BAHAYANYA SOSMA-ZUNAR


 The dangers of #SOSMA

Congratulation #PH for the victory in the Parliament today!


TAZKIRAH ANTARA PAK LEBAI DAN PENGUTIP SAMPAH

 

NORZIHAN BAHAROM


Seorang Syeikh menaiki mimbar lalu berceramah tentang sabar, zuhud dan meninggalkan pemborosan.

Lalu seorang tukang sampah memotong ceramahnya sambil berucap:
"Duhai Syeikh, Anda datang dengan mobil mewah, pakaian dari kain
terbaik
, parfum yang keharumannya memenuhi masjid, di tanganmu melingkar 4 cincin yang setiap cincinnya seharga dengan gajiku, hand phonemu i-Phone dan setiap tahun kau pergi umrah.
Tuanku, temani saya sehari saja, ke kamarku yang beratapkan papan, saya ingin Anda tidur tanpa AC. Kemudian bangun bersama saya sebelum fajar dan memegang sapu untuk membersihkan jalanan pada saat yang sangat panas ini sedangkan kau berpuasa, agar kau mengetahui makna sabar.
Karena saya menjalankan pekerjaan ini setiap hari hanya demi menerima di akhir bulan sejumlah kecil gaji yang tidak sebanding dengan harga sebotol kecil parfum yang kau beli.
Maaf tuanku, kami tidak perlu belajar sabar, karena itu telah menjadi teman hidup kami.
Ceramahkan pada kami tentang kezaliman para tokoh dan riya'nya para ulama.
Ceramahkan pada kami tentang pengangguran dalam masyarakat yang selalu mencari kerja, (karena) mereka laksana bom waktu.
Ceramahkan pada kami tentang politik pemiskinan dan pelaparan rakyat yang tertindas.
Ceramahkan pada kami tentang kerusakan dan perampokan harta secara umum.
Ceramahkan pada kami tentang kasta dan hilangnya keadilan dalam pembagian kekayaan.
Ceramahkan pada kami tentang kolusi, nepotisme dan pewarisan kedudukan.
Jika tidak, maka kita tidak perlu dengan ceramah Anda.
May be an image of text that says ""Disaat hatimu terdetik hendak merendahkan orang lain, katakan pada dirimu, adakah kau yakin kedudukanmu di sisi Allah lebih baik daripada orang yang engkau ingin cela?""

CERTOT LOYAR BERJURUS- EPISOD 28.

 

“Boleh tahan pejabat tuan.” Komen lelaki separuh umur berpakaian korporat di hadapan saya. Matanya melilau-lilau, memerhatikan segenap inci kamar kecil ini. Dia kemudiannya mengangguk-ngangguk, seraya mencebikkan bibir sedikit.

“Don’t worry tuan. Bayaran buka fail RM 3,000 tu, consider it done. Saya mahu adik saya mendapat peguam paling hebat!”. Penuh keyakinan intonasi suara Dato’ X. Adiknya, dihadapkan ke Mahkamah untuk satu kes tipu. Dia sekadar mendiamkan diri, duduk terpaku di sebelah. Urusan perlantikan peguam, diserahkan bulat-bulat kepada abangnya yang penuh karisma ini.

Sebelum beredar, Dato’ X sempat bertanya dengan nada serius. “Saya ada satu projek akan masuk payment 300 juta. Boleh saya park dalam akaun ofis tuan? Sudah tentu bahagian tuan ada, lumayan!” Nampaknya nilai subject matter telah meningkat dengan drastiknya. Daripada beberapa ribu melonjak ke ratusan juta!

Saya berfikir sejenak. Dua saat secara tepatnya. Sifir ini selalu saya amalkan. Dalam menerima sesuatu berita, tidak salah menilainya terlebih dahulu. Waima sekadar dua saat cuma. Lagipun, apa yang dilontarkan itu, begitu menggiurkan. Too good to be true.

“Tak apa. Yang penting fokus kepada kes adik Dato’. Tarikh sebutannya pun dah tak lama. Thanks but no thanks.” Saya menolak dengan cara baik tapi sedikit tegas. Umpama cakar penolak awan dalam komik lagenda, Pedang Setiawan. Menghalang potensi masalah, sedari awal kemunculannya.

Tawaran tadi memang meragukan. Disaluti unsur pengubahan wang haram. Akaun peguam, seperti digunakan untuk mencuci wang yang melampau nilainya. Sounds familiar bukan? ‘Impressed sangat ke dia, sampai offer benda tak masuk akal?’ Persoalan yang muncul tiba-tiba.

