BUAT ELOK ELOK ...

 








Usai Mesyuarat Majlis Raja-Raja, saya ke Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk menyampaikan amanat dan dialog di Permukiman Timbalan-Timbalan Menteri.


Saya tegaskan peri penting untuk semua timbalan-timbalan menteri menguasai kerangka pemikiran dan dasar-dasar di bawah gagasan MADANI.


Anggota pentadbiran ini perlu bergerak di luar kerangka pendekatan lampau yang hanya menumpukan pada urusan kementerian sendiri semata-mata.


Sebaliknya semua jentera kementerian dan agensi perlu menyokong antara sama lain dengan membantu memberi penjelasan kepada rakyat terhadap apa jua isu berbangkit, sekali gus bertindak sebagai satu pasukan dengan semangat perpaduan yang sebenar.


Saya turut sambut baik beberapa pandangan dan cadangan disuarakan beberapa timbalan menteri yang berkobar-kobar mahu memastikan kebajikan rakyat terbela dan negara dilimpahi kemakmuran.


Saya punya harapan besar untuk melihat siri-siri permukiman membabitkan pimpinan tertinggi Kerajaan ini akan mencetus perubahan terhadap gerak kerja Kerajaan MADANI yang lebih berkesan dalam usaha mengangkat negara ini ke tingkat tertinggi.


#MalaysiaMADANI