Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan
lawatan kerja selama 5 hari ke Jerman hari ini dengan meraih kejayaan dalam
hubungan perdagangan, pertukaran teknologi dan dasar luar.
Menurut beliau, lawatan ke Jerman telah mengukuhkan persahabatan
Malaysia dengan negara ekonomi kedua terkuat di Eropah selepas Rusia itu.
"Menamatkan lawatan rasmi selama lima hari ke Jerman.
"Secara keseluruhannya, lawatan sulung saya ke Jerman ini mencapai
objektifnya dari aspek mengukuhkan persahabatan yang sedia erat antara
kedua-dua negara serta meningkatkan kerjasama perdagangan dan peluang pelaburan
untuk Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.
Bagi PM, beliua berharap lawatan berkenaan juga akan lebih
mempercepatkan pelaburan Jerman di Malaysia dan terutama pemindahan teknologi
serta latihan pekerja berkemahiran yang mana Jerman menguasai pelbagai skil
pembuatan produk berteknologi tinggi.
"Saya percaya menerusi kerjasama pelbagai bidang ini
menjanjikan masa hadapan yang lebih makmur sekali gus membawa manfaat bersama
kepada rakyat di kedua-dua negara," katanya.
Dalam sidang media terakhir di Jerman itu juga, PM mengucapkan
terima kasih kepada kementerian, agensi kerajaan, pihak kedutaan serta
rakan-rakan media yang bersama dalam memastikan lawatan berkenaan berhasil.
Untuk rekod, Malaysia telah meraih pelaburan berpotensi bernilai
RM45.4 bilion dari Jerman sepanjang lawatan ini.