Bukan saja UMNO dan DAP sama-sama
bersalah dalam menyerang satu sama lain sebelum ini, bahkan UMNO lebih banyak
melakukan serangan, termasuk dalam kebanyakan PAU yang diadakan
…LEBIH TERPUJI JIKA UMNO YANG
LEBIH DULU HULUR MAAF KEPADA DAP
Kalau mahu dikira, baik UMNO
atau DAP, kedua-dua parti itu sama-sama bersalah dalam mentohmah dan mengguris
hati antara satu sama lain.
Manakala jika dibuat timbangan
pula, salah UMNO kepada DAP lebih besar lagi berbanding salah DAP kepada UMNO.
Ini kerana, DAP melakukan
serangan kepada UMNO lebih kerana ia merupakan parti yang berkuasa dan
menerajui kerajaan pusat, selain disebabkan pelbagai skandal serta amalan
rasuah melibatkan pemimpinnya yang terdedah didedahkan kepada umum sejak dulu.
Sebagai parti yang berkuasa dan
mengetuai kerajaan, adalah perkara biasa bagi DAP yang ketika itu sebagai
pembangkang melakukan pelbagai serangan serta kritikan.
Sebagaimana tiada seinci bumi
yang tidak ditimpa hujan, tiada parti yang jadi kerajaan di dunia ini yang
tidak dikritik oleh parti pembangkang.
Kritikan dan serangan itu
adalah tugas moral mereka dalam erti kata semak dan imbang untuk memastikan
negara diurus dengan baik.
Tetapi, kenapa UMNO melakukan
serangan kepada DAP, termasuk begitu kerap dan acapkali menjadikan sasaran
utama, terutama dalam Perhimpunan Agung UMNO juga?
UMNO tidak bertanding di
kawasan yang sama dengan DAP, dengan itu sebab apa ia selalu menjadilan DAP
sebagai sasaran serangannya?
Tidak lain UMNO selama berpuluh
tahun berbuat demikian adalah untuk memastikan ia terus kekal berkuasa dengan
cara menakut-nakutkan bangsa sendiri terhadap ancaman DAP yang sebenarnya tidak
begitu jelas itu.
Sejarah telah membuktikan
bahawa yang lebih banyak mengancam dan memiskinkan orang Melayu adalah pemimpin
daripada parti Melayu sendiri.
Ia bukan daja disebabkan tidak
jujur dan tidak amanah, gemar makan rasuah, bahkan ramai pula menjual tanah,
projek dan pelbagai kepentingan atas nama Melayu kepada bangsa lain demi untuk
keuntungan yang cepat.
Dalam masa yang sama, dengan
serangan kepada DAP itu, yang ingin dilimpahkan keuntungan ialah MCA dan
Gerakan yang juga merupakan parti kaum Cina, sama seperti DAP.
Sebab itu bila Ketua Pemuda
UMNO, Dr Akmal Salleh mendesak DAP memohon maaf, kemudian mempertahankan
pendiriannya meski setelah pelbagai kritikan diterimanya, ia dengan jelas
menunjukkan beliau belum cukup tidak matang dan tidak sedar diri realiti yang
sebenar.
Buat apa nak tunjuk garang dan
mahu jadi hero dengan meminta orang lain memohon maaf kepada kita, sedangkan
kita sendiri pun ada buat salah kepada pihak berkenaan?
Lebih tidak matang dan tidak
sodar diri bila Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan pula menyokong kenyataan
Dr Akmal itu sambil berkata, DAP seharusnya berbesar hati menerima saranan
berkenaan.
“Cadangan (Pemuda UMNO) yang
baik. Bagi saya, kalau DAP berbesar hati mereka boleh minta maaf kepada UMNO,”
kata belau.
Apa ni Tok Mat?
Ingat UMNO ada 130 kerusi
Parlimen ke sekarang ini?
Memang meminta maaf adalah
amalan yang baik, tetapi mendesak orang lain meminta maaf kepada kita, dalam
keadaan kita sendiri ada buat salah kepada pihak yang didesak meminta maaf itu,
ini adalah suatu petunjuk keangkuhan diri yang benar-benar tak bertepi.
Agak-agaknya sikit dan
tengoklah cermin dulu sebelum melakukan desakan itu.
Lagi pula, UMNO dan DAP
sekarang sudah duduk dalam rumah yang sama iaitu rumah kerajaan perpaduan, maka
untuk apa lagi diungkit cerita-cerita lama?
Macam apabila seorang wanita
itu sudah menjadi isteri kita, untuk apa lagi diungkit cerita lama dia pernah
mengata kita ketika zaman sekolah dulu?
Tidakkah tindakan Pemuda UMNO
ini perbuatan tembak kaki sendiri dan menjurus untuk melihat berlakunya
pergaduhan tercetus sesama sendiri, seterusnya menjadikan kerajaan perpaduan
tumbang di tengah jalan?
Yang sepatutnya dalam hal ini,
khususnya Ketua Pemuda UMNO yang masih perlu banyak makan garam lagi, cubalah
berusaha memperbaiki dan membina hubungan yang lebih baik dengan DAP.
Hakikat yang nyata ialah DAP
merupakan parti pilihan kaum Cina, manakala MCA sudah jauh tersudut ke tepi,
jadi jika UMNO ingin kekal lama dalam kerajaan atau bertahan berkuasa di
beberapa negeri, tiada pilihan lain selain sedia mereformasikan minda sendiri
untuk bersikap terbuka dan menerima realiti baru dalam negara majmuk ini.
Sementara UMNO sendiri,
berdasarkan keputusan PRU15 lalu, sudah tertinggal di belakang Pas dan Bersatu,
tak usahlah lagi peranan hebat, bangga diri angkuh tak menentu.
Lebih terpuji jika Pemuda UMNO
sendiri yang mula mengungkapkan kata maaf kepada DAP berbandiing mendesak DAP
meminta maaf kepada mereka.
Tambahan lagi bak kata
peribahasa bangsa sendiri juga – tidak hilang bisa ular di ketika ia menyusur
akar.
Atau dalam hal ini Pemuda UMNO
anggap peribahasa Melayu itu sudah tak boleh pakai? – ShahbudinHusin
09/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/