SAMSENG DIPENJARA 7 HARI

 

Mahkamah Majistret Tapah menjatuhi hukuman tujuh hari penjara ke atas seorang lelaki yang bertindak kasar ke atas pemandu wanita di Lata Iskandar, baru-baru ini.

Hahahar, tak pasal pasal masuk penjara..




 

YAB PERDANA MENTERI BERSETUJU PEMBERIAN SUBSIDI DAN KAWALAN HARGA AYAM DAN TELUR DITERUSKAN

 Alhamdulillah...





SIARAN MEDIA 

 

YAB PERDANA MENTERI BERSETUJU PEMBERIAN SUBSIDI DAN KAWALAN HARGA AYAM DAN TELUR DITERUSKAN 

 

PUTRAJAYA, 9 JUN 2023 - Setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela, YAB Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023. 

 

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023. 

 

Keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ini diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI. 

 

Kenyataan Bersama Oleh: 

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

9 JUN 2023

 

 


SANUSI CABAR KEPUTUSAN YDPA. NAMUN KUASA YDPA TIDAK BOLEH DICABAR DI MANA MANA MAHKAMAH MALAYSIA

 

Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja

Bernama
Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja

Menurut Anwar (kiri), permohonan Muhammad Sanusi (kanan) mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Perdana Menteri itu, lima tahun lepas.

Permohonan tersebut dikemukakan berikutan saman fitnah Anwar terhadap Menteri Besar Kedah itu berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Menurut Anwar, permohonan Muhammad Sanusi mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah.

Presiden PKR itu berkata berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.

"Terdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan itu dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahkan atau mevariasikan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.

"Ia termasuk keputusan untuk memberikan saya pengampunan, secara langsung membuktikan bahawa mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian," katanya menerusi afidavit jawapan yang difailkan pada 25 April lepas menerusi Tetuan S.N. Nair di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Anwar menegaskan bahawa permohonan Muhammad Sanusi adalah tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah untuk membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang tidak boleh diputuskan.

"Selaras pengampunan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018, saya diampunkan secara penuh dan segala keburukan ke atas diri saya termasuk rekod-rekod mahkamah adalah diketepikan dan apa-apa kenyataan menyentuh perkara sama adalah fitnah serta boleh diambil tindakan," kata Anwar menerusi afidavit itu.

Pada 31 Mac lepas, Muhammad Sanusi memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menentukan beberapa persoalan undang-undang antaranya sama ada pengampunan diraja diberikan kepada Anwar pada 16 Mei 2018 adalah satu pengampuan penuh yang boleh mengetepikan sabitan kes jenayahnya.

Permohonan itu difailkan Muhammad Sanusi antaranya atas alasan berdasarkan rekod-rekod yang dirujuk olehnya, tidak terdapat sebarang bukti bahawa pengampunan tersebut secara efektif mengakas kesemua atau sebahagian sabitan jenayah serta memadam kesemua rekod sabitan jenayah lampau Anwar.

Sementara itu, peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Muhammad Sanusi ketika dihubungi Bernama berkata pengurusan kes ditetapkan pada 28 Jun ini di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pada 13 Dis tahun lepas, Anwar selaku plaintif menyaman Muhammad Sanusi, berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun'.

Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.

Menurut plaintif kenyataan-kenyataan itu dibuat dengan berniat jahat bertujuan untuk menghasut orang ramai dan menimbulkan kebencian peribadi terhadapnya dan PH semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov tahun lepas.

-- BERNAMA

 


GIGIH KUTIP TIN MILO...UUUPPPPSSSS...MODERN DAH...LA INFAK ONLINE..




Saya dapat iklan tadi. 

 

Gigih parti satu ni kita mintak sumbangan untuk PRN. Siap buat FB ads. 

 

Statement pun bagi macam gerenti nak menang PRN 6 negeri. Berdasarkan jumlah undi. 

 

Saya hanya nak bagi perspekfif, kalau ikut PRU15, bilangan undi:

 

PH - 5.3juta

BN - 3.2juta 

PN - 4.6juta

 

 

Undi popular masih kepada PH+BN = 8.5 juta. 

