Tahu menggelupur di Arau ni. Selama ni memang banyak kali PN
buat fitnah konon kerajaan melalui KKD menghalang video atau live mereka di
platform TikTok. Kali ni pun Shahidan buat tuduhan sama. Kata livenya
dihentikan atas arahan kerajaan.
Sekali Timbalan Menteri cabar ulang kenyataan itu luar dewan
supaya tindakan undang-undang dapat diambil, terus menggelupur. Tahu pula
takut. Kalau yakin sangat, ulang sajalah luar dewan. Cakap di dewan setakat nak
tunjuk berani ke penyokong je.
Sekarang Timbalan Menteri dah jelaskan. Jadi tak perlu ulang
tuduhan yang sama. Kalau nak tuduh juga lagi, sebut secara jelas di luar dewan.
Senang ambil tindakan undang-undang nanti. Kita tengok berani ke tidak orang
tua ni. Guane boh?