Kerajaan Setuju Tubuhkan RCI DS Najib Bebas


Dalam video ini dato' lokman memberikan penjelasan berkaitan dengan isu2 politik semasa. tindakan mahathir terhadap arab saudi menyebabkan kerajaan arab saudi bertindak balas. keputusan kerajaan mahu tubuhkan RCI berkaitan tommy thomas cerahkan peluang ds najib dilepaskan. bekas perdana menteri ke9 khabarnya terlibat dengan kes jana wibawa. pendekatan politik kepimpinan DAP sekarang berbeza dengan dahulu. kerjasama barisan nasional dengan pakatan harapan harus dikukuhkan menjelang prn di 6 buah negeri.




MAAF, SERANGAN PEMBANGKANG TERLALU TUMPUL DAN SEPARUH MASAK



"Kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad sudah bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan. "SJKP adalah program menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig," katanya.


LAGI LAMAN WEB FITNAH MUNCUL- PANDAI DIA DOK BUAT CERITA- NANTI PDRM LIBAS ADMIN...TUNGGU TAK LAMA KAU KENA LIBAS


 

Ini siaran mana? Sehari sebelum puasa pun dan lagi dia buat fitnah ye?

Nurul Izzah dikatakan dipindahkan daripada PMO ke Menara Petronas dan menjawat jawatan sebagai Penasihat PM di Petronas. Ini agak kelakar sikit.

Jawatan Penasihat PM memang ada. Penasihat Petronas pun ada. Tapi jawatan Penasihat PM di Petronas ni kedengaran agak pelik dan kelakar.

Apa penasihat PM buat di Petronas? Kalau nak buat fitnah pun biar yang logik dan boleh diterima akal.

Apa yang berlaku, Nurul Izzah telahpun melepaskan melepaskan jawatan Penasihat PM yang dipegang secara pro-bono iaitu tanpa menerima bayaran.

DS Anwar pula telah melantik 5 tokoh profesional sebagai Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan, juga secara pro-bono. Badan penasihat ini pula melantik Nurul Izzah untuk mengetuai sekretariat.

Semasa menjadi Penasihat PM, Nurul Izzah tidak mempunyai pejabat. Apabila dilantik sebagai ketua sekretariat penasihat PM, baru beliau ada pejabat.

Dan pejabatnya itu berada di Menara Petronas. Jadi bukanlah Nurul Izzah dipindahkan ke Petronas tapi sebaliknya beliau telah diberikan jawatan baharu.

Perlu diingat lantikan dibuat oleh Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan. Bukan oleh PM sendiri.

Semakin menjadi-jadi fitnah oleh musuh. Mungkin mereka kepanasan keran tak jumpa silap kerajaan ini jadi mereka tergamak mencipta fitnah.

Orang yang gunakan fitnah sebagai senjata adalah orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat. Mereka tak takut balasan siksa hang Allah janjikan. Guane boh?

Raja Gelap

 


KEH..KEH....KAU NAK TEGUR APA NI BHAI- KAU DULU ADA KES BUKAN BUKAN YA

 


ZAINUDDIN OMAR


Malaysia sudah 60 tahun merdeka dan kita hidup bermuhibbah antara kaum tetapi ahli politik tak habis-habis mainkan isu agama dan bangsa untuk meraih undi.

Biarlah Pihak Berkuasa selesaikan apa-apa masalah dengan bijaksana tanpa campur tangan orang politik.

***************

Kepimpinan PAS tidak pernah ada masalah dengan rumah-rumah ibadat pelbagai agama termasuklah, di Selangor, kata setiausaha perhubungan negeri bagi parti itu, Roslan Shahir Mohd Shahir.

Sebaliknya, Roslan berkata PAS hanya menanggapinya sebagai masalah apabila melibatkan rumah ibadat bukan Islam yang baru hendak dibina dan dirancang dibangunkan di kawasan perkampungan Melayu Islam yang mendapat bantahan masyarakat setempat.