 

Tapi apa pun boleh berlaku PRN kali ini. Politic is fluid. 

 

~LM~

 


"Saya hadir untuk menyempurnakan tugas negara." - PM Anwar


Menurutnya, pengalaman peribadi buatnya juga adalah penting tapi ia tidak boleh mengatasi kepentingan rakyat dan negara.



Zahid sindir PAS 'mengkarung politik', jentik Bersatu 'bersih dan stabil...



Umno bukan "mengkarung politik" yang akan melepaskan asas perjuangannya meskipun membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Jelasnya, kerjasama antara parti itu dengan PH adalah berdasarkan kepada penyesuaian politik berdasarkan realiti semasa politik. Bercakap di hadapan ribuan perwakilan Umno, Zahid sebaliknya berkata PAS yang kononnya penyelamat orang Melayu, sering menggunakan agenda Melayu dan Islam sebagai sandiwara politik sempit mereka.


Beri peluang k'jaan Madani terjemah agenda yang dijanjikan - Zahid



Umno hari ini menggesa semua pihak agar memberi peluang kepada kerajaan Malaysia Madani untuk menterjemahkan setiap agenda seperti yang dijanjikan. Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata dalam tempoh tujuh bulan sejak kerajaan terbentuk, ada suara sumbang kedengaran apabila mereka mendakwa banyak "game changer" belum terlaksana.


CUBA OFFER LEBAI JADI KERAJAAN

 MMMS

 

Cer offer lebai jadi kerajaan semula, bak kut teh pun depa boleh tolong promosi demi secebis undi.

 

Demikianlah lebai Pertikaian Nasional

 




UNTUK RENUNGAN WALAUN JIKA PENANG MASUK KEDAH. IDEA SANUSI BOLEH JATUHKAN MB MELAYU DI KEDAH. JOM KAJI

 


ADRIAN LIM CHEE ANN

 

Sekiranya Penang di dalam Kedah......

 

DAP akan jadi Kerajaan Negeri.

DAP akan jadi MB Kedah.

PN akan jadi pembangkang.

Sanusi akan jadi Ketua Pembangkang.

 

Tak percaya?

Tengok ni.

 

Jumlah kerusi DUN Penang:

40 kerusi (PHBN 35, PN 5)

 

Jumlah kerusi DUN Kedah:

36 kerusi (PHBN 12, PNPejuang 23)

 

Maka kalau Penang dimasukkan ke dalam Kedah seperti yang dikempen oleh walaun, jumlah kerusi DUN Kedah akan meningkat kepada 76 kerusi (40 Penang + 36 Kedah).

 

Kedudukan terbaru DUN Kedah akan menjadi...

PHBN 47 kerusi (35+12)

PN 29 kerusi (5+24)

 

PHBN lah jadi Kerajaan Negeri Kedah.

 

Daripada 47 kerusi yang dimenangi oleh PHBN untuk membentuk Kerajaan Negeri Kedah, parti DAP merupakan parti terbesar dengan 21 kerusi (19 kat Penang + 2 kat Kedah).

 

Maka MB Kedah yang baharu berkemungkinan besar ialah wakil dari DAP.

 

Sanusi jadilah Ketua Pembangkang.

 

SEBARKAN!! Walaun akan terkejut!!!

 

 


PEMBANGKANG MAIN ISU.TETAPI DIA BUKAN LAGI WARGANEGARA SINGAPURA

 




Ada lah beberapa pemimpin pembangkang cuba guna isu Jocelyn Chia sebagai  modal untuk maki kerajaan.

 

Tetapi rata-ratanya rakyat tak termakan umpan pembangkang.

 

Sebab ini bukan soal pembangkang lawan kerajaan atau soal kerajaan lawan pembangkang.

 

Ini soal seorang warganegara asing menghina seluruh negara dan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berpadu dalam soal ini.

