CADANGAN TAK CERDIK. PATUT KAU HALANG BERITA FITNAH TU DENGAN UNDANG UNDANG. ...KAH..KAH..KAH



Nampak Fahmi Fadhil dalam mencari populis muncul dengan pelabagai idea mengarut dan tidak praktikal yang "pandir" menyelesaikan masalah. 


Terbaru berliau mengemukakan cadangan untuk membangunkan sistem asas membendung pencurian (falgiat) berita daripada sumber asal. Sistem itu juga membolehkan sumber asal berita yang beritanya dipetik tidak tepat melaporkan kepada MCMC.  


Dua hari lepas beliau lancar kod etika wartawan yang dikritik beberapa pihak pengamal media massa. Hari ini muncul dengah idea lain pula, yang "geli geli" rasanya.


Niat memang baik, tetapi keberkesannnya tindakan tetap meragukan. Apa patut dilakukan ialah bertindak ke atas mana-mana pihak atau individu yang putar belit berita alias membuat fitnah itu. 


Ambil contoh apa yang disiarkan dalam kapsul Biar Betul, semua itu berita fitnah dan karut ambil tindakan ke atas mereka. Fahmi pernah memberi reaksi dalam hal ini katanya dia tidak ada punca kuasa. Kalau begitu kenapa tidak diusahakan mendapat punca kuasa itu lebih baik dari bangunkan sistem asas berkenaan. 


Selagi mereka (pefitnah) ini tidak dikenakan tindakan, hanya beri nasihat, atau amaran keras, maka selama itulah wujud peraih berita palsu dan kian berkembangnya pelapor fitnah. Mereka akan terus bermaharaja lela. 


Janganlah kerana untuk dilihat kaya dengan idea sehingga idea sampah pun dikeluarkan. Berapa banyak peraturan dan sistem perlu ada sedangkan tindakan "nahi kabe nahi."


Apakah Fahmi sudah menerima propasal daripada mana-mana pihak yang rapat dengannya. Untuk bangunkan sistem berkenaan tentu menelan belanja bukan sedikit.


Perdana Menteri pun perflu semak jkerjabuat Fahmi ini jangan diserah bulat-bulat, kita bimbang lama-lama langit pun makin rendah. Trims.

MSO


APAKAH USAHA DAN KEJAYAAN KERAJAAN MADANI ?







 Apakah usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI? Saya maklum ramai yang bertanyakan soalan ini.


Ini jawapannya. Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara yang saya pengerusikan petang tadi secara rasmi memaklumkan bahawa Malaysia pada 2023 telah mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion, 23 peratus lebih tinggi berbanding 2022.


Daripada jumlah pelaburan itu, pelaburan asing merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 57.2 peratus ketimbang pelaburan domestik sebanyak 42.8 peratus. 


Prestasi cemerlang ini disokong lonjakan pelaburan domestik sebanyak 35.1 peratus bagi pelaburan domestik dan peningkatan sebanyak 15.3 peratus bagi pelaburan asing. 


Ini adalah satu petanda jelas bahawa dasar mesra pelaburan dan mesra perniagaan yang dilaksanakan menerusi pendekatan seluruh Kerajaan telah mula membuahkan hasil dalam meningkatkan keyakinan pelabur.


Mesyuarat turut membincangkan hala tuju pelaburan digital negara selaras dengan perkembangan sektor ekonomi digital yang diunjur menyumbang sebanyak 25.5 peratus ketimbang 23.2 peratus pada 2021.


Antara 2021 hingga 2023, sebanyak 396 projek berkaitan digital telah diluluskan dengan nilai pelaburan sebanyak RM128.9 bilion dalam sektor pusat data, pengkomputeran awan, pengehosan data, analisis data besar, dan kecerdasan buatan. Pelaburan dalam projek digital ini dijangka mewujudkan 36,553 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


Kehadiran syarikat-syarikat digital terkemuka dunia dan peneraju pasaran global di Malaysia juga memberi isyarat penting bahawa Malaysia mempunyai tarikan dan ekosistem pelaburan yang kondusif untuk pelaburan digital. 


Justeru, saya tegaskan supaya jabatan dan agensi Kerajaan untuk memudah cara sebaik mungkin pelaburan digital berpotensi tanpa sebarang kompromi terhadap aspek berkaitan keselamatan data dan kedaulatan negara.


#MalaysiaMADANI



SIARAN ULANGAN. BAGI YANG TAK BANYAK TELAN SEMUT, CUBA FAHAM.


 Bagi yang ikhlas nak paham... ini pemahaman ringkas.... GST vs SST. 




