IPOH: Kerusi Parlimen Tambun menyaksikan pertandingan empat
penjuru antara Perikatan Nasional, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan
Gerakan Tanah Air (GTA) pada PRU15 kali ini.
Perkara
itu dimaklumkan Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tambun, Mohamad Fariz Mohamad
Hanip selepas tempoh menghantar pencalonan tamat jam 10 pagi tadi.
Ia
menyaksikan pertembungan antara calon bertahan, Timbalan Pengerusi PN Ahmad
Faizal Azumu; Pengerusi PH, Anwar Ibrahim; Ketua Umno Tambun, Aminuddin
Hanafiah; dan calon GTA, Abdul Rahim Tahir.
Pada
PRU14, Ahmad Faizal yang bertanding sebagai calon PKR menang dalam pertembungan
tiga penjuru menentang calon BN dan PAS, dengan majoriti 5,320 undi.
Sementara
itu, DUN Manjoi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan BN yang
diwakili Azizul Kama Abdul Aziz, Asmuni Awi (PH) dan Hafez Sabri (PN).
DUN
Hulu Kinta pula menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan calon BN,
Mazlan Abdul Rahman, Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PH), Puteri Holijah Mohd
Rali (PN), dan calon Bebas, S Murugiah.