RENUNGAN MALAM


USRY NORIE


 Pagi ini abam nak kongsi satu lagi cerita untuk sama-sama kita ambil pengajaran..


Pada suatu hari seekor monyet sedang berehat di atas pelepah  pokok kelapa. Si monyet tak sedar yang dia sedang diintai oleh tiga jenis angin iaitu angin ribut, angin taufan dan angin puting beliung. 


Ketiga-tiga angin itu rupanya sedang bertaruh siapa yg paling cepat menjatuhkan si monyet dari pohon kelapa... 


Angin ribut berkata :

"Aku cuma perlukan 45 saat saja untuk menjatuhkan monyet itu..."


Angin taufan tidak mahu kalah. Kata Angin Puting Beliung :

"Kalau aku cukup 30 saat saja..."


Angin puting beliung dengan nada mengejek berkata :

"Kalau aku 15 saat, pasti jatuh si monyet tu..."


Lalu bermulalah pertaruhan ketiga-tiga angin itu...


ANGIN RIBUT yang mula-mula bertiup. Dia tiup angin sekencang-kencangnya... Wuuss...


Si monyet merasa ada angin yang bertiup kencang, lalu si monyet berpegangan pada batang pohon kelapa dengan sekuatnya... 


Setelah habis tempoh 45 saat,  ternyata si monyet tetap tidak bergerak. Akhirnya Angin RIBUT pun menyerah...


Giliran Angin TAUFAN pula bertiup. Wuuus Wuuusss...


Dia juga meniupkan anginnya lebih kuat berbanding tiupan angin RIBUT tadi,  namun si monyet itu tetap tidak jatuh. Akhirnya ANGIN TAUFAN pun mengaku kalah.


Terakhir, ANGIN PUTING BELIUNG pula mencuba nasib. Dia bertiup dengan lebih kencang berbanding tiupan ANGIN TAUFAN tadi... Wuuuss... wuuuss... wuuss...!


Tetapi mereka dapati si monyet tadi semakin kuat pegangannya dan tetap berganjank dari tempat rehatnya.


Ketiga-tiga angin itu akhirnya mengakui si monyet memang hebat, kuat dan daya tahannya amat luar biasa.


Tak lama lepas tu, datang pula ANGIN SEPOI-SEPOI.  Dia menyatakan keinginannya untuk bertaruh.  mendengar luahan tersebut ketiga-tiga angin tadi ketawa dengan niat untuk  mengejek. 


Berkatalah ANGIN PUTING BELIUNG kepada ANGIN SEPOI tadi, " Kami angin yang  kuat pun tak boleh... Apatah lagi kamu yang kecil ini...."


ANGIN SEPOI hanya membisu. Dia pun mula meniup ubun-ubun si monyet.

_Wuuuuuiiiisss_

Monyet: Mmmm.... Sedapnya angin..... Segaaaaar....


Mata si monyet semakin kuyu. 


Tak lama kemudian si monyet mula tertidur dan tanpa disedari terlepaslah pegangannya lalu jatuhlah si monyet itu dari pohon kelapa.


APA Pengajaran dari kisah ini?


Bila kita diuji dengan kesusahan, kesakitan dan masalah yang bertimpa-timpa, kita akan jadi semakin kuat. Malah semakin kita diuji dengan kesusahan, kita akan menjadi semakin kuat berbanding sebelumnya.


Tetapi bagaimana jika  kita diuji dengan kesenangan, keasyikan dan kenikmatan? 


Ketika itulah ada di kalangan kita yang mula lupa diri. Jika sebelum ini dia begitu taat dengan perintah tuhan, tapi bila diuji dengan kesenangan, dia mula lupa diri. Dia terlupa bahawa  nikmat yang diberikan itu juga adalah ujian dari Allah. 


Jika kita terus leka dengan ujian kenikmatan, tunggulah saatnya di mana kita akan "JATUH".


Selamat pagi


Rabu

13 Oktober 2021



PADU SOALAN DS SAIFUDDIN NASUTION PADA MENTERI KANAN PERTAHAN [ISU PENCE...