Bagi sesiapa yg masih tak faham antara perbezaan cukai GST 6% (Cukai Era Najib) vs SST 10%(Cukai sedia ada). Ini adalah satu penerangan yang ringkas & mudah :-

---------


GST - Goods & Service tax


1)Cukai dikenakan kepada pengilang 6%

2)Pengilang jual kepada pemborong 6%

3)Pemborong kepada peruncit 6%

4)Peruncit kepada pembeli 6%


๐Ÿ˜ฑ6% x 4 Peringkat

๐Ÿค”Bermakna Pengguna bayar berganda sebanyak 24%.

----------


SST - Sales & Service Tax

.

SST cukai hanya dikenakan kepada pengilang / restaurant2 besar, tempat2 exclusive tertentu sahaja. Cukai ini khas utk peniaga dan cukai perkhidmatan.

----------


masih tidak faham antara perbezaan GST vs SST❓❓❓ teruskan bacaan⬇️

.

❇️GST ditanggung oleh semua lapisan masyarakat..Miskin/ Sederhana & KAYA.


❇️SST tu bukanlah dikenakan pada semua lapisan, boleh buat pilihan.


Nak mudah fahami lagi ❓❓Contoh:


"GST" barang berharga Rm10 kita kena byr Rm10.60.


"SST" semula harga barang Rm10 kita tetap byr Rm10 sahaja.


Faham??? Nak Faham.... faham laaaa

Kalau hati tuh cinta GST sangat.... takyah baca teruskan jadi hamba murahan pengkhianat negara!


Kredit : Syed Mahathir



BUAT ELOK ELOK ...

 








Usai Mesyuarat Majlis Raja-Raja, saya ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk menyampaikan amanat dan dialog di Permukiman Timbalan-Timbalan Menteri.


Saya tegaskan peri penting untuk semua timbalan-timbalan menteri menguasai kerangka pemikiran dan dasar-dasar di bawah gagasan MADANI.


Anggota pentadbiran ini perlu bergerak di luar kerangka pendekatan lampau yang hanya menumpukan pada urusan kementerian sendiri semata-mata.


Sebaliknya semua jentera kementerian dan agensi perlu menyokong antara sama lain dengan membantu memberi penjelasan kepada rakyat terhadap apa jua isu berbangkit, sekali gus bertindak sebagai satu pasukan dengan semangat perpaduan yang sebenar.


Saya turut sambut baik beberapa pandangan dan cadangan disuarakan beberapa timbalan menteri yang berkobar-kobar mahu memastikan kebajikan rakyat terbela dan negara dilimpahi kemakmuran.


Saya punya harapan besar untuk melihat siri-siri permukiman membabitkan pimpinan tertinggi Kerajaan ini akan mencetus perubahan terhadap gerak kerja Kerajaan MADANI yang lebih berkesan dalam usaha mengangkat negara ini ke tingkat tertinggi.


#MalaysiaMADANI



EVOLUSI PERJUANGAN, SATU SOROTAN SEMULA


BANYAK SANGAT ERA PERJUANGAN. PARTI YANG BERKAWAN SEMUA KENA K3NCING NGAN LEBAI. DEPA JA BETUL.,ORANG LAIN TAK BETUL BELAKA.



1. Era sebelum 2015


Kami mahukan sebuah negara Islam, negara yang terlaksana di dalamnya undang undang syariah yang sepenuhnya. Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur... Penzina hendaklah direjam sampai mati atau disebat di khalayak ramai 100 rotan, pencuri hendaklah dipotong tangan, nyawa dibalas nyawa...


2. Era selepas 2015.


Perkasakan undang undang syariah, martabatkan mahkamah syariah. Ruu 355 adalah wajib, tak sokong Ruu 355 boleh ditanam di jirat. Jom kita bersama Himpunan Raksasa Ruu 355 (dengan denda rm100k, penjara 30 tahun Dan sebat 100 Kali).


3. Era 2024


Pertahankan enakmen syariah, kesalahan kesalahan dalam enakmen syariah (dengan denda rm5000, penjara 3 tahun, sebat 6 Kali) adalah bersumberkan hukum syarak, membatalkannya sama dengan membatal hukum syarak.


4. Selepas ni agak agak apa pula???


????????....Lepas ni...kiok...




KEH.. KEH.. KEH

 


Che Ibrahim

Ambo wat bekas penjawat awam wat takdok pencen ni lagu mana pula??

Dah la getah murah, nak naik rego beras sikit jah pun, geger gegok supa ayam tak cukup dedak.


INTERGRITI DI KALANGAN AHLI PARLIMEN PERLU DIWUJUDKAN JUGA



 Kadangkala integriti yang menjadi praktis dalam kalangan sesetengah orang bukan Islam lebih tinggi berbanding sebahagian besar orang Islam. Tindakan yang dikenakan bagi penjawat awam di Jepun seperti di bawah sangat berat namun bagi penjawat awam di Malaysia adalah sangat remeh.


