Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
JADUAL CERAMAH MEGA AYUH MALAYSIA KITA BOLEH
Saya ingin mengumumkan Ceramah Mega Ayuh Malaysia Kita Boleh
akan diadakan di 9 tempat-tempat utama di seluruh negara bermula hari Sabtu ini
sejurus selepas penamaan calon.
Saya menjemput semua rakyat di kawasan-kawasan berikut untuk
turun beramai-ramai untuk mendengar penerangan kami atas isu-isu semasa kita
sebagai rakyat Malaysia serta perancangan kami untuk menghadapinya.
JADUAL CERAMAH MEGA AYUH MALAYSIA KITA BOLEH
5 Nov 2022, Sabtu
-Padang Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah
https://maps.app.goo.gl/PHTXi4wuuvLrbaHJA?g_st=iw
-Dataran Padang Awam Felda Trolak Selatan, Sungkai
https://maps.app.goo.gl/GHEQWuaPMgGZ3jXs9?g_st=iw
6 Nov 2022, Ahad
Tapak Parkir Jalan Seri Setali, Indera Mahkota
https://goo.gl/maps/tTDxwcBZUpr9UsEN9
8 Nov 2022, Selasa
Tapak Parkir Pejabat Parlimen Tangga Batu, Melaka
https://goo.gl/maps/6sXPqwPztX8iEFE7A
11 Nov 2022, Jumaat
Yuan Chang Kopitiam, Jalan Gambir 4, Bukit Gambir
https://maps.app.goo.gl/Dr44Kq9Kvp4TJoUx6?g_st=iw
Taman Guar Perahu, Penanti
https://maps.google.com/?q=5.427557,100.469063
12 Nov 2022, Sabtu
Padang Dataran Rembau, Chembong
https://goo.gl/maps/MCLwfSKbDbNuyZxZ6
Jalan Cempaka Harum 1, Banting
https://goo.gl/maps/LpD6NFmb5o2FY3qN8
14 Nov 2022, Isnin
Padang Awam Taman Bandar Baru, Sg Lalang Merbok
https://maps.google.com/?q=5.708855,100.534805
15 Nov 2022, Selasa
Tapak Parkir Flat Danau Kota, Wilayah
https://goo.gl/maps/Le7E55Pwm7TvdaXZ9
16 Nov 2022
Jalan Dataran Larkin 3, Johor Bahru
https://goo.gl/maps/2HRfZYSaZnNWUExB6
17 Nov 2022
Taman Perpaduan, Tambun
Sejak reformasi tercetus 1998 dahulu, setiap PRU telah berjaya
mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat.
Ayuh Malaysia, kita boleh.
#AyuhMalaysia #KitaBoleh #IniUsahaKita
PENDEDAHAN MINGGU DEPAN PN/BN SAPU SAMA SAJA
Perikatan Nasional (PAS & BERSATU) kini cuba menjenamakan
gabungan mereka sebagai bersih dari rasuah.
Kononnya UMNO/BN telah rosak akibat rasuah dan PKR/PH pula akan
menyebabkan Melayu hilang kuasa kerana ada DAP.
Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “those who live in a glass
house should not throw stones”. Maksudnya kalau kita pun banyak kayap, jangan
bising pasal kayap orang lain.
Bila kempen bermula secara rasmi esok, saya akan usahakan
bukti-bukti untuk meyakinkan pengundi-pengundi (terutamanya Melayu) bahawa PN
ini hanyalah serpihan UMNO yang mabuk kuasa. Rekod 33 bulan mereka bersama
kerajaan juga buruk dalam bab-bab tata kelola kewangan negara.
Saya yakin banyak penyokong UMNO/BN yang akan setuju dengan
saya.
Tunggu sidang media mingguan saya hari Isnin, 7 November 2022
mengenai perkara ini.
Dalam nada Zahid Hamidi, “PN/Muhyiddin, you are next”.
