NIK HASYUDEEN
Adakah Gaji Semasa Mencukupi untuk Mengimbangi Peningkatan Kos
Sara Hidup?
Memiliki pendapatan boleh guna yang mencukupi penting bagi isi
rumah untuk kestabilan kewangan. Jurang antara pendapatan dengan perbelanjaan
menunjukkan kecukupan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan isi rumah
dan sekuriti kewangan.
Rajah 1.2.7 menunjukkan bahawa 51.2% isi rumah menerima kurang
daripada RM6,000 sebulan dengan 79.7% daripadanya mengalami ketidakseimbangan
kewangan kerana bahagian perbelanjaan lebih besar berbanding pendapatan.
Jurang pendapatan-perbelanjaan adalah lebih ketara bagi kumpulan
isi rumah berpendapatan RM2,000 – RM3,999. Situasi ini secara umumnya
menunjukkan bahawa lebih separuh daripada jumlah isi rumah di Malaysia
memerlukan pendapatan yang lebih untuk menampung peningkatan kos sara hidup.
Sumber: Tinjauan Ekonomi 2023 Mukasurat 29