PROVOKASI ..KENAPA TIMBUL AUKUS- KEADAAN BERLAKU PERCEROBOHAN CHINA..VIETNAM JUGA- TAK SETUJU DENGAN AUKUS ADALAH KERANA  KERANA ASEAN INI BILA BERUNDING DENGAN RAKAN SEJWAT LANGKAH SETAHAP MANA 



1500 ORANG TERSENARAI "PANDORA PAPERS"LIBATKAN DUIT RM 1.8 TRILLION? LHD...

\


1500 ORANG TERSENARAI "PANDORA PAPERS"LIBATKAN DUIT RM 1.8 TRILLION? LHDN,PRDM,SPRM & KASTAM SIASAT!



PENYATUAN UMMAH ATAU PENYATUAN GHANIMAH?



Walaupun pimpinan PAS menafikan mengenai kesahihan audio tersebut, ia tetap memberi gambaran bahawa satu retak sedang tercipta dalam pucuk pimpinan PAS. Pada 2019, PAS bersama UMNO membentuk satu kerjasama yang dikenali sebagai Muafakat Nasional dalam satu upacara yang gilang gemilang di Ibu Pejabat UMNO, di Putra World Trade Centre (PWTC).



ZAHID HAMIDI BUATKAN MINUM PETANG UMNO DAN PAS SIA-SIA SAJA….BARU SEDAR SIKAP PAS...TANYA PENGEMUDI PAKATAN RAKYAT DAHULU....


 Petang semalam, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memuat naik di media sosial gambar pertemuan minum petangnya bersama dua pemimpin kanan Pas.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Turut menemani Mohamad Hasan dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung BN, Dr. Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Di ketika bahang PRN Melaka semakin panas, tindakan beliau memuat naik gambar itu itu segera menimbulkan spekulasi bahawa UMNO dan Pas akan bergabung untuk mendepani pilihanraya tersebut.

Mengulas pertemuan tersebut, Mohamad Hasan atau Tok Mat berkata, ia hanya sekadar pertemuan biasa sambil minum teh tarik kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.


“Kami minum teh tarik saja, lama tak jumpa,” katanya kepada sebuah portal berita.

Jelasnya lagi, pertemuan semalam itu tidak menyentuh langsung soal agihan kerusi antara UMNO dan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, menyentuh hubungan UMNO dengan Pas, Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Pas dalam gabungan Muafakat Nasional atau MN pada PRN Melaka tidak lama lagi.

“Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana beberapa PRK yang pernah diadakan sebelum ini.

“Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji BN secara solo. Dan Insya Allah rakyat akan memilih parti yang terbaik,” kata Ahmad Zahid dalam temubual bersama NRTV.

Ditanya apakah beliau kecewa dengan Pas dalam konteks hubungan MN selama ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menafikannya namun menegaskan bahawa UMNO telah “dikhianati berulang kali”.

“Saya tidak pernah kecewa sebagai seorang ahli politik tetapi kita harus tahu bahwa bila kita berkongsi, terutamanya berkongsi hidup, kita harus saling percaya mempercayai dan kita jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah kalau pengkhianatan itu dilakukan sekali.

“Tetapi kalau telah berulang kali, bukan saja kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” katanya tanpa menjelaskan lebih lanjut apa pengkhianatan yang dimaksudkan itu.

Dengan ini, nampaknya “tutup bukulah” soal kerjasama antara UMNO dan Pas untuk menghadapi PRN Melaka dan PRU15 akan datang.

Sebagaimana ditegaskan Zahid Hamidi, UMNO akan kekal bertanding menggunakan logo BN bersama rakan-rakan setia dalam gabungan itu.

Nampaknya juga, sia-sia dan buang masa saja minum petang anjuran Tok Mat semalam jika ia adalah sebahagian usaha untuk mendekatkan semula hubungan UMNO dengan Pas yang agak renggang sejak parti itu secara diam-diam menyertai Perikatan Nasional atau PN yang ditubuhkan oleh Bersatu.