PAHANG OWH PAHANG- BIASA YANG CERDIK NI TIDAK DIUNDI......PILIH KATI BAGHDAD JUGA.NAK BERUBAH NI KAWASAN BANDAR SAHAJA
SENARAI PENUH CALON KEADILAN MEWAKILI PAKATAN HARAPAN NEGERI
PAHANG (PRU15)
Berikut adalah calon-calon Keadilan yang mewakili Pakatan
Harapan bagi kawasan Parlimen dan Dun yang telah menerima watikah untuk
bertanding di dalam PRU15:
PARLIMEN
1. P 081 Jerantut - Prof Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan.
2. P 082 Indera Mahkota - Haji Zuraidi bin Ismail
3. P 083 Kuantan - Hajjah Fuziah bin Salleh
4. P 085 Pekan - Haji Mohd Naim bin Zainal Abidin
5. P 090 Bera - Haji Abas bin Awang
6. P 091 Rompin - Erman Shah bin Jaios
DUN
1. N 02 Jelai - Ismail bin Mohd Hussin
2. N 04 Cheka - Prof Madya Dr Rasid bin Muhamad
3. N 05 Benta -Rizal bin Jamin
4. N 06 Batu Talam - Shahuddin bin Abdul Rahman
5. N 10 Damak - Mohamad Rafly bin Mohd Satar
6. N 13 Semambu - Chan Chun Kuang
7. N 14 Teruntum - Sim Choon Siang
8. N 16 Inderapura - Fakhrul Anuar bin Zulkawi
9. N 17 Sungai Lembing - Dato Seri Ahmad bin Omar
10. N 19 Panching - Haslindalina binti Hashim
11. N 23 Chini - Mohamad Yazid bin Che Mat
12. N 24 Luit - Mohd Afandi bin Abd Rani
13. N 25 Kuala Sentul - Amran bin Tahir
14. N 27 Jenderak - Mohamad Hafez bin Harun
15. N 31 Lanchang - Rosli bin Ismail @ Ahmad
14. N 39 Kemayan - Manolan bin Mohamad- TIDAK DAPAT BERTANDING
15. N 40 Bukit Ibam - Barirah binti Mohd Makhtar
16. N 41 Muadzam Shah - Norlaily binti Forizad
Keadilan Pahang telah diperuntukan 6 kerusi Parlimen dan 16
kerusi Dun bagi menghadapi PRU15 pada 19 November ini nanti. Seramai 17 muka
baru telah diketengahkan bagi kedua-dua kerusi Parlimen dan Dun. Penyandang
kerusi Parlimen Kuantan sebelum ini, Hajjah Fuziah Salleh dikekalkan untuk
mempertahankan kerusi tersebut. Kerusi Parlimen Indera Mahkota yang dimenangi
pada PRU14 yang lalu tetapi penyandangnya Saifuddin Abdullah telah khianat
kepada mandat rakyat sekaligus terlibat menjatuhkan kerajaan PH di Putrajaya
bakal berdepan dengan muka baru iaitu Tuan Haji Zuraidi bin Ismail di parlimen
tersebut.
Manakala dikerusi Dun pula, penyandang Dun Teruntum sebelum ini,
Sdr Sim Choon Siang akan mempertahankan kerusi tersebut. Dun Semambu yang
sebelum ini diwakili oleh Sdr Lee Chean Chung akan diganti dengan muka baru
seorang anak muda Ketua AMK Pahang iaitu Sdr Chan Chun Kuang. Sdr Lee Chean
Chung pula akan menerokai kawasan baru di Parlimen Petaling Jaya, Selangor.
Keadilan Pahang yakin pada PRU15 kali ini, Pakatan Harapan mampu
membuat kejutan dengan gabungan lama dan baru termasuk golongan profesional.
SELAMAT BERTANDING. KITA BOLEH!!
WFAUZDIN NS
WALAUNTIT CUBA MENEGAK BENANG YANG BASAH
Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak petang semalam, saya dihubungi oleh
rakan-rakan yang bertanya mengenai video TikTok berkenaan Tabung Haji.
Ada yang mengecam, mengatakan saya memfitnah
PH, terciduk dan pelbagai dakwaan lagi.
Di media sosial saya dikerumuni dengan
komen-komen 'Palatau'.
Tambah menarik, seorang calon PH siap
menambah perisa dengan cerita rekaan katanya saya pernah padam video berkenaan
zakat selepas beliau tegur.
Fuh, begitu yakin sekali kamu ya! Entah video
siapa-siapalah tuš
Terharu juga bila pendapat anak muda biasa
seperti saya diberi perhatian begitu sekali, sehingga perlu diulas hujahnya
oleh ex-ceo Tabung Haji.
Jika kalian mendengar dengan baik, video
tersebut jelas menceritakan berkenaan rekod terbaik jumlah deposit wang ke
dalam Tabung Haji dalam tempoh 59 tahun.