Minggu berganti minggu, tiada berita yang kunjung tiba. Samada jumlah berjuta atau yuran guaman yang sekelumit saja. Kedua-duanya menerima nasib yang sama. Hilang lenyap ditelan janji yang melangit. Saya menzahirkan kesyukuran. ‘Aku terselamat daripada kes yang bakal mengundang masalah.” Prinsip yang saya sematkan kemas di dada. Terlepasnya kes, mungkin bermakna terlerainya kita daripada bencana.

“Saya sangat yakin dengan dengan rekomendasi tentang tuan. Bukan calang-calang lawyer! Mesti lepaslah saya sebab lantik tuan lawyer!” Satu lagi kes menjengah pejabat. Sedikit berbeza daripada kes tawaran berjuta sebelumnya. Namun, ada satu indikator yang saling tak tumpah.

Kata-kata yang dilafazkan oleh anak guam, seperti pernah didengar. Sifatnya berlebih-lebihan. Luar sangat daripada kebiasaan. Déjà vu. Adakah episod lalu bakal berulang? Minda separa sedar saya bangun dengan sendirinya. Mode berhati-hati, segera saya aktifkan.

“Tuan tak payah datang bicara kes saya. Pengadu dah tarik balik kes. Saya yang uruskan sendiri.” Dengan selamba anak guam bertuah, memberi arahan terkini. Rupa-rupanya dia telah bertindak sendiri di belakang. Amaran Mahkamah agar tidak mengganggu saksi, jelas dia telah melanggarnya.

Sejak hari pertama dia melantik kami, pelbagai masalah timbul. Perangai, keras kepala dan liat membayar yuran guaman. Senarainya agak panjang, bagi satu kes yang tidaklah sesukar mana. Walaupun ada baki yuran yang tertunggak, saya segera menutup rapi fail bermasalah ini. Saya mengukir senyuman kelegaan. Terlepas lagi, daripada keserabutan.

Berhati-hati dalam menilai, tidak pernah ada ruginya. Sedikit buruk sangka, mungkin perlu pada ketikanya. Lebih baik berurusan dengan mereka yang jujur, walau pahit dalam berkata-kata. Berbanding yang sekadar manis mulutnya, zahir di bibir saja.

#certotloyarberjurus

#peguamkriminal

*********************************

Buku sulung tulisan saya, Peguam Kriminal boleh ditempah di shopee;

https://shopee.com.my/product/129036619/4478416859...

Cerita kontot (certot) di atas bukan sebahagian daripada buku Peguam Kriminal. Namun, jika ada rezki, bakal dibukukan di masa depan. InsyaAllah.

Terima kasih atas sokongan semua.

 

*USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT: BUKTI UMNO-BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA*

 ]*USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT: BUKTI UMNO-BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA*

1. Sejarah telah tercipta semalam di Dewan Rakyat apabila kerajaan gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk tempoh lima tahun lagi. Kegagalan meluluskan usul yang sememangnya melanggar hak asasi manusia ini, berpunca daripada Ahli Parlimen Kerajaan yang tidak hadir untuk undi menyokong terutamanya ahli-ahli parlimen UMNO-Barisan Nasional.
2. Namun UMNO-BN lebih galak membangkitkan isu pencabulan MoU oleh Pakatan Harapan berbanding mempersoalkan komitmen kehadiran ahli-ahli parlimen pihak kerajaan.
3. Sikap berpura-pura yang dibuat oleh UMNO-BN dilihat hanya sebagai helah untuk memanipulasi kempen 'kestabilan' mereka walhal merekalah (terutamanya kluster mahkamah) yang menjadi punca huru-hara politik Malaysia pasca PRU 2018.
4. UMNO dalam perhimpunan mereka yang terbaharu juga mendesak agar parlimen dibubarkan dalam kadar segera. Desakan ini dibuat dipercayai bagi mengambil manfaat daripada perpecahan undi pembangkang.
5. Rentetan itu kami menyeru agar pengundi dan penyokong pembangkang perlu bangkit dengan penuh semangat berarak sekali lagi ke peti-peti undi menolak UMNO-BN dan tongkat mereka pada PRU ke-15 nanti bagi menyatakan pendirian yang jelas menolak pendekatan politik lapuk dan rasis perkauman termasuk menghukum penyamun-penyangat yang telah menghina akal budi rakyat Malaysia.
*RAZAK RIDZUAN*
Timbalan Ketua
Pemuda AMANAH Nasional
24 Mac 2022
May be an image of 6 people and text that says "PEMUDA AMANAH NASIONAL USUL SOSMA DITOLAK DI DEWAN RAKYAT: BUKTI UMNO-BN PUNCA KETIDAKSTABILAN POLITIK NEGARA Kpaa RAZAK RIDZUAN Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Amanah HAR HARPAN"

