Alhamdulillah...
SIARAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI BERSETUJU PEMBERIAN
SUBSIDI DAN KAWALAN HARGA AYAM DAN TELUR DITERUSKAN
PUTRAJAYA, 9 JUN 2023 - Setelah mengambil
kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan
kebajikan rakyat terus terbela, YAB Perdana Menteri telah bersetuju dengan
cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan
telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari
yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur
bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.
Keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi
ini diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras
dengan aspirasi Kerajaan Malaysia MADANI.
Kenyataan Bersama Oleh:
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN
MAKANAN KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
9 JUN 2023