Setelah berulangkali dikhianati, UMNO bukan saja sudah terluka hati, bahkan seperti tidak mungkin ada rasa percaya lagi kepada Pas yang tidak setia itu. –


 ShahbudinHusin 13/10/2021.




Bersama pertahan Permatang Pauh, semua kerusi PH di P. Pinang – DAP P. Pinang


DAP Pulau Pinang akan bersama dengan PKR untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh dan semua kerusi Pakatan Harapan (PH) di negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Steven Sim berkata, DAP akan terus bekerja keras untuk mempertahan serta memenuhi mandat rakyat Pulau Pinang yang inginkan sebuah negeri yang maju, berkebajikan dan hijau melalui visi Penang 2030.

“Sebagai Pengerusi DAP Bukit Mertajam yang merupakan ‘jiran’ kawasan Parlimen Permatang Pauh, saya akan memberikan sokongan penuh kepada PKR untuk mempertahankan kerusi tersebut.

“(Kerusi Permatang Pauh) yang merupakan simbol perjuangan reformasi rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua PKR Pulau Pinang, Sim Tze Tzin berkata, PKR negeri akan mempertahankan kerusi yang dimenangi mereka dan merampas semula kerusi yang bertukar tangan selepas penyandang meninggalkan parti itu untuk menyokong Perikatan Nasional pada PRU-15.

Tze Tzin menjelaskan, beliau yakin pengundi negeri itu tidak akan menerima ‘pembelot’ pada PRU15 kerana tidak mudah melupakan kesusahan politik yang dibawakan wakil rakyat melompat ke parti ditolak rakyat.

Mengulas lanjut, Steven berkata, pihaknya menolak parti-parti yang mengkhianati mandat rakyat dalam Langkah Sheraton, sekali gus menyebabkan negara terjunam ke dalam ketidakstabilan politik berterusan serta gagal menguruskan pandemik Covid-19 dengan baik. 

BNM perlu siasat Pandora Papers

 

Kementerian Kewangan digesa mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuka siasatan penuh terhadap Pandora Papers yang membangkitkan persoalan berkenaan aliran wang haram keluar dari Malaysia, yang dianggarkan berjumlah AS$33.7 bilion.

Mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, BNM perlu menyiasat sepenuhnya perkara itu untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia bukan sahaja tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan tetapi tiada percubaan menutup Pandora Papers yang melibatkan rakyat Malaysia dan aliran wang haram.

“Terdapat lebih daripada 330 ahli politik yang didedahkan oleh Pandora Papers daripada 90 negara, yang malangnya termasuklah beberapa rakyat Malaysia yang terkenal.

“Pandora Papers adalah sebahagian daripada skandal aliran wang haram (IFF) yang didefinisikan oleh Global Integrity Report (GFI) sebagai dana yang diperoleh, dipindahkan, dan/atau digunakan secara haram merentas sempadan antarabangsa.

“Dana itu datangnya daripada sumber kegiatan jenayah dan rasuah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guan Eng berkata, pengubahan wang haram masih menjadi masalah serius dan GFI menganggarkan bahawa nilai tahunan IFF berkaitan perdagangan di dalam dan di luar negara membangun berjumlah, secara purata, sekitar 20 peratus daripada nilai keseluruhan perdagangan negara tersebut dengan ekonomi maju.

“Menurut laporan 10 tahun terbaru oleh GFI yang bertajuk Aliran Wang Haram ke dan daripada 148 Negara Membangun: 2006-2015, Malaysia kerugian antara AS$22.9 bilion (RM94.22 bilion) dan AS$33.7 bilion (RM138.66 bilion) dalam aliran keluar wang haram dari tahun 2006 hingga 2015,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan turut meluahkan rasa kecewanya terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun yang menolak usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu penting tersebut di Parlimen.

