1) Apa kita nak kata pada gerombolan #PNkhianat yg
tiada simpati pada Rakyat? Apa nama yg sesuai diberikan kpd perbuatan mereka
ini??
2) Pada ketika Rakyat menderita menanggung sengsara kerana
kedangkalan pemerintah menangani pandemik COVID-19 Abah Kau dgn koncu2nya sibuk
mempertahankan kuasa meskipun mereka telah hilang Majoriti sejak sebelum
Proklamasi Darurat lagi.
3) Sungguh sedih saya melihat video dari link yg dihantar kpd
saya. Ia dikatakan di Hospital Klang yg sudah tidak lagi terurus angkara
pandemik. Mungkin diambil oleh salah seorg Frontliners yg sudah tidak tahan dgn
keadaan ini.
4) Ini yg Menteri Lebai kata Darurat telah berjaya menangani
COVID-19?? Ini yg sering dimainkan di TV dan dipropagandakan oleh KPK bhw
Darurat telah membantu menangani pandemik COVID-19??
5) Sesungguhnya mereka sungguh tidak berhati perut. Mementingkan
kuasa berbanding kesejahteraan Rakyat. #KERAjaanPNgagal ini telah ternyata
#GAGAL segagal-gagalnya dari semua aspek termasuk Ekonomi dan Kesihatan. Ia
diakui oleh MKT UMNO.
6) Rakyat mesti terus diingatkan bahawa UMNO JUGA
BERTANGGUNGJAWAB. Menteri2 mereka yg berada dlm kerajaan ini dan menangani
pandemik COVID-19. Mereka hanya nak tunjuk Hero dan "DISASSOCIATE"
dgn masalah yg dibuat #KERAjaanPNGagal ini. Di kempen PRU15 elok Rakyat terus
diingatkan apa yg telah dibuat oleh PN + UMNO BN.
7) MKT UMNO tidak ada telur, manakala MP-MP UMNO mementingkan
diri sendiri utk kekal dlm #KERAjaanPNGagal ini. Di PAU2020 Presiden UMNO kata
bila tiba masa Menteri, Timbalan Menteri dan semua yg berjawatan di GLC akan
letak jawatan?? Ada UMNO arahkan MP2 nya letak jawatan? Ia hanya RETORIK.
Rakyat TELAH DITIPU oleh PN dan UMNO BN.
Lihat keadaan
pandemik ini. Rakyat juga mengambil inisiatif membantu mereka yg terpaksa
mengangkat bendera putih. #KERAjaanPNGagal menangani termasuk bantuan. Ini
adalah satu bentuk PENGANIAYAAN BESAR-BESARAN terhadap 32 juta Rakyat Malaysia.
9) Bila sudah hilang Majoriti dan #GAGAL
memimpin Negara ini, secara Moralnya Abah Kau wajar meletak jawatan. Ia harus
diserahkan kpd YDPA membuat keputusan melantik satu pasukan yg COMPETENT utk
menangani masalah2 negara ini. Malang sekali, ada penjawat-penjawat awam turut
bersetongkol mempertahankan Raja SCHEME of THINGS dan #KERAjaanPNGagal ini.
10) RAKYAT mesti ingat, bukan PN (PPBM + PA$) shj yg bertanggungjawab,
UMNO terbabit sama dan buat keputusan PONDAN utk tidak menyokong Abah Kau sbgai
PM tapi kekal menongkat #KERAjaanPNGagal.
11) Apakah perbuatan PN, UMNO BN dan koncu2 mereka ini sesuai
dipanggil JENAYAH KEMANUSIAAN KE ATAS RAKYAT MALAYSIA? Satu hari nanti mungkin
Mahkamah perlu memberi Intepretasi atau tafsiran tepat kepada perbuatan ini.
12) Bersabarlah wahai Rakyat Malaysia, kita lalui bersama #KitaJagaKita.
DOA SETIAP HARI SUPAYA ALLAH RUNTUHKAN DAN HANCURKAN GEROMBOLAN YG MENZALIMI
DAN MENGANIAYA RAKYAT. Sesungguhnya mereka telah berantakan. Rakyat mesti terus
berdoa.
Wallahualam
Zus Din
09 Julai 2021
*NOTA : Kredit video dan posting asal Julia Fx