 

 


…LEBIH TERPUJI JIKA UMNO YANG LEBIH DULU HULUR MAAF KEPADA DAP

 

Bukan saja UMNO dan DAP sama-sama bersalah dalam menyerang satu sama lain sebelum ini, bahkan UMNO lebih banyak melakukan serangan, termasuk dalam kebanyakan PAU yang diadakan

 

…LEBIH TERPUJI JIKA UMNO YANG LEBIH DULU HULUR MAAF KEPADA DAP 

 

Kalau mahu dikira, baik UMNO atau DAP, kedua-dua parti itu sama-sama bersalah dalam mentohmah dan mengguris hati antara satu sama lain.

 

Manakala jika dibuat timbangan pula, salah UMNO kepada DAP lebih besar lagi berbanding salah DAP kepada UMNO.

 

Ini kerana, DAP melakukan serangan kepada UMNO lebih kerana ia merupakan parti yang berkuasa dan menerajui kerajaan pusat, selain disebabkan pelbagai skandal serta amalan rasuah melibatkan pemimpinnya yang terdedah didedahkan kepada umum sejak dulu.

 

Sebagai parti yang berkuasa dan mengetuai kerajaan, adalah perkara biasa bagi DAP yang ketika itu sebagai pembangkang melakukan pelbagai serangan serta kritikan.

 

Sebagaimana tiada seinci bumi yang tidak ditimpa hujan, tiada parti yang jadi kerajaan di dunia ini yang tidak dikritik oleh parti pembangkang.

 

Kritikan dan serangan itu adalah tugas moral mereka dalam erti kata semak dan imbang untuk memastikan negara diurus dengan baik.

 

Tetapi, kenapa UMNO melakukan serangan kepada DAP, termasuk begitu kerap dan acapkali menjadikan sasaran utama, terutama dalam Perhimpunan Agung UMNO juga?

 

UMNO tidak bertanding di kawasan yang sama dengan DAP, dengan itu sebab apa ia selalu menjadilan DAP sebagai sasaran serangannya?

 

Tidak lain UMNO selama berpuluh tahun berbuat demikian adalah untuk memastikan ia terus kekal berkuasa dengan cara menakut-nakutkan bangsa sendiri terhadap ancaman DAP yang sebenarnya tidak begitu jelas itu.

 

Sejarah telah membuktikan bahawa yang lebih banyak mengancam dan memiskinkan orang Melayu adalah pemimpin daripada parti Melayu sendiri.

 

Ia bukan daja disebabkan tidak jujur dan tidak amanah, gemar makan rasuah, bahkan ramai pula menjual tanah, projek dan pelbagai kepentingan atas nama Melayu kepada bangsa lain demi untuk keuntungan yang cepat.

 

Dalam masa yang sama, dengan serangan kepada DAP itu, yang ingin dilimpahkan keuntungan ialah MCA dan Gerakan yang juga merupakan parti kaum Cina, sama seperti DAP.

 

Sebab itu bila Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh mendesak DAP memohon maaf, kemudian mempertahankan pendiriannya meski setelah pelbagai kritikan diterimanya, ia dengan jelas menunjukkan beliau belum cukup tidak matang dan tidak sedar diri realiti yang sebenar.

 

Buat apa nak tunjuk garang dan mahu jadi hero dengan meminta orang lain memohon maaf kepada kita, sedangkan kita sendiri pun ada buat salah kepada pihak berkenaan?

 

Lebih tidak matang dan tidak sodar diri bila Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pula menyokong kenyataan Dr Akmal itu sambil berkata, DAP seharusnya berbesar hati menerima saranan berkenaan.

 

“Cadangan (Pemuda UMNO) yang baik. Bagi saya, kalau DAP berbesar hati mereka boleh minta maaf kepada UMNO,” kata belau.

 

Apa ni Tok Mat?

 

Ingat UMNO ada 130 kerusi Parlimen ke sekarang ini?

 

Memang meminta maaf adalah amalan yang baik, tetapi mendesak orang lain meminta maaf kepada kita, dalam keadaan kita sendiri ada buat salah kepada pihak yang didesak meminta maaf itu, ini adalah suatu petunjuk keangkuhan diri yang benar-benar tak bertepi.

