TIDAK RASMI: BN menang di Tioman
PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman.
Keputusan itu menyaksikan Johari yang juga penyandang tiga penggal mempertahankan kerusi berkenaan sekaligus mengekalkan status quo BN di DUN berkenaan.
Setakat jam 4 petang SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 54%.
Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang calon Bebas.
Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).
Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.
INI MAKAN DIA.ANWAR SAMAN MAHIADDIN
Mohd Mukhlis Mohd Syarif
Ini aje makanan dia, padahal Faekah sendiri dah nafi Anwar dapat 15 juta, hansard DUN pun ada. Betul lah geng Pemfitnah Nasional ini tak reti nak tabayyun.
JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ANWAR, PARA MENTERI HARUS SAMA PANTAS SEPERTINYA
Anwar Ibrahim sudah berusia 75 tahun, tetapi tenaga dan kecergasannya seperti tidak pernah tua.
Melihatnya berjalan saja pun sudah ternampak aura segar dan cergas beliau di sebalik usianya yang bukan lagi muda itu.
Ketika kempen PRU15 baru-baru ini, setiap hari beliau berkempen dengan berada di negeri yang berbeza untuk menghadiri tujuh sehingga lapan program sehari.
Selain beramah mesra dengan rakyat yang menunggu kehadirannya, Anwar juga akan berucap antara 20 minit hingga setengah jam di setiap program yang dihadirinya itu.
Bayangkan dalam tempoh lebih tiga minggu sebelum tarikh mengundi pada 19 Disember lalu, itulah rutin Anwar setiap hari, tanpa rehat dan tanpa ada cuti.
Siapa di kalangan kita yang seusia dengannya mampu berbuat begitu?
Sebaik mengangkat sumpah pada 24 Disember lalu dan mula bertugas sebagai Perdana Menteri pula, sekali lagi Anwar memperlihatkan tenaga yang dimilikinya memang tidak pernah tua.
Berada di pejabat dengan pelbagai urusan, bertemu pegawai dan tetamu yang ingin berjumpa dengannya, selain bermesyuarat, Anwar juga sempat berkejar ke beberapa istana kerana ada titah mengadap yang perlu dipatuhinya.
Selepas bermesyuarat atau berjumpa pegawai kakitangan Kementerian Kewangan, Anwar kemudiannya tetap sopan dan santai menemui wartawan yang sedang menunggu untuk memberi laporan, bukan keluar ikut pintu belakang kerana takut kepada soalan atau berani hanya dengan memberi perutusan.
Kesimpulan mudah daripada apa yang terpamer itu, Anwar tidak main-main dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebagai Perdana Menteri.
Menyedari keadaan negara yang rosak di sana sini dan banyak kerja perlu dilakukan untuk memperbaikinya, Anwar seperti sedang berkejar dengan masa yang tetap 24 jam setiap hari dalam tugas serta tanggungjawab yang ingin dilakukannya.
Di samping harapan rakyat menggunung tinggi kepadanya, di waktu yang sama, serangan mereka yang dengki dan ingin menjatuhkannya tidak sama sekali pernah berhenti.
Maka, agak difahami jika beliau seperti “lipas kudung” bekerja sekarang ini, sambil tidak lupa menepis dan membuat serangan kepada musuh yang menanti.
Dalam hal ini dan untuk memastikan apa yang dilakukan Anwar sebagai Perdana Menteri menemui kejayaan, adalah penting untuk para menteri kabinet terutamanya, agar turut sama bergerak pantas dan ligat bekerja sepertinya.
Para menteri tidak boleh lagi sambil lewa, lembab dan perlahan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab seharian kerana apa yang rakyat mahu lihat sekarang ialah hasil dan manfaat untuk mereka.
Tugas rakyat mengundi untuk memilih kerajaan sudah pun selesai dan kini giliran kerajaan yang dipilih untuk menunaikan segala janji dan manifesto yang dibentangkan sewaktu berkempen dahulu pula mengambil gilirannya.
Jika Perdana Menteri minta selesaikan dengan segera isu harga telur misalnya, janganlah bila pengumumman dibuat, benda lain yang diumumkan.
Kalau mengadakan sidang media, menteri hendaklah serius dan memberi sepenuh perhatian, janganlah sambil itu tiba-tiba nak seluk poket mengambil telefon untuk menjawab panggilan.
Awak itu menteri, berilah pegawai saja jawab panggilan telefon ketika mengadakan sidang media.
