PI LANGKAWI MAKAN KAT HADYAI
De
Yg gatai pi makan Kat Langkawi Sapa suruh..lain kali pi sana jgn makan langsung Kat sana ๐ ...nk makan ja lajak teruih pi hatyai..murah byk dari Langkawi..lepas makan Kat hatyai..pi semula Langkawi..agak lapaq lak malam tu..pi hatyai balik..biaq penega2 Langkawi tengadah sikit.. ๐
KITA DAHULUI DENGAN BANTERAS RASUAH DAN URUSTADBIR KEWANGAN NEGARA DAN LAIN LAIN JUGA
Tak dinafikan apa
yang Ambiga katakan ini. Memang perubahan yang dijanjikan agak perlahan. Tapi
Ambiga juga akui yang ada usaha memerangi rasuah secara besar-besaran.
Cuma yang kita kena
ingat, rasuah ni dah macam ibu segala penyakit. Kita ada macam-macam penyakit
di negara ini buat masa ini. Nak ubat semua penyakit ini, ibunya kena
dihapuskan dulu.
Nak ubah macamana
kalau pergawai kerajaan pun ramai yang rasuah? Nanti kerajaan je syok nak buat
itu ini, Tai agensi kerajaan tak layan sebab dah kenyang melantak rasuah. Kan
susah.
Selain itu, macam
Akta Komunikasi, kalau dihapuskan sekarang, akan mengundang lebih banyak
masalah. Kerana pembangkang pada masa ini jadikan isu kaum dan agama sebagai
senjata.
Sehingga rakyat
punyai kesedaran manakala penjahat yang gunakan isu 3R serta fitnah sebagai
senjata telah dihapuskan sepenuhnya barulah akta itu sedia untuk dihapuskan.
Satu lagi, ekonomi
negara kita juga belum pulih penuh selepas dihancurkan oleh PN. Sebab tu kita
boleh lihat kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi selain dari usaha membasmi
kemiskinan.
Ambiga kena lihat
kesungguhan pembangkang untuk menebuk atap adalah bukti kerajaan sedang
berusaha membawa perubahan. Kerana bila perubahan berjaya, pembangkang akan
mati dulu.
Beri tempoh pada DS
Anwar dan Kerajaan Perpaduan untuk dulukan yang dulu dan utamakan yang utama.
Lagipun, perubahan yang nak dilakukan itu perlukan kajian yang mendalam.
Kerajaan ini bukannya macam PN dulu, buat sesuatu tanpa fikir. Jadi sabarlah
Guane boh?
.
SAYA BUKAN PALOI PRIMIER SARAWAK
GPS dah beri mesej yang jelas dah. Tak payah la acah acah kekal
tenang lagi. Abang Jo tak berselindung pun menolak ajakan tukar kerajaan. Malah
tawaran supaya jawatan PM diberikan kepada GPS dianggap cubaan untuk
memperbodohkan Abang Jo.
Kalau 20 orang MP GPS nak dengan PN pun, tapi kalau Abang Jo tak
nak, tetap takkan jadi. Sebab sekarang ni yang penting hanya pendirian ketua
parti. Dan untuk makluman semua, orang Sarawak benci politik rasis yang dibawa
oleh PAS.
Dengan hanya 23 kerusi, kalau betul Abang Jo terima tawaran GPS
jadi PM, dah pasti PN akan tekan PM dari GPS untuk ikut kemahuan mereka jika
mahu kekal PM. Di penghujungnya, PM dari GPS hanya jadi boneka.
Aku tak kisah pasal lebai. Sebab lebai pun tahu usaha tukar
kerajaan takkan berjaya. Aku cuma agak kesian pada walaun. Berharap sangat. Aku
tengok posting dorang macam penuh harapan. Dah ramai yang aku unfriend sebab
tak sampai hati tengok diorang ditipu lebai.
Untuk pemimpin PN, tutuplah cerita tukar kerajaan ni. Ia ganggu
minat pelabur untuk masuk melabur. Korang dah kaya, duit banyak, tak apa la.