“Bagi membuktikan bahawa tidak ada yang perlu disembunyikan, siasatan yang dijalankan perlu menghukum mereka yang terlibat dalam IFF dan juga mengesyorkan langkah-langkah ketat untuk mencegah aliran wang haram keluar daripada Malaysia dan bagaimana meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik,” katanya. 

NAIK GRED UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT...BERTAHUN TAHUN AIR TAK DA ...BAGI DUIT .....BELI MERCEDES


ABU MUSA

 

Masalah air di Selangor adalah sementara kerana kerja-kerja upgrade. Bukan macam di Kelate, Terengganu berbulan-bulan tanpa penyelesaian... Bodoh punya suara Syaitan

May be an image of 2 people and text that says "07:39 4611 Orang ramai mengeluh gangguan bekalan... harakahdaily.net Harakahdaih nar-inklusif JU JUMLAH 1,000,000 SEBELUM15.K KEMANUSIAAN ®Maybank HOTLINE 564490413882 1500 Berita Orang ramai mengeluh gangguan bekalan air kembali lagi October 12, 2021"

TUUU DIAAA....SAPU MACAM NAJIB JUGAK ?????

 

Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya



Bernama
Ahmad Zahid, isteri guna dana Yayasan Akalbudi bayar kad kredit lebih RM1.3 juta - Timbalan Pendakwa Raya
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan bagi kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kreditnya lebih RM1.3 juta yang digunakan untuk membeli-belah di gedung mewah seperti Giorgio Armani, Louis Vuitton dan Hermes.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata Ahmad Zahid dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis membelanjakan lebih RM1.3 juta itu untuk membeli-belah dalam tempoh dua tahun.
Beliau berkata penggunaan kad kredit secara meluas bagi pembelian di gedung membeli-belah mewah di seluruh dunia dan dalam negara itu boleh dilihat melalui penyata bulanan kad kredit.
"Walaupun diakui, tabiat berbelanja tertuduh dan isterinya mungkin tidak menjadi masalah dalam kes ini, seseorang akan tertanya-tanya sama ada mereka memikirkan golongan miskin di Malaysia ketika mereka membeli-belah seperti di Giorgio Armani, Louis Vuitton atau Hermes," katanya.
Raja Rozela berhujah demikian di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah pada akhir kes pendakwaan terhadap Zahid, yang menghadapi 47 tuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Raja Rozela berkata saksi pendakwaan ke-10, Yeoh Eng Leong yang juga naib presiden kanan AmBank mengesahkan bahawa berdasarkan penyata kad kredit yang dikemukakan, jumlah pembayaran yang diterima bank dari Januari 2014 hingga Januari 2016 adalah sebanyak RM1,296,715.98.
"Dari Januari hingga Disember 2014 sebanyak RM534, 412.52; RM708, 134.47 bagi Januari hingga Disember 2015 dan RM54,168.99 bagi Januari 2016.
"Saksi pendakwaan kesembilan, Anoop Singh Gulzara Singh, Naib Presiden Maybank (Pengurusan Penipuan dan Pertikaian Kad Kredit), mengesahkan penerimaan enam pembayaran berjumlah RM30,771.19 (antara Februari dan Oktober 2014), satu pembayaran pada Mac 2015 pada RM3,914.84, dan satu lagi pada Julai 2015 sebanyak RM30,635.80," katanya.
Raja Rozela berkata Ahmad Zahid juga menggunakan wang Yayasan Akalbudi untuk membayar cukai jalan dan insurans 20 kenderaan milik Ahmad Zahid dan tiga yang lain, isterinya, BZ Motors dan Juhari Janan, antara Januari dan September 2015.
"Jumlah yang terlibat adalah RM107,508.55 (pembelian insurans dan cukai jalan). Tidak ada kenderaan milik Yayasan Akalbudi," katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan melibatkan12 bagi pertduhan CBT, lapan kes rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA

LIHAT SEMUA RAKYAT JELATA- NAK BELA NASIB RAKYAT ATAU KAYAKAN DIRI DAN KRONI- SURAT PEMIMPIN UMNO LULUS PROJEK PASIR-SEBAB PASIR GADUH SAMPAI JATUH KERAJAAN.

