Mungkinkah ini akan berlaku?

 Mungkinkah ini akan berlaku? 


GAME SI SAKA?


Ini game sebenar Umno... PM umno , TPM umno .. TSMY akan undur atas sebab kesihatan.. paklong mail take over, H2O TPM.... apa yang PH janji dulu akan umno laksana kan... (ni dulu atok cakap manifesto bukan kitab suci..).. UMNO akan di julang hero rakyat... segala bantuan.. habis-habisan akan di beri untuk beli jiwa rakyat yang sudah merempat..maka berbondong-bondong lah rakyat terutama orang melayu.. UMNO jadi hero rakyat(rujuk kenyataan DZH) majoriti akan undi umno dalam pru15... UMNO menang besar... itu perancangan atok dan umno.. atok akan mendabik dada dia lah hero d balik tabir... tebus kesilapan lampau.. atok berucap bergegar selibrate kemenangan besar.. atok jadi menteri mentor mcm Lee Kuan Yu... hingga akhir episod... inilah sandiwara berepisod.. wallahualam ..

RAZMAN NAK KUTUK KUTUK ZAHID ??? POOOODAH..DIA INGAT DIA CERDIK..PARTI DIA PUN SAMA GAGALIS- MANA TIDAKNYA, SATU HAPA PUN TAK JALAN.PEMBOHONG

 


Panas! Razman tempelak Zahid, kerajaan PN atau menteri Umno yang gagal handle Covid-19?


Razman tempelak Zahid, kerajaan PN atau menteri Umno yang gagal handle Covid-19?


Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menempelak kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dakwaan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Dia nak cakap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin/kerajaan PN gagal handle (tangani) Covid-19 atau nak cakap parti  sendiri gagal handle Covid-19?” soalnya di Facebook semalam.

Menyifatkan Zahid “terdesak”, Razman menyenaraikan tiga nama menteri Umno dalam kabinet PN: iaitu Menteri Pertahanan merangkap Menteri Kanan Kluster Keselamatan, sebelum terbaru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kesihatan Dr Adham Baba; dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Untuk rekod, tiga kementerian berkenaan dilihat merupakan antara kementerian yang terlibat dalam pengurusan Covid-19, dan sering juga mengadakan sidang media berkenaan wabak berkenaan.

“Ketiga-tiganya daripada Umno yang mana dia sendiri merupakan presiden. Sebab tu Pak Teh pernah kata, ini bukan masa nak tunjuk siapa gagal siapa berjaya. Ini krisis! Sama-sama kita fokus kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sebelum hujung tahun ini dengan izin Allah rakyat Malaysia akan capai imuniti kelompok. Tak lama dah. Tahun depan insya-Allah boleh balik raya. Sabar dulu, jangan tunjuk sangat ‘desperate’ tu,” katanya di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid awal pagi semalam mengumumkan yang Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kerana tujuh kegagalan PN.

Antaranya, kegagalan menangani wabak Covid-19, menyalahgunakan darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi, gagal menguruskan bantuan kepada rakyat, serta memperkotak-katikkan titah Agong.

Pun begitu, Umno memberikan kebebasaan buat ahli parlimennya mengundi mengikut budi bicara di Dewan Rakyat – sebagaimana yang “dihasratkan” ketika Zahid menghadap Yang di-Pertuan Agong – tetapi mereka masih perlu berpandukan keputusan parti.

Sementara itu, bekas presiden Umno Najib Razak membidas pihak yang menyalahkan menteri-menteri Umno yang menjaga prosedur operasi standard (SOP), hal kesihatan dan urusan vaksin di dalam Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Meskipun tidak merujuk nama, dia dipercayai, antara lain, merujuk kenyataan dibuat Razman.

“Adakah kamu tengok nama-nama mereka dalam keputusan untuk membenarkan kilang bukan essential (penting) dibuka semula pada hari PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan) keempat?

“Mengikut portfolio dan tanggungjawab mereka masing-masing, yang jaga SOP, kesihatan dan vaksin tiada kepentingan untuk cadang pembukaan semula kilang dalam PKPD atau dasar-dasar lain seperti kurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing yang banyak jahanamkan negara serta usaha melawan Covid-19.

“Buat apa mereka mahu menyusahkan tugas-tugas sendiri?”soal Najib.

Dia turut mengepilkan laporan berita dua hari lepas mengenai keputusan membenarkan lebih banyak sektor dibuka di kawasan PKPD, dan turut menggariskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), menteri kewangan dan menteri di jabatan perdana menteri (ekonomi).

Miti dilaporkan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat kabinet dipengerusikan perdana menteri dan dibincangkan bersama dengan dua lagi pihak di atas.


