Anwar, Ismail bertemu di Perdana Putra


Anwar Ibrahim dan Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan di Perdana Putra hari ini (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob buat pertama kalinya secara rasmi selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10.

Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini.

“Mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail di Putrajaya hari ini. Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” kata Anwar di Facebook.

BN sebelum PRU15 mencalonkan Ismail sebagai “poster boy” jika gabungan itu menang pilihan raya.

Bagaimanapun keputusan PRU15 menyaksikan BN hanya menang 30 kerusi Parlimen keputusan terburuk gabungan itu selepas keputusan dicatatkan PRU14.