TIANG KAYU MENEGAK BENANG BASAH



"Tragedi Memali, dia salahkan Tun Musa Hitam. Pemecatan bekas Tuan Yang di-Pertua Mahkamah Persekutuan-Tun Salleh Abas, dia salahkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib dan Yang di-Pertuan Agong. "Hari ini tangkapan besar-besaran ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) bawah Ops Lalang, dia salahkan Tun Hanif Omar.




HILANG MODAL FITNAH, PN MENGGELABAH


"Saya mengecam sepenuhnya penganjuran program Grand Opening Privacy Club Tun Razak dengan Thai Hot Guy disenarai sebagai jemputan dalam program tersebut. "Kumpulan Thai Hot Guy yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu bertentangan dengan agama dan budaya ketimuran yang diamalkan di Malaysia.




KEKADANG ADA IBU ATAU BAPA YANG AJAR ANAK ANAK KECIL INI- APABILA IBU BAPA ADA MASAALAH DALAM KELUARGA.SIASATAN HARUS JUGA KEPADA PELAKU YANG PUNYA PENGARUH

 



Harapnya ada juga peruntukan undang-undang bagi menghalang kanak-kanak yang mengaku dicabul tidak diugut oleh orang berkuasa atau disuap oleh orang berada untuk tarik balik pengakuan.

Kalau boleh lepas pengaduan dibuat, terus siasat tak kira sama ada tuduhan ditarik balik atau tidak. Kita tidak mahu jadi seperti suatu masa dahulu bila ada tuduhan terhadap orang berpengaruh, tiba-tiba pengadu boleh tarik balik tuduhan mereka.

Takut yang terima faedah si penjaga, tapi maruah pengadu yang tidak terbela. Sebab itu penting untuk setiap kes anak bawah umur, jangan henti siasatan walau mereka tarik balik aduan. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

ELOK KEMENTERIAN BAWA DIA NI MASUK KEMENTERIAN-SUPAYA ISU YANG BERPULOH TAHUN BERKAITAN DENGAN SUBJEK YANG BANYAK DAPAT DIA SELESAIKAN



Sebenarnya boleh tahan juga pencapaian Menteri Pendidikan yang baharu ini. Kalaulah kita hendak bandingkan dengan Radzi Jidin dari pada PN dulu, memang ibarat langit dan bumi. Fadhlina Sidek ni tampak lebih mendengar dan bertindak.

Tapi aku juga meletakkan isu silibus sekolah rendah sebagai pencapaian paling asas Menteri. Kalau isu ini berjaya diselesaikan, maka tanpa ragu, Fadhlina boleh diangkat sebagai Menteri Pendidikan terbaik untuk tempoh 30 tahun terakhir ini.

Namun aku yakin perkara ini perlukan lebih masa untuk dilakukan pembetulan. Tapi rasanya setahun sudah cukup untuk paling tidak, menteri tampil dengan dasar atau asas bagaimana pembetulan itu boleh dilakukan. Kita nantikan bersama. Guane boh?

Raja Gelap

 

SHAIDAN .....ELOK ULANG DILUAR DEWAN




Tahu menggelupur di Arau ni. Selama ni memang banyak kali PN buat fitnah konon kerajaan melalui KKD menghalang video atau live mereka di platform TikTok. Kali ni pun Shahidan buat tuduhan sama. Kata livenya dihentikan atas arahan kerajaan.

Sekali Timbalan Menteri cabar ulang kenyataan itu luar dewan supaya tindakan undang-undang dapat diambil, terus menggelupur. Tahu pula takut. Kalau yakin sangat, ulang sajalah luar dewan. Cakap di dewan setakat nak tunjuk berani ke penyokong je.

Sekarang Timbalan Menteri dah jelaskan. Jadi tak perlu ulang tuduhan yang sama. Kalau nak tuduh juga lagi, sebut secara jelas di luar dewan. Senang ambil tindakan undang-undang nanti. Kita tengok berani ke tidak orang tua ni. Guane boh?

Raja Gelap

 

SUARA RUNGUTAN YANG MULA MEMBAKAR SEKAM

 

Baru sahaja melepasi 100 hari Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan jalan perjuangan penuh berliku selama hampir 25 tahun untuk menggapai kejayaan itu, tempoh sekarang sepatutnya adalah bulan madu yang penuh dengan keceriaan dan bunga-bunga keindahan.