Penegasan integriti seperti ini jika dibuat dengan betul, mungkin boleh menjadi satu langkah mengurangkan beban tanggungan pencen kerajaan ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan, Jawatan Utama Sektor Awam dan sebagainya.


Dr. HK

22.2.2024



SURAT DAH SAMPAI

 


Alhamdulillah peguam saya maklumkan bahawa 5 LOD kepada Puteri Azman telah selamat diserahkan melalui serahan tangan (By Hand).


Dr Rozaimi Ramle




NAK TUNGGU ABAH KO JADI PM BARU NAK BALIK KA.?


 Iswardy Morny


Notis merah telah dikeluarkan oleh interpol Namun menantu Muhyiddin Yassin masih belum menyerah diri.




MESYUARAT MAJLIS RAJA RAJA









Mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-265 di Istana Negara pagi tadi.


Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini telah dipengerusikan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.


Dirgahayu Tuanku.


#MalaysiaMADANI



WALAUN KALAU TAK BUAT GEMPAQ BUKAN DIA. PUNYA NAK TROLL TAPI TAK HABIS KAJI DAN MALAS BACA SELIDIK...






 Aku jumpa posting ni yang bising ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ป๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด untuk bulan ini. Sebenarnya bill aku pun naik melambung juga. ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ป๐—ถ?


Aku aku pun buka apps ๐— ๐˜†๐—ง๐—ก๐—• nak tengok bil aku. Rupanya bill dalam app tak sama dengan bil kertas. ๐˜š๐˜ฐ ini ๐˜ซ๐˜ฆ ๐˜ญ๐˜ข yang aku termampu nak ๐˜ด๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ต.


Tapi ini pun dah cukup nak tunjukkan sebenarnya ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ณ pun. Beza bulan lepas dan bulan ni adalah ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ.


Bulan lepas penggunaan 1,155kWh manakala bulan ni naik hingga 1,408kWh. Perhatikan kadar untuk ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต 900 ๐—ธ๐—ช๐—ต ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ. Tak berubah pun.


Memang aku ingat, anak aku nak belajar buat kek. Jadi banyak kali guna oven. Sebab tu penggunaan aku naik mencanak untuk bulan ni. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ.


Senang jadi walaun. Sendiri pakai elektrik tak beringat, ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐— ๐—ซ. Diri sendiri tak pernah salah. Tak sedar ini pun ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ. Walaun dan fitnah berpisah tiada. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—”$, ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—•๐—จ๐—ก๐—š๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ : ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—จ ๐—”๐—ž๐—›๐—•๐—”๐—ฅ ๐——๐—”๐—ก ๐—จ๐—ž๐—ž ๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—•


(Antara artikel-artikel terakhir dari Zus Din)





1) ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—› ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ "Setiausaha Akhbar dan Unit Komunikasi Korporat, selaku jentera utama komunikasi kerajaan, memiliki peranan penting merangka strategi komunikasi dan naratif berkesan bagi melawan fitnah dan tipu daya pihak tertentu"??


2) JUJURnya, saya fikir ia agak lucu dan tidak akan mencapai matlamat sebenar atau sepenuhnya. Tahukah PMX bahawa lantikan-lantikan Politik atau mereka yg mempunyai jawatan ini ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ฝ ๐—›๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ? Mereka fahamkah apa masalah sebenar? Cukupkah dengan penyebaran maklumat dan penerangan shj? Pastinya tidak cukup utk melawan Naratif PALSU oleh PEMBANGANG jika sekadar menyebarkan maklumat dan beri penjelasan. 


3) Saya dah sebut akan hal ini dalam banyak artikel saya menegur tindakan Kerajaan MADANI khususnya PMX, MDN dan MenKom dalam menangani Naratif PNjahat. Penjelasan shj tidak cukup kerana para pemfitnah dari kalangan Cytro cytro PEMBANGANG terutamanya dari kalangan ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป & ๐—จ๐—ป๐˜๐—ถ๐˜ ๐—ฃ๐—”$ ๐—ž๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐— ๐˜๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ธ "๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜".


4) Tersangat banyak telah saya perkatakan, tak perlu lah saya ulang lagi panjang lebar. Tapi hakikatnya penguatkuasaan undang-undang ke atas pemfitnah, ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ ๐—™๐—”๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—ช๐—ฆ ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐˜‚๐˜๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—จ. JIKA rajin, bacalah apa yg saya tulis sebelum ini :


i) ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ก๐—๐—”๐—›๐—”๐—ง : ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—ง๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ญ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐— 

๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ. Pada 07 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/327235743504359


ii) ๐—š๐—”๐—š๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—ก๐—๐—”๐—›๐—”๐—ง : ๐—ฃ๐— ๐—ซ ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ง๐—จ๐—ง๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—•๐—˜๐—ญ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ญ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—›๐—จ๐—ž๐—จ๐— 

๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ. Pada 07 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/327246696836597


iii) ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ ๐—ช๐—จ๐—๐—จ๐—— "๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ง ๐——๐—˜๐—™๐—œ๐—–๐—œ๐—ง" ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—จ, ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜ ๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—. Pada 20 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/335398259354774


iv) ๐—ฃ๐— ๐—ซ, ๐—”๐—ž๐—จ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐— ๐—ฃ๐—ข๐—ž ๐—ฃ๐—”$ ๐—œ๐—ง๐—จ ๐—ž๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐—...!!!. Pada 24 Disember 2023 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/337503359144264


v) ๐—–๐—จ๐—ž๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—”๐—› ๐— ๐——๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐——๐—”๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—š๐—จ๐—ฅ ๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—จ?? - ๐—ž๐—›๐—”๐—ช๐—”๐—ฅ๐—œ๐— ๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—จ...!! Pada 11 Januari 2024 Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/348322008062399


5) Saya beri tajuk dan link sbb tak guna saya nak menulis semula semua teguran dan pandangan saya mengenai masalah Kerajaan MADANI menghadapi ๐—ก๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—š. Jika Kerajaan terus mengulangi berkali-kali kaedah yg sama tapi mengharapkan keputusan berbeza, ia hanyalah kerja GILA.


6) Saya bagi contoh mudah. Anda tonton video Slot Biar Betul..!! di bawah. Pada pertengahan 2023 saya mengemukakan idea bahawa Kerajaan MADANI perlu gunakan TV1, TV2 dan TV Al Hijarah utk menjawap Naratif PALSU PEMBANGANG. Pada 20 August 2023 saya mengulangi gesaan itu dan ramai aktivis penyokong Kerajaan juga setuju. Pada 27 September menKom mengumumkan Slot Biar Betul..!! Alhamdulillah beliau punya idea yg sama rupanya.


7) Ia satu slot yg bagus, berjalan lancar dan perlu diteruskan. Tapi anda lihat, ia sekadar memeberi pencerahan, penjelasan. ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ป๐˜†๐—ฎ, ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ๐—ผ ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐˜†๐—ด ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ถ๐˜๐—ป๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—น๐˜€๐˜‚ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ ๐—ฆ๐—–๐—ข๐—ง-๐—™๐—ฅ๐—˜๐—˜. Sebab itu saya kata penguatkuasaan undang-undang sangat penting.


8.) Tepuk dada, tanya iman..!!


Wallahualam.


Zus Din 

18022024

**********

News Link : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/setiausaha-akhbar-ukk-perlu-rangka-naratif-lawan-fitnah-tipu-daya-pm-458716



HARGA BERAS. NAK KUTUK KERAJAAN PUN PATUT PATUT LA. KERAJAAN PN DULU TAK BAIK MANA PUN

 

Che Ibrahim




Kesian la ke pesawah dan petani, mereka pun ada keperluan dan tanggungan hidup juga, Serba benda nak murah kalau mari dari titik peluh orang kampung.....





Yang bagi pandangan atas ni tak cerdik gayanya. Dia nak murah ja.. Mengkedaqah anak beranak hang ndak murah. Betul la sekarang ni astet padi.. Guna teknologi. Tapi tapak sawah hak petani.Mereka juga layak untuk mendapat kenaikan. Kerajaan dah bantu selayaknya. Hanya yang bebal saja dok sembang itu ini.




KALAU AKU JADI DR ROZAIMI TAK LAYAN MANGKOK HAYUN CG HENTI AWAL NI. SEBAB DIA GAGALIS LAH DIA HENTI AWAL SEBAGAI. SEORANG GURU. CIKGU CABOK



 Baca komen ni, ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐˜†๐—ฎ? Dr. Rozaimi tak letak pangkat Dr. yang diperolehi dengan susah payah, ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—บ ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ, tanda kerendahan hati dan sedia terima kritikan.


Di satu sudut, Fadhli Salleh ini sendiri tak terima dikritik ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ฝ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป. Sebab aku kata dia ni walaun. Cara pemikiran pun ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป. Sangat tak sesuai dengan statusnya sebagai ๐—ฏ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜€ ๐—ด๐˜‚๐—ฟ๐˜‚.


Fadhli ni ๐™›๐™ž๐™œ๐™๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™– ๐™ก๐™ค๐™จ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™—๐™–๐™ฉ๐™ฉ๐™ก๐™š. Semakin dia balas komen, semakin rendah darjat dirinya. Dulu ramai yang sanjung kerana keberaniannya. Tapi sekarang makin ramai yang meluat. ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—ฒ๐—ด๐—ผ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—น, dia rela martabatnya diturunkan. ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐˜„๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚๐—ป. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


[Sedikit Nasihat Kepada Bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh]





1. Saya antara orang yang suka membaca tulisan bekas cikgu bernama Mohd Fadli Salleh. Bahkan sebelum ini saya pernah memberi sokongan kepada beliau secara terbuka.