MEMANG BETUL PUN #KERAjaanPNGagal segagalnya untuk beri bantuan pada Rakyat, gagal menangani pandemik COVID-19 dan ekonomi.

 

May be an image of 1 person and text that says "Bloomberg Opinion Politics & Policy Malaysia Is Staggering Down the Road to Failed Statehood The country used to punch above its weight on the global stage. Now, white flags seem like surrender dysfunction. By DanielMoss July 2021, 7:00 AM GMT+8 Ou dimute change? ស២ទក Malaysian: during rolling lockdowns nd for Covid-19 infections nation. Southeast ×××•× country losti status developin some Now, may relegated"


Media Antarabangsa menganggap pada mulanya "Bendera Putih" adalah "teriakan" memohon bantuan di kala kesusahan tapi kini Malaysia sudah hampir menjadi "A FAILED STATE". Namun #KERAjaanPNBongok ini masih dalam "DENIAL SYNDROME" hanya berminat utk terus mempertahankan kuasa. Enggan serahkan kpd YDPA bg menentukan Malaysia dipimpin oleh sekumpulan baharu pemimpin politik yg lebih cerdik dan punya "POLITICAL WILL" utk selesaikan masalah Rakyat dan Negara ini.

Tanpa "Political Will" utk membuat yg terbaik demi Rakyat, sebaliknya demi kepentingan semdiri utk terus berkuasa, mereka menggantung Parlimen, hilang sokongan Majoriti tapi enggan meletak jawatan, berpesta dengan jawatan dan ghanimah di kala Rakyat terbeban serta susah, langsung TIDAK MEMBANTU imej negara, ia hanya melebarkan "Trust Deficit", membuatkan Pelabur Asing takut utk melabur di negara ini melihat Malaysia diperintah oleh KERAjaan Minoriti yg #GAGAL.

Yg paling teruk, Rakyat sudah hilang keyakinan kepada #KERAjaanPNGagal ini. Ramai putus harapan dan bertindak bunuh diri. Sehinggakan Rakyat terpaksa mengambil inisiatif sendiri dgn kempen Bendera Putih dan Hitam - #RakyatBantuRakyat. #KERAjaanPNGagal ini lsg tidak boleh diharapkan dan sangat mengecewakan Rakyat.

Natijah dari #KEGAGALAN PNkhianat itu ialah Ekonomi yg tidak berkembang, ramai hilang pekerjaan, hilang pendapatan, hilang punca, terpaksa hadap tekanan perasaan dan kos sara hidup yg meruncing. Rakyat hidup melarat dan menderita.

Apa #PNCirit buat? Pertahankan kuasa yg sejak awal bukan milik mereka sbb mandat Rakyat di PRU14 adalah utk Pakatan Harapan. Begitu banyak kerosakan, begitu banyak ujian yg Allah tunjukkan tapi mereka tidak mahu menginsafinya. Awas..Malaysia akan jadi "A FAILED STATE" angkara tangan-tangan manusia durjana.

‎للَهَ لا يَهدي كَيدَ الخائِنينَ...

“dan bahawasanya Allah tidak meredhai tipu daya orang-orang y ang berkhianat..”

Surah Yusuf : Ayat 52

Hadis riwayat Abu Sa’id al-Khudri r.a. beliau berkata Rasulullah s.a.w. bersabda :

لكل غادر لواء عند إسته يوم القيامة يرفع له بقدر غدره، ألا ولا غادر أعظم غدرا من أمير عامة (رواه مسلم)

“Bagi setiap pengkhianat perjanjian itu dipasang bendera di punggungnya pada hari kiamat, (bendera itu) diangkat mengikut tahap kedahsyatan khianatnya. Ketahuilah bahawa tiadalah pengkhianat yang lebih besar pengkhianatannya selain daripada (pengkhianatan) pemimpin rakyat” (Riwayat Muslim)

Apakah lagi nikmat Allah yg engkau dustakan?

Wallahualam.

- Zus Din

09 Julai 2021

 

 

TUU DIA AIHHHH-ISLE TERANCAM LAGI DI NEGERI SERAM...BI MEKAH-KEDARAH RASUAH -PATUT AIR PAIP JADI TEH....



Bekas Pengurus Besar Air Kelantan antara 3 ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta

Oleh MALAYSIA DATELINE / July 9, 2021

 

 

Bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) antara tiga individu yang ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara tahun 2015 dan 2019.

Dua lagi yang ditahan bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.

Menurut sumber SPRM, mereka ditahan antara 4.25 petang dan 6.30 petang semalam selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Kelantan, lapor Bernama.

SPRM memperoleh perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap ketiga-tiga mereka.

