak tidak berpuasa pun, mereka akan salahkan environment orang yang berpuasa sehingga mengaitkan kehendak mereka dengan hujah agama secara selektif. "Islam tidak pernah menyuruh hormat orang berpuasa!" antara kata-kata pelik yang baru muncul. Ada juga yang mempertikaikan berbuka puasa pada waktu Maghrib sekarang ini atas alasan langit masih terang (belum malam sepenuhnya), lalu dilontarkan kepada masyarakat awam untuk kononnya difikirkan bersama. Ada juga yang mempertikai kenapa perlu baca 30 juzuk dalam solat tarawih sepanjang Ramadan atas alasan menyusahkan jemaah yang terdiri dari orang tua, wanita yang membawa anak-anak kecil dan orang lain. Saya pun hairan, adakah ini masalah dirinya atau mempermasalahkan orang lain untuk dirinya?.


Begitu juga hukum-hukum asas berpuasa yang tidak dipermasalahkan secara serius oleh majoriti orang yang berpuasa seperti isu niat (setiap malam atau terus sebulan), isu bilangan rakaat tarawih, isu solawat antara tarawih dan sebagainya, sengaja diperbesarkan dengan serius seolah-olah ianya perkara baru wujud sehari dua yang tiada penjelasannya oleh ulama. Walhal jika ditelaah kitab-kitab fiqh mazhab Syafie dan mazahib lain (bukan kitab tafsir atau kitab hadis), kita jumpa perbahasan ini. Kalau kita silap baca rujukan sumber, kefahaman kita tentang hukum juga akan bermasalah.


Itu tak termasuk lagi, luahan harga mahal, tidak sedap atau cacat pada makanan terjual di bazar Ramadan. Dah memang kita tahu tidak sedap, kenapa harus pergi juga membeli?. Kita tidak suka, mungkin ada orang yang tasteless suka. Kita kata mahal, mungkin bagi orang berduit kata murah. Kita kata huduh, orang yang asalkan boleh makan akan kata menarik. Macam orang yang kata 'rindu masakan mak' walhal kalau orang lain makan masakan ibunya, akan kata tidak sedap langsung. Berkompromilah dalam hal ini sebagaimana berkompromi dengan masakan ibu kalian yang tidak sedap itu.


Semua ini berpunca dari masalah adab dan taklim (pembelajaran) yang tidak sempurna, teratur dan hasil bimbingan guru yang mursyid. Hati yang murung selalunya disebabkan masalah keikhlasan kita dengan Allah SAW, kefahaman yang tidak betul pada hukum syarak dan kejauhan diri dari banyak berzikir, solawat, wirid dan bacaan al-Quran.


Dr. HK

15.3.2024



BERITA PALESU MP TASEK GELUGOQ AMBIK BUAT BERITA... PIANG BETOI HANG.



BERITA PALESU NI MP TASEK GELUGOR AMBIL BUAT MODAI.. BODO BETOI HANG. PATUT DUIT MASUK LAM AKAUN 6 JOTA... 


 Betapa gopohnya mereka mahu melihat ekonomi negara ini lingkup.  Betapa setiap hari mereka mendoalan RM jatuh, hinggakan dengan pantasnya berita palsu disebarkan.  Inikah orang yang bertanggungjawab kpd negara?  Demi politik dan kuasa, sanggup lihat negara ini hancur. 

 Alhamdulillah, Allah pelihara negara kita.  Semoga Speaker parlimen kenali watak ini dan cukup2lah beri muka.



W. Faudzin