“PAS tidak pernah ada masalah dengan rumah-rumah ibadat pelbagai agama termasuklah di Selangor yang ada sedia terbina sekian lama dan dapat diterima masyarakat setempat sejak awal lagi,” kata Roslan pada satu kenyataan hari ini.

Roslan juga membidas portal ini, mendakwa laporan yang memutar belit ucapan Ahli Parlimen Kuala Langat Ahmad Yunus Hairi di Dewan Rakyat pada 16 Mac, menggesa agar pihak kerajaan tidak membina rumah ibadat bukan Islam berhampiran masjid.

Ahmad Yunus berkata desakannya itu supaya mengelakkan 'ketajaman' apabila rumah ibadat berada pada satu lot sama yang mungkin akan menimbulkan ketidaktenteraman dan konflik.

Roslan juga memetik laporan tinjaun yang dibuat Malaysiakini di sekitar Brickfields, Kuala Lumpur dan Batu Caves, Selangor - dua tempat yang dipenuhi dengan rumah ibadat pelbagai kaum - yang mendedahkan majoriti orang menggesa agar cubaan mempolitikkan agama dihentikan melalui isu sedemikian.

“Dalam ucapannya pada 16 Mac 2023 di Parlimen membawa contoh sebuah tapak di sempadan kawasan beliau iaitu di Canary Garden, Bandar Bestari Klang, di bawah Majlis Perbandaran Klang dimana sebuah rumah ibadat bukan Islam sedang dibina tanpa kelulusan di tapak yang dikelilingi kampung Melayu Islam di Sijangkang, Kuala Langat.

"Penduduk di perkampungan ini telah membuat bantahan ke PBT dan beliau sendiri selaku wakil rakyat, kerana itu isu ini dibangkitkan di parlimen untuk penyelesaian,” kata Roslan.

"Isu ini berbeza kerana ia melibatkan rumah ibadat bukan Islam yang baru, dan yang tidak mendapat kelulusan.

"Dibina di kawasan perkampungan Melayu Islam yang mendapat bantahan masyarakat setempat," katanya.

Menurut Hansard rasmi pada 16 Mac, Ahmad Yunus dalam perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat mengenai perkara di bawah bajet Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, telah menyentuh garis panduan khusus untuk membina rumah ibadat - termasuk saiznya berdasarkan bilangan penduduk dan jarak minimum yang mesti diikuti.

Bertentangan dengan kenyataan Roslan bahawa Ahmad Yunus telah membangkitkan bantahan supaya rumah ibadat bukan Islam dibina di atas tanah bukan diwartakan berhampiran perkampungan Melayu, Canary Garden dipasarkan sebagai perbandaran baru seluas 448 ekar di pinggir bandar Klang, dengan pembangunan masa depan, termasuk pejabat, hartanah kediaman dan pusat beli-belah.

Ahmad Yunus dalam ucapannya turut menyifatkan kawasan yang ditetapkan sebagai plot institusi yang mempunyai kelulusan awal untuk membina kuil Hindu, tetapi pembinaan seterusnya ditolak berdasarkan pelan jalan yang tidak lengkap.

 

DIA PULAK NAK AJAR RAJA RAJA MELAYU- PADA HAL DIA ANTARA YANG DOK BUAT HAL DALAM MASJID-WOIII LEBAI..SEDARLAH DIRI...KETUA AGAMA ADALAH SULTAN.


 ZAINUDDIN OMAR


Mohonlah tauliah.

*************
Bekas calon PAS dalam PRU lalu mencadangkan para mufti di negara ini menasihati sultan dan raja Melayu dalam isu pentauliahan penceramah agama.

Kata Ahmad Dusuki Abd Rani isu tauliah kepada penceramah agama boleh diselesaikan jika mufti terbabit mencari titik penyelesaian mengenainya.

Jika tidak dakwanya isu tersebut boleh menjadi punca perpecahan umat Islam di negara ini.

“Lebih baik raja-raja bertemu dan bincangkan isu pentauliahan ini.

"Lagipun Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam pun sudah ada, jadi ia (isu pentauliahan) perlu diselaraskan setiap negeri," katanya dipetik Utusan Online hair ini.