Difahamkan, siasatan lanjut dilakukan atas dakwaan pembabitan mereka dalam rasuah daripada sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB, yang juga anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menurut sumber, kes berkenaan adalah antara kes berprofil tinggi yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, dan siasatan lanjut mengenainya akan dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 

OOOIWEHHHH....WALAUNCAI..ZAMAN PH TAK JADI LAGI SAMPAI TAHAP NI...KERAJAAN MELAYU ISLE MACAMANA NIH.ISLE TERANCAM NI...

 

Mabuk, bogel, rempuh sekatan polis, lelaki ditahan




Berdasarkan maklumat ahli keluarga, suspek mempunyai masalah mental namun polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki mabuk yang cuba merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Batu Kawa, Padawan, Sarawak, hari ini.

Dalam kejadian 9.38 pagi, suspek yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel ditahan anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di SJR berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Lim Jaw Shyong berkata, ketika diarahkan berhenti, suspek cuba melanggar anggota bertugas sehingga memaksa mereka menendang tayar depan motosikal itu.

“Suspek yang terjatuh dan mengalami luka di tangan kanan dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 28 tahun itu dalam keadaan mabuk.

“Berdasarkan maklumat ahli keluarga, suspek mempunyai masalah mental namun polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

NAK IKUT PH KENA IKUT REFORM BERSAMA PH- TAK YAH PUSING PUSING ...

 






ZUBAIDI SUDIN

Historically speaking, yang pertama tabur cerita siapa yang sokong Anwar nanti Anwar drop case ini bermula dari Mutfi Serba tahu. Lepas itu dia siap tajassus yang Anwar rakus nak jadi PM padahal:

1) Kalau Anwar rakus dan gila nak jadi PM, masa shereton itu boleh aje dia terima pelawaan dari UMNO untuk bekerjasama. Ingat antara undian dia dan Mahathir, dia dapat 107, tapi Mahathir hanya kurang dari 60. Kini yang rakus macam Muhiydin itu yang Mopti Serba tahu restu.

2) Drop case ini adalah satu fitnah yang jahat. Anwar terang-terang kata siapa yang hendak bersama dengan PH kena ikut agenda reform, not the other way around. Just because your mentor suka salah guna kuasa ( kes Tun Salleh Abas) misalnya, bukan bererti semua orang akan ikut benda yang sama.

3) Sedangkan PM yang lemah macam Muhyidin pun tak drop kes Zahid, takkan Anwar nak buat suicidal move, especially PRU15 is just around the corner? Of course Muhyidin ada drop kes lain macam kes Musa Aman etc; ini yang Mahathir selalu practise. Tak caya, kenapa kes 90 juta lebai senyap, kenapa kes ahli politik sandakan kabur? Ini bukan sangkaan, ini adalah bukti.

4) Ingat dalam PH ramai pemimpin yang berprinsip macam Mat Sabu, LGE, yang biasa keluar masuk penjara sebab pertahankan prinsip. What makes you think that PH leader akan succumb pada UMNO kalau UMNO sokong mereka? That is a very low standard to begin with. Lepas tu kena ingat yang penyokong PH bukan walaun, kami semua adalah golongan yang berfikir, yang profesional. Siapa salah kami balun regardless dia leader ke tidak sebab itu Islam ajar.

5) Yang di katakan between 2 lesser evil itu dalam islam di namakan Fiqh al awlawiyyat. Apa yang awak sebut itu semua telah di sebut oleh Mutfi Utara. Dan lihat bagaimana Allah SWT membalikkan sangkaan buruk dia secara terangan? Dia siap hilang tsiqah (kredibility) sampai sudah jadi badut agama. Key dia jangan bersangka buruk.

6) Nak guna Fiqh Al-Awlawiyyat kena ada methode yang betul. Macam contoh saya yang lepas, sebut tak ada benda nak makan padahal ikan ada depan mata, tapi awak buat fiqh Awlawiyyat nak choose between bacon dan daging biawak. Itu cara salah untuk guna kaedah Fiqh Al-Awlawiyyat. Dan Fiqh Al-Awlawiyyat ini kena buat jika ada darurat, kalau tak darurat kena guna hukum fiqh biasa.

7) Cerita pasal Daurat, yang terdesak sekarang bukan Anwar tapi Zahid. Kenapa nak kata kalau Zahid sokong Anwar, kes dia akan dibuang? Sebab that is what your mentor would do right? . Jadi tak boleh samakan semua politican guna hasty generalization fallacy.