 

Agak-agaknya sikit dan tengoklah cermin dulu sebelum melakukan desakan itu.

 

Lagi pula, UMNO dan DAP sekarang sudah duduk dalam rumah yang sama iaitu rumah kerajaan perpaduan, maka untuk apa lagi diungkit cerita-cerita lama?

 

Macam apabila seorang wanita itu sudah menjadi isteri kita, untuk apa lagi diungkit cerita lama dia pernah mengata kita ketika zaman sekolah dulu?

 

Tidakkah tindakan Pemuda UMNO ini perbuatan tembak kaki sendiri dan menjurus untuk melihat berlakunya pergaduhan tercetus sesama sendiri, seterusnya menjadikan kerajaan perpaduan tumbang di tengah jalan?

 

Yang sepatutnya dalam hal ini, khususnya Ketua Pemuda UMNO yang masih perlu banyak makan garam lagi, cubalah berusaha memperbaiki dan membina hubungan yang lebih baik dengan DAP.

 

Hakikat yang nyata ialah DAP merupakan parti pilihan kaum Cina, manakala MCA sudah jauh tersudut ke tepi, jadi jika UMNO ingin kekal lama dalam kerajaan atau bertahan berkuasa di beberapa negeri, tiada pilihan lain selain sedia mereformasikan minda sendiri untuk bersikap terbuka dan menerima realiti baru dalam negara majmuk ini.

 

Sementara UMNO sendiri, berdasarkan keputusan PRU15 lalu, sudah tertinggal di belakang Pas dan Bersatu, tak usahlah lagi peranan hebat, bangga diri angkuh tak menentu.

 

Lebih terpuji jika Pemuda UMNO sendiri yang mula mengungkapkan kata maaf kepada DAP berbandiing mendesak DAP meminta maaf kepada mereka.

 

Tambahan lagi bak kata peribahasa bangsa sendiri juga – tidak hilang bisa ular di ketika ia menyusur akar.

 

Atau dalam hal ini Pemuda UMNO anggap peribahasa Melayu itu sudah tak boleh pakai? – ShahbudinHusin 09/06/2023.

 

https://shahbudindotcom.net/

 

RETORIKA



Politikus dan retorik berpisah tiada. 

 

Ada satu parti agama. Perjuangan dari mula, nak buat Hudud di Malaysia. 33 bulan memerintah, sekali perkataan hudud pun kita tak dengar. Siap pergi naikkan cabutan judi pula. Makanya adakah perjuangan itu, retorika semata? 

 

Ada satu pemimpin Melayu. Lawan Klepto suatu ketika dulu. Sampai habis jawatan TPM dia orang lain sapu. Bila dia naik jadi PM, meletup skandal Jana Wibawa, sakau juga rupanya. Supaya partinya kekal berkuasa. Makanya lawan Kelpto tu, retorika saja? 

 

Ada satu parti. Reformasi yang dicari. Bila dah naik memerintah, tak langsung ditukar Ketua Agensi. Mana nak datang Reformis? Geng Hoi Ya Hoi Tabung Haji pun nak diletak jadi kepala agensi, kes LCS pun dah tak bunyi.. Retorika sekali lagi? 

 

Ada suatu negarawan. Katanya Malaysia ini Melayu yang perlu pertahan. Dikatanya perangai Raja2, kita dah tak boleh tahan. Geng Bukan Melayu Raja buat kawan, sampai lupa anak watan. 

 

Tapi bila kita kaji kembali, 22 tahun memerintah, ramai tahu dia punya kroni. Dari Berjaya, Perwaja dan Maxis. Jutawan Melayu pun habis kena bungkus, terpaksa jual saham kepada geng kroni. Ia retorika tapi dulu ramai takut nak berbunyi. Sikit lagi Polis ISA mari. 

 

66 tahun merdeka, rakyat dah nampak the true colours. Lebih kurang sama semuanya. Politikus dan retorika berpisah tiada. 

 

Maka, kerja kita. Pilihlah mudarat yang kecil kepada negara. Bukan hanya untuk tuan/ puan punya bangsa dan agama semata2. Please see the bigger picture. 