Jumlah deposit tabung haji setiap tahun dari
tempoh 2017 – 2021 boleh diakses dengan mudah di website Tabung Haji.
Ya, dalam ‘accounting’ deposit adalah
liabiliti.
Tapi, bukankah ia juga gambaran keyakinan
orang ramai terhadap Tabung Haji?
Jika kita menganggapnya sebagai liabiliti
semata-mata, adakah kita mahu mencadangkan kepada orang ramai jangan lagi
datang membuka akaun simpanan di Tabung Haji?
Akhirnya, saya cuma nak nyatakan, tiada satu
pun pernyataan saya di dalam video tersebut bersifat fitnah atau cerita
rekaan.
Cukuplah satu pertanyaan saya; Adakah nilai
deposit yang tinggi tidak menunjukkan apa-apa petanda yang baik kepada Tabung
Haji?
Muna Rime
5 November 2022
P/S : Bagi yang bertanya saya di mana
faktanya, boleh rujuk pautan-pautan di bawah.
http://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/maklumat-am/data-statistik
https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/kha-09222022-1200/th-catat-pendapatan-rm147-bilion-separuh-tahun-pertama-2022
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/960793/jumlah-deposit-th-melonjak-kepada-rm88-bilion-setakat-mei-2022
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/762979/kerajaan-tarik-balik-keputusan-jual-aset-th-plantations
JAWAPAN TERHADAP WALAUNTIT OLEH MOHD MUKHLIS
MOHD SYARIF
1st, you delete reply komen saya dalam Tik
Tok and that is a facts. U kata 1st half 2022 lagi tinggi dari 1st half 2021
and that is a false information. Saya tepek di bawah data yang sebenar. So
sekarang u setuju yang deposit itu libiliti, tak pernah di buat orang deposit
yang tinggi itu jadi benchmark prestasi.
Persoalan yang paling utama, apa yang TH buat
dengan deposit yang tinggi tu. Kena labur. Kalau tak labur. Macam mana nak
dapat keuntungan. kalau tak ada keuntungan, macam mana nak bagi hibah. Jadi
explain kenapa keuntungan tahun ini 1st half lagi sikit dari 2021, padahal 2021
tu banyak industri lockdown. Kan u kata PN/Pas pandai memerintah. Lagi satu,
kenapa tak jujur tentang you kata deposit turun zaman PH sebab penstrukturan
semula tabung haji?
BYE BYE TIAN CHUA - DARI REFORMIS SANJUNGAN JATUH REBAH KERANA SALAH PERJUANGAN
Ahli PKR tanding bebas automatik dipecat daripada parti, kata Anwar.
IPOH: Mana-mana ahli PKR yang bertanding bebas secara automatik dipecat keahlian, tegas presidennya, Anwar Ibrahim.
Beliau mengulas tindakan bekas naib presiden PKR Tian Chua yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu.
“Malangnya (Tian Chua) memilih jalan ini (tanding bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan seorang reformis yang sagat berdedikasi.
“Saya tidak fikir tindakan ini (tanding bebas) yang perlu seorang reformis lakukan, apa pun kami sudah mengambil tindakan yang sepatutnya,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon Parlimen Tambun di Dewan Seri Kledang Institut Latihan Perindustrian Ipoh.
Tian, yang juga bekas Ahli Parlimen Batu, tiba di pusat penamaan calon pada 8.30 pagi tadi, sambil diiringi penyokong berpakaian putih.
Mengenai pencalonan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Anwar berkata, beliau mengetuai kempen gabungan itu bagi memberikan tawaran alternatif kepada pengundi, ekoran beberapa kegagalan kerajaan sebelum ini.
Pertandingan 4 penjuru di Tambun
IPOH: Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertandingan empat
penjuru antara Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan
Gerakan Tanah Air (GTA) pada PRU15 kali ini.
Perkara
itu dimaklumkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun, Mohamad Fariz Mohamad
Hanip selepas tempoh menghantar pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.
Ia
menyaksikan pertembungan antara calon bertahan, Timbalan Pengerusi PN Ahmad
Faizal Azumu; Pengerusi PH, Anwar Ibrahim; Ketua Umno Tambun, Aminuddin
Hanafiah; dan calon GTA, Abdul Rahim Tahir.
Pada
PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding sebagai calon PKR menang dalam pertembungan
tiga penjuru menentang calon BN dan PAS, dengan majoriti 5,320 undi.
Sementara
itu, DUN Manjoi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN yang
diwakili Azizul Kama Abdul Aziz, Asmuni Awi (PH) dan Hafez Sabri (PN).