Tetapi, tidak begitu nampaknya dengan PKR yang sedang mengetuai kerajaan perpaduan ini.

Di media sosial, beberapa ahli PKR yang dulunya dikenali sebagai pejuang tegar dengan jiwa kental bersemangat lawan tetap lawan, kini ternampak mula berlainan nada setelah berjaya menjadi kerajaan.

Kenapa jadi begini?

Apa masalah mereka – tidak ditolong atau pemimpin yang sudah berjawatan enggan menolong?

Siapa yang membuatkan mereka kecewa?

Anwar sendiri atau menteri-menteri tertentu?

Berikut adalah antara luahan itu yang tentunya mengundang pelbagai persoalan:-

Di samping itu, melalui komunikasi langsung, sama ada bertemu sendiri dan berbual melalui telefon dengan sejumlah ahli dan pemimpin PKR sendiri, saya sendiri dapati nada mereka juga tidak jauh bezanya.

Mereka kini berterus-terang kecewa dan tawar hati terhadap Anwar serta tidak segan silu lagi bersuara, walhal dulunya dikenali sebagai penyokong tegar Presiden PKR itu.

Kenapa rungutan sedemikian tidak begitu terdengar di kalangan ahli parti lain, misalnya Amanah dan DAP, yang kini sama-sama berada dalam kerajaan?

Malah, ketika Pas menjadi kerajaan sebelum ini, rungutan kecewa dan tidak puas seperti itu hampir tiada sama sekali.

UMNO pula jangan kiralah, ia boleh dianggap parti yang berpijak di bumi nyata di mana bila ada kuasa, ahli parti, rakan seperjuangan dan mereka yang pernah berjasalah biasanya akan didahulukan untuk dipandang dan diberi keselesaan.

Memanglah bila menjadi kerajaan, pegang jawatan Perdana Menteri atau menteri, keutamaannya ialah memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Namun, ahli dan pemimpin parti yang selalu basah kuyup dan berada di barisan depan, jangan sesekali diabaikan.

Mengabaikan mereka bererti dengan sengaja menjemput ketempangan dalam gerakan perjuangan.

Kalau boleh ditolong melalui kuasa yang ada, asalkan bukan dengan cara salah guna kuasa, apa salahnya?

Melihat dan mendengar pelbagai rungutan itu yang makin ketara sejak kebelakangan ini, ternampak api dalam sekam sudah mula membakar perlahan-laham daripada dalam timbunan.

Jika ini tidak segera ditangani, bimbang nanti ada yang terkena api atau rumah yang dibina musnah terbakar sama sekali.

Entahlah…kenapa sehingga kini tiada siapa yang dilihat peduli atau mahu menangani rungutan itu, seterusnya berusaha menyelesaikannya?

Apakah mereka sudah cukup berpuas hati sekadar berjaya meletakkan PKR sebagai kerajaan, Anwar sebagai Perdana Menteri dan tidak peduli lagi kelangsungan selepas ini? – ShahbudinHusin 23/03/2023.


TIADA MONOPOLI UNTUK TOUCH N GO







Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan untuk mengadakan sistem pembayaran terbuka untuk pengangkutan awam dan tol di lebuh raya di Malaysia.

Ini sekaligus menamatkan monopoli touch n go (TNG) dalam sistem pembayaran tol di lebuh raya di Malaysia.

Malah pada Januari 2022 saya sendiri pernah menulis tentang RFID belum layak digunakan secara mandatori di lebuh raya. (Rujuk https://www.utusan.com.my/.../rfid-belum-layak-digunakan.../).

Saya sangat berharap agar teknologi yang bakal diperkenalkan benar - benar teruji dan bersedia untuk digunakan sebelum diperkenalkan kepada pengguna.

Kita tidak mahu kejadian lalu dan undur yang berlaku ketika RFID mula diperkenalkan akan berulang semula.

Apa yang penting, rakyat mendapat manfaat yang sewajarnya sesuai dengan cukai yang dibayar kepada kerajaan.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar

BBA (Hons) Transport UiTM

Mantan Penyelidik Malaysia Institute of Transport UiTM

23 Mac 2023

 

BOLEH KAH MALAYSIA KEMBALI MENJADI HARIMAU EKONOMI ASIA









NORMAN RADZUAN


MALAYSIA HARIMAU EKONOMI ASIA

Percayah Malaysia akan kembali mengaum

IKUT LOJIK AKAL ANWAR BUKAN PERDANA MENTERI

Mungkin ramai yg terkejut pengakuan Sultan Johor, Anwar Perdana Menteri terbaik berbanding Perdana Menteri2 sebelum ini.