8 ) Again the unity government idea. The main reason kenapa nak unity government is because that is the only way Mahathir boleh berkuasa. Kalau Mahathir adalah ketua pembangkang yang ada 89 support behind, you will not throw that idea out. Sebab dia tahu yang dia tak ada sokongan, sebab itu kena stick dengan idea extreme macam Mageran etc. Tapi mageran kena ada PM dalam jawatankuasa itu. Lagi pun kita ikut Westminster, dalam Westminster 2nd largest block boleh sahaja di lantik jadi PM interm dan tugas PM interm itu adalah untuk dapat sokongan majoriti. Tak payah nak throw out idea yang pelik2 dan senjang macam unity government atau Mageran.

9) Have a litte faith, dalam Islam kena bersangka baik, macam mana majoriti penyokong PH bersangka baik dengan Mahathir waktu awal PRU14 termasuklah saya. Tapi bila dia sendiri jadi enabler kerajaan PN ini dengan bukti demi bukti, tabyyun itu telah berakhir. Sebab orang beriman takkan di patuk dalam lubang yang sama dua kali.

10) Saya tak suka bercerita steps ke dua sedangkan step pertama belum lagi jadi. Step pertama ialah Muhyidin (bukan nama sebenar) kena jatuh dulu. Siapa yang nak tolong kita jatuhkan Muhyidin (bukan nama sebenar) kita kena sokong tak kisah lah dari UMNO atau dari Mahathir ( that is his mess to begin with) kita kena sokong. Baca kisah kerjasama Nabi dengan Yahudi Bani Qainuqa sebelum mereka khianat Nabi.

11) Kalau dah jatuh, baru kita cerita balik siapa yang layak jadi PM. Ikut sistem westminister, opposition leader boleh di angkat sebagai PM Interim; tak payah nak reinvent the wheel nak unity atau Mageran. Pastu kalau PM interim tadi tak cukup sokongan barulah boleh dia ajak sesiapa sahaja untuk bersama dalam kerajaan dia, itu yang di namakan unity goverment. Dan Anwar dah acap kali kata, siapa yang hendak sokong, kena ikut agenda reform dan Islah. bukan sebaliknya.

WAllahualam

 

KATA LEBAI NIK ABDOH, PN TAK GAGAL CUMA BELUM BERJAYA....CIA TENTU TAK SETUJU

 


MOHD MUKHLIS


Mana boleh kata Kerajaan Melayu Isle gagal. Ikut neraca Nik Abduh, PN tidak gagal cuma belum berjaya sahaja.

Mungkin kalau lantik 10 timbalan perdana menteri lagi dan 40 menteri kanan akan memberi keyakinan pada pelabur luar? Alang-alang sudah jadi negara gagal, apa kata terus buat sampai jadi bumi hangus?

TERGAMAK PERTAHANKAN KUASA SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA?

 


1) Apa kita nak kata pada gerombolan #PNkhianat yg tiada simpati pada Rakyat? Apa nama yg sesuai diberikan kpd perbuatan mereka ini??

2) Pada ketika Rakyat menderita menanggung sengsara kerana kedangkalan pemerintah menangani pandemik COVID-19 Abah Kau dgn koncu2nya sibuk mempertahankan kuasa meskipun mereka telah hilang Majoriti sejak sebelum Proklamasi Darurat lagi.

3) Sungguh sedih saya melihat video dari link yg dihantar kpd saya. Ia dikatakan di Hospital Klang yg sudah tidak lagi terurus angkara pandemik. Mungkin diambil oleh salah seorg Frontliners yg sudah tidak tahan dgn keadaan ini.

4) Ini yg Menteri Lebai kata Darurat telah berjaya menangani COVID-19?? Ini yg sering dimainkan di TV dan dipropagandakan oleh KPK bhw Darurat telah membantu menangani pandemik COVID-19??

5) Sesungguhnya mereka sungguh tidak berhati perut. Mementingkan kuasa berbanding kesejahteraan Rakyat. #KERAjaanPNgagal ini telah ternyata #GAGAL segagal-gagalnya dari semua aspek termasuk Ekonomi dan Kesihatan. Ia diakui oleh MKT UMNO.

6) Rakyat mesti terus diingatkan bahawa UMNO JUGA BERTANGGUNGJAWAB. Menteri2 mereka yg berada dlm kerajaan ini dan menangani pandemik COVID-19. Mereka hanya nak tunjuk Hero dan "DISASSOCIATE" dgn masalah yg dibuat #KERAjaanPNGagal ini. Di kempen PRU15 elok Rakyat terus diingatkan apa yg telah dibuat oleh PN + UMNO BN.

7) MKT UMNO tidak ada telur, manakala MP-MP UMNO mementingkan diri sendiri utk kekal dlm #KERAjaanPNGagal ini. Di PAU2020 Presiden UMNO kata bila tiba masa Menteri, Timbalan Menteri dan semua yg berjawatan di GLC akan letak jawatan?? Ada UMNO arahkan MP2 nya letak jawatan? Ia hanya RETORIK. Rakyat TELAH DITIPU oleh PN dan UMNO BN.