Lainlah dengan Anwar, yang menelefonnya ketika beliau mengadakan sidang media ialah Presiden Turki, itu sudah pastilah beliau perlu menjawabnya.
Tapi siapa yang menelefon menteri berkenaan ketika beliau mengadakan sidang medianya itu?
Tolonglah, jangan bagi malu, jangan lembab dan jangan banyak sangat syok sendiri dapat jadi menteri.
Anwar sebagai Perdana Menteri yang cergas, rajin serta ligat bekerja tidak akan memberi apa-apa makna kepada rakyat jika beliau tidak mendapat bantuan daripada menteri-menterinya sendiri yang menampakkan sikap lembab serta perlahan dalam bekerja.
Menteri-menteri harus sama seiring, sehayun dan selangkah dengan iltizam Perdana Menteri yang ingin bekerja keras, ligat dan membuang jauh-jauh rasa penat dalam dirinya.
Sebagai permulaan, bolehkah mulai sekarang para menteri mula berjalan laju sikit sebagaimana pantasnya Anwar melangkah? – Shahbudinahusin 07/12/2022.
BEBERAPA CADANGAN DARI RAKYAT MENGENAI HARGA BARANG-ZAMAN DAH MAJU JANGAN PAKAI KUPON
HARGA BARANG
Saya ambil peluang buat posting hari ini. Sementara tunggu
babies bangun. Saya tengah #puasapolitik
sebulan. Jadi posting ini mengenai polisi dan cadangan #binanegara
dari pandangan marhein seperti saya.
PM kita bagi 2 minggu tempoh kepada penjawat awam. Untuk bagi
cadangan turunkan harga barang. Dah nak habis tempoh dah. Makanya, ini beberapa
cadangan untuk dipertimbang:
1. Subsidi tersasar untuk barangan subsidi, please jangan saja
kira keluarga B40 pakai gaji ibubapa serumah. Boleh masukkan juga:
- keluarga bottom M40 yang punya tanggungan ramai, sama ada anak
atau ibu bapa tua. Kalau gaji sederhana pun, tanggungan tinggi, boleh tergolong
dalam B40 juga.
- Miskin bandar yang mungkin terkeluar dari definisi B40 biasa.
- Pelajar universiti M40 dan B40. Mereka perlukan bantuan sama.
2. Jangan la pakai kupon subsidi macam zaman 90an. Kertas kecik
yang senang hilang. Zaman dah ada IoT dan Big data. Pakai lah microchip di IC
kita. Atau e-sistem khusus untuk uruskan. Kita banyak orang muda yang boleh
bangunkan. Buat pertandingan. Award pada mereka yang layak, bukan bagi kroni
pula.
3. Lebihan dari penjimatan subsidi tersasar kalau boleh
dimasukkan di bawah Dana baru, dibawah MOF. Khusus untuk stabilkan harga barang
keperluan bila stok barang kurang. Boleh juga guna duit tu untuk buat Stok
Penimbal barang2 yang dijangka ada isu setiap musim. Kita bersedia awal. Tak
susahkan rakyat. Panggil la Dana tu Dana Makanan Rakyat ke apa. Janji Kerajaan
put aside duit untuknya.
4. Jangan perkenalkan GST dulu. Itu punca inflasi naik tahun
2016-2018. Tunggu sampai rakyat sedikit ok dah tidak terbeban. Kerajaan carilah
punca pendapatan lain. Naikkan tax golongan kapitalis dan kayangan ke. Mereka
tengah recession pun buat duit.
5. Kartel barang hanya boleh ditangani melalui Akta Persaingan.
Tapi Suruhanjaya Persaingan kita kecil dan tak berapa upaya dari segi
penyiasatan dan penguatkuasaan. Lebih afdal MyCC ni diletakkan terus di bawah
PMO seperti Singapura, Filipina dan Amerika. Perkasakan mereka dengan kuasa
lebih luas dan besar. Boleh lawan kartel yang ada.
6. Penguatkuasa KPDN juga seringkali terbeban. Kerja hakiki kena
kuat kuasa undang2. Tapi banyak terbeban dengan kerja pentadbiran Kementerian.
Patutnya dah lama Penguatkuasa KPDN jadi Jabatan. Pohon pertimbangkan. Makanya,
mereka boleh fokus kerja buat penguatkuasaan.