 


Surat didakwa kelulusan projek pasir pemimpin Umno Melaka pula tular. Selepas tular klip audio yang mendakwa perbualan antara bekas EXCO Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob, kini tular pula surat yang didakwa dikeluarkan pejabat Ketua Menteri Melaka berkaitan permohonan mengorek pasir.

Surat yang bertarikh 27 September 2021 itu merupakan kelulusan daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka kepada sebuah syarikat enterprise berpejabat di Tanjung Bidara, Masjid Tanah.

Sumber memaklumkan kepada Agenda Daily bahawa pemimpin utama UMNO Melaka yang menjadi punca kemelut politik terbaharu turut mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

surat

Individu tersebut didakwa menjadi punca rasa tidak puas hati empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diketuai Idris sebelum ini yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Surat itu adalah berkaitan permohonan untuk mendapatkan permit mengeluarkan bahan batuan (pasir sungai) sebanyak 21,000 metrik tan (12,000 meter padu) di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran di Mukim Gadek, Alor Gajah, untuk tujuan jualan.

Menurut kandungan surat itu, mesyuarat Jawatankuasa Pecah Sempadan dan Belah Bahagi Tanah Negeri Melaka (JKBB) Bil 7/2021 yang bersidang pada 3 September 2021 telah bersetuju meluluskan permohonan itu

Antara lain syarikat itu dikenakan syarat:

Jumlah kuantiti: 21,000 metrik tan;
Tempoh: 6 bulan;
Kadar royalti: RM3 semetrik tan;
Bayaran royalti: RM63,000 (RM3 x 21 metrik tan);
Wang cagaran: RM12,600 (RM63,000 x 20%);
Bayaran kupon (doket): RM2,400 (48 buku x RM50); dan
Jumlah bayaran: RM78,000
Sebelum ini, Idris ketika mempertahankan tindakan menarik sokongan sehingga kerajaan UMNO Melaka tumbang turut membangkitkan isu berkaitan pasir dan royalti di negeri itu.

Media memetik Idris sebagai berkata:

“Kalau UMNO ini terus mempunyai pemimpin-pemimpin seperti yang ada pada hari ini, rakusnya diibaratkan makan itu tangan kanan dan kiri disuapkan ke mulut sambil mata menjeling lagi ke makanan lain di atas meja, yakni projek-projek ekonomi di negeri Melaka ini.

“Ribuan meter kubik pasir yang ditambak daripada tengah laut dibawa ke sini tapi diisytihar dengan jumlah yang rendah, menipu kerajaan Persekutuan dalam bentuk royalti, semuanya berlaku dengan jelas.”

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertemu dengan Idris dan merakam percakapannya. Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan pertemuan selama dua jam dengan Idris tetapi tiada dokumen dirampas.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman audio yang dikatakan mirip suara Idris dan Perdana Menteri berbual mengenai krisis politik di Melaka.

Dalam klip audio berdurasi lebih 7 minit itu kedua-duanya menggunakan kata ganti diri ‘aku’ dan ‘engkau’, selain nama Rauf turut disebut.

Sumber : https://www.agendadaily.com/politik/krisis-melaka-tular-surat-kelulusan-korek-pasir-pemimpin-umno-pula/

OWHHH...KALAU MINTA PERINCIAN MACAMANA YA....TAPI TAK BERKESAN PUN......

 

J-KOM belanja RM2.18 juta setakat Ogos




Abdul Latiff Ahmad berkata, RM1.78 juta dibelanjakan untuk bayaran emolumen, elaun dan tuntutan perjalanan 52 kakitangan tetap serta 35 anggota MySTEP.

PETALING JAYA: Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) membelanjakan RM2.18 juta sehingga 26 Ogos lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad.

Dalam Belanjawan 2021, RM40.5 juta diperuntukkan kepada jabatan itu.