Description: 😎Lihat keadaan pandemik ini. Rakyat juga mengambil inisiatif membantu mereka yg terpaksa mengangkat bendera putih. #KERAjaanPNGagal menangani termasuk bantuan. Ini adalah satu bentuk PENGANIAYAAN BESAR-BESARAN terhadap 32 juta Rakyat Malaysia.

9) Bila sudah hilang Majoriti dan #GAGAL memimpin Negara ini, secara Moralnya Abah Kau wajar meletak jawatan. Ia harus diserahkan kpd YDPA membuat keputusan melantik satu pasukan yg COMPETENT utk menangani masalah2 negara ini. Malang sekali, ada penjawat-penjawat awam turut bersetongkol mempertahankan Raja SCHEME of THINGS dan #KERAjaanPNGagal ini.

10) RAKYAT mesti ingat, bukan PN (PPBM + PA$) shj yg bertanggungjawab, UMNO terbabit sama dan buat keputusan PONDAN utk tidak menyokong Abah Kau sbgai PM tapi kekal menongkat #KERAjaanPNGagal.

11) Apakah perbuatan PN, UMNO BN dan koncu2 mereka ini sesuai dipanggil JENAYAH KEMANUSIAAN KE ATAS RAKYAT MALAYSIA? Satu hari nanti mungkin Mahkamah perlu memberi Intepretasi atau tafsiran tepat kepada perbuatan ini.

12) Bersabarlah wahai Rakyat Malaysia, kita lalui bersama #KitaJagaKita. DOA SETIAP HARI SUPAYA ALLAH RUNTUHKAN DAN HANCURKAN GEROMBOLAN YG MENZALIMI DAN MENGANIAYA RAKYAT. Sesungguhnya mereka telah berantakan. Rakyat mesti terus berdoa.

Wallahualam

Zus Din

09 Julai 2021

#KERAjaanPNGagal

#PNGAGAL

#AbahKauLetakJawatan

#KPKLetakJawatan

#RakyatBantuRakyat

*NOTA : Kredit video dan posting asal Julia Fx

 

RAKYAT TERKURUNG ,KAMU BEREBUT-KENA AMBIL PANDANGAN PAKAR PAKAR

 May be an image of text that says "Thread Anwar Ibrahim Rakyat berkurung hampir bulan. Namun, kes terus tinggi. Ramai yang hilang pendapatan dan dilanda kemurungan. Kes bunuh diri juga meningkat. Kita perlu lebih senus pak menteri! Teguran dan pandangan pakar pakar kena ambil kıra. Pendekatan sekarang เทi TERNYATA GAGAL! KKMalaysia Terkini #COVID19, 8,868 kes baharu Anwar Ibrahim Kita perlukan rancangan yang tuntas bersandarkan sains dan data. Saya sudah bentangkan bersama Dr Wan Hasni hampir sebulan lepas. Namun, belum ada respon dari pemerintah. Apa sudah jadi? nikah kerajaan yang prihatin dan mendengar? sar Ibrahin BICARA MASA DEPAN NEGARA PASCA COVID"

Rakyat berkurung hampir 2 bulan. Namun, kes terus tinggi.

Ramai yang hilang pendapatan dan dilanda kemurungan. Kes bunuh diri juga meningkat.

Kita perlu lebih serius pak menteri! Teguran dan pandangan pakar-pakar kena ambil kira.

Pendekatan sekarang ini TERNYATA GAGAL!

https://twitter.com/anwarib.../status/1413045183319445512...

 

ISUNYA IALAH KEABSAHAN ATAU "LEGITIMACY"

 


Apabila AG mengeluarkan kenyataan membela PM Abah Kau KUNUNnya masih berkuasa kerana pengumuman menarik balik sokongan oleh Presiden UMNO dianggap hanya "Kenyataan Parti Politik", saya tertanya-tanya kenapa ini perlu?

Tapi saya sedar, ia perlu dibuat sebagai hujah balas bahawa penarikan sokongan diumumkan oleh Presiden UMNO tidak memberi kesan kerna keabsahan hilang sokongan mestilah dizahir dan ditentukan di Dewan Rakyat.

BIJAK pula AG ni cakap pasal KEABSAHAN pengumuman Zahid itu yg beliau anggap adalah hanya Kenyataan Parti Politik" bukanlah ditentukaan oleh Parlimen. Yg agak melucukan ialah Warkah Sokongan UMNO utk Abah Kau jadi PM dulu, tidak perlu pula diabsahkan di Parlimen terlebih dahulu?

TERLANJUR bercakap pasal "KEABSAHAN" ini, tidak boleh tidak, saya TERTANYA-TANYA kenapa AG ni tidak pernah bersuara tentang KEABSAHAN jawatan Perdana Menteri Abah Kau??