DUN
Hulu Kinta pula menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon BN,
Mazlan Abdul Rahman, Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PH), Puteri Holijah Mohd
Rali (PN), dan calon Bebas, S Murugiah.
RAFIZI AKAN JAWAB ISU SAHAM PADA HARI ISNIN
Haa suruh SPRM siasat. Secara logiknya Rafizi berani declare
sebab aset dia clean. Kalau SPRM siasat, itu akan jadikan Rafizi super clean.
Dan itu sangat baik sebagai promosi untuk PH. SPRM sila siasat cepat! Guane
boh?
Undi KJ bermaksud undi Zahid, kata Sivarasa
SUNGAI BULOH: Memberi undi kepada Khairy Jamaluddin secara dasarnya bermakna mengundi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, kata R Sivarasa daripada PKR yang memberi amaran kepada pengundi.
“Ia tidak relevan sama ada dia lelaki baik atau lelaki jahat. Siapa yang dia wakili. Apabila anda mengundi Khairy, anda sebenarnya mengundi Zahid,” kata bekas Ahli Parlimen Sungai Buloh itu kepada pemberita.
Sivarasa, yang tidak mempertahankan kerusinya, hadir di pusat penamaan calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk memberi sokongan kepada calon PKR, R Ramanan.
Sivarasa pertama kali memenangi kerusi Parlimen Subang pada 2008. Beliau mempertahankannya pada pilihan raya 2013 dan sekali lagi pada PRU14 selepas ia dinamakan Sungai Buloh, dengan majoriti lebih 26,000 undi.
Khairy bertanding di kerusi itu mewakili Barisan Nasional (BN).
Sambil menyifatkan persaingan di Sungai Buloh sebagai pertarungan yang “menarik”, Sivarasa yakin Ramanan akan menang dengan selesa memandangkan PH telah membina kubu yang kukuh di situ.
“Kami telah membina asas sokongan yang besar sepanjang tiga pilihan raya umum lalu dan menang dengan majoriti selesa (pada 2018). Jadi sokongan itu ada.”
Ketika ditanya mengenai Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli lebih cenderung untuk meletakkannya berbanding Ramanan, Sivarasa berkata perkara dalaman itu telah pun diselesaikan secara baik.
Dia mengakui keadaan kesihatannya menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya.
TAK PAYAH KECEWA PRABA- DIA AKAN DISINGKIRKAN DARI PKR DAN AKAN JADI KUPANG TEMBAGA JUGA
Praba kecewa sikap ‘pentingkan diri’ Tian Chua
Sk Devi
-
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menyatakan kekecewaannya terhadap pendahulunya, Tian Chua, yang bertanding di kawasan itu sebagai calon bebas.
Sejurus tiba di pusat penamaan Batu, pada 8.44 pagi, calon PKR itu menuduh Tian Chua sebagai mementingkan diri.
Tian Chua tiba di pusat penamaan calon di SMK Sentul Utama, awal pagi tadi.
Bekas naib presiden PKR yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Batu bermula 2008 hingga 2018, gagal mempertahankan kerusi disandang pada pilihan raya umum lalu susulan pencalonannya ditolak pada hari penamaan calon.
PKR kemudian menamakan Prabakaran untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebagai calon bebas pada PRU14 sebelum menyertai parti itu.
Dengan Tian Chua bertanding di kerusi berkenaan, persaingan di Parlimen Batu dijangka sengit memandangkan nama besar seperti Naib Presiden MIC A Kohilan Pillay dan Siti Kasim daripada Gerak Independent juga bertanding.
Calon Perikatan Nasional (PN), Warisan, Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan bebas juga dijangka bertanding.
PN- SELAIN PENUH DENGAN PARA KATAK - IA JUGA MENJADI TEMPAT BUANGAN PEMIIMPIN UMNO
ANA TAHU
PN akan jadi tempat
buangan pemimpin Umno. Ikut pengalaman, mereka ni ibarat anjing tersepit. Bila
dah lepas dan bebas nanti maka akan gigit tangan parti ana balik…. Tapi nak
nasihat parti ana pun dah tak reti. Dia sangat suka pemimpin Umno.
CALON PM BN – PN SAMA SAJA
Calon PM BN – PN sama saja
on:
Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mencipta sejarah apabila pilihan raya dibuat untuk memilih Perdana Menteri (PM) kerana hanya 3 negeri yang dibubar DUN di seluruh negara.
Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat seharusnya sedar naratif pilihan raya kali ini adalah untuk memilih PM, bukannya Menteri Besar atau isu isu di peringkat negeri terutama di negeri yang DUN tidak bubar.
“Saya ulang sekali lagi, kita nak pilih Kerajaan Persekutuan. Calon PM ada 3. Ismail, Muhyiddin dan Anwar. Tetapi bukan soal calon. Soalnya apa beza Ismail dan Muhyiddin jadi PM? Sama sahaja.
“Jadi saya tawarkan dasar dan sistem yang berbeza. Tak tolak ansur dengan yang curi balak, curi kontrak. InshaAllah, Allah beri kekuatan kepada kita (buat perubahan)
“Kelantan ni tak Umno Pas, tak Pas Umno. Tak cukup. Lama dah beri peluang (kepada Umno – Pas). Kali ni try puak puak ambo ni sekali,” katanya dalam ceramah memperkenalkan calon parlimen Pasir Mas, malam tadi.
Anwar yang cuba berucap dialek Kelantan mendapat rentaknya apabila mempersoalkan kerajaan Pas yang telah memerintah puluhan tahun tetapi tidak banyak kemajuan yang dibawa.
Beliau mempersoalkan Menteri Air yang berasal dari Kelantan tetapi tidak mampu menyelesaikan isu bekalan air berkarat atau ‘air tebeng’ di negeri itu biar pun mempunyai peruntukan Kerajaan Persekutuan.
“Pilihan raya buat apa? Nak tubuh kerajaan, nak tolong rakyat. Kecek lah hebat pun, bawa Quran, hadis semua tetapi untuk apa? Kerajaan ini untuk jaga amanah jadi baik, jadi molek.
“Air minum (patut bersih), bukan air teh (tebeng). Jadi kerajaan tanggungjawab bela rakyat. Kelantan negeri miskin. Ini pilihan raya bukan putuskan Kerajaan Negeri. Ini nak pilih kerajaan Malaysia.
“Bagi lah ambo peluang bersama Husam, InshaAllah kita bawa perubahan. Sudahlah rasuah, curi balak sudah, tambah judi sudah. Mercedes (Exco) baru tak payah lah.
“Kita nak guna peluang ini buat terbaik. Masalah air boleh selesai. Pas tak selsai. Menteri Air pun Pas. Tanya harga barang pula, di KL naik, di Sarawak naik. Menteri 70 orang buat gapo dio?
“Bila saya cakap, Anwar tentang ulama. Bila saya tentang? Isu air kena selesai, isu jalan kena selesai.
“Harap Menteri Umno, Bersatu, Pas tak berani (bertindak). Serah kepada Anwar InshaAllah,” katanya.
Bagaimanapun, Anwar berkata, kunjungannya ke Kelantan bukan untuk mencari masalah dengan pimpinan Pas tetapi untuk memberi kesedaran kepada rakyat negeri itu agar melakukan perubahan pada 19 November ini
Beliau menolak tohmahan yang dibawa oleh pemimpin Pas kononnya beliau kurang Islamik. Sebaliknya menyatakan ketika beliau seorang diri memperjuangkan dasar Islam dalam kabinet Umno BN pada 1980 dan 1990an lalu lebih banyak kejayaan yang dilihat berbanding prestasi ulama Pas dalam kabinet BN – PN.
“Masa Umno BN cabutan judi berapa kali? 22 kali. Masa PH turun 8 kali. Mari Pas naik 22 kali.
“Zaman saya Menteri dulu buat Bank Islam, buat universiti Islam, perkenal pendidikan Islam, solat jemaah di sekolah.
“Saya Anwar seorang saja Menteri dalam kabinet (memperjuang dasar Islam). Ini menteri bukan main ramai, buat lah (perubahan) kecek gapo dio lagi,” katanya disambut sorakan para hadirin.
ORANG KELANTAN NAK BENDA BARU
Orang Kelantan nak benda baru
Angin perubahan biar pun tidak begitu kencang namun kelihatan mula melanda Kelantan yang gagal ditadbir sebaik baiknya oleh Pas biar pun selepas berada dalam Kerajaan Persekutuan.
Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad, keinginan untuk berubah itu jelas kelihatan dalam kehadiran rakyat dalam majlis memperkenalkan calon parlimen Pasir Mas, Datuk Husam Musa yang turut dihadiri Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.
