Hubungan Kerajaan Persekutuan pimpinan DS Anwar dengan Sultan
Johor lebih baik berbanding PM-PM sebelumnya, menurut Sultan Johor sendiri.
Rasanya ada yang suka rela nak makan racun tikus terbaca berita
ini. Mereka berusaha keras hendak jatuhkan DS Anwar tapi nampaknya Sultan
sendiri pun menghargai kepimpinan DS Anwar.
Manakan tidak. Masa Mahathir jadi PM dulu, dia sibuk nak hapus
kuasa sultan. Masa Mahiaddin pula, dia sibuk derhaka. Malah kenyataannya selalu
bercanggah dengan istana.
Tapi DS Anwar seorang yang berdiplomasi. Beliau seorang yang
beradab dan menjunjung tinggi budaya orang Melayu. Tanpa perlu menjual jenama
Melayu, DS Anwar tetap menjaga adab Melayu yang menghormati para Sultan dan
Raja Melayu.
Alhamdulillah. Aku yakin DS Anwar orang paling tepat menjaga
Malaysia dan aku yakin negara ini akan kembali ke landasan sebenar tak berapa
lama lagi di bawah kepimpinan beliau. Guane boh?