Tapi rakyat perlukan pelabur untuk peluang pekerjaan. Berhentilah sabotaj
ekonomi dan rakyat dengan cerita begini. Guane boh?
.
APA PULAK YANG KEKAL TENANG .KA GELABAH TAK BOLEH TEBUK ATAP
Korang tengok punya menggelatat puak tu tak dapat nak tebuk
atap, sekarang ni dah babitkan YDP Agong pulak. Lepas tu acah acah tenang. Bila
kita ketawa dia kata kita panas. Padahal perbuatan dia tu yang nampak bodoh
sangat.
YDP Agong masa ni tengah sibuk nak handover. Tak ada masa dah
nak layan benda mengarut macam ni dah. Dia ingat nak keluar ofis main shake
hand lepas tu terus blah ke apa? Dah tentulah ada proses yang tertentu. Walaun
apa tau?
Nampak sangat terdesak walaun ni. Ye la. Dia tahu bila Sultan
Ibrahim jadi YDP Agong nanti, peluang nak tebuk atap dah tertutup terus. Itu
yang all out di minit minit terakhir ni. Dia ingat YDP Agong nak layan? Gila
punya walaupun. Guane boh?
WIN WIN JA KAN MUDAH
NABIL NORHALIM
Puan, hakim boleh tentukan hak ziarah anak oleh bekas suami kerana
dia adalah ayah kandung. (Sekiranya ada permohonan di mahkamah). Cuma puan kena
bijak sama macam Aisyah hijannah, puan boleh tuntut pampasan nafkah anak
sepanjang tempoh dalam jagaan anak puan. Kalau tak pandai nak fight dalam
court. Boleh Cari peguam yang handal. Macam Syahmi Zaman, Hafiz Roslan
Buatlah perjanjian win win situation. Padang dunia pun selesai.
Padang Mahsyar pun insyallah. Inilah penting nya Mahkamah Hadhanah di dunia.
PMX GESA JERMAN GUNAKAN PENGARUH UNTUK GENCATAN SENJATA
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman supaya menggunakan
pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dalam konflik antara
Israel dan Palestin sekali gus membenarkan akses bantuan
kemanusiaan..
DEMAM PULAK
LEARRY JABUL
Dikhabarakan dia tidak sihat n dimasukkan ke hospital sejak miggu lalu...sama-sama kita doakan kesembuhan yang paling pantas n mujarab untuk dia...
Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda enggan baiki!???
Kereta Honda CRV baru beli sudah menghadapi masalah tetapi Honda
enggan baiki!
Salam semua.
Pada Disember 2023, ayah saya membeli Honda CRV 2023 di Cawangan
Peringgit.
Baru saja membawa keluar dari pusat honda tersebut, dia
terperasan ada bunyi bising yang kuat, tapi dia anggap mungkin disebabkan
keadaan jalan yang tidak berapa baik.
Namun kemudiannya dia mendapati bunyi yang sangat kuat itu
datang daripada kereta tersebut. Bunyinya seakan sedang menunggang motosikal.
Bunyi tersebut hilang apabila kereta berhenti. Ia akan mengeluarkan bunyi yang
sangat kuat apabila kereta sedang bergerak saja.
Ayah menghantar semula kereta tersebut ke Cawangan Peringgit
untuk pemeriksaan. Mereka hanya menukar tombol/kunci pintu tapi kereta masih
mengeluarkan bunyi yang sama.
Pada pemeriksaan kedua pula mereka pandu uji kereta tersebut dan
mengesahkan ada bunyi tidak normal semasa memandu. Pengurus Cawangan Peringgit,
Encik Lim juga mengesahkan ada bunyi tidak normal.
Mereka maklumkan bahawa kereta tersebut akan dihantar ke Pusat
Servis Utama iaitu Honda Malaysia. Ini kerana kata mereka Cawangan Peringgit
tidak dapat membuat apa-apa tanpa pemeriksaan yang lebih teliti dari Honda
Malaysia.