Dia yang menjadi antara personaliti yang dibatalkan tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor turut mempersoalkan "logik" jika ada seseorang penceramah tidak mendapat tauliah selepas mengajar lama.

Malah Ahmad Dusuki turut mengaitkan isu berkenaan dengan persoalan hormat orang ramai kepada sistem beraja di negara ini.

"Bayangkan kalau ada seorang guru yang sudah berpuluh tahun sebelum ini berceramah, mengaji dan mempunyai ilmu tetapi tiba-tiba kata dia tidak dapat tauliah.

"Adakah itu logik? Semua ini boleh menyebabkan masyarakat berpecah belah dan hilang hormat kepada sistem beraja,” katanya.

Bekas calon PAS untuk kawasan DUN Kota Anggerik di Shah Alam pada PRU ke-14 itu mengulas isu pentauliahan kepada penceramah agama yang menjadi polemik sesetengah pihak baru-baru ini.

Selangor merupakan antara negeri yang melarang penceramah politik memberikan kuliah atau ucapan di masjid dan surau bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Selain Selangor antara negeri yang turut mengenakan arahan itu ialah Terengganu, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Kata Ahmad Dusuki isu tersebut perlu diselesaikan dengan melihat pelbagai aspek bagi mengelak masalah lain.

Pada masa sama dia
 menegaskan ketika ini ada pelbagai wadah boleh digunakan oleh penceramah untuk "berdakwah".

“Kita perlu ingat medan dakwah sekarang lebih terbuka dengan kemunculan pelbagai platform. Kalau ada pihak nak sekat mereka berceramah, masih ada saluran lain, YouTube contohnya.

“Kita tidak mahu ada satu gelombang gerakan yang akhirnya menimbulkan perpecahan,” katanya yang pernah menjadi timbalan ketua Dewan Ulama PAS Selangor.

 

WOIII MAT JARGON- NANTI HANG TANYA DALAM DEWAN TERUS KEPADA PM- HANG JANGAN BELAH PULAK -PEMIMPIN PN MABUK!KENA BALUN KAW KAWOLEH WARGANET!



PENJELASAN PENSYARAH INI KETIKA BELIAU BERADA DI SAUDI SEMASA PERLANTKAN ANWAR SEBAGAI PM



Tiada pertemuan berpunca daripada beberapa faktor, antaranya kekangan masa, apatah lagi jika dilihat pada jemputan kerajaan Arab Saudi agar perdana menteri menangguhkan kepulangan ke Malaysia.





YANG INI HANG DOK KALUT- LEBUHRAYA HUTANG TAK SIAP HANG TAK MO KALUT- PMO diminta beri penjelasan kejayaan lawatan Anwar


Ahli Parlimen Bachok, SyahirSulaiman yang menuntut penjelasan berkenaan objektif dan bentuk pencapaiannya yang terhasil daripada lawatan rasmi itu.


ALASAN ANWAR GAGAL MENGADAP RAJA ARAB TAK MEYAKINKAN, PMO ATAU WISMA PUTRA PERLU TAMPIL JAWAPAN JUJUR

 

Meskipun Anwar Ibrahim menjelaskan ketiadaan pertemuan antara beliau dengan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud atau dengan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman dalam lawatannya ke Arab Saudi yang berakhir semalam adalah disebabkan pimpinan kerajaan negara itu menukar jadual mereka menjelang Ramadan, hujah itu sebenarnya langsung tidak meyakinkan.

Ia sekadar jawapan untuk menyedapkan keadaan, malah sangat kabur.

Ini kerana lawatan tersebut diuruskan oleh kerajaan melalui Wisma Putra, melibatkan hubungan dua hala antara kerajaan dengan kerajaan serta membabitkan ketua kerajaan masing-masing.

Ia bukan seperti pertemuan antara dua kawan untuk sembang-sembang yang boleh ditunda sesuka hati ke tarikh lain kerana ada hal mendesak lain yang difikirkan lebih mustahak untuk didahulukan.