ORANG BESAR BERSUARA IMPAKNYA LEBIH BERKESAN

 


NORMAN RADZUAN





Lagi kenapa saya kata PKR sgt perlu Rafizi aktif kembali

ORANG BESAR BERSUARA IMPAKNYA LEBIH BERKESAN

Jika org seperti saya ‘org kecil’ bersuara ia tidak memberi kesan atau impak yg besar tetapi org seperti Rafizi bila bersuara saya rasa pimpinan akn ambil perhatian.

Terkini Rafizi mengatakan betapa bijaknya Najib memainkan isu populis. Isu yg sepatutnya pembangkang mainkan. Inilah yg saya katakan kita perlu mainkan isu populis utk menarik minat org2 Melayu khasnya.

Najib menjadi menggunakan ‘team media or provokasi’ hingga dia diangkat menjadi ‘bos ku’. Seperti kata Rafizi, Najib sanggup gunakan dana yg besar utk memulihkan imej dan sekaligus imej UMNO yg tercalar kerana kes 1MDB.

Itulah yg saya selalu tuliskan PKR atau PH kena lakukan pelaburan utk unit media mereka. Ini bukan zaman org nak berarak ke pentas mendengar ceramah berkobar kobar.

Ini zaman dari muda hingga ke tua masing2 mengadap HP. Saya bukan sekadar menulis betapa perlunya unit media tetapi telah menyampaikan sendiri weakness parti kita kpd pihak yg sepatutnya. Apapun pentas ceramah perlu walaupun ia kempen konservatif tetapi hanya ketika waktu kempen.

Tapi parti kita tak berapa pandang isu ini. Akhirnya if you pay peanuts, you get monkeys seperti saya ulaskan pada isu yg lalu. Syukurlah ada Rafizi yg beritahu cerita yg hampir sama dan harap ia memberi impak kpd perubahan.

Itu kelebihan Rafizi dia cakap perkara yg benar walaupun utk kebaikkan parti dan bukan kerja membodek Presiden. Saya memang tak suka org yg berkata yg manis2 di depan Presiden hakikatnya sebaliknya… akhirnya Presiden mendapat maklumat yg salah.

Rafizi kita sgt perlukan dan rasanya tidak perlu kita di dlm parti merasakan kehadirannya satu ancaman. Yg kata macam2 tu perlu buat apa yg Rafizi buat. Jika setakat mencari keburukkan semua org ada sisi buruknya.

Jadi buat kerja jgn bila melihat org lain buat lebih baik dan kita tidak mampu lakukan kita hebahkan perkara yg negatif mengalahkan makcik bawang.

Esok saya ingin bercuti 3/4 hari… jgn pula yg kata saya lari dari perjuanganDescription: 🙈 walaupun saya org kecil.

 

Selepas 7 bulan kabinet PM Ismail masih belum isytihar harta, gubal Akta Deklarasi Aset - Sim

 

Perisytiharan harta merupakan pembaharuan besar yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir Putrajaya selepas 2018.

Dengan perisytiharan harta menteri kabinet dianggap tidak berani untuk mengumpul harta yang bukan daripada sumber rasmi pendapatan mereka manakala rakyat boleh menilai kejujuran menteri dalam melaksanakan tanggungjawab.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, amalan perisytiharan harta mewajibkan anggota kabinet menyatakan pendapatan, aset, liabiliti dan butiran kewangan mereka, termasuk harta boleh alih seperti kenderaan, barang kemas, lesen dan permit, saham, bon dan sekuriti serta pendapatan bulanan dan nilai simpanan bank. Semua anggota pentadbiran diwajibkan mengisytiharkan aset dalam tempoh 90 hari.

"Menteri Undang-Undang pada masa itu (PH) Datuk Liew Vui Keong memberitahu jika seorang Ahli Parlimen membuat deklarasi palsu, mereka akan terikat oleh Act 783 Statutory Declarations Act 1960 dan Section 199 Kanun Keseksaan.