Hari berlalu, tiada sebarang khabar berita dari mereka. Maka
ayah menghubungi semula Encik Lim dan dia maklumkan bahawa dia sentiasa cuba
mendapatkan maklumbalas dan perkembangan dari Honda Malaysia namun setakat ini
masih tidak diketahui apa puncanya.
Agak kepelikan kerana kereta itu belum cecah sebulan lagi
usiannya, namun tempoh jaminan dari Honda seperti sudah tamat berpuluh tahun.
Kemudiannya ayah berhubung dengan Puan Brenda, ketua
Perkhidmatan Pelanggan Honda Malaysia. Seperti satu perlawanan ping-pong, dia
maklumkan bahawa kes ini akan dirujuk semula dan diselesaikan oleh pihak
Cawangan Peringgit.
Rupanya mengikut laporan yang mereka buat, tidak langsung
dinyatakan tentang bunyi pelik tersebut, sebaliknya mereka hanya nyatakan ada
isu tayar sahaja.
Beberapa hari berlalu, tiada siapa yang menghubungi ayah. Mula
rasa bimbang jadi dia menghubungi mereka. Alangkah terkejutnya ayah apabila
mereka kata Puan Brenda TELAH MENUTUP KES ini tanpa melakukan apa-apa siasatan
lanjut.
Encik Lim kata dia sedang berusaha untuk mendapatkan maklumbalas
dari Honda. Sekarang ayah ada berhubung dengan orang lain dari satu jabatan di
sana, dengan nada yang sopan dan baik dia kata dia memahami situasi ayah dan
memohon maaf atas kesulitan.
Sehingga sekarang ayah saya tidak tahu apa yang berlaku dan apa
status kereta tersebur kerana masih tiada jalan penyelesaian.
Saya terpaksa menggunakan saluran di media sosial kerana mereka
tidak mempunyai e-mel rasmi, talian perkhidmatan pelanggan juga sangat lama
untuk dihubungkam, dan apa yang pasit mereka terus menerus mengelak untuk
mengambil sebarang tanggungjawab, yang selalu mereka lakukan adalah mengatakan
untuk berhubung semula dalam beberapa hari, namun saya yang perlu cari mereka
untuk bertanya tentang sebarang update.
Bukanlah niat saya untuk sekadar menularkan isu ini, tetapi saya
mahu isu ini dapat diselesaikan seadilnya sebagai seorang pelanggan. Moga ada
cahaya sinar buat ayah dalam isu ini.
FB Ahmad Shah.
PERKAHWINAN PUN DIHALALKAN PERPISAHAN, TAKKAN SOKONGAN POLITIK NAK DIHARAM DARIPADA DITARIK BALIK?
Tanpa keraguan, boleh dirumuskan bahawa
cadangan agar Perdana Menteri tidak boleh ditukar di pertengahan penggal,
melainkan hanya setelah cukup tempoh penggal dan melalui pilihan raya adalah
cadangan yang ada niat untuk kepentingan peribadi pencadangnya.
Hakikatnya, mengundang-undangkan jawatan
Perdana Menteri atau kerajaan mesti kekal sehingga habis penggal adalah juga
bermaksud untuk mengekalkan mereka yang berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan
menteri-menteri bagi tempoh masa yang sama.
Tetapi, yang lebih besar dan penting untuk
diaktakan ialah menjadikan penggal Parlimen itu kekal dalam tempohnya dan bukan
jawatan Perdana Menteri yang mesti dikekalkan sepanjang penggal.
Ini kerana jika Parlimen boleh dibubar
bila-bila masa tanpa ditentukan tempohnya, ia akan memberi kesan kepada rakyat
sebagai pengundi.
Sebaliknya, menetapkan melalui kuasa
undang-undang agar Perdana Menteri tidak boleh ditukar di pertengahan penggal
lebih memungkinkan seseorang yang menjadi Perdana Menteri itu bersikap
diktator, angkuh, sombong dan bebas melakukan skandal tanpa bimbang daripada
dijatuhkan.