Saya langsung tidak terkejut kerana kenyakinan saya Anwar adalah harapan rakyat Malaysia. Disebabkan itulah 25 tahun dahulu saya bersama ratusan ribu reformis turun ke jalan raya berjuang utk dirinya. Hinggakan saya disindir sebagai pentaksub Anwar.

Saya ingin bertanya adakah anda yakin Anwar akan menjadi PM? Saya berani katakan 80% penyokong mahupun pemimpin PH termasuk saya tidak yakin Anwar bakal jadi PM.

Ikut lojik akal mustahil kerana bukan sahaja undi Melayu tidak akn berpihak kpd PH, bahkan tradisinya Sarawak dan Sabah tidak menyokong Pakatan Harapan.

Saya hanya berharap keajaiban berlaku kerana saya percaya dgn ayat Kun Fayakun ( Jadilah maka jadilah ia). Tiada mustahil bagi Allah.

Jika kita bersendirian memikirkan kebesaran Allah.. bila Anwar menjadi PM sebenarnya Allah ingin memberitahu kita erti tawakal.

Kamu berusaha, berdoa, yakin dan berserah kpdNya… sesungguhnya Allah itu akn memberi kemenangan kpd kebenaran. Tidak ada siapa boleh menghalang kekuasaanNya.

Cuba anda bayangkan jika BN/UMNO menang 73 kerusi dan PAS 26 kerusi… nescaya PAS akan sujud kpd UMNO utk menubuhkan kerajaan. Tapi diterbalikkan PAS yg buat pertama kali mendapat lebih byk kerusi dari UMNO.

Hebatkan percaturanNya. Sungguh tidak masuk akal BN dan GPS akhirnya bersama sama membentuk kerajaan perpaduan utk menjadi Anwar sebagai PM.

Sekaligus menafikan kesombongan dan cercaan Muhyidin kpd Anwar ‘ Hoi PM tepi’!. 24 tahun Anwar diaibkan, difitnah dgn pelbagai hinaan… Mahathir, Najib dan Muhyiddin dgn segala kuasa yg ada cuba menghalang Anwar menjadi PM tapi bila Allah mengkehendakinya tiada siapa boleh menghalang.

———————————————————————————

Bila Sultan Johor memuji Anwar, bermakna baginda telah dpt menghidu Malaysia akn kembali gilang gemilang.

Ketika PH tumbang kerana Langkah Sheraton saya pernah menulis… kita dlm kerugian Anwar tidak menjadi PM kerana dialah satu2 pemimpin negara ketika ini yg mampu menyelamatkan Malaysia.

Saya juga pernah menulis hubungan Anwar dgn negara2 Arab sgt diperlukan negara utk memulihkan ekonomi. Kini negara kita bakal menerima berbillion pelaburan. Insyallah dlm tempoh 3 tahun ini kita akn dpt melihat sinar dan selepas itu Malaysia akn kembali mengaum.

Aura Anwar ke mana sahaja samada ketika beliau bersolat Jumaat, memasuki kampus, ke luar negara beliau sentiasa kerumuni pelbagai lapisan masyakat dunia.

Anwar adalah pemimpin yg ditunggu. Ada 3 sebab saya berkata demikian… Anwar adalah pemimpin yg akn menghapuskan rasuah, Anwar adalah pemimpin yg menyatukan perpaduan masyarakat Malaysia dan Anwar adalah pemimpin yg akn mengembalikan ekonomi negara kembali menjadi Malaysia Asian Tiger Economy.

 

Kerajaan cuba selesaikan projek sakit sesegera mungkin


 

Kerajaan cuba menyelesaikan projek perumahan sakit dengan beberapa kaedah.


Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir (PH - Johor Bahru) terdapat berpuluh puluh projek sakit yang sedang diselesaikan oleh kerajaan pada waktu ini.


"Sebanyak 47 projek dalam peringkat perancangan untuk mengenalpasti kaedah mekanisme untuk memulihkan projek tersebut melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama oleh pemaju penyelamat dan pembeli.


