STEVEN SIM
Semasa kami jumpa kat Parlimen, Saudari Nurul Izzah Anwar
berkongsi dengan saya tentang kisah sedih seorang ibu tunggal bernama Fatih.
Fatih seorang warga Syria, berkahwin pada umur 15 tahun ketika
remaja lain masih bersekolah. Di usia 16, dia sudah bergelar ibu.
Riang ria zaman remaja Fatih hilang tapi yang sedihnya,
kebahagiaan rumah tangga pun tidak pernah dirasainya.
Suami sering mendera Fatih dan 3 orang anak kecil mereka.
Apabila perang bermula di Syria mereka sekeluarga melarikan diri
ke Malaysia dan berjaya dapat status perlindungan pelarian.
Fatih dan anak-anaknya sentiasa bersyukur kepada Malaysia kerana
memberi mereka tempat teduh.
Namun, kisah sedih Fatih sebenarnya belum berakhir. Suaminya
menjadi semakin ganas dan sering memukul mereka. Akhirnya si suami meninggalkan
mereka tanpa meninggalkan satu sen pun.
Kini Fatih terpaksa membesarkan anak-anak seorang diri, tanpa
ahli keluarga lain, tanpa wang, tanpa pekerjaan, tanpa pendidikan, tanpa
kewarganegaraan.
Demi 3 orang anak kecil, Fatih sanggup menghempas pulas.
Malangnya tanpa sokongan, dia tidak mampu untuk mencari rezeki dengan lancar.
Pernah sekali Fatih bekerja dekat flat tempat tinggalnya, ada
laki-laki lain yang cuba ambil kesempatan ke atas dirinya semata-mata kerana
dia bergelar ibu tunggal.
Dia memang sudah buntu. Bulan-bulan sewa rumah flat kat KL saja
dah RM900. Belum kira belanja sekolah anak-anak. Depa belajar di sekolah
pelarian so memang kena bayar yuran. Fatih kata dia tak bersekolah tapi dia nak
anak-anaknya mendapat pendidikan. Mulia sungguh kasih ibu.
Saudari Izzah bagitau saya Fatih ni pandai buat masakan Arab.
Kalau begitu, apa kata kitaorang bantu dia setup gerai jual nasik Arab. Kos
modal semua kitorang tanggung.
La ni trend nasik Arab Chef Ammar dok panaih lagi kat KL, mana
tau rezeki Chef Fatih pula.
Pagi ni, sebelum sesi Belanjawan kat Parlimen, Izzah, Fahmi dan
saya pergi ke rumah flat Fatih di KL untuk tolong dia setup gerai nasik Arab.
Fatih bangkit tidur jam 4 pagi tadi untuk masak dan buat persiapan.
Masa nak keluar rumah, Fatih sempat amik meja seterika, katanya
khuatir meja yang kitorang beli tak cukup nak letak barang niaga. Aduh...
Ghisau kadang kala.
Saudara Fahmi Fadzil
kata dia dah tolong recce kat Bangsar ada tempat kosong boleh menjaja, crowd
pun ramai. Abam long kawasan kata ok, jadi kami pun pi setup kat sana.
Tapi memang betuilah kata YB Fahmi. Gerai setup tak sampai
setengah jam, dah habis nasik Arab Chef Fatih!
Fatih hampir tak percaya nampak wang tunai di tangannya. Saya
hulurkan lagi sedikit sumbangan, untuk dia cover sewa sebulan. Tak lah rimas
sangat kalut bab sewa rumah, dan boleh fokus majukan bisnes barunya.
Ok gais, korang yang kat Bangsar, KL, PJ, Selangor, pi lah
support bisnes nasik Arab Chef Fatih. Izzah dan saya lidah oghang Penang pun
dah luluih nasik Arab dia, memang surr punya.
Jalah teruih !!
Kepada sesiapa yang nak menderma kepada adik Fatih :
YAYASAN AMAN
5623 3940 0458
Maybank Islamic
(Fatih corner)
Lokasi: Jalan Bangsar Utama, di hadapan Menara UOA Bangsar
Waktu operasi: 9am-2pm