 

Malaysia ini sudah cukup divisive dan porak peranda. Politik punya angkara. Tiba masa, rakyat bangkit bersuara. Demi anak2 kita. 

 

Pilih pemimpin, yang tolak tepi kepentingan parti, demi kepentingan negara. 

 

Loyalty to party ends, when loyalty to the country begins. Itu mantra yang seharusnya diguna, oleh semua pemimpin negara. 

 

Janganlah sembang retorika saja demi kuasa. Penat menengoknya… 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 


RIDZUAN TEE KENA JAGA MULUT DAN KELUARGA SENDIRI DULU

 





W.Faudzin


Hahaha...Aku dah agak gampang ni mesti keluar punya bila libatkan kaum cina dan DAP...Dia ni lupa sungguh asal usul mak bapak dia.  Dia juga lupa tentang Allah perintahkan agar berlaku adil.  Kamu nak pertikaikan jasa Kit Siang?  Cukup aku katakan, jika mahu bandingkan jasa dia dengan jasa kamu, jasa kamu yg hanya pandai sebut 'ultra kiasu' itu hanya dicelah kuku kaki Kit Siang saja.  Terasa mahu Tan Sri atau Datuk Seri jugakah?



Peringatan buat Pemuda UMNO


Usahlah menembak kaki sendiri. Cukup-cukuplah kambing hitamkan DAP. Selama ini bukan DAP yang curi pengundi UMNO pun. Bukan kebiasaan UMNO bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.


Musuh UMNO adalah Bersatu dan PAS. Mereka ini yang curi pengundi UMNO. Malah curi pemimpin UMNO juga Lebih dari itu, Bersatu berniat ambil alih kedudukan UMNO sebagai parti tunggal mewakili orang Melayu dan hapuskan UMNO.


Kalau UMNO mahu survive dalam politik semasa, yang mesti dilawan adalah PAS dan Bersatu. Bukan DAP. Kenyataan memperlekehkan DAP akan buat UMNO terus hilang dari arus politik kini.


Sila rasional dan berfikir dengan waras. Usah ditiru bodoh pemimpin PN. Mereka tu dah rosak beyond repair. Tapi UMNO masih boleh dipulihkan. Langkah biar ke depan, bukan ke belakang. Guane boh?


 

Raja Gelap


.



OOOWHHHH- INILAH KENAPA PN TIDAK MAHU PENYOKONG MEREKA TAHU...SUPAYA MEREKA TETAP KEKAL BODO...

 



Katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara ada membicarakan soal ventilator yang dibeli ketika wabak COVID sebelum ini.


Daripada 500 mesin, hanya 136 unit hang sampai. Daripada 136 yang sampai, hanya 28 unit boleh digunakan. Lagi 108 jahanam.


Kos terlibat belasan juta ringgit. Kerajaan pimpinan Mahiaddin ketika itu senyap. Sebab tu mereka takut bahkan audit. Keselamatan dan nyawa rakyat pun mereka taruhkan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


Satu tulisan sentap oleh S.Kamaruddin.



ADRIAN LIM CHEE ANN

Kepada pelajar kita yang dapat straight A, apa kata sambung belajar jurusan ilmu agama. 

 

Kita mahu agamawan bijaksana yang memahami ilmu sains dan matematik. 

 

Barulah rakyat tidak dijumudkan fikiran macam sekarang. 

 

* update. 

 

Artikel ini telah dipadamkan oleh penulis di wall beliau. Mungkin kena serang oleh walaun. 

 

*********************

 

Bila anak bercita-cita nak jadi seorang agamawan, ini pesan Ibu.

 

Nak jadi agamawan bukan senang. Bukan sekadar pandai baca Quran. Mesti pandai serba serbi.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai Matematik. Supaya tak mudah tertipu dengan cerita wali solat 1000 rakaat sehari. Kalau 1 rakaat dihabiskan 3 minit, 1000 rakaat bersamaan dengan 3000 minit. Sedangkan sehari cuma ada 1440 minit.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai Sejarah. Supaya tak mudah tertipu dengan cerita Nabi Adam turun di Gunung Jerai dan cerita menara Firaun setinggi 15 kilometer. Sedangkan Everest yang hanya 8.848 kilometer pun manusia dah tercungap-cungap tak cukup oksigen.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai Sains. Supaya tak mudah tertipu dengan cerita manusia berasal dari cahaya dan bumi ini leper.