7. Control Supplies Act 1961 kena up to date. Dah lama sangat
tu. Kena rombak besar2an, buat Akta yang setara dengan zaman. Akta Persaingan
2010 perlu juga dilihat semula segera. Sudah lebih 10 tahun. Prinsipal undang2
Persaingan ini cepat berubah. Perlu selalu diperkasa.
8. Import barang melalui AP pun kena disemak. Dasar open trade
kita tak seharusnya semua. Ni sampai 65% makanan kita diimport. Sangat bahaya.
Untuk food security perlu ada infant industry yang kita jaga dan polisi
perlindungan. Perkasakan peniaga dan petani tempatan. Itu yang dibuat oleh
negara maju pun selama ini.
8A. Malaysia kena fokus kembali menjadi negara pertanian moden
dan perindustrian. Bukan hanya semata Perdagangan transit tanpa barangan
sendiri. Itu lambat laun akan harakiri. Kena ingat lanskap ekonomi kita bukan
macam Singapura. Kenapa perlu kita jadi seperti mereka?
9. Cerita nak kawal harga ni bukan hanya kerja satu Kementerian.
Banyak Kementerian: KPDNKSH, MAFI, MITI, dan pelbagai agensi. Perlu lebih
senergi. Mungkin PM atau wakil boleh Pengerusi. Dan kena selalu bersidang.
Kalau boleh lantik Pengerusi alternatif yang betul2 faham. Takut PM pun busy
memanjang.
Itu cadangan rakyat marhein seperti saya. Cadangan perubahan
dari segi polisi, undang2 dan struktural. Yang sempat saya pikir dan ingat.
Mungkin ada ramai di kalangan kita terpikir benda yang sama. Mungkin dah masuk
dalam cadangan Jawatankuasa.
Macam mana pun, semangat bina negara ni, tak boleh dimonopoli
sesetengah pihak. Semua ada tanggungjawab, kita boleh bina negara sama2.
Harap2 inner circle Menteri dan penjawat awam yang ada, boleh la
panjangkan kepada mereka yang berkuasa. Kadang cadangan2 rakyat biasa boleh
juga diperguna.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
KALAU DIJUMLAH MEMANG BANYAK
Ok, kalau bukan hasil judi pun, RM50k tu banyak tu. Jumlah
kerusi yang ditandingi pun banyak. 169 parlimen dan 116 DUN. Total 285. Jumlah
besar peruntukan PN adalah RM14.25 juta!
Mana dapat duit banyak tu? Bersatu parti setahun jagung. Gerakan
pula parti tinggal rangka. Dua-dua parti ni ahlinya berapa orang saja? Ahli PAS
pun berapa juta nak kata sumbangan ahli?
Kalau sumbangan syarikat korporat, kena check la syarikat mana.
Apa hubungan dan kenapa berikan sumbangan. Ini penting kerana kita tak mahu
parti politik janjikan kontrak sebagai balasan kepada sumbangan itu. Guane boh?
SATU DAH KELUAR MENINGGALKAN PN
IBRAHIM MAT ISA
Teringat lagu sepuluh budak hitam.
Satu sudah keluar meninggalkan gerombolan pengkhianat tebuk atap
(PN). Syabas kepada presidennya Dr Jeffery Kitingan
DELIGASI TURKI KUNJUNGI ANWAR
Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala
Lumpur. InshaAllah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki
terus dipererat.
HANTARAN DI MEDIA SOSIAL PALSU
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menegaskan bahawa
hantaran yang tular di media sosial adalah maklumat palsu yang dibuat daripada
akaun satira Perdana Menteri.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali
berkata orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang
maklumat yang tidak pasti atau palsu.
ADA BANYAK LAGI ORANG SEPERTI CIKGU SABARUDDIN
IBRAHIM MAT ISA
Sabaruddin tukang kasut
itu cerita filem. Tapi kalau Sabaruddin seorang cikgu setiap hari menebar
kebencian terhadap kerajaan melalui media membawa maksud dia juga menyemai
benih kebencian tersebut kepada murid di sekolah.
KAH..KAH..KAH W0IIII- MASA 33 BULAN ADA PH BAGI SYARAT...BETUL KAH DI KELANTAN TERENGGANU KEDAH TAK ADA ?NO EKOQ HARAM BELAMBAK WOIII
PAS saran negeri kerajaan perpaduan haram judi.