"Semasa kerajaan Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan anggota pentadbiran mesti menyerahkan pengisytiharan harta dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mengangkat sumpah.

"Datuk Takiyuddin sebagai Menteri Undang-Undang pada masa itu berkata anggota pentadbiran yang gagal berbuat demikian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sim lagi, rujukan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen itu adalah berdasarkan Peraturan Mesyuarat 80 kerana melanggar hak dan keistimewaan prosiding Parlimen.

Bagaimanapun, ujarnya, timbul keraguan hari ini sama ada anggota pentadbiran Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih komited kepada pengisytiharan aset seperti amalan kerajaan PH dan PN yang lalu.

"Saya telah menanya soalan parlimen kepada Perdana Menteri sama ada Kerajaan masih komited dengan dasar pengisytiharan dan pemaparan harta oleh anggota pentadbiran.

"Saya amat terkejut dengan jawapan yang diberikan, iaitu: "SPRM merupakan platform untuk pemaparan harta melalui portal dan bukan menjadi tanggungjawab SPRM untuk memaksa mana-mana pihak untuk mengisytiharkan harta mereka. SPRM hanya diberikan mandat oleh Kabinet untuk menentukan masa dan kaedah pemaparan perisytiharan harta sahaja."

"Maksudnya, anggota pentadbiran tidak lagi diwajibkan mengisytiharkan harta dan SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan.

"Ini satu masalah besar apabila SPRM tidak diberi kuasa mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab mereka," katanya.

Tegas Sim, Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik oleh PM Ismail Sabri mengangkat sumpah pada 30 Ogos 2021 dan mereka sepatutnya mengisytiharkan aset pada 30 November 2021. Bagaimanapun selepas 210 hari atau 7 bulan, anggota pentadbiran ini masih belum mengisytiharkan aset .

Manakala jawapan bertulis yang diterimanya berbunyi: "Ahli Parlimen yang gagal mengisytiharkan harta akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 80 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melanggar hak dan keistimewaan."

"Oleh itu, saya menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi agar segera mengambil tindakan merujukan anggota-anggota pentadbiran yang belum mengisytiharkan aset ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk tindakan selanjutnya," kata Sim.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi KEADILAN itu turut mencadangkan agar dibentang Akta Deklarasi Aset untuk semua anggota pentadbiran merangkumi Menteri, Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Politik bagi menggantikan amalan perisytiharan harta yang agak longgar sebelum ini

"Hal itu sejajar dengan obligasi negara kita di bawah United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada 24 September 2008.

"RUU ini mustahak untuk kepengunaan SPRM bagi meneliti, menyemak dan mensahkan deklarasi yang dibuat dan dapat mewajibkan pihak pentadbiran untuk membuat deklarasi.

"Tanpa undang-undang pengisytiharan aset wajib, SPRM hanya memainkan peranan "penjaga" dalam kes borang pengisytiharan aset diserahkan kepadanya dan tidak melakukan sebarang pengesahan ke atas dokumen pengisytiharan aset yang diserahkan," katanya lagi.

Sehubungan itu, Sim dalam kenyataannya mendedahkan nama nama menteri yang masih lagi tidak mengisytiharkan harta seperti Senator Datuk Ustaz Hj. Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan; Tan Sri Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pembangunan Keusahwanan dan Koperasi; Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar; Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan; Datuk Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan; Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Sesi khas Parlimen bentang RUU Akta Anti Lompat Parti 11 April

 

Sesi khas Dewan Rakyat untuk membentang dan meluluskan Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti akan diadakan pada April 2022.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar pada sidang sesi petang.

Beliau menjawab pertanyanan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (PH - Bagan) yang mahu tarikh sidang diumumkan agar Kerajaan dan Pembangkang boleh membuat persiapan untuk perbahasan.

"Saya amat mengalu alukan penjelasan oleh YB berkaitan cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Juga satu sesi khas akan diadakan bulan hadapan berkaitan Akta Anti Lompat Parti.

"Bolehkah berikan tarikh bila sesi khas ini akan diadakan supaya sama sama (kedua belah pihak) boleh buat persiapan," katanya.

Wan Junaidi menjawab, sidang khas tersebut akan diadakan pada hari Isnin selama sehari dan sekiranya tidak mencukupi Perdana Menteri bersetuju melanjutkan kepada dua hari.

"Sebenarnya Tan Sri Yang Dipertua, saya tadi berbincang dengan YAB PM dan persidangan ini akan diadakan pada 11 April ini, untuk kita membahaskan RUU lompat parti.