"Kedua, sebanyak 45 projek dalam peringkat sedang dipulihkan dan 23 projek berada dalam peringkat statik yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan


"Harga purata unit rumah yang dibeli dan harga unit rumah yanag dibina nilai Gross Development Value (GDV) dianggarkan RM7.6 bilion," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Chong Zhemin (PH - Kampar).


Tambah Akmal, kerajaan komited untuk mencari pendekatan yang berfokus dan berstrategi serta memberi impak yang positif bagi menyelesaikan isu projek sakit dan terbengkalai melalui penubuhan task force projek terbengkalai dengan menekankan 4 elemen utama, iaitu pengenalpastian, pengenalan, pencegahan dan cadangan model ke hadapan.


"Task force ini juga melakukan due dilegent bagi mengenai pasti cara terbaik menyelesaikan isu perumahan swasta yang terbengkalai yang kita tahu agak kompleks dan rumit.


"Dalam usaha memulihkan projek, KPKT menjadi mediator dan pemudah cara di atara pihak pemaju pemberi dan agensi pemegang taruh," katanya.


Dalam pada itu, Akmal berkata, KPKT sejak 2009 telah berjaya menyelesaikan 226 projek dengan melakukan beberapa cara, termasuklah menyiapkan rumah sehingga mendapat sijil layak diduduki (CF), penyelesaian pembeli dan pemaju di mana pemaju perlu bayar balik ke pembeli dan mengguna dana kerajaan untuk membangun insfrastruktur asas sehingga mendapat CF.

 


Melayu miskin kerana kekayaan negara dirompak kelompok elit


 

Ratib Melayu miskin, 'tidak jadi tuan dibumi sendiri', mengharapkan belas ihsan orang lain bukanlah berlaku kerana kaum itu malas berusaha atau ditindas oleh Kerajaan Perpaduan yang baru memerintah beberapa bulan.



Sebaliknya, menurut Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Kapten (B) Zulkifli Othman, kaum Melayu terpinggir kerana mereka dirompak sejak berdekad dekad lamanya oleh pemimpin yang khianat.



Katanya, oleh kerana banyak dana disakau atau dibawa lari keluar negara maka peruntukan khas untuk diagih agihkan kepada Bumiputera bagi meningkatkan pencapaian

ekonomi pun amat terbatas peruntukkannya.



Atas alasan keterbatasan itu, ujar Zulkifli, maka terdapat puak oligarki Melayu yang ketika ini cuba memainkan propaganda kononnya Melayu hilang punca kuasa dan ditindas oleh bukan Bumiputera di dalam sektor kerajaan dan ekonomi.



Kapten (B) Zulkifli Othman


"Hakikatnya, kekayaan Melayu itu banyak dimonopoli oleh kelompok elit yang bergelar konglomerat dan kleptokrat.


"Kesukaran kerajaan menurunkan harga barang hari ini pun kerana bebanan hutang terlampau tinggi yang dibuat oleh kelompok politik Melayu.


"Pada saya satu cara untuk kembalikan kekayaan rakyat ialah dengan cara kita semak semua akaun bekas Menteri dan Perdana Menteri. Sama ada dalam negara atau luar negara. Baru rakyat tahu kekayaan sebenar yang boleh diberi kepada semua rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.


Kepada pengikut pemimpin yang taksub memperjuangkan hak Melayu 'terhakis', Zulkifli menasihatkan mereka berfikir sejenak.


Katanya, pemimpin seperti Mahiaddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan sebagainya telah pernah menjadi Menteri selama berpuluh puluh tahun, namun mengapakah negeri lingkaran Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu masih miskin.


Oleh itu katanya, tibalah masa untuk orang Melayu bertukar parti pemerintah di peringkat negeri sekali pun dalam Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.


"Kita lihat negeri di bawah PN hari ini, negeri Melayu miskin. Apa yang perlu dibuat? Rakyat negeri ini kena ubah kepimpinan. Pemimpin mereka (PN) di Parlimen berkata kemiskinan tegar tidak boleh dinokhtahkan. Maka sebaiknya pemimpin itu yang dinokhtahkan


"Bagi saya, rakyat hari ini kena menempa kekayaan. Orang Melayu akan keluar dari kepompong penguasaan pemimpin Melayu rasuah dan tamak hanya setelah mereka berjaya


"Bila kita ada kekayaan barulah ada kuasa. Kalau pemimpin saja yang kaya maka orang Melayu akan terus tersepit selama lamanya," kata Zulkifli lagi.