2. Namun, semalam saya ada melihat salah satu hantaran terbaru daripada beliau mempertahankan Ustaz Azhar Idrus. Berkaitan status itu saya akan ulas nanti. Namun saya ingin menjawab komen Cikgu Fadli Salleh yang tidak tepat dan jauh tersasar berkaitan program Perkampungan Sunnah. 


3. Untuk memahami isu ini, elok saya nyatakan kronologi kes ini. Kronologi isu ini adalah seperti berikut:


i. UAI mengeluarkan kenyataan ketika ditanya tentang Perkampungan Sunnah, lalu dalam jawapan beliau ada menyebut tentang golongan yang sesatkan Imam Nawawi. Walhal tiada dalam Program itu penceramah menyesatkan al-Nawawi. 


ii. Mufti Perlis telah mencabar UAI untuk buktikan benarkah terdapat penceramah dalam Perkampungan Sunnah yang sesatkan al-Nawawi. Jika benar, Mufti Perlis akan letak jawatan dalam 24 jam.


iii. Setelah itu, UAI ditanya soalan semula berkaitan cabaran Mufti Perlis dalam kuliahnya. Beliau ada cuba menjawab, namun sayangnya UAI menjawab soalan itu dengan persoalan semula. Dan jawapan UAI juga kelihatan seperti tersasar dan beliau tidak dapat buktikan ada asatizah dalam Perkampungan Sunnah yang sesatkan Imam Nawawi.


iv. Penceramah yang menyatakan Asyairah tidak bertuhan itu bukan di Perkampungan Sunnah. Penceramah itu bernama Ustaz Zainal, beliau bukan panel dalam Perkampungan Sunnah. 


v. Tuduhan (Fitnah) Cikgu Fadli Saleh bahawa ustaz dalam video dengan ucapan tersebut berlaku di Perkampungan Sunnah adalah tidak benar. Ia program yang berbeza dengan Perkampungan Sunnah.


vi. Memang Ustaz Zainal tersebut telah memohon maaf. Jika 1000 kali pun beliau memohon maaf, faktanya tetap beliau bukan menjadi panel ketika Perkampungan Sunnah seperti fitnah dilontarkan oleh Cikgu Fadli Saleh. Itu majlis yang berbeza. 


4. Cikgu Fadli perlu lebih cakna dan berhati-hati sebelum melontarkan fitnah sebegini. Berkali-kali saya lihat Cikgu Fadli Saleh ini cuba untuk menyatakan bahawa program ini berlaku di Perkampungan Sunnah walaupun telah ditegur. Untuk mempertahankan seseorang yang kita kagumi, tidak perlu sehingga mencipta fitnah yang baharu. 


5. Isu sebelum ini perkataan daripada Ustaz Azhar Idrus masih tiada pembuktian kukuh, datang pula Cikgu Fadli Saleh menambah fitnah yang baru pula. 


6.  Program Perkampungan Sunnah ini ialah program rasmi negeri. Ia dilakukan setahun sekali. Ia dirasmikan oleh DYMM Raja Perlis dan adakalanya DYTM Raja Muda Perlis merasmikannya. Oleh itu, Cikgu Fadli jangan suka mentohmah program ini dengan fakta yang salah. 


7. Fitnah sebegini dari sudut agama ia adalah haram. Manakala dari segi undang-undang saya tidak pasti adakah valid untuk membuat laporan polis ataupun sebaliknya terhadap fitnah ini. Apa pandangan sahabat sekalian?


Dr Rozaimi Ramle



LARANGAN BERKATA KATA APA YANG KITA TIDAK TAHU


Che Ibrahim


Dalam surah Al Israj ayat 36, Allah swt berfirman:


ูˆู„ุง ุชู‚ู ู…ุง ู„ูŠุณ ู„ูƒ ุจู‡ ุนู„ู…، ุฅู† ุงู„ุณู…ุน ูˆุงู„ุจุตุฑ ูˆุงู„ูุคุงุฏ ูƒู„ ุฃูˆู„ุฆูƒ ูƒุงู† ุนู†ู‡ ู…ุณุฆูˆู„ุง


(Jangan kamu berkata kata apa yang kamu tidak tahu tentangnya, sesungguhnya setiap yang kamu mengaku kamu dengar, kamu lihat, kamu tahu, semua itu akan ditanya tentangnya itu di akhirat nanti)


Hari ini ramai sungguh mereka yang berani bercakap seolah olah dia tahu Dan reti, sedangkan hakikatnya dia tidak tahu, tidak reti, jauh lagi memahami perkara yang sebenar.


Sebagai contoh perkataan maksiat dan masjid bagi maksud enakmen syariah tidak sama dengan makna dan takrifan maksiat dan masjid di segi bahasa dan makna syarak. 