Bukankah PM-PM yg dilantik di pertengahan penggal (bukan selepas PRU) PERNAH mendapatkan KEABSAHAN jawatan dan sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui VoC (Vote of Confident)?

Lihat dokumen Hansard Parlimen yg disertakan, ia adalah BUKTI yg nyata bahawa 2 PM sebelum ini yg diangkat di pertengahan penggal telah mendapatkan KEABSAHAN melalui Parlimen atau VoC. Mereka ialah Tun Hussein Onn (1976) dan Pak Lah (thn 2003).

Oleh itu AG taknak jelaskan pada kami Rakyat Marhaen kenapa PM Abah Kau tidak peranah mendapat KEABSAHAN melalui VoC di Dewan Rakyat? Skrg bila UMNO dah tarikh sokongan kpd #KERAjaanPNGagal tetiba muncul pula "IDEA" yg kehilangan sokongan itu mesti ditentukan (diabsahkan) di dewan Rakyat atau Parlimen?

JAHANAM negara ni kalau tindakan adalah terpilih2 mengikut sentimen, selera "Political Master" masing-masing bukan Rule of Law.

Wallahualam

- Zus Din

08 Julai 2021


Umno hanya setuju bentuk ‘kerajaan sementara’ dengan Bersatu, kata Najib


Najib Razak berkata ia adalah kesilapan besar yang menghalang pilihan raya umum diadakan, walaupun sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan.

PETALING JAYA: Najib Razak berkata melihat ketidakstabilan politik yang berlaku tahun lalu Umno hanya bersetuju membentuk kerajaan sementara dengan Bersatu, berdasarkan syarat pilihan raya umum diadakan dalam tempoh setahun.

Bekas perdana menteri itu berkata, ia susulan tuntutan mereka supaya Parlimen dibubarkan tidak mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, Februari lalu.

Bagaimanapun, Umno tidak menyangka pengendalian Covid-19 kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin teruk dengan pelbagai kesilapan yang berulang.

Najib berkata, ia adalah kesilapan besar yang menghalang pilihan raya umum (PRU) diadakan, walaupun sudah diberi kuasa penuh darurat selama tujuh bulan.

“Seolah-olah kesilapan ini disengajakan,” katanya di Facebook.

Najib menjelaskan mengapa Umno memutuskan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan mencadangkan kerajaan interim mengambil alih pentadbiran selama tiga hingga enam bulan bagi mengatasi Covid-19.

Beliau turut menyertakan video pemimpin Barisan Nasional (BN) dan PAS dari Februari 2020, yang mana mereka meminta Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya dan mengembalikan mandat rakyat susulan ketidaktentuan politik ketika itu.

Najib berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dua hari lalu sama dengan pendirian parti itu tahun lalu.

Katanya, Umno memahami negara kini berdepan dua masalah utama yang mencabar, iaitu rakyat telah berkurung tanpa pendapatan hampir enam bulan.

Menurutnya, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan PN untuk membendung Covid selepas kegagalan bersiri perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Paling mengejutkan ialah majoriti rakyat percaya bahawa usaha kerajaan untuk lawan Covid mempunyai muslihat politik tersembunyi dengan matlamat untuk memanjangkan krisis untuk kekalkan kuasa.

“Kedua, sebuah kerajaan digelar pintu belakang yang tak stabil dengan majoriti tipis yang terbina atas pengkhianatan dan kuasa katak – bukan kuasa rakyat,” katanya.

Najib berkata, keadaan ini tidak boleh berterusan dan beliau mendesak kuasa dikembalikan kepada rakyat untuk membina kerajaan kukuh dan kompeten.

“Dipilih rakyat adalah satu-satunya sahaja pilihan untuk menyelesaikan kedua-dua masalah utama di atas,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu secara rasmi menarik sokongannya terhadap Muhyiddin dan meminta beliau berundur.

Guan Eng mahu kes rasuah projek terowong didengar di Mahkamah Tinggi


Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa tahun lalu atas tuduhan meminta suapan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

KUALA LUMPUR: Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memfailkan permohonan bagi perbicaraan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut, yang dijadualkan bermula Selasa depan, untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tarikh perbicaraan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi ditetapkan pada Disember lalu.

Dalam permohonannya yang difailkan semalam, Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, semua prosiding harus dihentikan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi.

Permohonan berkenaan, yang difailkan oleh Messrs Gobind Singh Deo & Co, akan didengar di hadapan hakim Muhammad Jamil Hussin.

Timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata beliau akan membantah permohonan itu.

Katanya, beberapa saksi dari Pulau Pinang telah dijadualkan untuk memberi keterangan di Mahkamah Sesyen mulai Selasa hingga Jumaat.

