PEJA, AZMIN BAKAL BERTANDING SEMULA JIKA ADA PRK?

Sejak Bersatu mengeluarkan surat tuntutan kepada enam Ahli Parlimen dan seorang Adunnya yang berpaling tadah beberapa hari lalu, setakat ini hanya dua daripada mereka yang memberikan responnya.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Abdul Fasal dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaimi Abdul Rahman.

Syed Abu Hussin bertegas menyatakan surat itu tidak bermakna apa-apa dan beliau tidak akan menjawabnya.

Katanya, beliau akan tunggu apa tindakan Bersatu (selepas 14 hari) dan bersedia berdepan apa jua kemungkinan.

“Jika berlaku PRK pun saya tetap akan turun bertanding,” ujarnya.

Suhaili pula bertegas tidak berubah pendirian dan akan tetap memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bagaimana dengan yang lain-lain?

Mereka yang lain nampaknya senyap sunyi saja sejak menerima surat berkenaan, walhal sebahagiannya selalu “bising” sebelum ini.

Apakah mereka juga tidak akan jawab surat tuntutan itu sebagaimana pendirian Syed Abu Hussin?

Atau mereka seperti Suhaili yang tetap menyatakan sokongan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan?

Apa pun, selepas 14 hari nanti, apa jawapan yang diberikan oleh tujuh wakil rakyat Bersatu itu kepada surat yang mereka terima itu bakal menentukan apa yang akan berlaku selepas ini.

Daripada jawapan mereka juga banyak ditentukan kemungkinan ada PRK atau sebaliknya.

Tetapi dua tiga pemimpin utama Bersatu dan PN sudah mula dicanangkan bakal bertanding jika akhirnya ada PRK perlu diadakan di tujuh kawasan tersebut.

Antaranya dikhabarkan, Ahmad Faizal Azumu atau Peja bakal bertanding di Kuala Kangsar, Azmin Ali atau Noh Omar di Tanjung Karang dan Annuar Musa sama ada di Jeli atau Gua Musang.

Peja sebelum ini kalah di Tambun, Azmin kalah di Gombak, manakala Annuar dan Noh tidak bertanding pada PRU15 lalu setelah mereka dipecat daripada UMNO.

Jika bertanding, bolehkah mereka menang? – ShahbudinHusin 21Mei2024.

No comments:

Post a Comment