LARANGAN BERKATA KATA APA YANG KITA TIDAK TAHU


Che Ibrahim


Dalam surah Al Israj ayat 36, Allah swt berfirman:


ولا تقف ما ليس لك به علم، إن السمع والبصر والفؤاد كل أولئك كان عنه مسئولا


(Jangan kamu berkata kata apa yang kamu tidak tahu tentangnya, sesungguhnya setiap yang kamu mengaku kamu dengar, kamu lihat, kamu tahu, semua itu akan ditanya tentangnya itu di akhirat nanti)


Hari ini ramai sungguh mereka yang berani bercakap seolah olah dia tahu Dan reti, sedangkan hakikatnya dia tidak tahu, tidak reti, jauh lagi memahami perkara yang sebenar.


Sebagai contoh perkataan maksiat dan masjid bagi maksud enakmen syariah tidak sama dengan makna dan takrifan maksiat dan masjid di segi bahasa dan makna syarak. 


Perkataan ' maksiat " bagi maksud ekjs(I) 2019 ialah perkara mungkar yang ada elemen seksual, manakala maksiat di sudut hukum syarak ialah apa apa perkara dosa yang dilarang oleh Allah melakukannya.


Begitu juga perkataan " masjid" bagi maksud Enakmen MAIK 1994 ialah mana mana tempat yang didirikan solat jumaat yang dibenarkan oleh MAIK, manakala makna masjid di segi hukum syarak ialah mana mana tempat yang didirikan solat mengikut terma terma hukum syarak termasuk solat lima waktu.


Oleh itu usah berbicara soal undang undang atau enakmen syariah kalau kamu tidak tahu kerana ianya bukan sahaja bakal menyusahkan kamu nak jawab di hadapan Allah nanti, bahkan boleh menyesatkan orang lain.