 

Nak jadi agawaman mesti pandai Bahasa Arab. Supaya faham maksud al-Quran dan hadis sebagaimana yang Nabi ajarkan. Bukan faham ikut syok sendiri. Jangan pula nanti kau zikir “hu hu hu” dan olah dengan makna sendiri, kononnya ajaran sufi.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai “Common Sense”. Supaya tak tertipu dengan cerita penglipur lara yang tak masuk dek akal dan tak ada tertera di mana-mana kitab mazhab. Jangan sampai tertipu dengan cerita wali terbang dan wali kebal. Sedangkan Rasulullah kekasih Allah pun cedera di medan perang.

 

Nak jadi agamawan mesti cerdas akal fikiran. Bukan semberono mengajar hadis palsu yang melalaikan. Jangan sampai tertipu dengan ajaran berzikir berdansa di depan kubur dan meminta doa pada orang yang dah mati.

 

Nak jadi agamawan mesti amanah dengan ilmu. Jangan jadi agamawan yang manipulate agama untuk kepentingan duniamu. Tengok-tengok jual air jampi, jual lambang capal letak atas kepala bagai.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai kawal emosi dan ego. Supaya tak mudah koyak, boleh terima teguran, cepat minta maaf dan balik pada jalan yang lurus apabila membuat kesilapan. Kerana kita semua bukan maksum.

 

Nak jadi agamawan kena faham adab dan akhlak dengan Allah dan Rasulullah sebelum taksub dengan guru yang haru biru. Jangan sampai tertipu dengan ajaran “kalau Nabi ke kanan, tok guru ke kiri, ikutlah ke kiri.” 

 

(edited)

 

~ SK

 

P/S : Penyudahnya senang jadi ejen Takaful je macam ibu. πŸ˜…

 

S. Kamaruddin

 


PN TAK CAYA PAS. 1 JAWATAN SAJA.

 





Jawatan tertinggi dalam PN. PAS sebagai parti yang paling banyak menang kerusi dalam gabungan itu hanya dapat satu jawatan?

 

Serius la? Macam tu sekali PN pandang hina pada PAS? Bersatu yang tak ada akar umbi, tiada jentera, boleh kuasai PN secara total?

 

Bahkan Gerakan juga diberikan jawatan Timbalan Pengerusi sedangkan Gerakan tak ada kerusi pun dalam parlimen. PAS dibuli?

 

Malang sekali PAS dianggap begitu hina dan lemah di mata Mahiaddin. Aku kira Mahiaddin akan hargai PAS yang bantu Bersatu bernafas.

 

Kenapa PAS begitu lemah hingga bebas dibuli dan diletakkan setaraf dengan parti sekular Gerakan. Macamana nak perjuangkan Islam kalau sebegini lemah? Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 


GEN YANG BAIK AKAN LAHIRKAN GEN YANG BAIK JUGA . INSYAALLAH

 Biasanya mak bapak ni, kalau anak mereka jadi buah mulut orang sebab yang tak elok, misalnya jadi penagih, curi getah sekerap, mengintai anak dara orang atau mengandung luar nikah, tentu akan berasa aib dan geram kepada anaknya.


Tapi walaun lain. Kalau anak dia kena kata, dia rasa seronok. Siap dia kata orang yang mengata anak dia tu cemburu atau takut kepada anaknya. Padahal siapa nak cemburu kepada orang bodoh, kan? Dah bodoh tu free, siapa pun boleh ambil.


Sebab tu walaun tanpa ragu dia berbangga dengan pemimpinnya yang tak putus tunjukkan perangai dan pertuturan yang dungu. Sebab walaun ni spesis yang bangga jadi dungu. Semakin dungu, semakin bangga jadinya. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


KETUA BLOK PEMBANGKANG, TUN MAHATHIR SUDAH RAMPAS KEDUDUKAN MAHIADDIN?