Melainkan ada kemangkatan keluarga atau berlaku sesuatu tragedi dalam negeri, berlaku pembatalan boleh saja mudah difahami.

Tetapi, apa dia menukar jadual menjelang Ramadan itu?

Lebih-lebih lagi sebagai Raja Arab Saudi dan penjaga dua kota suci umat Islam di mana kehidupan baginda penuh dengan disiplin yang tinggi, agak sukar untuk mempercayai jadual tiba-tiba boleh diubah di saat akhir dan diminta memanjangkan lagi tempoh lawatan.

Sudah tentu, jika ada perubahan jadual, pemberitahuan akan dimaklumkan lebih awal sebelum Anwar dan rombongannya berlepas dan jika pun Raja Salman tidak dapat menghadiri pertemuan atas sebab yang benar-benar mustahak, sudah pasti ia digantikan dengan Putera Mahkota atau pimpinan kanan kerajaan yang lain.

Malangnya, semua itu tidak berlaku, walhal dalam kenyataan media pada 22 Mac lalu, Wisma Putra dengan jelas menyatakan, lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi adalah atas undangan Mohammed bin Salman, Putera Mahkota Arab Saudi.

Dalam kenyataan media yang sama juga disebutkan bahawa Anwar turut dijadual mengadap Raja Salman dan Mohammed bin Salman dalam lawatan tersebut.

Apa yang berlaku nampaknya, selain Putera Mahkota yang dikatakan menghantar undangan tidak kelihatan, bahkan majlis mengadap Raja Salman juga tidak menjadi kenyataan.

Apa sudah jadi sebenarnya?

Yang pasti, ini bukan kejadian biasa-biasa dalam norma hubungan diplomatik antarabangsa yang melibatkan dua negara.

Untuk itu, wajar saja jika timbul tanda soal yang besar di kalangan rakyat dalam hal ini.

Sekaligus, hujah Anwar bahawa ketiadaan pertemuan itu kerana perubahan jadual di saat akhir menjelang Ramadan amat sukar untuk diterima serta tidak meyakinkan sama sekali.

Pokoknya, urusan diplomatik antara negara dan melibatkan ketua kerajaan ada prosesnya serta tidak boleh dibatalkan secara mengejut begitu saja.

Dalam sidang akhbar di akhir lawatannya, Anwar berkata, kerajaan Arab Saudi telah memohon supaya beliau memanjangkan tempoh kunjungannya sekurang-kurangnya dua hari lagi untuk membolehkan pertemuan itu diadakan.

Menurut Perdana Menteri, beliau menyambut baik permintaan itu tetapi agak dukacita kerana tidak dapat memenuhinya disebabkan perlu pulang seperti dijadualkan bagi memenuhi jadual berbuka puasa dengan Yang Dipertuan Agong pada 25 Mac dan seterusnya melawat Kemboja selepas itu.

Sebab itu, dalam hal ini adalah penting untuk Pejabat Perdana Menteri atau PMO dan Wisma Putra agar tampil dengan penjelasan yang jujur berkaitan perkara itu.

Ia perlu diperjelaskan supaya rakyat tahu hakikat yang sebenarnya dan agar pihak pembangkang tidak terus memainkannya sebagai isu untuk memperlihatkan Anwar seolah-olah telah diperlekehkan.

Harus diingat, selain tiada pertemuan dengan Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi, lawatan Anwar ke Arab Saudi itu juga diriuhkan dengan ketibaannya yang hanya disambut Gabenor Jeddah serta tidak dibawa memasuki Kaabah.

Menjadi kelaziman bagi Arab Saudi, sebagai tanda penghormatan, mereka lazimnya memberi peluang kepada pemimpin negara Islam yang melawat negara itu bagi menunaikan umrah untuk dibawa masuk ke dalam Kaabah.

Tun Mahathir Mohamad, Najib Razak dan Mahiaddin Md Yasin adalah antara Perdana Menteri sebelum ini yang pernah diberi peluang masuk ke dalam Kaabah oleh kerajaan Arab Saudi.