PETALING JAYA: PAS menyarankan negeri ditadbir kerajaan perpaduan mengharamkan aktiviti perjudian di negeri masing-masing seperti dilakukan negeri bawah pentadbiran parti itu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata amat baik jika isu itu diselesaikan dengan setiap negeri Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengikut jejak langkah negeri PAS-Perikatan Nasional yang mengharamkan terus penggunaan premis untuk kegiatan judi.
Katanya, usaha itu pasti akan menarik sokongan lebih tinggi pengundi Melayu-Islam kepada kerajaan.
“Malah, PAS juga menawarkan diri membantu negeri ditadbir PH dalam kaedah pelaksanaan polisi pengharaman judi seperti dilaksanakan di negeri bawah pentadbiran PAS-PN,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu menyusul pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bilangan cabutan khas judi akan dikurangkan kepada lapan kali daripada 22 kali setahun bermula tahun depan.
Idris berkata, pengumuman Anwar kelihatan cuba untuk menyasarkan tarikan serta menjadi relevan dalam kalangan umat Melayu-Islam di Malaysia.
“Berdasarkan analisis dikeluarkan Bridget Welsh, PAS bersama PN mendapat undi majoriti Melayu dengan 54%. Sedangkan PH hanya meraih 11% sahaja undi Melayu di seluruh negara,” katanya.
Katanya, isu judi sangat menyentuh sensitiviti orang Melayu dan umat Islam kerana kegiatan itu merupakan dosa besar.
Mengulas dakwaan Anwar bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian, Idris berkata ia perlu dilihat pada mesej utamanya iaitu keuntungan diperoleh oleh tauke judi begitu tinggi sehingga mereka mampu menaja parti politik.
Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian dan diselidiki secara serius.
“Malah ini bukan sesuatu perkara yang baru. S Nallakaruppan yang merupakan bekas pengarah Magnum pernah mendakwa telah memberi sokongan kepada Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini,” katanya.
Anwar, Ismail bertemu di Perdana Putra
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob buat pertama kalinya secara rasmi selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10.
Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini.
“Mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail di Putrajaya hari ini. Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.
“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” kata Anwar di Facebook.
BN sebelum PRU15 mencalonkan Ismail sebagai “poster boy” jika gabungan itu menang pilihan raya.
Bagaimanapun keputusan PRU15 menyaksikan BN hanya menang 30 kerusi Parlimen keputusan terburuk gabungan itu selepas keputusan dicatatkan PRU14.
USAI PRU 15, GELOMBANG PERPADUAN LANDA NEGARA
Usai PRU 15, gelombang perpaduan landa negara
Pasca Pilihan Raya Umum ke 15 rakyat perlu melupakan tsunami Melayu pada 19 November tetapi berlapang dada terhadap gelombang perpaduan seluruh negara.
Hal ini ditegaskan oleh Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ceramah selera petang bersama masyarakat Padang Serai semalam.
Katanya, parti parti politik selepas 19 November telah mengambil persetujuan mengetepikan ideologi masing masing untuk berpadu membentuk Kerajaan Perpaduan bagi membina Malaysia yang lebih baik
“Maknanya kalau PN tambah satu lagi, dia tak jadi apa apa. Lebih baik orang Padang Serai gabung dengan 148 kerusi jadi 149.
“Kerana apa, kerana gelombang selepas PRU 15 saya panggil gelombang untuk perpaduan. Kalau Padang Serai tak mahu bersama, mereka akan tertinggal kerana arus di seluruh Malaysia adalah gabungan rakan rakan yang mahu mara ke depan,” katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil Padang Serai.
Tegas Menteri Besar Selangor itu, selepas PRU 15 rakyat mahukan kestabilan politik. Begitu juga BN dan parti parti di Malaysia Timur secara umumnya.
“Maksudnya mood dan sentimen dalam negara kita masing masing nak jalan tugas, tubuh satu persepakatan, semua berpakat. Inilah kebijaksanaan Agong bila nampak tak selepas bentuk kerajaan.
“Tetapi bagi PN sejak malam keputusuan PRU lagi mereka dah kata tak nak PH. Sedangkan apa masalah negara kita. Iaitu ketidakstabilan politik, menlompat tinggalkan PH, bentuk kerajaan baru PN + BN jatuh, BN + PN, pilihan raya awal.
“Malangnya bila PN dapat tawaran tubuh Kerjaaan Perpaduan dia tak mahu ikut, sedangkan tema mereka bersih dan stabil. Stabil apa?