Ketika menjawab pertanyaan Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat beliau berkata, daripada jumlah itu, RM1.78 juta dibelanjakan untuk bayaran emolumen, elaun dan tuntutan perjalanan 52 kakitangan tetap serta 35 anggota MySTEP.

Latiff berkata, RM77,400 digunakan untuk perbelanjaan pengoperasi pejabat yang merangkumi sewaan dan penyelenggaraan kelengkapan pejabat.

Katanya, J-kom membelanjakan RM14,500 untuk pelaksanaan program berkaitan isu pandemik Covid-19.

Jabatan itu pada awalnya diperuntukkan RM85.5 juta di bawah Belanjawan 2021, iaitu jumlah yang dikritik Ahli Parlimen pembangkang kerana percaya wang itu boleh dibelanjakan lebih baik ke atas sumber untuk memerangi pandemik.

Peruntukan itu kemudiannya dikurangkan kepada RM40.5 juta.

J-Kom, yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), dijenamakan semula secara rasmi pada 1 Feb lalu.

Polis rampas kereta rasmi bekas Exco Melaka

 




Kereta rasmi ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee ditemui di sebuah kondominium di Melaka dan dirampas semalam, susulan laporan polis yang dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka pada Isnin lalu.

PETALING JAYA: Polis merampas kereta rasmi ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee di sebuah kondominium di Melaka.

Ketua Polis Melaka, Abdul Majid Mohd Ali berkata, rampasan semalam itu menyusul laporan polis yang dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Melaka pada Isnin “mengenai kereta Toyota Camry berwarna hitam dengan nombor pendaftaran MAL 3” yang tidak dipulangkan Norhizam, yang juga bekas Exco.

Bekas pemimpin DAP itu adalah seorang daripada empat ADUN Melaka yang menarik balik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali pada 4 Okt lalu menyebabkan kerajaan pimpinannya kehilangan sokongan majoriti.

Ia seterusnya menyaksikan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya mengejut.

Majid berkata, siasatan awal mendapati surat arahan memulangkan kenderaan itu telah dikeluarkan oleh ketua penolong setiausaha kanan kerajaan negeri pada 5 Okt dan diserahkan kepada pegawai khas Norhizam.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta secara tidak jujur,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis turut merampas satu anak kunci kereta, sekeping kad Touch ‘N Go dan satu kad minyak daripada seorang lelaki yang merupakan pemandu rasmi Norhizam.

Seksyen 403 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Majid berkata, siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui bagaimana kereta itu boleh diletakkan di tempat letak kereta kondominium terbabit dan kaitannya dengan pemilik lot tempat letak kereta berkenaan.

BETAPA KURANG AJARNYA WANITA UMNO TANJUNG KARANG!!!!....ISHHH...ISSHHHH..INIKAH BUDAYA WANITA......SUMPAH TAK AMBIK BUAT MENANTU


KHAIRUL ANUAR AHMAD ZAINUDDIN


PANAS TUAN-TUAN...

BETAPA KURANG AJARNYA WANITA UMNO TANJUNG KARANG!!!!....
Sepak kerusi meja, maki hamun pekerja, siap ugut kata boleh tutup restoren tu dengan KUASA KABEL yg mereka ada!!!...
Kejadian 7 oktober, disebuah restoren di section 9, shah alam. Hanya kerana ditegur kerana tak mematuhi SOP, wanita UMNO TANJUNG KARANG, termasuk ketua wanita mereka, bersikap kurang ajar dengan perkerja dan boss restoren tersebut...



May be an image of text


BAJET TAMBAHAN: KERAJAAN AKAN TINGKATKAN HAD HUTANG 65% KDNK


AJAK DEBAT ACAH ACAH RUPANYA WALAU MENGAKU ANAK JANTAN



SEBELUM NAK BERDEBAT KITA AJAK DULU SEBAB ANAK JANTAN

 



TETAPI KEMUDIANNYA ENTAH KENAPA PULAK  MENJADIKAN BUDGET SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK BERDEBAT



KETUA MENTERI SEMENTARA MELAKA SEPATUTNYA DARI BLOK PH PLUS

 Ketua Menteri Sementara Melaka sepatutnya dari blok PH Plus

PERBUALAN PM PUN BOLEH DIRAKAM, INI KERJA SIAPA DAN SELAMATKAH JUGA KOMUNIKASI KITA RAKYAT BIASA?


Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka selepas Idris dan tiga lagi Adun menarik sokongan menjatuhkan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali minggu lalu.
Bagi yang biasa mendengar suara Idris dan Ismail, baik secara perbualan biasa atau melalui televisyen, pasti tidak sukar mengenalpasti bahawa audio itu adalah melibatkan kedua-dua mereka.
Meskipun Idris telah menafikannya, tetapi secara umumnya tindakan beliau itu tidak mengurangkan keyakinan ramai terhadap keaslian suaranya.
Penafian Idris itu dilihat hanya satu perkara biasa dalam permainan orang politik ketika berdepan media.
Malah, banyak penafian-penafian sebelum ini akhirnya berakhir dengan kebenaran.
Begitu pun, Ismail Sabri masih belum membuat apa-apa penafian berhubung rakaman audio tersebut.
Rakaman audio berkenaan boleh didengar di sini – https://www.facebook.com/100057723877508/posts/304481344819326/
Apa yang nyata, butir perbualan dalam rakaman itu boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta implikasi, baik kepada Ismail Sabri, Idris, Sulaiman yang mengetuai kerajaan negeri, Ab Rauf Jusoh, Speaker Melaka dan masa depan UMNO menghadapi PRN akan datang.
Namun, yang terpenting sekali dengan bocornya rakaman audio melibatkan Perdana Menteri itu, sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tanda tanya kita semua.
Pertama, siapakah yang melakukan intipan dan membocorkan rakaman itu?
Kedua, dengan perbualan Perdana Menteri sendiri boleh diintip, dirakam dan disebarkan, apakah tahap keselamatan sebenar negara kita ini?
Bayangkan belum pun sampai dua bulan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, sudah ada yang berani mengintip, merakam dan menyebarkan perbualannya?
Bagaimana dengan banyak perbualan telefon beliau yang lain, adakah ia juga terdedah kepada intipan dan rakaman dan mungkin terdedah kepada umum?
Kenapa talian telefon Perdana Menteri tidak dilengkapi dengan kawalan atau ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan?
Kalau perbualan Perdana Menteri begitu mudah diintip dan dirakam, bagaimana dengan perbualan kita sebagai rakyat biasa?
Selamatkah kita dalam berkomunikasi dengan sesiapa?
Dari meja – Shahbudin Husin 12/10/2021.




TAK JADI MACAM NI.....

 


Kata Presiden UMNO, tiada MN untuk PRN Melaka dan ini bermakna sia-sia sajalah Timbalan Presiden UMNO minum2 sambil bincang politik dengan Pas petang semalam….

😗😗


SEKOLAH SELAMAT: 95% GURU TELAH DIVAKSIN

Sekolah selamat: 95% guru telah divaksin

SETELAH RENTAS NEGERI SUDAH DIBUKA, TIDAK LOGIK LAGI ISMAIL SABRI MAHU DARURATKAN PRN MELAKA


Sama ada PRN Melaka akan diadakan atau tidak, semuanya masih lagi menjadi tanda tanya dan tiada jawapan yang pasti.

Mengikut rentetan yang berlaku, meskipun DUN Melaka telah dibubarkan, tetapi timbul pula desakan agar PRN Melaka didaruratkan berikutan kebimbangan angka kes Covid19 akan meningkat semula jika pilihanraya diadakan.

Paling kuat mendesak agar PRN ditangguhkan melalui penguatkuasaan darurat ialah UMNO, walaupun yang memohon pembubaran DUN Melaka kepada TYT Ali Rustam adalah Ketua Menteri daripada UMNO juga setelah empat Adun bertindak menarik sokongan terhadapnya.