 

APA YANG DIA CAKAP- KENA FAHAM DISEBALIKNYA- ITULAH MAHAZALIM.




Masa Ops Lalang, Mahathir kata bukan arahan dia tapi pihak polis walaupun waktu itu dia yang jadi PM dan digelar sebagai diktator.

Tapi hari ini bila Proklamasi yang dia nak buat tu dibatalkan, sedap pulak dia tuduh kerajaan masuk campur tanpa ada sebarang bukti.

Mahathir ni, makin kerap dia bersuara, makin jelas sifatnya yang suka menipunya. Rakyat dah cerdik. Maklumat di hujung jari. Berhentilah menipu dan belitkan fakta. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

RENTASAN 1336 | GEMPAR!! KINI AKTIVIS PRO-PN 'CARI PASAL' DENGAN PDRM?


MENARIK DALAM RENTASAN 1336
1. KINI POLIS MENJADI MANGSA FITNAH 2. HADI SEDANG PERKUKUH FAHAMAN BERCITRA KHAWARIJ 3. MANIKAM SUDAH MENJADI SEKAM




SAYA TAK PERNAH HALANG DEMONTRASI.










Tak pernah halang demonstrasi?

Saksi hidup ramai. Mangsa kezaliman Mahathir tak lupa rasa dimandikan air kimia dan disembur gas pemedih mata.

Ramai yang ditahan di bawah ISA dan dicuci otak mereka. Aku pun ada beberapa kawan yang hilang secara tiba-tiba..

Ooh... Itu kerja polis. Bukan PM yang suruh. Sudah la nyang oi. Dalam sejarah Malaysia, tiada makhluk sekejam Mahathir.

Aku yakin Proklamasi tu dia sendiri yang batalkan. Sengaja dia buat supaya boleh tuduh DS Anwar zalim. Guane boh?

Raja Gelap

 


DULU TUANKU SALAH PERCAYAKAN YANG LAIN




Hubungan Kerajaan Persekutuan pimpinan DS Anwar dengan Sultan Johor lebih baik berbanding PM-PM sebelumnya, menurut Sultan Johor sendiri.

Rasanya ada yang suka rela nak makan racun tikus terbaca berita ini. Mereka berusaha keras hendak jatuhkan DS Anwar tapi nampaknya Sultan sendiri pun menghargai kepimpinan DS Anwar.

Manakan tidak. Masa Mahathir jadi PM dulu, dia sibuk nak hapus kuasa sultan. Masa Mahiaddin pula, dia sibuk derhaka. Malah kenyataannya selalu bercanggah dengan istana.

Tapi DS Anwar seorang yang berdiplomasi. Beliau seorang yang beradab dan menjunjung tinggi budaya orang Melayu. Tanpa perlu menjual jenama Melayu, DS Anwar tetap menjaga adab Melayu yang menghormati para Sultan dan Raja Melayu.

Alhamdulillah. Aku yakin DS Anwar orang paling tepat menjaga Malaysia dan aku yakin negara ini akan kembali ke landasan sebenar tak berapa lama lagi di bawah kepimpinan beliau. Guane boh?

Raja Gelap

 

AJER GAMPANG

 

Kerajaan pusat di bawah pentadbiran sdra Anwar Ibrahim di saran pertimbangkan kerugian hutang RM60juta atas kegagalan kerajaan lebai kelarah pas Kelantan buat projek lebuhraya rakyat ?

Cina Guan Eng beri RM400juta tahun 2020, puak lebai tu pi penaik gaji RM5000 & kereta mercedis setiap sekoq. Tak cukup naik gaji, beri pula imbuhan bonus RM50000.00 setiap exco Kelantan.

Tahun ini, bulan Februari lepas naik gaji RM5000 setiap sekoq. Naik bukan sikit2, terus naik mendadak.

Setiap 3 tahun sekali, gaji naik RM5000!

Buat highway di Kelantan sampai kena saman dgn pihak kontraktor. Kemudian tak bayar kontraktor yg buat jalan dgn kos RM60juta.

Lani, nak suruh Anwar tanggung hutang yg lebai buat RM60 juta ? Senangnya hidup lebai mangkuk tu semua...rasmi pecah tanah dialah nombor wahid. Gebang ja lebih, hutang kontraktor tak bayar...dia suruh org lain pula bayarkan.

#ajergampang

#lebaianimalplanet

 GINO MAEVELA