Bekas
Pengurus Besar Air Kelantan antara 3 ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta
Oleh MALAYSIA DATELINE / July
9, 2021
Bekas
Pengurus Besar Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) antara tiga individu yang
ditahan berkait rasuah lebih RM27 juta.
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan
berhubung kes rasuah yang membabitkan projek bernilai lebih RM27 juta antara
tahun 2015 dan 2019.
Dua lagi yang ditahan
bersama bekas pengurus berumur 60 tahun itu adalah seorang pegawai AKSB yang
berusia 39 tahun dan seorang pengurus projek sebuah syarikat berusia 43 tahun.
Menurut sumber SPRM, mereka
ditahan antara 4.25 petang dan 6.30 petang semalam selepas memberi keterangan
di Pejabat SPRM Kelantan, lapor Bernama.
SPRM
memperoleh perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini terhadap
ketiga-tiga mereka.
Difahamkan,
siasatan lanjut dilakukan atas dakwaan pembabitan mereka dalam rasuah daripada
sebuah syarikat untuk mendapatkan projek dan kerja daripada AKSB, yang juga
anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Menurut
sumber, kes berkenaan adalah antara kes berprofil tinggi yang membabitkan anak
syarikat kerajaan negeri Kelantan, dan siasatan lanjut mengenainya akan
dilakukan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.