Perkataan ' maksiat " bagi maksud ekjs(I) 2019 ialah perkara mungkar yang ada elemen seksual, manakala maksiat di sudut hukum syarak ialah apa apa perkara dosa yang dilarang oleh Allah melakukannya.


Begitu juga perkataan " masjid" bagi maksud Enakmen MAIK 1994 ialah mana mana tempat yang didirikan solat jumaat yang dibenarkan oleh MAIK, manakala makna masjid di segi hukum syarak ialah mana mana tempat yang didirikan solat mengikut terma terma hukum syarak termasuk solat lima waktu.


Oleh itu usah berbicara soal undang undang atau enakmen syariah kalau kamu tidak tahu kerana ianya bukan sahaja bakal menyusahkan kamu nak jawab di hadapan Allah nanti, bahkan boleh menyesatkan orang lain.



WANITA INI DICARI UNT1UK TERIMA SURAT SAMAN

 




Dr Rozaimi


Peguam saya maklumkan bahawa 5 LOD telah dikeluarkan kepada pemilik akaun FB bernama Puteri Azman atas tuduhan fitnah beliau terhadap saya. 


Berdasarkan maklumat alamat yang telah kami terima, dokumen ini tidak berjaya dihantar kerana berkemungkinan beliau sudah berpindah.


Sesiapa yang ada informasi berkaitan alamat baru pemilik akaun ini boleh maklumkan kepada saya melalui inbox. Terima kasih.


Dr Rozaimi Ramle



BERTINDAK IKUT UNDANG UNDANG SENDIRI


NIK HASYUDEEN


 Memukul orang yang terlibat dengan kemalangan sehingga mati bukannya ajaran Islam


Saya amat sedih membaca berita seorang pemandu kereta yang terlibat dengan kemalangan diseret keluar dan dipikul sehingga mati hari ini. Ini merupakan amalan rimba yang tidak sesuai dengan amalan manusia.


Kita ada undang-undang dan proses yang harus dihormati. Jika dia bersalah, akan ada proses pendakwaan dan penghakiman. Memukul manusia sehingga mati tanpa melalui proses sedemikian tidak kena dengan ajaran agama kita.


Tak kiralah siapa yang terlibat, ianya berlaku di bumi Malaysia. Ini adalah satu kemunduran adab dan budaya yang tidak boleh dipandang ringan. Ini bukannya masalah hukuman di dalam undang-undang. Ini masalah kegagalan pendidikan sehingga hilang adab dan nilai kemanusiaan. 


Sekarang yang memukul pula sudah ditahan dan disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan. Biasanya tiada jaminan dan jika bersalah, boleh dikenakan hukuman bunuh. 


Harapnya ianya merupakan satu insiden terpencil yang tidak akan berulang.




Iswardy Morni


Geng WALAUN buat lawak. Tahun lawan GST pas antara yang menentang GST





JANGAN.CARI MAKAN DI MALAYSIA DENGAN TUNGGANG AGAMA. DI SINI DAH BANYAK.



 Roh Madani beraksi.





๐Ÿ“Œ Habib dan ahlul bait palsu dah tak boleh cari makan..


๐Ÿ“Œ First bila tengok Zamrul bekap habib palsu ni, i dah turned off da...


๐Ÿ“Œ Bila tengok Asma Harun raikan dia , terus red flag ๐Ÿšฉ


๐Ÿ“Œ Macam isu Ebit Lew dan Yusof Azmi la, Mat Tanjak, time tengah viral dulu, saya hentam je walaupun melayu konservatif banyak tunggang dan kena scam basah kepala.


๐Ÿ“Œ Skarang ramai yang duk PM tepi hantar link, cakap terima kasih kerana sedarkan saya.


๐Ÿ“Œ Pun ada yang komen Ustad Muhaizad pun percaya dan raikan dia.


๐Ÿ“Œ Saya jawab simple, setinggi mana pun taraf seorang sheikh atau mawlana tu, ia tak menjamin berada di landasan betul.

*

*

*

✨ Dalam dunia tasawuf selalu menekankan tentang "menyelamlah sendiri".


✨ Nanti kau akan dapat jawapan , jauh dari lubuk hati.

Omputeh panggil instinct.


✨ Dalam dunia islam feqah pun mengajar benda sama iaitu istikharah.


✨ Jawapan tak semestinya turun melalui mimpi,

ia terjadi sekilas pandang,

ketika kita tak fikirkan apa-apa.


✨ Wilayah "nol".


