Ini siaran mana? Sehari sebelum puasa pun dan lagi
dia buat fitnah ye?
Nurul Izzah dikatakan dipindahkan daripada PMO ke Menara
Petronas dan menjawat jawatan sebagai Penasihat PM di Petronas. Ini agak
kelakar sikit.
Jawatan Penasihat PM memang ada. Penasihat Petronas pun ada.
Tapi jawatan Penasihat PM di Petronas ni kedengaran agak pelik dan kelakar.
Apa penasihat PM buat di Petronas? Kalau nak buat fitnah pun
biar yang logik dan boleh diterima akal.
Apa yang berlaku, Nurul Izzah telahpun melepaskan melepaskan
jawatan Penasihat PM yang dipegang secara pro-bono iaitu tanpa menerima
bayaran.
DS Anwar pula telah melantik 5 tokoh profesional sebagai Badan
Penasihat Khas Menteri Kewangan, juga secara pro-bono. Badan penasihat ini pula
melantik Nurul Izzah untuk mengetuai sekretariat.
Semasa menjadi Penasihat PM, Nurul Izzah tidak mempunyai
pejabat. Apabila dilantik sebagai ketua sekretariat penasihat PM, baru beliau
ada pejabat.
Dan pejabatnya itu berada di Menara Petronas. Jadi bukanlah
Nurul Izzah dipindahkan ke Petronas tapi sebaliknya beliau telah diberikan
jawatan baharu.
Perlu diingat lantikan dibuat oleh Badan Penasihat Khas Menteri
Kewangan. Bukan oleh PM sendiri.
Semakin menjadi-jadi fitnah oleh musuh. Mungkin mereka kepanasan
keran tak jumpa silap kerajaan ini jadi mereka tergamak mencipta fitnah.
Orang yang gunakan fitnah sebagai senjata adalah orang yang
tidak beriman kepada Hari Akhirat. Mereka tak takut balasan siksa hang Allah
janjikan. Guane boh?