Lantaran itu, sementara tempoh Parlimen wajar
diaktakan supaya kekal selama lima tahun, tetapi Perdana Menteri mesti boleh
ditukar, ditarik sokongan dan dijatuhkan atau sebab-sebab yang munasabah.
Lagi pula, akan hilanglah seni dan serinya
politik jika Perdana Menteri tidak boleh digugat kedudukannya sepanjang tempoh
penggal Parlimen yang tertentu.
Dengan kedudukan Perdana Menteri yang boleh
digugat dan dijatuhkan pula, seseorang yang menjadi Perdana Menteri akan
sentiasa berhemah dan menjaga kerusinya dengan sebaik mungkin sepanjang masa,
bukan ketika dekat-dekat nak pilihan raya saja.
Selain itu, hubungan politik dalam membentuk
kerajaan atau melantik Perdana Menteri bukanlah hubungan yang terlalu suci
sehingga perlu dikuatkuasakan undang-undang untuk melindungi atau mengelakkan
ia terlerai di pertengahan jalan.
Hubungan paling suci sesama manusia ialah
ikatan perkahwinan di mana melaluinya bercantum silaturrahim dan berkembang
zuriat sehingga memungkinkan dunia ini sentiasa menarik untuk dihuni.
Namun, di sebalik sucinya ikatan perkahwinan
itu, Tuhan tidak pula mengharamkan perpisahan atau perceraian, malah dihalalkan
jika pasangan tiada lagi persefahaman.
Lalu, mengapa pula hubungan atau ikatan
politik yang sekadar menentukan jawatan Perdana Menteri mahu diharamkan
daripada dileraikan atau ditarik balik di pertengahan jalan? –
ShahbudinHusin 15/01/2024.
[terkini] MANTAP AMANAT MB SELANGOR DAN MINBRIT HANYA KAKI TEBUK ATAP!
PMX MENGADAKAN MESYUARAT MTEN
Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN) yang pertama untuk tahun ini.
Bagi memperkukuh keberkesanan perbincangan dan keputusan, saya telah bersetuju menambah ahli-ahli tetap MTEN terdiri daripada Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Gobind Singh Deo, Menteri Digital; dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.
Mesyuarat telah menilai kemajuan pelaksanaan ke atas keputusan-keputusan yang telah dibuat MTEN pada tahun lalu.
Terkait dengan pelaksanaan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang telah saya luncurkan pada 2 Januari 2024, mesyuarat telah membentangkan kemajuan semasa dan memberi pandangan langkah-langkah yang perlu diambil oleh agensi berkaitan.
Ini terutamanya berkaitan keselamatan data dan kaedah untuk meningkatkan jumlah pendaftaran.
MTEN hari ini juga telah membincangkan mengenai penambahbaikan tata kelola Approved Permit (AP) dan Permit Import (IP) ke arah meningkatkan daya saing negara.
Adalah penting bagi Kerajaan mencari satu formula yang bukan sahaja memberi keuntungan kepada pengguna tetapi juga kepada pengeluar tempatan terutama dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.
Beberapa perkara turut dipersetujui, antaranya setiap agensi kawal selia yang berkaitan diminta mengemukakan kaedah penambahbaikan kepada Jemaah Menteri bagi meningkatkan kecekapan dan ketelusan proses analisa risiko import. Ketua Audit Negara disaran untuk melaksanakan proses audit bagi sektor-sektor terpilih bagi memastikan pelaksanaan AP dan IP mencapai sasaran dan memenuhi matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) diarahkan untuk melaksanakan kajian dan penilaian terhadap tata kelola dan pengimportan barangan halal. Manakala, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) diminta mengkaji isu berkaitan kewujudan kartel dalam isu pengimportan barangan berasaskan makanan.
#MalaysiaMADANI
๐๐๐๐๐ง๐จ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐E๐ฃA๐A ๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐ก๐๐๐๐๐ง
(EJAAN TELAH DIPERBETULKAN)
Akhirnya Allah pecahkan kesatuan hati mereka dan pakat pecah tembelang berebut dedak. Dah banyak kali saya tulis yang walaun & untit, walargon dan walatok ๐๐๐ฆ๐ง๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐ (Cyberuk2 yang rapat dengan pimpinan PNyakau) yang dok sapu habuan dari pimpinan PNyakau dok TIPU walaun & untit ๐๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ yang dok kayuh gerek, usung tin milo rata tapi dok puja dan sokong lebai kongkiak yang kaya raya.