WR



DR ROZAIMI JAWAB CIKGU BERHENTI AWAI

 


Bagus juga Dr RoRa jawap si Cikgu Walaun KHAWARIJ tu. Klau tidak, cikgu perasan bagus tu akan pijak2 dan hina je Dr RoRa. Kita dah faham sgt perangai walaun. Dr RoRa baru kenal? Hahaha...๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ


Apapun saya setuju dgn DrRoRa meletakkan nama pd tulisan kerana bertanggungjawab dgn apa yg ditulis. Saya melakukan hal yg sama. Tambahan pula jika tulisan itu mengkritik mana2 pihak. Ia akan jd surat layang shj jika di copy paste dan disebarkan oleh org lain. 


Tiada credibility. Serupa mcm yg sering dibuat oleh walaun. Kalau itu fitnah, kita nak saman pun payah.





Bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh padam Status ke tu?


1. Ada yang beri screenshot tulisan bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh ini berkaitan teguran beliau kepada saya. (Rujuk gambar 1) Apabila saya lihat FB beliau untuk bertabayyun kesahihannya, saya dapati ayat dalam respon beliau itu sangat tidak sesuai. Ia seperti penuh dengan emosi. Namun respon awal itu akhirnya telah dipadam oleh beliau sendiri. Beliau sendiri akuinya(Rujuk gambar 2).


Namun respon awal beliau (Rujuk gambar 1) itu beberapa orang telah hantarkan kepada saya dan ramai juga yang telah sebarkan dalam laman sosial secara terbuka. Oleh sebab itu saya terpanggil untuk menulis status ini. 


2. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana memohon maaf atas tuduhan melulu beliau terhadap Perkampungan Sunnah. Namun, status yang dipadam itu bukan hanya mengandungi permohonan maaf tetapi bekas Cikgu ini memfitnah saya pula.


3. Dalam status itu beliau menfitnah saya "mengagungkan" PHD saya. Ditulis pula "sombong dan angkuh dengan sekeping sijil". Itu bukan teguran, namun fitnah dan naratif buruk terhadap diri saya. Saya ingin nasihatkan beliau bahawa tidak semestinya memadam status bermakna dosa sekali terhapus. Dosa sesama makhluk tidak terpadam sekadar memadam status. 


4. Saya tidak sombong dengan PHD, apabila orang memperlekeh kononnya PHD ini tidak ada nilai, maka saya berkongsi pengalaman tentang pengorbanan menuntut ilmu hampir 20 tahun daripada zaman sekolah agama, pondok sehingga ke Jordan menuntut ilmu dengan Masyaikh di sana. Serta saya juga mendapat sanad hadith ketika di Jordan. 


Seperti mana Dr Maza terinspirasi menuntut ilmu hadith daripada kisah Maulana Asri yang bertalaqi di India Pakistan sehingga menjadi asbab Dr Maza menuntut ilmu hadith hingga ke peringkat PhD, saya berharap sedikit perkongsian saya mampu mendidik anak muda menuntut ilmu agama pada zaman yang mencabar ini. Tambahan pula zaman sekarang ramai yang tinggalkan universiti untuk menjadi influencer.


5. Saya menunggu bukti dari beliau di mana video saya atau tulisan saya yang menunjukkan saya "mengagungkan" PhD saya atau sombong dan bongkak terhadap sekeping sijil.


6. Saya juga ingin titip nasihat seorang insan bernama Mohd Fadli Salleh 2020 yang menasihati supaya tabayyun dan siasat sebelum menulis. (Rujuk gambar 3)


7. Tidak salah meminta maaf. Bahkan ia memang terpuji apabila terbukti salah. Lihat nasihat Mohd Fadli Salleh 21 Feb 2024. (Rujuk gambar 4)


8. Saya letakkan nama saya di bawah setiap tulisan adalah untuk bertanggungjawab atas apa yang saya tulis. Ini kerana ada kes tulisan saya di FB di copy paste melalui whatsapp. Jika tiada nama saya, maka pembaca tidak tahu siapa yang membacanya. Jika ada kesilapan pada tulisan saya, maka orang tahu di mana saluran untuk menegur saya.


Saya harap Mohd Fadli Salleh 21 Feb 2024 boleh terima nasihat Mohd Fadli Salleh 2020 dan Mohd Fadli Salleh 20 Feb 2024.


Rozaimi Ramle



TAPI MENTERI KOMUNIKASI TU TAK ADA ADEA UNTUK NAK BANTU BOSS DIA...LAMBAT DAN LEMBAB UNTUK BERTINDAK.

 



RASANYA TIBA MASA ANWAR PERLU DIMUNCULKAN MELALUI  SLOT KHAS TV PERJELAS KEJATUHAN RINGGIT 


Isu kejatuhan ringgit terus hangat diperkatakan di merata-rata dan nampaknya makin ramai yang berminat untuk turut membicarakannya.


Sama ada yang faham, yang separuh faham, yang buat-buat faham, yang tidak berapa faham atau yang tak faham langsung, masing-masing cuba tampil dengan hujah masing-masing.