“Akhirnya PH lupakan persengketaan lepas dan maju ke depan. Sekarang gabungan kerajaan perpaduan ini ada 148 dari pelbagai parti. Kita dapat 2/3 di parlimen,” katanya.
Amirudin juga menyelar PN yang sering mempertikai tindakan PH bersama BN membentuk kerajaan. Sedangkan, katanya, mereka terlebih dahulu bersama Umno BN 4 tahun lalu dan tidak pula jadi isu.
KERAJAAN PUSAT LUAR TABII, KERAJAAN KEDAH ‘PINTU BELAKANG’
Kerajaan pusat luar tabii, kerajaan Kedah ‘pintu belakang’
Ungkapan Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menghina penubuhan Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional sebagai luar tabii boleh dianggap seperti pepatah meludah ke langit dan terkena kepada Kerajaan Negeri Kedah yang beliau tadbir.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari, sekurang kurangnya Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan cara rundingan yang menjadi amalan di mana mana negara apabila tiada parti yang mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya.
Sebaliknya kerajaan PN Kedah pula, katanya ditubuhkan secara ‘pintu belakang’.
“Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Kedah, Datuk Sanusi Md Nor yang mencerca Kerajaan Persekutuan sebagai kerajaan luar tabii telah mencemar kewibawaan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
“Beliau lupa bahawa beliau sendiri telah bertindak di luar tabii demokrasi, membelakangkan semangat Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan mengkhianati mandat rakyat dengan menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional Kedah.
“Ibarat ayam berkokok, ekor bergelumang tahi, Sanusi harus sedar bahawa rakyat tidak akan sesekali melupakan kerajaan PN didirikan oleh ADUN-ADUN dan Ahli-ahli Parlimen yang bertindak di luar tabii demokrasi dengan mengkhianati mandat diberikan kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya.
Tegas Dr Taufiq, Sanusi tiada asas moral untuk menyatakan PN lebih layak memerintah berbanding Kerajaan Perpaduan yang dibentuk kerana mereka berkempen dengan cara yang melanggar etika berpolitik, membangkitkan isu perkauman dan hasutan agama yang melampau.
Katanya, Sanusi wajar menarik balik tuduhan kerajaan luar tabii tersebut kerana telah menyingung kuasa PM dalam berunding dan membentuk kerajaan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan dibentuk dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Cercaan “Kerajaan Luar Tabii” itu telah menyinggung kuasa melantik Perdana Menteri untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Ketua Utama Negara.
“Jadi hentikanlah politik cerca dan fitnah. Sekarang adalah masa untuk semua pihak mengutamakan kestabilan politik negara, memulihkan ekonomi tanah air dan mengembalikan keharmonian di dalam masyarakat,” katanya lagi.
Sebelum ini, dalam kempen Pilihan Raya Kecil Padang Serai, calon PN Datuk Azman Nasrudin telah memperlekeh Kerajaan Perpaduan dengan perumpamaan sebagai ‘kerajaan zina’ yang menunjukkan betapa cemarnya akhlak pemimpin politik PN.
MGNews : KDN Akan Siasat Kenyataan MB Kedah
Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seolah-olah memberikan bayangan bahawa pengundi sama ada PRU15 telah diberi ganjaran atas undi mereka akan disiasat.
BANGGANG TAK HABIS
JAMZURI ARDANI
Orang PAS kena faham.
Judi ni dah lama kerajaan haramkan untuk orang Islam. Isunya sekarang ialah
kawalan judi untuk warga non-muslim.
Kelantan dan
Terengganu tidak punya bilangan warga non-muslim yang signifikan.
Menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai model untuk Malaysia adalah salah.
Bangang tak habis lebai nih. Masa parti lebai jadi kerajaan awat hangpa tak hapuskan hanat!
MASA KO JADI KERAJAAN 33 BULAN SEPATAH HARAM SUARA KO TAK KELUAR.
MOHD AFFENDI ABAS
Masa jadi Kerajaan 33 bulan... Sepatah haram pun x berbunyik!
Sekarang?
AKU TAK TAHU LAH LAMA MANA LAGI KDN NAK SEMAK DAN LIHAT BENDA NI .
Nampaknya parti ana
amat memerlukan peristiwa 13 Mei untuk bangkit. Bila orang kata parti ana mahu
cetus huru hara ramai dalam parti ana yang melenting pula.