Puak boddow walaun & untit ๐๐๐ฆ๐ง๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ tu punya la dok maki hamun kita, ejek-ejek, caci cerca, kafirkan lawan politik, hina fitnah liwat pada PMX. Sanggup bergelumang degan ๐ฑ๐ผ๐๐ฎ ๐ค๐๐ญ๐๐ ๐๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐ฝ ๐ต๐ฎ๐ฟ๐ถ. Komplen hari- hari, dok hingaq tak mampu beli beraih kunun harga barang mahal walhal?? Walaun, walargon & walatok kasta tinggi dok balun dedak. Harga barang naiklah camana pun depa bukan heran. Sebenarnya harga barang terkawal sebab Inflasi hanya 1.5%. Tapi yang kasta rendah kena kencin. ๐
Anyways..Saksikan sendiri. Pada saya ada kemungkinan kerana Doa Qunut Nazilah yang lebai, walaun & untit dok baca tujukan pada ๐ฃ๐-๐๐ก ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐ด ๐ง๐๐๐๐ ๐ฝ๐๐ป ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐น๐ถ๐บ๐ถ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ธ๐ฎ lalu Allah pulangkan balik kepada puak PNjahat. MUNGKIN. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
๐ข๐ฟan๐ด ๐๐๐ท๐ ๐ค๐๐ป๐๐ ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐น๐ฎ๐ต ๐ฝ๐ฑ ๐ญ๐ญ๐ข๐ก๐ญ๐ฆ๐ง ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ต๐ฒ๐น๐น, ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐๐ป & ๐๐ป๐๐ถ๐ ๐๐ถ๐ฏ๐๐ธ ๐๐๐ท๐ ๐ธ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ ๐ซ, ๐ฃ๐-๐๐ก ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป ๐ ๐๐๐๐ก๐ termasuk orang-orang mukmin di dalamnya.
Buduss...
- Zus Din
14012024
ISLE LE SANGAT
Awang Ibni Kudus
Isley lah sangat....inilah perjuangan bersifat random, semua boleh jadi sebab ada DALIL
PENDERMA DIMURAHKAN REZEKI DAN DI PERMUDAHKAN URUSAN
BANI QONTURAH
Salam semua. Kau kenal Siti Aishah? Pernah viral menyediakan makanan percuma kepada pelajar yang putus duit di UTM Skudai Johor.
.
Hari ini dia ditimpa musibah. Melahirkan anak. Dan anak ada jangkitan kuman. Kena ambil air tulang. Semoga dimudahkan urusan anaknya Irham, ibu, ayah dan anak seorang lagi, Indera. Inna ma'al usri yusra.
.
Keadaan menyebabkan dia tidak dapat berniaga. Putus mata pencarian. Jika ada yang sudi menyumbang, bagi meringankan beban, boleh berbuat demikian pada
.
Semoga tuhan berkati korang semua. Amin
.
Updated : tuan empunya mohon hentikan sumbangan sebab sudah mencukupi untuk keperluan. Sumbangan yang lebih akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Terima kasih dermawan.
.
Mohon izin untuk tagged
.
Mohd Ezairol Rezan Zainol
Zainuddin Omar
Rusyainie Ramli
Nazri Hamdan
Ab Shukur Azhar
Suhaizan Kayat
Aminolhuda Bin Hassan
Marina Ibrahim
KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH NASIONAL
14 Januari 2024
Kenyataan rasis Dr Mahathir perlu disiasat kerana menghina kesetiaan terhadap Raja-raja Melayu
1. Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memohon ampun daripada rakyat Malaysia berbangsa India atas kenyataan terbarunya yang tidak melambangkan kelakuan seorang negarawan. Dr Mahathir has stooped to a new low.
