WOIII WALAUNCAI... KHASNYA AKHMAL... NAK SEBUT DR AWAL PUN MALAS DAH... LAIN KALI SEMAK DAN BACA BETUL BETUL... JANGAN JADI BODO... SAPA MALAS BACA JADI BODO

 

BUKA UiTM KEPADA NON-BUMI BUKAN CADANGAN DARI KERAJAAN. INI 7 SOALAN


✍️  Ahmad Mursi 


1. SIAPA YANG MULA2 BAGI CADANGAN?


Prof Dr Raja Amin Raja Mokhtar, Ahli Lembaga Program Parallel Pathway UiTM-IJN memberi cadangan dan bukan oleh kerajaan.


2. APA CADANGANNYA?


Supaya UiTM membuka laluan SEMENTARA kepada pelatih bukan bumiputera mendapatkan pendidikan lanjutan bidang kardiotoraks (penyakit jantung, pembuluh darah, dan toraks). Cadangan ini dibuat sementara menunggu program yang sama diwujudkan di Universiti Malaya.


3. KENAPA PULA UiTM?


Ketika ini, UiTM SATU-SATUNYA universiti yang menawarkan program ‘parallel pathway’ dengan kerjasama Institut Jantung Negara dalam bidang kardiotorasik.


4. PARALLEL PATHWAY ITU PROGRAM APA PULA?


Sebahagian daripada Program Ijazah Lanjutan Pembedahan Kardiotoraks yang akhirnya menjadi sub-pakar di Malaysia. Jumlah Doktor Pakar di Malaysia ketika ini hanya 4 untuk 10,000 rakyat atau 4:10,000 manakala jumlah yang sepatutnya 14:10,000.


5. ADAKAH KERAJAAN BERSETUJU?


Hal ini TIDAK PERNAH dibincang oleh Kementerian atau Jemaah Menteri, tiada cadangan rasmi dihantar oleh UiTM kepada kerajaan. Kementerian berpegang teguh pada Fasal 1A Akta UiTM, yang menyatakan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan.


6. ADAKAH UiTM TELAH BERSETUJU?


Naib Canselor Shahrin Sahib berkata, tiada sebarang perbincangan atau cadangan mengenai perubahan dasar itu dalam mana-mana mesyuarat Senat UiTM mahupun Mesyuarat Eksekutif Universiti.


7. KENAPA PULA PEMBANGKANG HASUT SALAHKAN KERAJAAN?


Setiap kali ada cadangan atau pandangan oleh 'ahli akaemik', 'penganalisa', 'pakar', pemain industri dan sesiapa sahaja pihak ketiga kepada kerajaan, maka terus nak disalahkan Kerajaan Madani. Mengapa pula?




No comments:

Post a Comment