"Kuasa (memanggil sidang) di bawah Peraturan 11(3) ini adalah kuasa khas PM dan berbincang dengan Speaker (mengenai) tarikh itu," katanya.

 

Bagi mendisiplin lagi pemain Malaysia, Kim Pan-gon kuatkuasa larangan main telefon

 

Bagi mendisiplin lagi pemain Malaysia, Kim Pan-gon kuatkuasa larangan main telefon


Tiada istilah sambil lewa ketika berada di kem skuad kebangsaan. Tuntutan negara sangat penting dan perlu disulami dengan disiplin yang tinggi.

Jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah menyenaraikan beberapa larangan bagi mendisiplin pemain-pemain negara selain mahu mengekalkan fokus pasukan sepanjang tempoh kem latihan ketika ini.

Perkara ini disahkan oleh pemain sayap negara, Faisal Halim. Katanya, setiap kesalahan akan dikenakan denda dan sehingga kini setiap pemain dapat mematuhinya dengan baik.

Sebenarnya dalam senarai itu banyaklah, contoh kalau kita salah pakai kasut waktu pergi latihan…dia punya denda dalam RM150.

“Kalau hari perlawanan pula kita tak boleh main telefon. Itulah yang saya boleh bagi, tapi tak boleh kongsi banyak.

“Mungkin ada yang pertama kali, pada saya sebenarnya di Malaysia (pasukan dalam liga tempatan) pun sebelum ini pernah ada. Contoh, salah pakai kasut, (belanja makan) Starbucks dan lambat kena denda.

“Cuma sekarang lebih terperinci, macam dalam kem latihan ini masih normal lagi kita boleh main telefon, tapi di Singapura nanti akan berjalan peraturan (tak dibenarkan main telefon) itu.

“Memang ketat, tapi sebagai pemain kena terima. Kita berada dalam kem kebangsaan bukan peringkat sekolah ke, MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia) ke…sekarang tugasan bersama negara,” katanya ketika ditemui ketika ditemui Arena Metro pada sesi latihan sebelah pagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura pagi esok bagi untuk menentang Filipina dan Singapura dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Rabu dan Sabtu ini sebelum turun sekali lagi bertemu kelab negara itu, Albirex Niigata.


Gara-gara Zul Ariffin dikecam isu klip video ghairah, reaksi terkini Nabil Ahmad pula buat ramai yang terkedu

 Gara-gara Zul Ariffin dikecam isu klip video ghairah, reaksi terkini Nabil Ahmad pula buat ramai yang terkedu


Sedih melihat rakan artis dikecam, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menganggap apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin berkaitan kontr0versi kl1p video gha1rah adalah uj1an buat aktor itu.

Mengakui apa yang terjadi sebagai sesuatu yang salah, namun Nabil, 39, berkata kecaman dan hentaman secara berterusan tidak seharusnya berlaku.

Malah, Nabil berharap orang ramai tidak terikut-ikut dengan sifat ibl1s yang terus menghentam dan mencari kesilapan orang lain.

“Saya melihat ia sebagai satu uj1an buat Zul. Allah akan menguji orang-orang yang beriman. Kita harus melihat dari perspektif sebegitu.

“Sepatutnya lebih banyakkan berdoa dari terus menghent4m apabila perkara ini berlaku. Kita kena bvang sifat ibl1s yang ada dalam diri.

“Janganlah kita asyik nak cari kesalahan orang lain,” katanya kepada mStar.

Nabil ditemui ketika majlis pelancaran restoran pertama miliknya iaitu Human Gang yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, kata Nabil, perkara yang berlaku ini juga menjadi satu peringatan buat dirinya bahawa dunia kita menuju ke akhir zaman.

Justeru itu katanya, daripada terus menuding jari meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, lebih baik persiapkan diri dengan amal kebaikan.

“Saya jadi takut apabila orang mula m4rah dengan keadaan yang telah berlaku kerana fikirkan akhir zaman semakin menghampiri kita.

“Apabila benda ini berlaku lebih baik kita siapkan diri sendiri dengan amal dan kebaikan daripada terus menghent4m orang lain,” jelasnya.

Seperti yang kec0h diperkatakan sebelum ini, Zul menerima kec4man hebat selepas memuat naik video klip a4ksi gha1rah di laman sosial miliknya pada Jumaat lalu.