2. Dr Mahathir seharusnya disiasat bawah undang-undang jenayah berikutan kenyataannya di media asing yang mendakwa rakyat Malaysia berbangsa India tidak setia sepenuhnya kepada Malaysia. Ini umpama mencurigai taat setia 2 juta rakyat negara ini terhadap Raja-raja Melayu. This is an incitement of hate.
3. Ia juga satu penghinaan terhadap rakyat Malaysia berbangsa India yang telah menyumbang keringat sebagai anggota tentera dan polis, guru dan di dalam pelbagai sektor lain untuk berdekad lamanya. Apakah Dr Mahathir sudah lupa bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri untuk lebih 20 tahun atas undi kaum India?
4. Dalam konteks Malaysia MADANI hari ini, tidak ada ruang untuk individu rasis umpama parasit yang merapuhkan perpaduan negara. Saya musykil mengapa tidak ada seorang pun ahli politik Perikatan Nasional tampil mengkritik kenyataan rasis Dr Mahathir.
5. Adakah Perikatan Nasional juga rasis dan berasa rakyat Malaysia berbangsa India tidak taat setia kepada ibu pertiwi kita?
AMMAR ATAN
Naib Ketua Pemuda
Pemuda Amanah Nasional
#PemudaAMANAH
#PartiAmanahNegara
#AMANAH #AmanahProgresifPeduli #KerajaanMADANI #MalaysiaBersamaPalestin
DUA WANITA AHLI POLITIK YANG BERBEZA PEMIKIRAN
YB MARINA IBRAHIM
YB Marina Ibrahim (PH) dan YB Siti Mastura (PN) sungguh jauh berbeza dalam cara menjalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat.
ADUN Skudai bukan sahaja punya personaliti yang menarik, tetapi juga bijak dan tertib dalam menjalankan tugas. Beliau berpenampilan sederhana bukan bermakna liberal. Seorang mengeluar airmata menyantuni mangsa banjir yang seorang tu standing onde..
#AdunSkudai
SANUSI DIINGATKAN JANGAN PANIK TERLAMPAU
Learry Jabul
Jika orang politik pun menilai Sanusi begitu, maka rakyat mustahil tidak memberi penilaian yang sama... Tak perlu la buat statement kat luar nak saman orang sana sini... Kau nak saman apa??
Siasatan terhadap kau pun baru nak bermula.. Kalau SPRM dan mahkamah sudh buktikan kau meemang tak bersalah baru la ada asas kau nak saman orang lain, baru la terbukti kau difitnah... Jangan panic sangat la... Disiasat bukan bermakna kau memang dituduh bersalah...
(EJAAN TELAH DIPERBAIKI)
MEMANG BODO. TIDAK TAKKAN PN AMBIL JADI CYBERTROOPER.
Kebodohan Yang Berjangkit-Jangkit. Dari Sang Gorilla kepada Sarbu kepada Si Badak.
Ini blom masuk lagi sekor Sang Acah-Acah ๐๐๐คฃ๐คฃ
AKTA PARLIMEN BERPENGGAL TETAP TIDAK BOLEH DISEKALIKAN DENGAN LARANGAN MENUKAR PM
Susulan cadangan peribadi Timbalan Perdana Menteri, Ahnad Zahid Hamidi agar digubal suatu undang-undang menghalang pertukaran kerajaan selain daripada melalui pilihan raya, dengan tak semena-mena timbul pula cadangan berkaitan perlaksanaan Akta Parlimen Berpenggal Tetap.
Daripada reaksi dan komen pelbagai pihak, seolah-olah kedua perkara itu mahu disekalikan perlaksanaannya.
Menghalang pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri selain melalui pilihanraya atau melakukannya di pertengahan jalan adalah perkara yang berbeza dengan maksud Akta Parlimen Berpenggal Tetap.
Kedua-duanya tidak harus disekalikan atau dicampur-adukkan menjadi satu.