Walaupun bukan kewajipan untuk seseorang Perdana Menteri memasuki Kaabah dan ia juga bukan rukun dalam ibadah umrah, tetapi jika pemimpin lain diberi peluang dan Perdana Menteri semasa ternampak keciciran, disertai tidak dapat bertemu Raja Salman atau Putera Mahkotanya dalam lawatan ke Arab Saudi, seolah-olah semacam ada sesuatu yang tidak kena.

Kalau mahu dikatakan ia disebabkan Arab Saudi tersinggung dengan penutupan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman atau KSCIP yang dilakukan ketika era pentadbiran Tun Mahathir dahulu, kenapa pula ketika Mahiaddin melawat Arab Saudi pada 2021 sebelum ini, beliau dapat bertemu Raja Salman, dapat memasuki Kaabah dan ketibaannya disambut oleh Putera Mahkota, Mohammed bin Salman?

Sepatutnya, kalau ada rasa tersinggung di hati Arab Saudi terhadap Malaysia, Mahiaddin yang lebih dulu tidak diberi penghormatan, bukannya Anwar?

Tetapi, kenapa Anwar? ShahbudinHusin 26/03/2023.



RAKYAT DAPAT APA KALAU PM MASUK KAABAH

 KAMSIAH HAIDER



malaysiakini.com


Apa rakyat dapat kalau PM masuk Kaabah, tanya Sany
Ahli Parlimen PH persoal keutamaan dibangkitkan pembangkang yang mengkritik lawatan PM ke Arab Saudi.



Lawatan singkat untuk beribadah dan berjumpa dengan yang tertentu dan bukannya menggunakan kuasa untuk masuk kedalam Kaabah . Ini berlaku dikalangan ramai pemimpin yang tidak ada kerja lain selain menyalahguna kuasa dan kedudukan untuk keperluan peribadi .

DSAI yang bekerja tanpa gaji telah dipohon oleh pemimpin Arab Saudi supaya kunjungan perdana menteri memanjangkan selama dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan dengan pimpinan negara itu dan MDS, namun Anwar terpaksa menolak kerana beliau juga mempunyai jadual yang ketat selama 3 hari tersebut dan mempunyai hal hal lain dan bukannya pergi bercuti seperti pemimpin2 yang disenaraikan oleh Pengerusi jawatankuasa itu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam kenyataannya turut membandingkan layanan yang diberikan Riyadh terhadap pemimpin PN, Muhyiddin Yassin serta Dr Mahathir Mohamad sewaktu mereka ke Arab Saudi sebagai perdana menteri.

Antara aspek yang disentuh ahli parlimen Machang itu ialah lawatan memasuki Kaabah kepada kedua-dua pemimpin terbabit.

 

HUHUHU...

Kena selesai isu LGBT di negeri kita dulu





 

TONGKOI KAYU SAJA RUPANYA...

 

MUKHLIS EDDIE



Hehehe

"Tragedi Memali, dia salahkan (Tun) Musa Hitam. Pemecatan (bekas Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan) Tun Salleh Abas, dia salahkan Abu Talib (bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib) dan Yang di-Pertuan Agong.

"Hari ini tangkapan besar-besaran ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) bawah Ops Lalang, dia salahkan Tun Hanif Omar.

"Semua bukan salah dia (Mahathir). Rupanya dia cuma tiang kayu saja sepanjang 22 tahun dia jadi PM4 (perdana menteri keempat)," kata Najib Tun Razak.

 

BIAR PROBONO BUAT KERJA: MENTERI MULTIMEDIA DAN DIGITAL TAK CAKAP APA APA- KESIAN BETUL ANWAR KEJAP J-KOM-KEJAP SU POLITIK.KAU JADI MENTERI MASUK JA LAM TV MAKLUMKAN.

 

*KENYATAAN MEDIA SETIAUSAHA POLITIK PERDANA MENTERI*

𝟮𝟲 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟯

 

Saya mengambil maklum terhadap suara-suara dari beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu berkenaan lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi baru-baru ini. 

 

Saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini tatkala saya turut bersama dalam delegasi bersama Perdana Menteri ke sana. 