Ketua Pembangkang di Parlimen ialah Hamzah Zainuddin, manakala ketua kepada blok pembangkang di luar Parlimen adalah Mahiaddin Md Yasin atas kapasitinya selaku Pengerusi PN.


PN mempunyai 74 Ahli Parlimen, manakala Ahli Parlimen yang bersama kerajaan perpaduan ialah seramai 148 orang.


Ertinya, selain PN, tidak ada mana-mana parti atau gabungan lain yang mempunyai wakil di Parlimen.


Dengan kedudukan Mahiaddin dan Hamzah itu, juga tidak ada pihak lain yang boleh diiktiraf untuk bercakap berkenaan blok pembangkang PN diterajui PN itu.


Tetapi, sejak semalam di mana berlangsungnya rundingan meja bulat parti-parti Melayu serta NGO yang menyokong Proklamasi Orang Melayu, Tun Mahathir Mohamad seolah-olah telah memproklamasi dirinya sendiri selaku ketua blok pembangkang di negara ini.


Bercakap dalam sidang media selepas rundingan meja bulat itu, Tun Mahathir antara lain berkata, semua pihak yang menandatangani Proklamasi Orang Melayu telah sepakat untuk bekerjasama dalam PRN enam negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Menurut beliau, semua pihak itu juga memutuskan untuk tidak bertanding sesama sendiri dan sedang memikirkan untuk bertanding bersama-sama.


“Itu tujuan kita hari ini dan kita semua setuju perlunya kita bergerak bersama.


“Kalau PRU pun kita akan bergerak bersama.


“Kalau tak ada kuasa tak boleh buat apa pun,” kata beliau.


Ehhh…apa cerita ni?


Siapa yang memberi autoriti untuk Tun Mahathir memutuskan demikian bagi pihak blok pembangkang?


Dalam rundingan meja bulat itu, selain Hamzah tidak hadir kerana berada di luar negara, Mahiaddin juga tidak hadir disebabkan keuzuran.


Hanya dilaporkan bahawa Mahiaddin bakal bertemu Tun Mahathir dalam waktu terdekat ini sebagai susulan kenyataannya minggu lalu yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu.


Kenapa Tun Mahathir tidak menunggu sehingga bertemu Mahiaddin terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman mengenai kerjasama parti-parti pembangkang dalam PRN?


Atas kapasiti apa Tun Mahathir berkata demikian?


Beliau mewakili parti apa dan sebagai pengerusi gabungan mana?


Adakah Proklamasi Orang Melayu yang digerakkannya itu sebuah entiti yang sah dan bila masa pula ia boleh bercakap mewakili blok pembangkang?


Adakah Tun Mahathir sebenarnya mahu merampas kedudukan Mahiaddin?


Bukankah sebagai orang tang datang kemudian dalam blok pembangkang, Tun Mahathir sepatutnya hanya layak menjadi pengikut dan membiarkan apa-apa perkara mengenai blok pembangkang diputuskan oleh Mahiaddin?


Akhirnya sebelum terlambat dan keadaan jadi gawat, sebagai pesanan buat Mahiaddin selaku ketua blok pembangkang di negara ini – berhati-hatilah selalu dengan Tun Mahathir.


Sebagaimana Tun Mahathir pernah bermusuh, kemudian berbaik tetapi akhirnya mengkhianati juga Anwar Ibrahim, tidak mustahil ulangan drama yang sama akan berulang kembali, tambahan lagi beliau sebelum ini pernah melabel Mahiaddin sebagai pengkhianat sebenar berikutan peristiwa Langkah Sheraton pada 2020 dahulu. – ShahbudinHusin 08/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KENA BANTAH SAMPAI BUANG KERAKYATAN. HAAA..BUAT LAGI LAWAK

 High diplomacy at play. 




Tahniah Wisma Putra dan Bawang Rangers Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ


Sampai lucut warganegara! 


~LM~