Dalam afidavit sokongannya yang dilihat FMT, Lim berkata, pihak pendakwaan meminta beliau mengemukakan pembelaannya sebagaimana yang dikehendaki bawah Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun, katanya, Mahkamah Persekutuan memutuskan pada 2018 bahawa syarat tersebut tidak menepati perlembagaan, walaupun keputusan bertulis tidak tersedia.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai Seksyen 62 Akta SPRM adalah persoalan penting yang harus ditentukan untuk perbicaraan yang adil,” katanya.

Katanya, beliau juga berhak atas kenyataan saksi pendakwaan kepada SPRM, yang kini diklasifikasikan sebagai dokumen “terlindung”, sebagai persiapan pembelaannya.

“Justeru, kes ini mesti didengar di Mahkamah Tinggi supaya Mahkamah Persekutuan boleh mendengar dan menentukan persoalan undang-undang,” katanya.

Prosiding dari Mahkamah Sesyen, katanya, hanya akan sampai ke Mahkamah Rayuan.

Lim didakwa pada 7 Ogos tahun lalu atas tuduhan meminta suapan untuk membantu Pengarah Kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Beliau didakwa meminta 10% daripada keuntungan syarikat milik Zarul itu berhampiran sebuah hotel di Mid Valley City pada Mac 2011.

Pada 10 Ogos, Lim didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri untuk meminta suapan sebanyak RM3.3 juta sebagai dorongan bagi membantu syarikat berkenaan mendapatkan projek bernilai RM6.3 bilion itu.

Pada 11 Sept, beliau didakwa di mahkamah sama atas dua tuduhan menyebabkan dua plot tanah milik kerajaan negeri bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada dua syarikat, yang berkait projek terowong dasar laut itu.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang pada Feb 2015 dan Mac 2017.

KEPUTUSAN MT UMNO SEMALAM LEMAH, KERIS UNTUK MENIKAM MUSUH SEPERTINYA SEDANG TERTUSUK DIRI SENDIRI

 

Sebagaimana dijangka dan ditulis dalam artikel pagi tadi, Mahiaddin Md Yasin akhirnya terus memperlihatkan sikap tiada maruah, tiada harga diri dan tiada perasaan malu berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Dengan UMNO sudah menarik sokongan terhadapnya dan dari segi moral sudah tidak lagi layak menjadi Perdana Menteri, beliau kini berselindung di sebalik tafsiran undang-undang bersifat melindunginya oleh Peguam Negara.

Dalam kenyataan media oleh Peguam Negara, Idrus Harun lewat petang tadi setelah pergi ke rumah Mahiaddin pada paginya, beliau mengatakan, penarikan sokongan oleh UMNO tidak membuktikan dari segi fakta yang jelas bahawa Perdana Menteri sudah kehilangan sokongan.

Menurut beliau, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh mereka sendiri, bukan kenyataan media oleh parti atau pemimpin politik.

“Oleh itu, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan jemaah menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif persekutuan,” katanya.

Dalam hal ini, sedarkah Idrus bahawa ketika dilantik sebagai Perdana Menteri dahulu, Mahiaddin juga tidak pernah mendapat sokongan secara jelas daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat?

Pada waktu itu, yang menyokong dan mengesahkan beliau mempunyai sokongan majoriti hanyalah ikrar oleh ketua-ketua parti saja.

Misalnya Mahiaddin yang merupakan Presiden Bersatu memberi gambaran semua Ahli Parlimen Bersatu pada ketika itu menyokongnya, walhal antara lima atau enam Ahli Parlimen parti itu yang memihak kepada Tun Mahathir memang diketahui umum tidak memberi sokongan kepadanya.

Lebih daripada itu, Mahiaddin tidak pernah sama sekali cuba mengabsahkan sokongan majoritinya yang dimilikinya di dalam Dewan Rakyat.

Paling dahsyat, kerana takut dijatuhkan, beliau kemudian turut menggantung Parlimen yang berselindung di sebalik Covid19 dengan mencadangkan perlaksanaan darurat.

Hakikatnya, darurat sejak Januari lalu bukan saja gagal dan tidak berfungsi untuk membendung Covid19, bahkan kes makin bertambah hari demi hari sehingga segala jenis PKP telah dilaksanakan dan sejak beliau menjadi Perdana Menteri juga, buat pertama kalinya umat Islam tidak boleh balik kampung menyambut Hari Raya selama dua tahun berturut-turut.

Kalau jadi Perdana Menteri pun hanya dengan sokongan ketua-ketua parti, maka di mana salahnya untuk menjatuhkan juga melalui kenyataan media ketua parti?

Tambahan lagi, kalau mahu ditunggu mahu dibuktikan dengan fakta yang jelas di Parlimen, sediakah Mahiaddin bertukar menjadi berani dengan membenarkan usul percaya atau usul tidak percaya dibentangkan dalam waktu terdekat ini?

Melalui sidang Parlimen yang ditetapkan selama lima hari bermula 26 Julai ini, apakah ada jaminan usul tersebut akan diberi laluan?

Kiranya usul terus tidak diberi laluan, bilakah kejelasan sokongan Ahli-Ahli Parlimen kepada Mahiaddin ada peluang untuk dibuktikan?

Begitu pun, dengan tafsiran Peguam Negara bagi tujuan mempertahankan Mahiaddin ini, ia juga sebenarnya menyerlahkan kelemahan UMNO dalam keputusan MT yang dibuatnya lewat malam semalam.

Keputusan MT UMNO yang sekadar menarik sokongan terhadap Mahiaddin, tetapi tidak mengarahkan Ahli-Ahli Parlimennya yang berada dalam kerajaan untuk meletakkan jawatan, akhirnya membuatkan ketetapan itu seperti tidak berguna.

Ketetapan UMNO itu nampaknya tidak menggugat langsung kedudukan Mahiaddin, kabinet dan kerajaan yang sedang diterajuinya.

Desakan Zahid Hamidi bersama keputusan menarik sokongan itu agar Mahiaddin meletak jawatan juga hanya sia-sia saja.

Ini kerana hanya pagi tadi, selang beberapa jam setelah keputusan MT itu diumumkan, Ismal Sabri Yaakob yang baru dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Hishammuddin Hussein yang dinaikkan sebagai Menteri Kanan sudah pun pergi ke rumah Mahiaddin bersama Peguam Negara yang dipercayai untuk membincangkan bagaimana untuk menyelamatkan diri berikutan ketetapan UMNO itu.

Tidakkah ini pelik, UMNO buat ketetapan tidak lagi menyokong Mahiaddin pada sebelah malam, tetapi dua pemimpin UMNO sendiri menunjukkan mereka bersama dan menyokong Mahiaddin pada sebelah pagi kemudiannya?

Hari-hari seterusnya pula, sementara pemimpin UMNO yang tiada jawatan dalam kerajaan terus mengkritik dan membalun kerajaan PN serta Mahiaddin, tetapi pemimpin lain yang berjawatan dalam kerajaan terus bersama dan mempertahankan Perdana Menteri.

Kiranya keputusan menarik sokongan yang dibuat MT itu turut disertai dengan arahan meletak jawatan daripada kerajaan, pasti apa yang berlaku sekarang tidak berlaku dan Mahiaddin akan jatuh dengan serta-merta.

Jika diimbas kembali, Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungan PAU2020 Mac lalu setelah pewakilan memberi mandat kepada dirinya dan MT untuk menentukan masa yang sesuai bagi menarik sokongan daripada kerajaan PN, turut mengatakan ia akan disertai dengan penarikan diri menteri dan timbalan menteri daripada kerajaan.

“Kalau inilah menjadi keputusan mereka, saya yakin rakan-rakan kita dalam MT yang mandatnya diberi kepada kita semua terutama menteri dan timbalan menteri, pengerusi GLC, malah seluruh ahli Parlimen akan 100 peratus akur dengan keputusan parti untuk menarik diri daripada ketajaan PN,” demikian antara petikan ucapannya.

Persoalannya, kenapa sekarang, setelah mengumumkan menarik sokongan terhadap Mahiaddin, tetapi ia tidak disertai dengan penarikan diri atau meletak jawatan daripada kerajaan?

Dengan kedegilan Mahiaddin yang terpamer ingin terus berpaut pada kuasa, sementara UMNO pula didapati lemah dalam keputusan yang dibuatnya, disertai dengan pemimpin UMNO dalam kerajaan sendiri lebih mementingkan jawatan daripada perjuangan dan enggan meletak jawatan, silap-silap Mahiaddon akan terus kekal untuk beberapa waktu lagi atau sehingga Parlimen dibubarkan.

Apa jadi kepada Zahid Hamidi dan UMNO ketika itu nanti?

Dalam waktu yang sama, dengan kuasa, helah mentafsir undang-undang yang berterusan dan ditambah dengan pelbagai “scheme of things” yang mampu ditawarkan oleh Mahiaddin, bukan saja hasrat UMNO untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak menjadi kenyataan, malah tidak mustahil keris yang dihunus untuk menikam musuh akhirnya membuatkan Zahid Hamidi sendiri yang akan terpelanting dan tersemban entah ke mana sebelum detik PRU15 ditetapkan. 

(ShahbudinHusin 08/07/2021)