 

Jadual Perdana Menteri sangat padat dan tersusun di mana beliau mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan Liga Muslim Dunia di Makkah selain menyaksikan beberapa pemeteraian MoU penting melibatkan lapangan perniagaan dan industri selain menekuni beberapa permasalahan mendesak yang merundung dunia Arab dan Islam dan juga menyantuni komuniti serta mahasiswa Malaysia di Arab Saudi.

 

Meski cubaan mereka untuk menggariskan lawatan berkenaan sebagai satu bentuk kegagalan dan pembaziran dana rakyat, saya ingin menegaskan bahawa lawatan tersebut sangat berhasil, malah memperkukuh hubungan Putrajaya-Riyadh meski dalam tempoh yang singkat Perdana Menteri di tampuk pemerintahan. 

 

Ingin dimaklumkan juga pihak kerajaan Arab Saudi telah meminta untuk lawatan ini dilanjutkan bagi menyusun pertemuan dengan pimpinan kerajaan Arab Saudi. Namun, Perdana Menteri terpaksa menolak secara baik kerana beliau telah dijadualkan untuk hadir ke majlis berbuka puasa bersama KDYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semalam dan akan melakukan kunjungan rasmi ke Phnom Penh, Cambodia pada Isnin ini, seterusnya Hainan dan Beijing pada Rabu bagi bertemu Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatnya Premier Li Qiang. 

 

Saya menggesa kepada pihak yang kekontangan modal dan bankrap isu untuk menghentikan polemik ini dan bersama mendukung usaha dan upaya Kerajaan Perpaduan dalam memperkukuh imej Malaysia selain memantapkan kerjasama dan hubungan luar negara. 

 

#MalaysiaMADANI 

 

AHMAD FARHAN FAUZI

Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri

 

 


INI PENERANGAN LEBIH JELAS APA KEJAYAAN PM 10 DI ARAB SAUDI

 



1. MENAGDAKAN UMRAH DIAWAL RAMADAHAN BERSAMA DELIGASI

2. BERJUMPA  PERTEMUAN OIC DAN LIGA MUSLIM DUNI

3. PEMETERAIAN MOU DI SYARIKAT TERSEBUT

4 BERTEU DENGAN AHLI PERNIAGAAN MALAYSIA DI SAUDI

5. BERSAMA AHLI KORPORAT BANDAR NEO TERBARU ARAB SAUDI


LAWATAN SEPATUTNYA DI PANJANGKAN KERANA PERTEMUAN DENGAN BEBERAPA ERTEMUAN BERSAMA NEGARA LAIN.



PPIM sambut baik langkah kerajaan tamatkan monopoli


 

Keputusan kerajaan menamatkan monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bermula tahun hadapan disambut baik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu bukan sahaja dijangka akan memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai, malah akan membuka perkhidmatan kepada pihak lain yang berkelayakan yang akhirnya akan mewujudkan budaya persaingan sihat dalam kalangan penyedia perkhidmatan.


"Isu yang timbul melibatkan perkhidmatan Puspakom sebenarnya sudah lama, aduan yang diterima daripada orang ramai tidak dipandang serius memandangkan mereka merupakan penyedia perkhidmatan tunggal pemeriksaan berkala kenderaan motor.


"Jadi dengan langkah ini, syarikat baharu yang akan menyediakan perkhidmatan ini kelak dapat menangani kekurangan yang ada di Puspakom, sekali gus membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik," kata Nadzim dipetik.


Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan bermula 1 Sept 2024, Puspakom tidak lagi akan menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).



Langkah itu berdasarkan keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac lepas agar perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.


Sementara itu, Nadzim turut menyatakan harapan agar langkah membuka perkhidmatan itu kepada syarikat lain turut disusuli dengan penubuhan satu badan pemantau.


Ia bagi mengawal selia perkhidmatan selain menangani aduan membabitkan kualiti dan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat-syarikat yang bakal dilantik kelak.