Tetapi, dapatan di media sosial secara keseluruhannya, boleh dikatakan ebih 90 peratus netizen sedang seronok menyalahkan kerajaan atas kejatuhan ringgit yang sedang berlaku sekarang ini.


Selain yang membela dan mempertahankan kerajaan terlalu sedikit, ramai pula yang memilih berdiam dirindan hanya menulis atau bercakap tentang isu-isu yang lain.


Lebih seronok trend menyalahkan Anwar Ibrahim dalam isu ialah kerana nilai 4.80 yang dicecah ketika ini pernah menyamai kadar yang pernah berlaku pada 1998 dahulu.


Ketika 1998 itu Anwar adalah Menteri Kewwngan dan ketika ini pula beliau merupakan Perdana Menteri + Menteri Kewangan.


Jadi, sudah tentu amat menarik sekarang ini untuk menghenyak tentang kejatuhan ringgi dan hubung-kaitnya dengan Anwar.


Ditambah lagi, di waktu yang sama dimunculkan pula video-video lama mengandungi petikan ucapan Anwar ketika berada sebagai pembangkang sebelum ini yang didapati banyak sekali menghentam kerajaan setiap kali berlaku kejatuhan nilai ringgit.


Dengan itu, respon Anwar ketika kuasa sudah ada dalam genggamannya kini pastilah amat-amat dirindui.


Anwar pula menjadikan semua orang lebih rindu dendam lagi kerana tiba-tiba menolak untuk memberi komen mengenai kejatuhan ringgit yang sedang berlaku tika ini.


Kalaulah waktu ini ringgit sedang mengukuh, pastilah bercahaya-cahaya wajah Anwar melontarkan ulasannya.


Kata beliau semalam, Gabenor Bank Negara akan memberi penjelasan berkaitan hal itu.


Malangnya, meskipun setelah Gabenor Bank Negara memberi penjelasan dengan menyatakan kejatuhan ringgit tidak menjejaskan prospek ekonomi negara kerana pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya lebih didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh, penjelasan beliau seolah-olah tiada nilai, lalu tidak dipedulikan.


Hampir tiada yang mengulas atau menyebarluaskan penjelasan Gabenor Bank Negara itu bagi menjernihkan suasana.


Sehingga sekarang ini, kecenderungan menyalah dan mengasak kerajaan masih berterusan tanpa diketahui bila titik kesudahannya.


Kalau esok lusa ringgit jatuh lagi, pastilah lebih ganas asakan-asakan yang mendatang.


Dalam keadaan itu, terlebih malang lagi kerana pihak kerajaan sendiri, menteri-menteri, pemimpin-pemimpin parti yang mendukung kerajaan, jentera komunikasi serta media pro kerajaan, sama ada yang dibayar gaji atau upah dalam bentuk lain, turut senyap sunyi seolah-olah pengsan mati.


Ehhh….sampainya hati mereka membiarkan Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semacam bersendirian dibelasah kiri dan kanan oleh netizen.


Lalu, apa penyelesaian yang sepatutnya dilakukan?


Takkan nak dibiarkan berhari-hari dan berbulan lagi kerajaan madani dan Anwar dikecam oleh rakyatnya sendiri?


Dalam hal ini, saya tidak nampak ada cara lain melainkan Anwar sendiri selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau dalam erti kata lain – di tangan kanan dan di tangan kirinyalah terletak bagaimana negara ini diuruskan – harus segera tampil secara terbuka memberi penjelasan kepada rakyat jelata yang sedang dirundung duka.


Meskipun rakyat tak beli nasi lemak atau berbelanja di pasar menggunakan dollar Amerika, tetapi mereka sedar bila ringgit jatuh, harga bawang automatik lebih mahal daripada biasa.


Maka itu, elok dalam sehari dua dapat dimunculkan satu slot khas di mana Anwar tampil secara langsung ke seluruh pelusuk negara melalui siaran televisyen untuk memberi penjelasan dan menjernihkan keyakinan rakyat berkaitan kejatuhan ringgit yang sedang berlaku sekarang ini.


Pasukan komunikasi di PMO dan Kementerian Komunikasi dengan segala macam kemudahan yang ada di bawahnya pula bertanggungjawab meneliti semua keluhan dan resah gelisah untuk di pelbagai saluran media sosial yang kemudian semua itu perlu diberi penjelasan oleh Anwar melalui slot khas berkenaan.


Barangkali ini boleh meredakan suhu gelisah rakyat daripada terus berpanjangan, lagi pun tiada selain Anwar sebagai sosok yang paling berwibawa untuk muncul berhadapan dengan rakyat dalam isu jatuhnya ringgit ini. – ShahbudinHusin 21/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/21/rasanya-ada-kewajaran-untuk-anwar-segera-dimunculkan-melalui-slot-khas-tv-perjelas-kejatuhan-ringgit.html