Sebagaimana yang disebut Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu, meskipun DUN Melaka telah dibubarkan dan timbul desakan agar darurat dilaksanakan, tetapi beliau mengambil pendirian bahawa kerajaan hanya akan membuat keputusan berkenaan perkara itu pada minggu ini.

Katanya, minggu ini akan diputuskan sama ada kerajaan perlu menasihatkan Raja Nazrin Shah tentang keperluan darurat dilaksanakan atau sebaliknya di Melaka.

Menurut Ismail Sabri lagi, tempoh seminggu diperlukan sebelum membuat keputusan itu ialah bagi membolehkan Pemangku Yang Dipertuan Agong, Raja Nazrin Shah mendapat taklimat Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan SPR terlebih dahulu.


“Jadi kita tunggu selepas taklimat kepada Pemangku Yang Dipertuan Agong dan Kabinet akan buat keputusan selepas itu,” tambahnya.

Untuk itu, mesyuarat kabinet Jumaat ini akan menjadi penantian sama ada kerajaan akan mengisytiharkan darurat bagi tujuan menangguhkan PRN Melaka atau pun tidak.

Jika tiada darurat, maka PRN Melaka perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas DUN negeri itu dibubarkan pada 4 Oktober lalu.

Tetapi, jika kita teliti semua perkembangan yang berlaku, baik yang terkait dengan secara langsung atau tidak langsung dengan kemelut politik di Melaka, sebenarnya tiada keperluan sama sekali untuk menangguhkan PRN negeri itu.

Pertama, oleh kerana DUN Melaka telah dibubarkan, maka tiada pilihan lain lagi bagi kerajaan selain keperluan mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran diwartakan.

Mengisytiharkan darurat oleh kerajaan yang dipimpin oleh UMNO setelah pembubaran juga dinasihatkan oleh kerajaan negeri UMNO kepada TYT Melaka, ia tidak lain menggambarkan ketidaktetapan dalam pendirian yang telah diputuskan.

Hal lain, ia juga menunjukkan rasa ketakutan UMNO untuk berdepan PRN setelah mereka sendiri mahu PRN diadakan.

Dalam hal ini, Ismail Sabri sepatutnya terus saja memberi laluan atau arahan kepada SPR untuk menetapkan tarikh pilihanraya, sambil menggesa ditetapkan SOP sewajarnya berkaitan kempen dan mengundi bersama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Dan tidak perlu juga sampai menyusahkan Timbalan Yang Dipertuan untuk baginda terlibat sama dalam soal politik sehingga perlu mendapatkan taklimat daripada Peguam Negara, Kementerian Kesihatan dan SPR berkaitan hal ini.

Kerajaan seharusnya jalan terus saja untuk mengadakan PRN sesuai dengan DUN Melaka yang sudah pun dibubarkan itu.

Kedua, kebenaran rentas negeri sudah dibenarkan di seluruh negara bermula 11 Oktober lalu dan kini sesiapa saja boleh bergerak ke mana-mana tanpa sekatan lagi.

Dengan kebebasan rentas negeri itu, semua aktiviti kehidupan rakyat boleh dikata sudah bebas dan tiada lagi sebarang larangan.

Dalam erti kata kain, bersama kebenaran rentas negeri dan pergerakan rakyat yang tidak terhalang itu, sudah tentu tidak munasabah lagi untuk menghalang PRN Melaka daripada diadakan.

Tidakkah lawak jadinya bilamana sementara rakyat dibebaskan bergerak, bebas pergi ke mana-mana dan bebas berjumpa dengan sesiapa saja, tetapi dalam waktu yang sama didaruratkan untuk berpilihanraya?

Apa ertinya kebebasan yang diberi itu jika darurat masih mahu digunakan untuk menyekat kebebasan?

Ketiga, jika darurat juga yang akhirnya menjadi pilihan, apa bezanya Ismail Sabri dengan Mahiaddin? – ShahbudinHusin 13/10/2021.