"Saya mohon kerajaan tubuhkan satu badan untuk kesan semua kelemahan dalam perkhidmatan yang diberikan, termasuk sama ada dari Puspakom mahupun syarikat-syarikat baharu dan kemudiannya melakukan siasatan untuk membolehkan mereka mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

 


LAWATAN ANWAR GAGAL?- SIAPA KATA GAGAL ?USAHA TARIK PELABUR TELAH BERJAYA


 Pembangkang yang mendakwa lawatan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab saudi gagal kerana tidak bertemu Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Makhkota Mohamad bin Salman sebaik baiknya memeriksa hasil lawatan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, lawatan Anwar yang dibanding dengan hasil kunjungan bekas PM Mahiaddin Yassin jelas sekali tidak kena kerana misi delegasi Malaysia adalah untuk menarik pelabur Arab, bukannya semata mata pertemuan politik.


"Mengapa begitu kecil jiwa kita menilai kejayaan atau kegagalan lawatan PM Datuk Seri Anwar ke Saudi? Tidakkah boleh kita melihat kejayaan PM dalam tempoh hanya 3 hari lawatannya ke Saudi?


"PM mengadakan pertemuan dengan OIC dan Liga Muslim Dunia di Makkah

"Menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MOU) antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn. Bhd.


"Juga mendengar taklimat ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaru Arab Saudi, dan pelbagai peluang pihak industri dari Malaysia di sana," kata Dr Agus dalam satu kenyataan.





                   Misi utama DS Anwar bertemu pemain utama industri di Arab Saudi


Dr Agus menolak kejayaan lawatan mengikut definisi pembangkang mengikut satu per satu apa yang dilakukan Mahiaddin 2 tahun lalu, iaitu bertemu Raja Salman melalui sidang video atau dijemput masuk ke dalam Kaabah sebagai penghormatan pemimpin negara.


Tambah beliau, kerajaan Arab Saudi telah pun meminta lawatan PM dipanjangkan 2 hari lagi untuk pertemuan bersama Raja Salman dan Putera Mahkota yang telah mengubah jadual asal mereka, tetapi PM terpaksa pulang kerana dijadualkan menghadiri majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong pada 25 Mac, lawatan ke Kemboja pada 27 Mac serta lawatan ke China pada 29 Mac bertemu Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang.




Tiga MoU kerjasama syarikat Malaysia - Arab Saudi berjaya ditandatangani


"Tidakkah padat jadual itu? Tidakkah melibatkan perubahan besar jika ditangguhkan kepulangan dua hari lagi? Fahamilah kekangan masa PM kita yang bekerja kuat untuk negara," katanya.


Mengenai hujah Raja Salman kononnya tidak suka kepada Anwar, Dr Agus berkata, Ketua Negara Arab Saudi itu adalah antara yang pertama menghantar perutusan tahniah sebaik sahaja Anwar diangkat sebagai PM. Manakala Putera Mahkota pula menzahirkan agar rakyat Malaysia terus sejahtera di bawah kepimpinan PM yang baharu.


Justeru, Dr Agus menolak cara pembangkang berpolitik yang memainkan isu remeh temeh untuk sengaja memalukan PM.


"Bermain politik pun janganlah sampai ke tahap dendam dan benci. Kita sama-sama perlu menjaga imej dan hubungan baik dua negara (Malaysia - Arab Saudi).


"Jika tidak berpuas hati juga dengan hasil lawatan dan kos lawatan PM ke Arab Saudi, tanya PM sendiri di parlimen. Setiap Selasa PM sedia menjawab.


"Jangan pula tidak datang masa itu. Dari situlah, baru rakyat tahu apa sebenarnya isu yang dikecohkan oleh pembangkang ini," lata Dr Agus lagi.

 

RAJA PETRA DOK BELASAH MAHACAI BERSATU SUPAYA BUAT KERJA SEPENUH MASA- HANGPA NAK LAWAN WALANON- WALANON BUAT KERJA FREE SAJA TANPA BAYARAN SEPENUH MASA....