Pelakon filem Sangkar ini kemudiannya mem4dam kl1p tersebut dan memohon maaf atas tindakan yang menyentvh sensitiviti agama dan masyarakat negara ini.

Sementara itu, berkongsi tentang pelancaran restoran Human Gang ni, Nabil berkata, ia merupakan kerjasamanya bersama pelakon Saharul Ridzuan dan dua lagi rakan kongsi.

Restoran ini menyajikan hidangan barat dengan citarasa tempatan sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

“Saya bertemu Saharul ketika pertama kali dia terlibat dalam satu program bersama rakan-rakan tabligh.

“Kami berbual dan dia juga menyuarakan minat sama untuk berniaga. Banyak perancangan kami, tetapi akhirnya inilah yang menjadi kenyataan iaitu sebuah restoran bersama,”ceritanya.

GEMPAR!! - IMPIAN UMNO TERCAPAI - KERANA SOSMA - PH TERTIPU | Parlimen ...



Mungkin Kegagalan kerajaan, untuk mendapat undi mencukupi Usul Sosma, adalah sebahagian langkah licik UMNO, untuk membatalkan MOU dengan pakatan harapan, dan sebagai alasan membubarkan parlimen? Adakah Pakatan harapan sudah terkena perangkap, dan tertipu oleh UMNO?



Usul kecualikan kerabat diraja daripada daftar pemilih automatik lulus dengan 2/3 undi


Pindaan Perlembagaan itu adalah bagi mengecualikan nama Raja dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan serta individu lain daripada disenaraikan dalam daftar pemilih SPR. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 bagi mengecualikan pendaftaran pemilih automatik kepada kerabat diraja diluluskan di Dewan Rakyat dengan lebih 2/3 Ahli Parlimen bersetuju.

Pindaan perlembagaan itu adalah bagi mengecualikan nama Raja dan pasangan, Yang di-Pertua Negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris lain raja dan pasangan serta individu lain daripada disenaraikan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipersetujui semua 181 wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang hadir ketika pengundian.

“Oleh sebab mengikut peraturan persekutuan, RUU pindaan ini memerlukan sokongan undi tidak kurang 2/3 Ahli Parlimen, maka saya memerintah satu belah bahagian dilakukan, 2/3 undi, iaitu bermaksud tidak kurang 148 undi daripada 222 Ahli Dewan Rakyat.

“Keputusan belah bahagian seperti berikut, bersetuju 181, tidak hadir 39, tiada yang tidak bersetuju, RUU diluluskan,” kata Speaker Azhar Azizan Harun.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu bertujuan meminda perlembagaan dengan menambah Perkara 119A bagi mengecualikan keluarga diraja daripada didaftarkan secara automatik dalam daftar pemilih seperti diperuntukkan dalam Perkara 119 perlembagaan persekutuan.

Katanya, cadangan pindaan itu sudah dipersetujui secara bersama antara semua kerajaan negeri, dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri pada 4 Mac lalu dan dibentang dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja pada 8 hingga 12 Mac.

Beliau berkata, perkara itu juga selaras dengan keistimewaan dan kewibawaan Raja-raja Melayu dan kedudukan Yang di-Pertua Negeri seperti termaktub dalam peruntukan perlembagaan atau undang-undang tubuh negeri.

Terdahulu, ketika membahaskan RUU itu Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mempersoalkan jika ia diluluskan bermakna hak Raja dan isteri telah dicabut sebagai pemilih.

“Adakah kita meluluskan RUU ini bermakna kita bergerak ke depan dari segi demokrasi sebagai sebuah masyarakat yang progresif atau apabila kita cabut hak kesamarataan, hak memilih kepada Raja-raja ini kita sebenarnya undur ke belakang.

“Jadi saya mohon menteri jelaskan perkara ini kerana ini hak mereka, hak baginda, hak Raja-raja, ini Dewan Rakyat, bukan dewan Raja, adakah Dewan Rakyat ini nak mencari hak asasi, kebebasan Raja-raja, isteri dan sebagainya.

“Saya tak mahu lima tahun akan datang, 10 tahun akan datang, waris Raja-raja akan berarak Bersih 7, Bersih 8 untuk tuntut hak mereka sebagai pemilih yang diiktiraf perlembagaan,” katanya.

Sementara itu, Hatta Ramli (PH-Lumut) ketika mencelah perbahasan Hassan bertanya, jika RUU itu diluluskan, adakah Raja-raja dan kerabat boleh memohon secara aktif untuk menjadi pengundi.