Satu tulisan sentap oleh S.Kamaruddin.



ADRIAN LIM CHEE ANN

Kepada pelajar kita yang dapat straight A, apa kata sambung belajar jurusan ilmu agama. 

 

Kita mahu agamawan bijaksana yang memahami ilmu sains dan matematik. 

 

Barulah rakyat tidak dijumudkan fikiran macam sekarang. 

 

* update. 

 

Artikel ini telah dipadamkan oleh penulis di wall beliau. Mungkin kena serang oleh walaun. 

 

*********************

 

Bila anak bercita-cita nak jadi seorang agamawan, ini pesan Ibu.

 

Nak jadi agamawan bukan senang. Bukan sekadar pandai baca Quran. Mesti pandai serba serbi.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai Matematik. Supaya tak mudah tertipu dengan cerita wali solat 1000 rakaat sehari. Kalau 1 rakaat dihabiskan 3 minit, 1000 rakaat bersamaan dengan 3000 minit. Sedangkan sehari cuma ada 1440 minit.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai Sejarah. Supaya tak mudah tertipu dengan cerita Nabi Adam turun di Gunung Jerai dan cerita menara Firaun setinggi 15 kilometer. Sedangkan Everest yang hanya 8.848 kilometer pun manusia dah tercungap-cungap tak cukup oksigen.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai Sains. Supaya tak mudah tertipu dengan cerita manusia berasal dari cahaya dan bumi ini leper.

 

Nak jadi agawaman mesti pandai Bahasa Arab. Supaya faham maksud al-Quran dan hadis sebagaimana yang Nabi ajarkan. Bukan faham ikut syok sendiri. Jangan pula nanti kau zikir “hu hu hu” dan olah dengan makna sendiri, kononnya ajaran sufi.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai “Common Sense”. Supaya tak tertipu dengan cerita penglipur lara yang tak masuk dek akal dan tak ada tertera di mana-mana kitab mazhab. Jangan sampai tertipu dengan cerita wali terbang dan wali kebal. Sedangkan Rasulullah kekasih Allah pun cedera di medan perang.

 

Nak jadi agamawan mesti cerdas akal fikiran. Bukan semberono mengajar hadis palsu yang melalaikan. Jangan sampai tertipu dengan ajaran berzikir berdansa di depan kubur dan meminta doa pada orang yang dah mati.

 

Nak jadi agamawan mesti amanah dengan ilmu. Jangan jadi agamawan yang manipulate agama untuk kepentingan duniamu. Tengok-tengok jual air jampi, jual lambang capal letak atas kepala bagai.

 

Nak jadi agamawan mesti pandai kawal emosi dan ego. Supaya tak mudah koyak, boleh terima teguran, cepat minta maaf dan balik pada jalan yang lurus apabila membuat kesilapan. Kerana kita semua bukan maksum.

 

Nak jadi agamawan kena faham adab dan akhlak dengan Allah dan Rasulullah sebelum taksub dengan guru yang haru biru. Jangan sampai tertipu dengan ajaran “kalau Nabi ke kanan, tok guru ke kiri, ikutlah ke kiri.” 

 

(edited)

 

~ SK

 

P/S : Penyudahnya senang jadi ejen Takaful je macam ibu. 😅

 

S. Kamaruddin