 

HANGPA LEMAH- HANGPA HARAP KEPADA PAS- PAS PULAK TAK BOLEH JADI LEADER...HARAP ORANG LAIN MEMIMPIN.LAIN KALI KENA JADI WALANON..FULLTIME..- HANGPA NAK LAWAN LAIN KALI BELAJAQ JADI MACAM  REFORMIS. BERSATU AKAN MAMPOS LA..KAH..KAH..KAH..

TAK TAU MAI NAK AJAQ LAIN KALI....TANYA LA REFORMIS LAMA LAMA MACAMANA....PETRA PUN BOLEH AJAQ HANGPA...KAH..KAH..SANUSI KATA BODOH...



KEPIMPINAN BARU UMNO DAN AGENDA MEMBEBASKAN NAJIB

 

Selepas berakhirnya pemilihan UMNO baru-baru ini, di sebalik kedudukan Zahid Hamidi dilihat semakin kukuh, hakikat lain yang tidak dapat disembunyikan ialah sejumlah besar pemenang ahli MT adalah merupakan orang-orang Najib Razak.

Dengan keadaan itu, yang paling awal merumuskan pengaruh Najib atau Bossku masih kuat dalam UMNO ialah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau KJ.

Kata beliau, pengaruh Najib dilihat masih menguasai dan bakal menentukan hala tuju masa depan parti itu.

“Kita telah mendengar dan membaca banyak analisis di media bahawa Zahid Hamidi kini menguasai UMNO.

“Ya, kami bersetuju, nampaknya dia mengawal parti.

“Tetapi jika kita lihat lebih mendalam, Zahid Hamidi kuat tetapi ahli MT terdiri daripada penyokong tegar Bossku,” kata beliau lagi.

Antara orang Najib yang menang sebagai Ahli MT ialah bekas Setiausaha Agung UMNO dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan; Pengerusi Felcra, Ahmad Jazlan Yaakub; bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Johan Aziz; Speaker Johor, Dr. Puad Zarkashi; Speaker Pahang, Sharkar Shamsuddin; Lokman Noor Adam dan bekas Ketua Penerangan UMNO merangkap bekas Pegawai Khas Najib sendiri, Isham Jalil.

Kemudian daripada itu, meneliti ahli MT yang dilantik oleh Zahid Hamidi pula, beberapa daripadanya adalah juga dikenali sebagai orang kuat Najib.

Antaranya ialah Fatmi Che Salleh dan Shafei Abdullah di mana kedua-duanya adalah bekas Setiausaha Politik Najib sebelum ini.

Mengambil kira Zahid Hamidi sendiri adalah orang kuat Najib dan karier politiknya sendiri bermula sebagai Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri itu yang kini dipenjarakan, mahu tidak mahu haruslah diakui bahawa kuku anak Tun Razak itu masih kukuh mencengkam UMNO.

Dalam erti kata lain, sementara Najib berada di balik tirai besi penjara Kajang, pengaruh beliau tetap menjalar menguasai UMNO yang merupakan komponen penting dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ketika ini.

Oleh sebab Najib kini dipenjarakan dan sedang berjuang untuk pembebasannya – paling awal melalui semakan kehakiman kes SRC International yang keputusannya adalah pada 31 Mac ini – apakah pengaruh beliau yang tetap kukuh dalam UMNO itu bakal memberi sebarang kesan?

Tidak mungkinkah dalam hari-hari terakhir sebelum keputusan pada 31 Mac ini, akan tampil suara yang lebih nyaring daripada dalam MT UMNO sendiri menuntut keadilan diberikan kepada Najib, walhal sebelum ini hanya Dr. Puad dan Lokman berdua saja yang sering bersuara demikian?

Jika semakan kehakiman nanti gagal, bolehkah mereka menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka?

Juga, jika semakan kehakiman itu gagal, apakah jaminannya bahawa UMNO yang dikuasai orang-orang Najib ketika ini tidak memberi tekanan kepada kerajaan dan Anwar untuk kaedah lain bagi pembebasan beliau?

Sejauh mana dan berapa lama Anwar dalam hal ini mampu bertahan demi mengekalkan kerajaan agar tidak digoncang? – ShahbudinHusin 25/03/2023.