SESETENGAH MENGGUNAKAN RUJUKAN KEPADA 2 PUSAT KAJIAN INI- NAMUN INVOKE DIIHAT LEBIH BERKREADILITI

 





Di kalangan orang politik, ada 2 bancian utama yang dirujuk ketika pilihanraya. Satu, Laporan Merdeka Centre dan yang kedua dari Ilham Centre. Kedua2nya dikira paling dirujuk oleh pemerhati politik negara.

Mereka akan keluarkan Laporan setiap bulan untuk menilai sentimen rakyat. Semalam saya terima Laporan MC untuk bulan Oktober. Menarik laporannya.

Ia melaporkan penurunan sokongan orang Melayu ke atas UMNO sebanyak 5%. Mungkin gerakan Asalkan Bukan UMNO/ Anything But UMNO mula memberi kesan di kalangan orang Melayu.

Sentimen orang Melayu meningkat bagi PN sebanyak 5% dan kepada PH sebanyak 3%. Ini menunjukkan alternatif kepada BN di kalangan orang Melayu ialah PN, PH pula pilihan kedua.

Bagi sentimen rakyat majoriti, menunjukkan Pakatan Harapan mendahului dengan 26%. BN di tempat kedua dengan 24% dan PN pada 13%. Ini boleh flip anytime, kalau mana2 parti ambil pendirian enteng dan puas hati. Konon boleh menang.

Kerana ada 31% lagi pengundi atas pagar. Mereka ni banyak pengundi senyap yang perhatikan saja gelagat parti politik. Mereka tak taksub parti, maka mereka boleh pangkah parti mana2 mereka suka. Golongan ini yang perlu diberi perhatian segera.

Pada pengundi, hari ni bermula kempen pilihanraya. 2 minggu mereka2 ni akan cuba yakinkan kita. Banyakkan membaca dan tolak propaganda. Jangan cepat termakan kata.

Kena ingat mereka ini bekerja untuk kita selama 5 tahun. Makanya buatlah kelaku sebagai boss. Bukan balaci mereka pula.

Watch this space, untuk lebih banyak update mengenai calon anda. In sya allah… saya cuba bagi dari lensa burung, calon2 dan parti2 ini, untuk pertimbangan anda jua.

Salam hormat,

Liyana Marzuki