Akta Parlimen Berpenggal Tetap ialah supaya Parlimen tidak boleh dibubarkan di pertengahan penggal dan tarikh pembubaran Parlimen serta hari mengundi hendaklah ditetapkan lebih awal atau sekitar tempoh lima tahun daripada tarikh pilihan raya sebelumnya.
Ertinya, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh lima tahun dan tiada pembubaran Parlimen dibenarkan di pertengahan penggal.
Ini adalah suatu perkara yang baik kerana tidak menyusahkan rakyat untuk berdepan lebih daripada satu pilihan raya dalam tempoh lima tahun, selain mengelakkan kerajaan yang berkuasa mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen secara mengejut sehingga membuatkan ramai yang terkejut.
Dengan adanya Akta Parlimen Berpenggal Tetap di mana tarikh pilihan raya sudah ditetapkan dan diketahui umum tarikhnya, rakyat boleh bersedia dan tidak perlu kalut dalam soal mengundi.
Perkara ini adalah antara topik yang selalu disebut oleh PH dalam kempen-kempen pilihan raya sebelum ini dan mereka berjanji untuk menguatkuasakannya jika beroleh kuasa.
Tetapi Akta Parlimen Berpenggal Tetap ini tidak seharusnya menghalang pertukaran kerajaan atau menukar Perdana Menteri di tengah penggal.
Yang dihalang dan tidak dibenarkan hanya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya saja.
Jika larangan membubar Parlimen disekalikan dengan sekatan menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri, akta itu akan menjadi tidak demokratik, bersifat autoritarian, memungkinkan Perdana Menteri menjadi diktator serta ganas serta bercanggah dengan perlembagaan negara.
Bayangkan apa jadi jika Perdana Menteri terlibat dengan skandal besar yang memalukan negara, tetapi beliau tidak boleh ditukar di tengah penggal kerana adanya akta yang melarang pertukaran Perdana Menteri itu?
Tidakkah ia buruk kepada negara dan menyebabkan rakyat menderita lagi sengsara?
Selain itu, Perkara 43(4) perlembagaan pula menyatakan, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan Ahli Dewan Rakyat, beliau hendaklah meletak jawatan, melainkan jika permintaannya agar Parlimen dibubarkan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong.
Ini bermakna, penarikan sokongan, menukar dan menjatuhkan Perdana Menteri di tengah penggal adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang dihalalkan oleh perlembagaan.
Dengan itu, meletakkan sekatan daripada menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri di dalam Akta Parlimen Berpenggal Tetap adalah tidak selari dengan perlembagaan negara.
Maka dalam hal ini, dalam keinginan kerajaan mahu melaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tegap, fokusnya haruslah berkaitan penetapan awal tarikh pilihan raya, pilihan raya mesti lima tahun sekali dan tiada pembubaran Parlimen secara mengejut oleh kerajaan yang sedang berkuasa.
Jangan disekalikan dengan keghairahan untuk menghalang pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri sebagaimana diideakan oleh Zahid Hamidi.
Menukar kerajaan dan menukar Perdana Menteri di tengah penggal hendaklah kekal dibenarkan bagi mengelakkan seseorang Perdana Menteri itu bersikap buruk dan sesuka hati berlagak dengan kuasa yang ada padanya.
Lagi pula, PH dan BN harus sedar, mereka bukan selamanya akan menjadi kerajaan, mana fahu ketika jadi pembangkang pada bila-bila masa atau selepas PRU16 nanti, tiba-tiba ketika itu terbuka peluang untuk menjatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri?
Bukankah adanya sekatan itu boleh membawa kerugian? – ShahbudinHusin 15/01/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/01/15/akta-parlimen-berpenggal-tetap-tidak-boleh-disekalikan-dengan-larangan-menukar-pm.html
SIAPA LA UPAH KO YANG BONGOK JADI CYTRO... MEMANG MELINGKUP LA.
Puteri Jannah
Kau pnya temberang cakap PMX tak pergi majlis prkahwinan anak sultan brunei terserlah sangat sangat ๐
Sakit hati ke sultan Brunei tak ajak atok dengan abah kau tu ๐คฃ