“Walaupun cuaca tidak mengizinkan tetapi kehadiran cukup luar biasa. Ini menunjukkan warga Kelantan menghantar mesej yang jelas bahawa dalam pilihan raya umum kali ini orang Kelantan nak sesuatu yang baharu.
“Peluang kita ada jelas di hadapan mata kerana bila kita masuk Pilihan Raya Umum (PRU) ini, PRU dan Pilihan Raya Negeri diadakan pada waktu yang berbeza.
“Tahun depan bulan Mac akan ada PRU negeri. Bayangkan, 19 November 2022 PH menang dan Datuk Seri Anwar menjadi PM dan Husam Musa menyumbang satu kerusi kepada kemenangan itu,” katanya disambut laungan takbir oleh para hadirin.
Penyandang kerusi parlimen Setiawangsa itu juga turut membayangkan betapa bagusnya sekiranya Pilihan Raya Negeri Kelantan yang diadakan pada bulan Mac tahun hadapan kelak dihadiri sekali lagi oleh Datuk Seri Anwar ketika telah bergelar Perdana Menteri Malaysia.
“Tahun depan bila Datuk Seri Anwar turun ke sini sebagai PM, saya turun ke sini sebagai pengerusi KEADILAN Kelantan. Kita akan ada platform yang baik berkempen untuk menang Kerajaan Negeri Kelantan
“Cukuplah Kelantan sekarang masalahnya terlalu banyak. Kita sedar cabaran tersebut. Kita mahu sesuatu yang baharu. Kita tidak mahu anak Kelantan terpaksa merantau nak cari kerja. Kita tak mahu Kelantan nombor 1 bukan dari segi pembangunan ekonomi tetapi dari segi kemiskinan atau masalah sosial.
“Sebab itu kali ini kita kena bulatkan tekad untuk lakukan perubahan. Berilah peluang kepada PH,” katanya.
Nik Nazmi menyeru pada PRU 15 Kelantan perlu menyumbang kerusi untuk kemenangan PH bagi memastikan Umno BN kekurangan kerusi dan tidak mampu berunding dengan sekutunya untuk membentuk kerajaan seperti sebelum ini.
SESETENGAH MENGGUNAKAN RUJUKAN KEPADA 2 PUSAT KAJIAN INI- NAMUN INVOKE DIIHAT LEBIH BERKREADILITI
Di kalangan orang politik, ada 2 bancian utama yang dirujuk
ketika pilihanraya. Satu, Laporan Merdeka Centre dan yang kedua dari Ilham
Centre. Kedua2nya dikira paling dirujuk oleh pemerhati politik negara.
Mereka akan keluarkan Laporan setiap bulan untuk menilai
sentimen rakyat. Semalam saya terima Laporan MC untuk bulan Oktober. Menarik
laporannya.
Ia melaporkan penurunan sokongan orang Melayu ke atas UMNO
sebanyak 5%. Mungkin gerakan Asalkan Bukan UMNO/ Anything But UMNO mula memberi
kesan di kalangan orang Melayu.
Sentimen orang Melayu meningkat bagi PN sebanyak 5% dan kepada
PH sebanyak 3%. Ini menunjukkan alternatif kepada BN di kalangan orang Melayu
ialah PN, PH pula pilihan kedua.
Bagi sentimen rakyat majoriti, menunjukkan Pakatan Harapan
mendahului dengan 26%. BN di tempat kedua dengan 24% dan PN pada 13%. Ini boleh
flip anytime, kalau mana2 parti ambil pendirian enteng dan puas hati. Konon
boleh menang.
Kerana ada 31% lagi pengundi atas pagar. Mereka ni banyak
pengundi senyap yang perhatikan saja gelagat parti politik. Mereka tak taksub
parti, maka mereka boleh pangkah parti mana2 mereka suka. Golongan ini yang
perlu diberi perhatian segera.
Pada pengundi, hari ni bermula kempen pilihanraya. 2 minggu
mereka2 ni akan cuba yakinkan kita. Banyakkan membaca dan tolak propaganda.
Jangan cepat termakan kata.
Kena ingat mereka ini bekerja untuk kita selama 5 tahun. Makanya
buatlah kelaku sebagai boss. Bukan balaci mereka pula.
Watch this space, untuk lebih banyak update mengenai calon anda.
In sya allah… saya cuba bagi dari lensa burung, calon2 dan parti2 ini, untuk
pertimbangan anda jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki